Anda di halaman 1dari 6

Definisi Kesihatan

Menurut WHO, kesihatan adalah keadaan yang sempurna, sihat dari segi fizikal, mental,
rohani dan sosial. Kesihatan fizikal merangkumi tujuh aspek iaitu:
i. sihat dan sempurna tubuh badan
ii. keadaan dalam dan persekitaran rumah yang bersih dan teratur
iii. keadaan alam sekeliling yang tidak menjejaskan hidupan
iv. tempat tinggal yang sempurna
v. pemakanan yang seimbang
vi. bekalan air yang bersih
vii udara yang bersih
Kesihatan mental dan rohani merangkumi empat bidang utama iaitu:
i. daya pemikiran dan sikap yang positif
ii. dapat menyesuaikan diri dengan keluarga, rakan sebaya dan masyarakat
iii. ada perasasn kasih dan sayang
iv. ada rasa penerimaan, penghargaan dan bersyukur
Kesihatan sosial pula adalah perhubungan yang baik dengan ahli keluarga, rakan sebaya, jiran
dan juga masyarakat setempat

DEFINISI KESIHATAN
Kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu. Kesihatan
merujuk satu keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang masalah seperti
ada penyakit kencing manis dan mudah diserang penyakit berjangkit lain. ada
pelbagai langkah yang boeh diamalkan oleh seseorang untuk memiliki tahap
kesihatan yang baik.

Gaya

hidup

yang

sihat

merupakan

kunci

utama

kepada

kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan


aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan Negara. Pertubuhan
kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan kesihatan sebagai suatu
keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, sergas, cerdas serta bebas

dari sebarang penyakit.berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat.


Definisi ini menegaskan bahawa kesihatan ditunjangi oleh faktor fizikal
dan mental dan sosial yang sihat, berfungsi,cergas serta tidak diancam
oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan.

Tabiat pengambilan makanan sememangnya penting terhadap tubuh


manusia, terutama apabila ia bakal memberi kesan kepada kesihatan. Justeru,
sangat diutamakan kepada individu mengetahui jenis makanan diambil sesuai
dengan keperluan badan, terutama bagi yang gemar mengambil makanan seperti
sayuran, bijirin dan buah-buahan berikutan lebih mengemari makanan tinggi dengan
gula, garam dan berminyak. Disebabkan corak pemakanan sedemikian, seakanakan lumrah pada masa kini apabila timbul pelbagai masalah kesihatan yang
selalunya berpunca daripada pengambilan gula secara berlebihan dan tinggi dengan
lemak dan kolestrol sehingga menyebabkan seseorang itu mudah diserang diabetes,
darah tinggi serta lemah jantung.

Sebenarnya pengambilan makanan mengandungi tinggi lemak serta gula


bukan sahaja boleh menyumbang kepada masalah kegemukan dan menyebabkan
obesiti, malah faktor gabungan kedua-duanya mengundang kedatangan penyakit
kencing manis atau diabetes. Diabetes berlaku apabila insulin yang di hasilkan tubuh
kurang daripada jumlah gula dalam darah, menyebabkan jumlah gula digunakan
tidak dapat di serap serta di gunakan sebaik-baiknya oleh tubuh. Dengan kewujudan
penyakit diabetes, kebiasaan pengidapnya turut mempunyai risiko lebih tinggi untuk
mendapat pelbagai penyakit sampingan . Justeru itu pengambilan makanan
seimbang amatlah penting seperti yang di tunjukan dalam sistem piramid makanan.

Sudah pasti semua sudah sedia maklum tentang keperluan nutrisi makanan
dalam sistem piramid.adalah sangat penting untuk tubuh badan. Dengan gaya hidup
moden yang serba pantas hari ini, golongan yang bekerja mudah mengabaikan diet
dan sajian tetap. Pengantungan yang tinggi pada makanan segera selalu
mengakibatkan pengambilan lemak tepu, kolestrol, gula ringkas dan sodium yang
tinggi. Mereka tidak mengambil hidangan yang secukupnya pasti akan kekeurangan
nutrient penting yang diperlukan tubuh badan mereka. Pengambilan susu dan
produk susu yang mencukupi sejak peringkat awal usia dan seterusnya disepanjang
hayat dapat membantu menjadikan tulang lebih kuat dan melindunginya penyakit
seperti osteoporosis( tulang rapuh dan lemah) pada usia lanjut. Kandungan kalsium
dan fosforus yang tinggi dalam susu dan produk susu juga memberi manfaat kepada
pertumbuhan dan pemeliharaan gigi yang sihat. Setiap makanan yang kita pilih
haruslah seimbang dengan keperluan harian kita agar badan sentiasa sihat dan
tidak lesu. Sentiasalah peka dengan setiap perubahan tubuh badan sendiri agar
tidak mengabaikan kesihatan diri.

Pilihlah aktiviti menyeronokkan dan mampu mengekalkan kesihatan badan


seperti berjalan pantas,berenang atau berbasikal secara berkumpulan, kerana
senaman yang dilakukan secara teratur dan berterusan membantu mengembalikan
paras gula ke julat normal selain bantuan pemakanan yang membantu sistem dalam
tubuh. Aspek pemakanan amat penting dalam menjamin kesihatan yang baik.
Seseorang harus mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam
kehidupannya. Diet yang seimbang memastikan tubuh badan seseorang memilikii

semua zat-zat yang diperlukan oleh seseorang itu. Jadi, pemakanan yang sebegini
memberikan tahap kesihatan yang baik.

Selain itu, seseorang harus mengamalkan aktiviti senaman yang tetap.


Tindakan melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu menyebabkan tubuh
badan seseorang berfungsi dengan baik kerana semua toksik telah dikeuarkan
menerusi peluh. Rasa tekanan atau stres turut berupaya dihilangkan menerusi
senaman yang dilakuan itu. Oleh itu, untuk memperoleh kesihatan yang baik kita
harus melakukan senaman yang konsisten.

Seseorang itu juga harus memiliki waktu tidur yang cukup terutama apabila
umur mereka semakin meningkat. Tidur yang cukup ini memastikan badan
seseorang menerima rehat yang secukupnya selepas penat bekerja terutama di
pejabat. Keadaan ini turut memberikan seseorang itu tenaga untuk meneruskan
aktivitinya pada esok hari. Maka, waktu tidur yang secukupnya memberi ruang
kepada seseorang itu untuk terus memiliki kesihatan yang baik. Malahan,
pemeriksaan kesihatan yang dibuat sepanjang tahun boleh memberi satu
perspektif yang baik tentang tahap kesihatan seseorang itu. Pemeriksaan yang
kerap ini menyebabkan seseorang itu mengetahui keadaan kesihatan badan mereka
dan melakukan beberapa perubahan untuk memastikan mereka dalam keadaan

yang

seimbang.

Sesungguhnya,

pemeriksaan

kesihatan

yang

kerap

akan

memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Kesimpulannya kesihatan amat penting dalam menjalani kehidupan seharian.


Jika tubuh tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik, nescaya segala kegiatan
atau aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Oleh itu bagi menjamin
kesejahteraan

dalam

kesihatan,

kita

tidak

perlu

mengejar

kekayaan

dan

mengabaikan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan dalam kegiatan seharian.

cara-cara dan langkah-langkah menjaga kesihatan diri


Langkah pertama menjaga kesihatan
Seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri.
Contohnya: mandi sekurang-kurangnya two kali, memakai pakaian yang suci, sentiasa
memastikan kawasan sekeliling sentiasa bersih dan sebagainya.
Dengan itu, kita dapat menjauhkan diri daripada sebarang penyakit.
Dengan cara ini, sudah pasti bahawa kita tidak akan senang dijangkit oleh penyakit.
Oleh itu, menjaga kebersihan amat penting untuk kesihatan.
Langkah kedua menjaga kesihatan
Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutamanya makanan yang berkhasiat.
Kita haruslah makan makanan yang mengandungi vitamin dan mineral yang tinggi.
Kita tidak perlu mengambil makanan ringan atau makanan segera kerana makanan ini tidak
menjamin kesihatan yang sempurna.
Ia akan menyebabkan kita menjadi gemuk dan lama-kelamaan, ia akan melindung kita ke
arah keadaan obesiti.
Langkah ketiga untuk menjaga kesihatan
Bersenam juga boleh menjamin kesihatan yang baik.
Apabila kita berpeluh, kita akan dapat mengeluarkan toksik yang terdapat di dalam badan
kita.
Selain itu, bersenam juga dapat membakar kalori.
Contoh-contoh senaman: berlari, menunggang basikal, senaman aerobik dan sebagainya
Phase 2
Apakah maksud Kesihatan?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan perkataan sihat sebagai:
"Keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit"

Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.

Anda mungkin juga menyukai