Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya dan rakan sekumpulan saya berasa bersyukur kepada
Tuhan kerana dengan keberkatan-Nya, saya dapat menyelesaikan kerja kursus ini
dengan berjaya dan pada masa yang ditetapkan.
Selepas itu, saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan ribuan terima
kasih kepada pensyarah saya iaitu Doktor Ismail Bin Yaacob kerana dengan
pertolongan beliau, yang sentiasa memberi tunjuk ajar, nasihat dan dorongan kepada
saya dalam menyiapkan kertas kerja ini. Beliau sentiasa memberi penerangan dan
idea yang bernas kepada saya apabila saya menghadapi sebarang masalah atau
kemuskilan. Dengan pertolongannya, saya telah berjaya menyelesaikan kerja kursus
ini. Beliau juga selalu mengingati saya tentang apa yang seharusnya dibuat agar saya
tidak melakukan kesilapan semasa menyempurnakan kerja kursus ini.
Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan seperjuangan yang sentiasa
memberi pertolongan semasa saya menghadapi masalah. Kami juga berbincang antara
satu sama lain semasa pelaksanaan kerja kursus ini. Tindakan sedemikian ini, akan
melahirkan banyak idea yang bernas semasa perbincangan. Selain itu, kami juga
meluangkan masa bersama untuk mencari bahan bahan atau maklumat yang
diperlukan dalam kertas kerja ini. Sikap

inilah yang membolehkan kerja kursus ini

dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Dalam hal ini juga, ia juga mengeratkan
hubungan antara saya dan rakan saya.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak yang sudi menolong saya dalam usaha menyiapkan
tugasan kerja kursus ini. Bak kata pepatah: Hutang emas dapat dibayar, hutang budi
dibawa mati.

Saya tidak akan lupa budi baik dan jasa semua pihak yang telah

memberi bantuan dan sokongan sepenuhnya kepada saya. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai