Anda di halaman 1dari 5

Jurnal Reflektif Amalan Profesional

Ahmad Azizul Fazli Bin


Mai

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP 2012
HBEF 3603
( AMALAN PROFESIONAL )
(T1A4) JURNAL REFLEKTIF

NAMA
NO. MATRIKULASI
NO. KAD PENGENALAN
NO. TELEFON
E-MEL
NAMA PENSYARAH

:
:
:
:
:
:

AHMAD AZIZUL FAZLI MAI


770629086077001
770629-08-6077
017-4003261
zulfaz07@oum.edu.my
EN. YAP THIN PENG

PUSAT PEMBELAJARAN :
PERAK LEARNING CENTRE

~1~

Jurnal Reflektif Amalan Profesional

Ahmad Azizul Fazli Bin


Mai

Pada bulan Oktober 2014 sehingga bulan Febuari 2015 saya dikehendaki menyiapkan
sebanyak 4 tugasan EPIC (HBEF3603) Amalan Profesional. Bulan Febuari 2015, antara bulan
yang paling sibuk kerana berada di awal tahun, banyak perkara perlu disediakan dan
dikemaskini. Tambahan pula tahun 2015 saya telah diamanahkan untuk mengajar Sains KSSR
Tahun 3 dan Tahun 5 serta Sains tahun 6. Tambahan pula bulan Febuari bermula kedatangan
pemantau dari PPD dan JPN ke sekolah kerana telah berjaya mendapat band 2 dari band 3. Oleh
yang demikian, saya perlu membahagikan masa dengan sebaik-baiknya kerana terpaksa
menguruskan Fail Kurikulum, Fail Hal Ehwal , dan Fail Kokurikulum. Tambahan pula masih
mempunyai anak-anak yang masih kecil di rumah yang perlu mendapat perhatian dan tumpuan
sepenuhnya. Pada waktu malam biasanya saya akan bangun membuat tugasan-tugasan EPIC
khasnya. Kekangan masa membuatkan saya sedikit sebanyak agak tertekan ,namun saya
tekadkan azam untuk menyelesaikan semua tugasan dengan baik. Saya juga telah menggunakan
forum dalam EPIC OUM untuk mendapatkan nasihat, tunjuk ajar dan panduan melalui tutor EOS
dan rakan-rakan sekuliah.
Bagi sesi praktikum ini, saya memilih untuk menjalani praktikum selama 8
minggu di SK Simpang, Perak, memandangkan saya adalah salah seorang
tenaga pengajar di sekolah ini.

Saya memilih tajuk Tenaga dalam Tema

Menyiasat Alam Fizikal bagi tahun 5. Saya mengajar kelas 5 Cekap yang
terdiri daripada 35 orang murid. Kelas 5 Cekap adalah kelas pertengahan,
terdapat sebahagian kecil murid-murid dalam kelas ini adalah bermasalah
dalam

pembelajaran

mengumpulkan

dan

tingkah

soalan-soalan

laku.

percubaan

Melalui
dan

rujukan

sebenar

buku

UPSR

yang
saya

mendapati tajuk tenaga ditanya di dalam peperiksaan. Ini bermakna murid


perlu benar benar menguasai tajuk ini.
Bagi tugasan pertama, saya perlu mengisi Borang Pemantauan Praktikum yang
mengandungi tarikh, masa, tahun dan kelas murid yang diajar tajuk pelajaran . Di samping itu
saya perlu mencadangkan nama Guru Pembimbing sepanjang tempoh praktikum dan saya telah
meminta Encik Mohd Isa Bin Salman sebagai pembimbing saya sepanjang sesi praktikum ini.
Beliau merupakan seorang guru yang telah lama mengajar subjek Sains hampir 19 tahun,
walaupun beliau bukan asalnya major dalam subjek Sains ketika mendapat latihan ikhtisas
~2~

Jurnal Reflektif Amalan Profesional

Ahmad Azizul Fazli Bin


Mai

perguruan sebelum ini. Lalu saya segera mengisi borang maklumat praktikum di dalam portal
EPIC OUM. Encik Mohd Isa telah banyak membantu saya berkongsi idea, pendapat, teknik
pengajaran dan berkongsi pengalaman mengajar kerana murid tersebut pernah diajar oleh beliau
sebelum ini. Beliau telah membuat pencerapan kali pertama semasa saya mengajar mula
memasuki tajuk Tenaga. Pengajaran kali pertama ini saya tidak menggunakan apa-apa alat bantu
mengajar dan hanya bergantung kepada rujukan buku teks, pengalaman sedia ada murid dan
guru. Kesemua murid didapati mendapat markah yang kurang memuaskan apabila saya menguji
pengetahuan mereka melalui ujian pra. Soalan ujian pra ini terdiri daripada soalansoalan yang biasa ditanya dalam ujian dan peperiksaan yang berkaitan tajuk
Tenaga iaitu bahagian A (objektif) dan bahagian B (struktur). Tujuan ujian pra
ini adalah untuk mengesan atau mengenalpasti kelemahan murid dan
kesilapan dalam menjawab soalan. Saya mendapati bahawa 6 orang murid di
dalam kelas 5 Cekap ini mendapat markah paling rendah.
Alhamdulillah saya telah dapat merancang satu teknik pembelajaran
yang diharap dapat membantu mengatasi murid tidak memahami tajuk
Tenaga dan berminat untuk belajar Sains iaitu Peta Konsep . Sesi kedua
praktikum saya telah memperkenalkan Peta Konsep tersebut dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran saya dalam kelas. Kesemua responden dapat
memberi kerjasama yang sangat baik, dapat melibatkan diri dalam semua
aktiviti secara aktif, menunjukkan minat yang sangat mendalam serta telah
berjaya mendapat keputusan yang sangat baik selepas menjalani ujian pos
di akhir pdp. Pemantauan kedua telah dibuat oleh guru pembimbing dan
beliau sangat berpuas hati dengan perubahan yang positif di kalangan
responden. Saya berasa sangat bersyukur saya telah mendapat markah
penuh

sepanjang

sesi

pemantauan

dengan

beliau.

Borang

Laporan

Pemantauan telah diisi oleh guru pembimbing dan terpaksa disahkan oleh
Guru Besar. Saya tidak mempunyai masalah untuk menghantar secara online
Borang Laporan Pemantauan tersebut.

~3~

Jurnal Reflektif Amalan Profesional

Ahmad Azizul Fazli Bin


Mai

Semasa menjalani sesi kedua tersebut saya telah meminta khidmat


EIO sekolah, Encik Ahmad Farhan untuk merakam perjalanan pengajaran
saya menggunakan Teknik Peta Konsep dalam pdp. Alhamdulillah saya tidak
mengalami masalah ketika membuat rakaman kerana telah belajar dari
kesilapan rakan-rakan satu pengajian kerana ramai di antara mereka
membuat rakaman terlalu lama sehingga ada yang merakam selama 40
minit. Ini membuatkan file video terlalu besar untuk dimuat naik ke dalam
portal EPIC dan ada yang terpaksa membuat rakaman semula. Saya ada
membuat soal jawab, perbincangan dan berkongsi pengalaman dengan
rakan melalui telefon, dan kumpulan guru satu pengajian melalui facebook.
Saya telah mencuba sendiri menukarkan video rakaman saya dari MP4
kepada FLV iaitu dapat mengecilkan file supaya mudah dimuat naik. Saya
hanya dapat memuat naik satu video sahaja kerana setiap video yang
dimuatnaik tidak boleh melebihi 20MB. Saya telah bertanya kepada tutor
EOS saya iaitu Encik Yap Thin Peng tentang masalah itu dan Alhamdulillah
masalah dapat diselesaikan. Di samping itu juga, saya juga ada membantu
rakan-rakan yang mengalami masalah mengecilkan file rakaman video dan
akhirnya saya berjaya menyelesaikan masalah rakan-rakan. Saya bersyukur
melalui

masalah

ini,

sebenarnya

mengajar

saya

erti

kesabaran,

persahabatan, sentiasa berusaha, sentiasa terbuka hati untuk membantu


insan dalam kesusahan. Ini adalah kerana saya percaya, bahawa jika kita
selalu menolong orang dalam kesusahan, nescaya Tuhan akan sentiasa
memudahkan segala kerja dan urusan kita, In Shaa Allah
Selesai tugasan kedua, saya mula membuat tugasan ketiga iaitu Laporan Inovasi. Pada
mulanya saya mengalami masalah untuk memahami kehendak tugasan namun akhirnya berkat
perbincangan, pendapat, sumbangan idea dan pengalaman rakan-rakan satu kuliah Alhamdulillah
saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan baik. Saya juga berpeluang untuk membuat
rujukan contoh-contoh laporan inovasi dan tesis tesis daripada pelajar-pelajar IPG dan OUM
sendiri. Secara tidak langsung saya telah belajar dan memahami apa itu kajian tindakan dan
keperluannya untuk mengatasi sesuatu masalah atau isu secara sistematik. Saya juga berasa
~4~

Jurnal Reflektif Amalan Profesional

Ahmad Azizul Fazli Bin


Mai

sangat bertuah dan bersyukur kerana isteri saya bersama-sama berkongsi idea dan buah fikiran
untuk saya jadikan panduan. Dari sini, saya telah memahami bahawa tanggungjawab seorang
guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, tapi bertanggungjawab membuat kajian dan
penambahbaikan dalam pdp seharian. Pengajaran yang berinovasi bukan sahaja dapat mengubah
pembelajaran menjadi lebih bermakna, malah mampu mengubah tingkah laku murid ke arah
lebih positif dan berjaya dalam peperiksaan. Ia juga secara tidak langsung dapat membantu
melancarkan tugas guru dan memberi motivasi kepada guru untuk selalu merancang dan
berusaha membuat persediaan mengajar yang terbaik untuk anak didik.
Tugasan terakhir pula adalah membuat reflektif jurnal. Tugasan ini menghendaki saya
membuat refleksi semula tentang emosi dan perasaan yang wujud sepanjang membuat tugasan
pertama hingga keempat. Begitu juga dengan tugasan yang lain, dengan perbincangan dan
sumbangan idea rakan-rakan banyak menolong saya mendapatkan panduan dan pencerahan
untuk membuat sesuatu tugasan dengan lebih baik. Saya akui terdapat pelbagai emosi dan
perasaan negatif yang timbul sejak awal tugasan hinggalah ke akhir tugasan dek kerana
kekangan masa dan kelemahan diri. Perasaan sedih, kecewa, tertekan, gembira, bersyukur dan
berbangga bercampur baur. Di akhir tugasan ini, saya sebenarnya berasa teramat bersyukur
kerana pihak OUM telah banyak membantu para pelajar memberi ruang waktu dan senggang
untuk setiap tugasan dan berusaha membantu kami memberi panduan dan bimbingan untuk
memahami kehendaki soalan. Ucapan terima kasih juga tidak dilupa kepada tutor EOS saya iaitu
Encik Yap Thin Peng dapat memberi tunjuk ajar dan bimbingan walau beliau sentisa berada
dalam keterbatasan waktu. Banyak perkara yang positif saya telah belajar antaranya pengurusan
masa, berusaha mendapatkan perbincangan dan muzakarah bersama rakan-rakan dan pensyarah
dan belajar sesuatu perkara yang baru seperti ilmu teknologi komputer dan internet.
Saya amat berharap saya dapat menjadikan segala pengalaman dalam menyiapkan
tugasan ini sebagai antara GURU terbaik untuk menjadikan saya sebagai seorang Pendidik
yang berdedikasi, berwawasan, berinovatif dan berusaha untuk mencapai kemenjadian anak
didik baik dari segi akhlak dan akalnya dalam kehidupan realiti, in shaa Allah.

~5~