Anda di halaman 1dari 20

Page | 1

KESIHATAN

Definisi kesihatan
Menurut WHO, kesihatan adalah keadaan yang sempurna, sihat dari segi fizikal, mental,
rohani dan sosial.

Kesihatan fizikal merangkumi tujuh aspek iaitu:

i. sihat dan sempurna tubuh badan


ii. keadaan dalam dan persekitaran rumah yang bersih dan teratur
iii. keadaan alam sekeliling yang tidak menjejaskan hidupan
iv. tempat tinggal yang sempurna
v. pemakanan yang seimbang
vi. bekalan air yang bersih
vii udara yang bersih

Kesihatan mental dan rohani merangkumi empat bidang utama iaitu:

i. daya pemikiran dan sikap yang positif


1

ii. dapat menyesuaikan diri dengan keluarga, rakan sebaya dan masyarakat
Page | 2

iii. ada perasaan kasih dan sayang


iv. ada rasa penerimaan, penghargaan dan bersyukur

Kesihatan sosial pula adalah perhubungan yang baik dengan ahli keluarga, rakan
sebaya, jiran dan juga masyarakat setempat.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN, KECERGASAN DAN


KESEJAHTERAAN DIRI.

1. BAKA

Menurut Kamus Dewan, baka membawa maksud sifat-sifat keturunan pada


benda hidup dan genetik.
Setiap orang pasti akan mewarisi penyakit-penyakit ibu bapanya.
Antara penyakit keturunan atau penyakit genetik ia!ah A!bino, buta warna,
tekanan darah tinggi dan diabetes.

2. UMUR

Mengikut peningkatan umur, tahap ke&ergasan seseorang akan menurun.


Pada usia 20-an seseorang individu memiliki metabolisme yang tertinggi tetapi
pada tahap umur ini individu mula memasuki ke dunia pekerjaan dan akan
menghabiskan kebanyakkan masa di meja kerja yang akan mengakibatkan
metabolisme menurun kerana otot membakar kalori tiga hingga empat kalai
ganda lebih cepat berbanding kan lemak walaupun tidak melakukan kerja berat.
2

Pada usia 30-an, lebih lebih lagi kaum wanita tidak mementingkan senaman
kerana
Page
| 3 mereka makin sibuk dengan tugasan kerja dan urusan rumahtangga.
Oleh kerana itu, mereka akan kehilangan satu kilo mass muscle setiap tahun dan
ditukar kepada lemak dalam badan.
Pada usia 40-an, kadar metabolisme badan semakin menurun dan kekuatan
semulajadi turut berkurang jika tridak menjaganya sejak awal iaitu ketika 30-an.

3. KETIDAKUPAYAAN FIZIKAL

Keupayaan fizikal ialah kecacatan badan sama ada kehilangan atau tiada suatu
anggota badan, kecederaan spinal ,lumpuh seluruh atau sebahagian badan.
Contohnya, penyakit Polio, Kudung, Kerdil, Osteogenesis imperfecta atau
penyakit tulang rapuh atau Lobstein sindrom.
Sesetengah daripada mereka tidak boleh bergerak dan bersenam seperti orang
biasa. Oleh kerana itu, tahap kecergasan mereka akan lebih rendah berbanding
dengan orang yang sihat.

4. PERKHIDMATAN KESIHATAN

Kemudahan perkhidmatan kesihatan komuniti yang berkesan dan sistematik juga


dapat mempengaruhi tahap kesihatan individu.
Contohnya, klinik, hospital dan pusat-pusat penjagaan dapat membantu
meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan individu.

5. PERSEKITARAN

Persekitaran alam, tempat tinggal dan persekitaran kerja yang bersih, selesa,
aman dan tidak tercemar boleh meningkatkan tahap kesihatan individu.
Pencemaran persekitaran mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Alam
sekitar dan persekitaran yang kotor dan tercemar mengundang kepada bahaya
toksik dan penularan wabak penyakit yang akan menggugat kesihatan individu.

6. TINGKAHLAKU
Page | 4

Tingkahlaku yang patut diamalkan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan


kesejahteraan diri ialah dengan menjaga kebersihan diri.
Kebersihan diri merangkumi penjagaan kesihatan seperti kulit, rambut gigi,
mata dan telinga.
Kepentingan menjaga kebersihan tubuh badan adalah seperti berikut : Mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit seperti penyakit kulit.
Menjaga kesihatan badan agar sentiasa sihat dan cergas.
Mengekalkan persahabatan dengan kawan-kawan dengan
mengamalkan kebersihan diri.

AMALAN HIDUP SIHAT YANG PERLU DIAMALKAN

Tidak dinafikan semakin ramai rakyat Malaysia yang mula sedar akan kepentingan
menjalani hidup sihat. Namun, masih terdapat antara kita yang tidak mengambil hal ini
sebagai suatu yang penting.

Harus kita sedar bahawa kesihatan adalah jaminan untuk hidup yang lebih sejahtera.
Dan untuk mencapai tahap kesihatan yang terbaik, gaya hidup sihat merupakan satu
daripada syaratnya.

Gaya Hidup Sihat


Amalan kehidupan yang sihat dapat mengurangkan risiko kita untuk terdedah kepada
penyakit yang semakin mudah menyerang kita semua pada hari ini dan boleh menjadi
pembunuh utama manusia.

Masih ramai individu diluar sana yang mengalami masalah berlebihan,tidak aktif dan
tidakPage
menjalani
gaya hidup yang sihat.
|5

Mereka ini menjadi sasaran penyakit strok kerana kebanyakan mereka mempunyai
kandungan kolesterol yang tinggi.

Namun, masih belum terlambat untuk mereka berubah dan menjalani hidup yang lebih
sihat. Antara amalan yang mudah dilakukan adalah:

1. Pemakanan Sihat
Ini merupakan amalan utama dalam menjalani gaya hidup sihat. Pemakanan yang sihat
dapat membantu kita mengekalkan tubuh yang sihat dan mengelakkan kita menjadi
gemuk.

Kurangkan pengambilan makanan bergula dan garam kerana pengambilan berlebihan


boleh merisikokan kita mendapat darah tinggi, kencing manis dan obesiti yang boleh
menyebabkan strok.

Jika anda gemar makan makanan yang tidak menyihatkan, anda boleh
menggantikannya dengan snek yang berkhasiat dan pastikan anda tidak mengambilnya
pada waktu hampir dengan waktu makan malam. Makan dalam jumlah yang kecil dan
minum air kosong 6-8 gelas sehari.

2. Persekitaran Yang Bersih


Memastikan kebersihan diri dan juga persekitaran juga penting dalam amalan gaya
hidup sihat. Mengutamakan kebersihan dapat menghalang wabak-wabak penyakit
daripada terus tersebar dan merisikokan anda mendapatkan penyakit lain.
5

Page | 6

3. Menjalani Pemeriksaan Kesihatan Berkala


Bukan ketika sakit sahaja perlukan pemeriksaan, anda perlu menjalani pemeriksaan
kesihatan berkala ini perlu bagi mengesan simptom awal penyakit yang boleh meragut
nyawa. Sekiranya penyakit berbahaya dapat dikesan pada peringkat awal, ini boleh
memastikan cara pencegahan dan rawatan terperinci yang boleh dijalankan.

Pemeriksaan kesihatan ini boleh dilakukan di hospital kerajaan atau swasta.

4. Beriadah
Beriadah atau bersenam dapat mengeluarkan peluh dari badan. Toksin dalam badan
juga turut keluar melalui peluh. Senaman berjadual sangat perlu bagi memastikan tubuh
anda menjadi cergas dan membantu sistem peredaran darah lebih teratur. Ingat!
Saluran darah yang tersekat boleh mengakibatkan strok.

Contoh senaman mudah adalah seperti berlari,, bersukan, berjalan, dan aerobik.

5. Berhenti Merokok
Seperti yang sedia maklum, tabiat merokok boleh merisikokan seseorang mendapat
penyakit paru-paru dan jantung dan lebih 40 jenis penyakit yang boleh membawa maut.
Ini adalah kerana terdapat 4000 jenis bahan kimia yang berbahaya di dalam asap rokok.

Jadi, bertindak sekarang, katakan tidak pada merokok. Dapatkan nasihat dari doktor
untuk menangani masalah ketagihan dan cara berhenti merokok.

6. Atasi Stress
Page | 7

Semua orang mengalami stress atau tekanan. Pelbagai punca yang boleh
menyebabkan stress, antaranya masalah keluarga, kerja, kewangan,dan sebagainya.

Tekanan atau stress yang berpanjangan boleh menimbulkan rasa marah. Jadi, atasi
masalah ini dengan mengawal tekanan dan kemarahan.

Beberapa cara untuk mengurangkan marah:

Berfikir secara positif


Belajar bertenang
Wujudkan hobi
Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
Rehat dan tidur yang cukup
Cari teman untuk berkongsi atau meluahkan masalah

7. Pastikan Rehat yang Cukup


Rehat dan tidur yang cukup dapat mengurangkan tekanan selain dapat menenangkan
tubuh badan serta minda. Selain itu, proses metabolisme juga dapat berjalan dengan
lancar dengan rehat yang mencukupi.

Page | 8

KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN KESIHATAN

DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

Daya tahan kardiovaskular bermaksud kemampuan tubuh badan individu bekerja


dalam masa yang lama. Kemampuan ini berdasarkan kepada keberkesanan jantung,
paru-paru dan saluran darah membekalkan oksigen ke seluruh tubuh badan. Aktiviti
yang boleh meningkatkan daya tahan kardiovaskular ialah senamrobik, ujian berlari 12
minit dan ujian berbasikal 3.2 km. Daya tahan kardiovaskular juga dikenali sebagai
kecergasan aerobik. Bagi menentukan taraf kecergasan aerobik seseorang, ia boleh
diambil berdasarkan kadar nadi rehat.

sangat cergas >>>>> bawah 50 denyutan seminit


cergas

>>>>> 51 -69 denyutan seminit

sederhana

>>>>> 70 -80 denyutan seminit

tidak cergas >>>>> lebih daripada 80 denyutan seminit.

DAYA TAHAN OTOT

Daya tahan otot ialah kemampuan otot mengecut berulang kali dalam jangka masa
yang lama. Contohnya berjalan, berlari atau menaiki tangga. Bagi mengukur daya
tahan otot, aktiviti yang boleh dilakukan ialah lompat dekam (untuk mengukur daya
tahan otot kaki).

KEKUATAN OTOT
Page | 9

Kekuatan otot ialah keupayaan otot untuk menghasilkan daya bagi mengatasi halangan.
Contohnya ketika beradu gusti lengan dengan rakan sebaya. Lengan rakan bertindak
sebagai halangan atau daya yang mesti diatasi. Aktiviti tersebut memerlukan kekuatan
otot. Aktiviti lain yang berkait rapat dengan kekuatan otot seperti mendagu.

KELENTURAN

Kelenturan membantu tubuh badan kita untuk bergerak lancar tanpa merasa kekok.
Kelenturan yang baik ialah apabila sendi-sendi boleh bergerak pada jarak yang
maksimum. Secara ringkasnya boleh dikatakan tubuh badan bergerak melalui jarak
yang sejauh mungkin. Ini dapat dilihat melalui aktiviti menyentuh jari ke lantai tanpa
membengkokkan lutut.

KOMPOSISI TUBUH BADAN

Komposisi tubuh badan berkait dengan kandungan lemak dalam tubuh. Jika sesorang
individu itu aktif dalam kegiatan fizikal, kandungan lemak dalam tubuh badannya akan
berkurang. Kandungan lemak yang wajar untuk tubuh badan seseorang perempuan
ialah antara 20% hingga 25%. Manakala bagi lelaki antara 12% hingga 17%.

KOMPONEN
Page | 10 KECERGASAN FIZIKAL BERDASARKAN MOTOR ( PERGERAKAN )

Terdapat enam komponen penting dalam kecergasan fizikal berdasarkan motor :

1. Koordinasi
Merupakan keberkesanandan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan
seseorang. Ia melibatkan pergerakan kesemua anggota badan. Ia merupakan
keupayaan menggunakan pancaindera, badan dan hubungan mental dengan
sempurna.

2. Keseimbangan
Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti dan dasar( tapak )
yang menyokong seseorang itu diubah. Terdapat dua jenis imbangan iaitu imbangan
statik yang mana pusat graviti berada pada kedudukan setempat dan imbangan dinamik
pula keupayaan mengekalkan keseimbangan sewaktu pusat graviti telah diubah.

3. Ketangkasan
Keupayaan seseorang untuk membuat pergerakan berturutan ke sesuatu arah yang
berbeza dengan cekap, pantas, kemas dan mudah.

4. Kuasa
Keupayaan individu melakukan pergerakan pantas atau mengejut yang kuat dalam
jangka masa yang singkat dengan kecekapan yang tinggi. Ia adalah hasil kuncupan otot
yang kuat dalam jangka masa yang singkat dan merupakan gabungan antara kekuatan
kuncupan otot dan kepantasan kucupan otot.
10

Page | 11

5. Kelajuan

Keupayaan individu membuat pergerakan yang berturutan dengan pantas dalam jangka
masa yang singkat mengikut sesuatu arah. Kelajuan berkait rapat dengan masa tindak
balas. Kelajuan ditentukan hasil jarak langkah dan kekerapan langkahan.

6. Masa tindak balas


Sesuatu jangka masa yang diambil untuk bergerak atau bertindak selepas menerima
sesuatu stimuli( ransangan ). Masa tindak dikaitkan dengan faktor ketangkasan.
Kebolehan ini mampu membantu ketika dalam pertandingan dan sewaktu kecemasan.

11

SOLAT
Page DARI
| 12 PERSPEKTIF SAINS : FADHILAT PERGERAKAN DALAM SOLAT

PERSOALAN

Apakah pergerakkan solat ( Qiyam - berdiri tegak , Rukuk, Sujud, Duduk antara Dua
Sujud, Duduk Tahiyat Awal dan Duduk Tahiyat Akhir) hanya sekadar pergerakkan yang
dituntut tanpa apa-apa kebaikan pada jasad manusia ?

12

Pernahkah kita sebagai umat Islam terfikir apakah kesannya pada diri kita dari segi
fizikal
dan
mental apabila kita Qiyam (berdiri tegak), Rukuk, Sujud, Duduk antara Dua
Page
| 13
Sujud, Duduk Tahiyat Awal dan Dudul Tahiyat Akhir semasa bersolat ?
Kenapakah kita dituntut mengerjakan solat tahajud (dikerjakan pada waktu duapertiga
malam) selain dari sujud menyembah Allah s.w.t ? Apakah kebaikan solat tahajud dari
segi perspektif sains ?

HURAIAN

Untuk mengetahui kebaikkan solat dari sudut kacamata sains, kajian saintifik
seharusnya diadakan dan dikompilikasikan untuk membuktikan dan mengesahkan
bahawanya solat sememangnya memberi manfaat fizikal dan mental kepada yang
mengerjakannya.

Kajian pergerakan otot-otot kita ketika solat secara kasar pada mula kita berdiri tegak
(qiyam) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat ,
kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta
menggerakkan otot di kedua belah tangan.

Ketika ruku dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala
lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan
ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.

Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua
tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu
13

sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit
dari
sujud.
Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali.
Page
| 14
Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar
otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lainlain otot lagi.

Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk pertama duduk antara dua
sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit ,
pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga
kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.

Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang
istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan
kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah
pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur
malam. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w.
bersabda, maksudnya : Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang
terbaik ialah istighfar. Moga Ada mendapat Manfaat
KESIMPULAN

a. Komposisi Badan
Kajian Pertama
solat dapat mengurangkan lemak dalam badan

tabiat rukuk yang sempurna dalam melambatkan proses penuaan dan melancarkan
fungsi buah pinggang.
14

Page | 15

tabiat membengkokkan jari kaki ketika sujuk, duduk di antara dua sujud dan tahiyat
akhir meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan dan merendahkan risiko
penyakit jantung.

Kajian Kedua

b. Sistem Kardiovaskular (Denyutan Jantung)


Kajian menunjukkan posisi sujud adalah yang terbaik untuk kesihatan jantung.
Sesorang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi amat digalakkan untuk sujud
dengan lebih kerap dan lebih lama agar dapat mengurangkan kadar denyutan jantung
dan menurunkan tekanan.

15

Page | 16

c. Otak

Secara amnya ibadat solat dapat menghasilkan keadaan yang tenang pada otak
manusia dan dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.

16

Solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas pemikiran
yang
lebih
mencabar.
Page
| 17

d. Otot

Solat ibarat senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakkan badan
seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud disamping memberi kesan kesan pada
psikologi, tulang, otot dan serebral. Semasa solat kebanyakan otot dan sendi akan
bergerak dan mampu memberi kekuatan kepada sistem otot dan tubuh.
17

Page | 18

e. Disfungsi Ereksi (Mati Pucuk)

Hasil kajian saintifik pergerakan solat dapat mengaktifkan otot lantai pelvik. Pengaktifan
otot lantai pelvik juga dapat memperbaiki darah bagi mereka yang menghidap mati
pucuk. Setelah melakukan solat sunat selama 30 minit (12 rakaat) 3 kali seminggu
18

didapati ada perubahan pada ereksi, jangkamasa ereksi dan perubahan isipadu zakar
semasa
Page |ereksi.
19

19

Page | 20

20

Anda mungkin juga menyukai