Anda di halaman 1dari 2

Keberkesanan Program Kejiranan Terhadap Keharmonian Hidup

Menurut Islam:
Satu Tinjauan Di Taman Impian, Pendang.

Disediakan Oleh:
Nur Faizah Binti Peson (817841)

ABSTRAK

Keharmonian dan kemakmuran sesebuah negara adalah bergantung sejauhmana kemantapan dan
keutuhan hubungan pada setiap lapisan masyarakatnya. Hubungannya yang erat adalah antara
ciri-ciri masyarakat yang berkualiti. Iaitu sebuah masyarakat yang bukan sahaja berjaya
mewujudkan suasana harmoni dan aman sesama mereka bahkan menjadi aset paling penting
kepada negara dalam usaha membangun dan memajukan negara baik ketika senang mahupun
susah.
Menyedari akan hakikat inilah maka Islam awal-awal lagi telah menekankan betapa pentingnya
menjalinkan hubungan erat di kalangan masyarakatnya. Suruhan tersebut tidak hanya terhad
kepada sesama masyarakat Islam sahaja malahan melepasi batas agama, bangsa, keturunan,
warna kulit, bahasa dan sebagainya.
Didalam kehidupan bermasyarakat, kita tidak terlepas daripada mempunyai semangat kejiranan.
Peribahasa Melayu juga ada menyebut Ibarat aur dengan tebing, peribahasa tersebut dapat
menggambarkan betapa rapat dan utuhnya silaturahim didalam kehidupan bermasyarakat.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, semangat membawa maksud perasaan hati atau perasaan
manakala jiran pula membawa maksud orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang
tetangga.

Manakala dari segi istilah syarak, jiran bermaksud orang yang tinggal berdekatan dengan rumah
kita samada di kanan, kiri, depan ,belakang, atas mahupun ditingkat bawah hingga 40 buah
rumah dari setiap penjuru. Dalam perkataan Arab, jiran membawa maksud orang yang tinggal
sebelah menyebelah atau tetangga. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa semangat kejiranan
membawa erti satu suasana dan perhubungan yang positif dalam satu-satu kawasan kejiranan.
Jiran ialah orang yang paling hampir dengan kita selain daripada keluarga kita sendiri. Jiran
sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu
kita sekiranya kita berada didalam kesusahan. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa Jiran
sepakat membawa berkat. Jadi kita perlulah membangkitkan semula semangat kejiranan yang
semakin tipis dalam kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya masyarakat kota supaya kita
lebih bersatu hati.
Program kejiranan adalah salah satu langkah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan
saling mengenali. Melalui program kejiranan, keharmonian hidup dapat diwujudkan dengan
adanya kerjasama, saling bertolenrasi, saling memahami dan saling berkunjungan.
PENGENALAN
Di Taman Impian, hidup dalam kejiranan dapat dilihat melalui program-program yang telah
diadakan bagi mengeratkan perpaduan silaturrahim dan juga dapat mengenali satu sama lain.
Pelbagai masalah seperti jenayah, penculikan, pecah rumah, dan lain-lain akan dapat di atasi jika
adanya kerjasama dan saling mengambil tahu. Budaya kunjung mengunjung juga dapat
diamalkan dengan adanya hubungan yang erat.

Anda mungkin juga menyukai