Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Kajian ini adalah mengenai intervensi imageri untuk meningkatkan flow state dan prestasi dalam
pertandingan.

Imageri merupakan satu proses yang menggunakan visualisasi untuk

membayangkan sesuatu (Block, 1981). Pengalaman dan prestasi sukan saling berkaitan dan
pengalaman optimum dikaitkan dengan prestasi unggul (Jackson & Csikszentmihalyi, 1999).
Pengalaman optimum telah dikonsepkan sebagai flow state (Kimiecik & Stein, 1992).
Penggunaan kognitif dan imageri bermotivasi akan meningkatkan dimensi aliran tertentu serta
meningkatkan flow state dan prestasi dalam pertandingan.
Objektif Kajian:
Menyiasat keberkesanan intervensi imageri untuk meningkatkan pengalaman bagi flow state dan
prestasi dalam kalangan atlet junior.

METODOLOGI KAJIAN
Rekabentuk Kajian:
Rekabentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk eksperimental.
Subjek Kajian:
Seramai 4 orang atlet tenis lelaki yang berumur 13 hingga 15 tahun terlibat dalam kajian ini.
Setiap subjek mestilah telah melibatkan diri sekurang-kurangnya 3 tahun dalam sukan tenis dan
2 tahun pengalaman bertanding. Selain itu, subjek juga telah menyertai sekurang-kurangnya 6

kali pertandingan dalam setahun dan berada dalam senarai ranking termasuklah dalam kejohanan
kebangsaan.
Instrumen Kajian:
Terdapat beberapa instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini iaitu Sport Imagery
Ability Measure (SIAM), Flow State Scale-2 (FSS-2), Competition Performance, Adherence Log
Social Validation Interview dan intervensi imageri.
Sport Imagery Ability Measure (SIAM) digunakan untuk mengukur tahap keupayaan
imageri atlet dalam sukan (Watt et al. 2004). Atlet dikehendaki untuk membayangkan empat
situasi sukan generik iaitu tempat pertandingan berlangsung, memenangi pertandingan,
permulaan yang perlahan dan sesi latihan (60 saat bagi setiap situasi). Melalui setiap situasi
imageri, atlet perlu menyediakan 12 soalan yang berkaitan dengan beberapa dimensi imageri
(control, vividness, ease, speed of generation and duration of the image), kaedah imageri
(kinaesthetic, tactile, visual, auditory, olfactory and gustatory senses associated with the image)
dan emosi imageri. Julat skala adalah di antara 0 (kiri) dan 100 (kanan). Jumlah skor bagi setiap
subskala (4 situasi) adalah berbeza-beza di antara 0 dan 400mm.
Selain itu, Flow State Scale-2 (FSS-2) pula digunakan untuk menyiasat intensiti bagi
flow state dalam aktiviti yang spesifik. Ianya mengandungi 36 item iaitu 9 subskala dan 4 item
bagi setiap subskala. Format jawapan mengandungi 5 skala likert iaitu 1 (sangat tidak setuju)
dan 5 (sangat setuju) dan 3 (tidak pasti).
Competition performance dinilai dengan memberi tumpuan kepada bilangan pemenang
pukulan servis, forehand dan backhand groundstrokes. Pertandingan dirakam dan dianalisis
dengan mengira jumlah servis dan pukulan groundstrokes.

Adherence Log diedarkan kepada subjek untuk merekod pengalaman semasa sesi imageri.
Buku kecil disediakan untuk memberi ruang kepada subjek mengulas mengenai sesi imageri
semasa fasa intervensi dan untuk menilai kejelasan imej dengan 11 skala likert (>5=sangat
lemah, <5=sangat kuat) dalam perbandingan di antara flow dan prestasi imageri dalam sesi
sebelumnya.
Social Validation Interview dilakukan secara berasingan bagi setiap subjek dengan
membayangkan pengalaman dan prestasi semasa kajian, komitmen subjek untuk menggunakan
imageri, faktor tambahan yang mempengaruhi aliran pengalaman dan prestasi, serta samada
subjek menyedari sebarang perubahan berkenaan dengan kesediaan mental untuk menghadapi
pertandingan.
Intervensi imageri digunakan untuk meningkatkan ekologi kesahan dan kebolehan yang
boleh diamalkan oleh individu untuk mengenal pasti aspek utama yang perlu diutamakan apabila
bersama dengan atlet. Imageri digunakan sebagai kaedah untuk meningkatkan flow dan prestasi
atlet dengan fokus kepada cognitive specific (CS), cognitive general (CG) dan motivational
general-mastery (MG-M). Dua keadaan situasi iaitu servis tenis dan groundstroke performances
telah diintegrasikan ke dalam skrip imageri. Setiap sesi imageri mengandungi tiga bahagian iaitu
teknik relaksasi, imageri servis dan imageri groundstrokes. Subjek diminta untuk berada dalam
situasi yang relaks lalu memulakan sesi dengan relaksasi dan teknik pernafasan. Mereka boleh
memilih sama ada ingin menutup atau membuka mata sewaktu sesi imageri dilakukan. Selepas
keadaan relaks dicapai maka secara perlahan-lahan subjek membaca arahan skrip imageri. Skrip
itu mengandungi tiga bahagian penting dalam servis dan groundstroke performances iaitu preshot routine, aspek penting semasa perlawanan dan keputusan perlawanan. Subjek diminta
untuk membayangkan servis dan groundstrokes dalam situasi sebenar dengan kelajuan dan

pergerakan semasa berhadapan dengan pihak lawan. Subjek boleh membayangkan seberapa
banyak shots yang diinginkan.
Kaedah Analisis Data
Pada mulanya, Visual inspection digunakan untuk mengetahui graf, mengaplikasikan teknik
split-middle bagi menyiasat perubahan dalam aliran dan skor prestasi melalui baseline dan
selepas fasa intervensi. Data dianalisis dengan menggunakan Ujian Binominal untuk mengira
perbezaan statistik di antara fasa baseline dan selepas intervensi. Pengiraan utama ujian ini
dikaji sama ada intervensi meningkat secara signifikan dalam flow state subjek, servis dan
prestasi groundstroke. Kemudian, maklumat dianalisis dengan menggunakan social validation
interview untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai keberkesanan intervensi dan
pengalaman subjek.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Dapatan Kajian
Keputusan daripada Sport Imagery Ability Measure (SIAM) menunjukkan kebanyakan
skor melebihi 200 point kecuali olfactory dan subskala gustatory. Subjek 1 dan 3 menunjukkan
skor yang tinggi (>300) dalam setiap subskala termasuklah vividness, control, duration of the
image, visual and tactile sense dan emosi. Manakala, subjek 2 dan 4 pula menunjukkan skor
(<300) dalam setiap subskala. Secara keseluruhannya, didapati tahap keupayaan imageri subjek
agak tinggi dan atlet dapat menggunakan imageri dengan lebih efektif.

Keputusan daripada intervention adherence mendapati setiap subjek menyelesaikan


paling minima 12 kali sesi imageri dalam tempoh 6 minggu. Masa di antara setiap sesi adalah 2
hingga 4 hari, bergantung kepada komitmen subjek kepada sukan tenis dan sekolah.

Sesi

imageri dilakukan bermula jam 4 petang sehingga 8.30 malam. Min bagi jangkamasa sesi adalah
berbeza iaitu 10 hingga 16 minit.

Kesemua subjek melaporkan peningkatan umum dalam

imagery vividness dan clarity daripada permulaan sehingga pengakhiran fasa intervensi.
Keputusan daripada flow state in competition pula mendapati bahawa flow state subjek
yang asalnya rendah apabila kalah dalam pertandingan meningkat selepas mengikuti intervensi
ini di mana flow state subjek 1, 2 dan 3 meningkat dan hanya subjek 4 sahaja yang mengalami
penurunan. Apabila perbandingan baseline dengan fasa selepas intervensi dilakukan, Ujian
Binominal menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam flow bagi subjek 1, 2 dan 3. Hanya
subjek 4 sahaja yang tidak signifikan.
Keputusan daripada service performance in competition menunjukkan peningkatan bagi
kesemua subjek dalam prestasi servis daripada baseline sehingga fasa intervensi.

Ujian

Binominal membuktikan bahawa kesemua subjek mengalami peningkatan secara signifikan


dalam prestasi servis semasa pertandingan. Keputusan menunjukkan peningkatan yang sedikit
bagi subjek 1, 2 dan 4 (p<.001) tetapi statistik signifikan meningkat lebih tinggi bagi subjek 3
(p<.05).
Keputusan daripada groundstroke performance in competition menunjukkan kesemua 4
subjek mengalami peningkatan dalam groundstroke performance selepas intervensi imageri
dilakukan.

Keputusan Ujian Binominal menunjukkan bahawa subjek 1 (p<.001), subjek 2

(p<.05) dan subjek 4 (p<.001) meningkat secara signifikan dalam groundstrokes performance
manakala subjek 3 tidak menunjukkan peningkatan yang signifikan di sepanjang fasa (p= .125).
Keputusan daripada ranking list development menunjukkan bahawa subjek 1 mengalami
peningkatan dalam ranking Australian National Junior daripada tempat ke 145/214 pada
permulaan kajian kepada ranking yang ke 69 selepas kajian. Subjek 2 pula meningkat daripada
ranking ke 203 kepada ranking ke 176 di akhir kajian, subjek 3 pula daripada 221 kepada 139
dan subjek 4 pula daripada 244 kepada 173.
Keputusan daripada social validation interview pula mendapati perbandingan di antara
aliran pengalaman subjek sebelum dan selepas intervensi bagi subjek 1, 2 dan 3 menyatakan
bahawa beberapa atribusi bagi kemunculan aliran semakin kukuh semasa intervensi manakala
subjek 4 menunjukkan tiada perbezaan dalam aliran pengalamannya.

Umumnya, subjek

mendapati bahawa imageri banyak membantu dalam mengawal perasaan, mempunyai matlamat
yang jelas dan dapat fokus dengan lebih baik. Kesemua subjek mengatakan bahawa tahap
keyakinan semakin meningkat semasa mengikuti intervensi.
Perbincangan
Hasil kajian menunjukkan bukti bahawa kognitif dan imageri bermotivasi memberi kesan
yang positif ke atas flow state. Tiga subjek menunjukkan peningkatan dalam flow dan kesemua
subjek menunjukkan peningkatan persembahan daripada baseline ke fasa selepas intervensi.
Hasil daripada ujian Binominal pula menunjukkan majoriti subjek meningkat secara signifikan
dalam pengalaman flow dan prestasi. Selain itu, dengan menggunakan kognitif dan jenis imageri
bermotivasi merupakan pendekatan yang berhasil dalam meningkatkan flow.

Jenis imageri

dengan dimensi flow mempunyai kesan positif ke atas flow state atlet dalam pertandingan.

Keputusan bagi kajian intervensi ini sangat bernilai kerana pentadbiran yang direka khas dalam
intervensi dan perlaksanaan yang berkesan dengan syarat yang sah.

Penemuan dalam

perhubungan aliran prestasi adalah tidak muktamad dan penting bagi pengkaji meningkatkan
usaha untuk kajian lanjut mengenai hubungan di antara flow state dan performance.

KRITIKAN
Didapati bahawa penggunaan jenis imageri termasuklah cognitive specific (CS),
cognitive general (CG) dan motivational general-mastery (MG-M) akan meningkatkan
pengalaman dan seterusnya meningkatkan flow state dan prestasi pertandingan. Ini disokong
oleh Koehn et al. (2013) yang mendapati bahawa jenis imageri menunjukkan korelasi yang kuat
dengan aliran pada tahap global iaitu challenge-skill balance, clear goals, concentration on the
task at hand, sense of control dan autotelic experience pada tahap subskala.

Keputusan

menunjukkan bahawa jenis imageri berpotensi untuk diaplikasikan sebagai alat utama bagi
meningkatkan flow.
Kajian ini hanya menggunakan teknik intervensi imageri untuk meningkatkan flow state
dan prestasi dalam pertandingan. Sedangkan kajian yang dilakukan oleh Matthew A. Pain et. al
(2011) mendapati bahawa gabungan muzik dan teknik imageri motivational general-mastery
(MG-M) mempunyai kesan yang lebih baik kepada flow dan prestasi atlet.
Penemuan kepada hubungan prestasi aliran adalah tidak muktamad, jadi pengkaji perlu
melakukan kajian lanjut untuk terus menyiasat sama ada wujudnya perhubungan di antara flow
state dan prestasi.

Anda mungkin juga menyukai