Anda di halaman 1dari 21

DRAF

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI


PENDIDIKAN SENI VISUAL
TINGKATAN 3
STANDARD PRESTASI
MATEMATIK TAHUN 1

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (Disember 2013)

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara."

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (Disember 2013)

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL


Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya,
mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu
murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL


Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah bertujuan untuk:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan


memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual
meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan
dalam kehidupan dan kerjaya
menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk merekacipta barangan kraf dan produk seni visual yang
berkualiti
membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual
mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain
menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia
dan antarabangsa
menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya
menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitarannya dan kaitan dengan keselesaan hidup
membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (Disember 2013)

PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru
menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah
menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial.

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (Disember 2013)

TAFSIRAN
o

Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi
tujuan pelaporan individu.

Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik
memberi gambaran holistik tentang individu.

Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam
standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band).
Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul
menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti
boleh ditaksir dan dicapai.

Evidens

Murid

Instrumen

bagi

Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh
buat berdasarkan deskriptor.
Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan
dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian
bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (Disember 2013)

TAFSIRAN BAND
BAND

PERNYATAAN BAND

TAFSIRAN

TAHU

Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau
memberi respons terhadap perkara yang asas.

TAHU DAN FAHAM

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau


menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH


BUAT

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu


kemahiran pada suatu situasi.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH


BUAT DENGAN BERADAB

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu


mengikut prosedur atau secara sistematik.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH


BUAT DENGAN BERADAB
TERPUJI

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan


mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap
positif.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH


BUAT DENGAN BERADAB
MITHALI

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai


keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta
cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk
mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang
sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (Disember 2013)

BAND

PERNYATAAN STANDARD

Mengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka.

Mengetahui dan memahami tentang unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka melalui pengamatan dan
pemerhatian terhadap sumber alam, benda buatan manusia dan hasil seni visual.

Mengetahui, memahami dan meneroka Asas Seni Reka menerusi penerokaan pelbagai media dan teknik dalam
penghasilan Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional.

Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka
melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul serta dapat menerangkan tentang hasil kerja sendiri, di
samping mengamalkan nilai baik.

Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasi Asas Seni Reka melalui
penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul, mematuhi prosedur serta dapat membuat apresiasi terhadap hasil
kerja sendiri dengan menggunakan istilah seni visual di samping mengamalkan nilai baik

Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisonal dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka dan
mempunyai elemen nilai tambah melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul dan kreatif, serta dapat
membuat apresiasi terhadap karya sendiri dengan menghubungkaitkan sumber alam, warisan seni visual tanah air dan
luar negara, di samping mengamalkan nilai baik.

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (Disember 2013)

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

1
Tahu

B1
Mengenali dan
mengetahui
unsur seni dan prinsip rekaan
dalam Asas Seni Reka.

B1 DH1
Menyatakan dan mengetahui unsur
seni dan prinsip rekaan pada sumber
alam, buatan manusia dan hasil
karya Seni Halus

B1 DH1 E1
Berupaya mengenalpasti penggunaan unsur seni
dan prinsip rekaan pada sumber alam dan benda
buatan manusia dan hasil karya Seni Halus.

B1 DG1
Menyatakan dan mengetahui unsur
seni dan prinsip rekaan pada hasil
karya seni Komunikasi visual.

B1 DG1 E1
Berupaya mengenalpasti penggunaan unsur seni
dan prinsip rekaan pada hasil karya Komunikasi
Visual.

B1 DK1
Menyatakan dan mengetahui unsur
seni dan prinsip rekaan pada hasil
karya kraf tradisional.

B1 DK1 E1
Berupaya mengenalpasti penggunaan unsur seni
dan prinsip rekaan
pada hasil karya Kraf
Tradisional

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (Disember 2013)

BAND

2
Tahu dan
Faham

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

B2
Mengetahui
dan
memahami
tentang unsur seni dan prinsip
rekaan dalam Asas Seni Reka
melalui
pengamatan
dan
pemerhatian terhadap sumber
alam, benda buatan manusia,
hasil seni visual dan kraf
tradisional.

B2 DH1
Menjelaskan penggunaan
unsur
seni dan prinsip rekaan dalam Asas
Seni Reka pada sumber alam, benda
buatan manusia dan hasil karya Seni
Halus

B2 DH1 E1
Berupaya menerangkan penggunaan unsur seni
dan prinsip rekaan pada sumber alam dan benda
buatan manusia dan hasil karya Seni Halus

B2 DG1
Menjelaskan penggunaan unsur
seni dan prinsip rekaan dalam Asas
Seni Reka pada hasil karya seni
Komunikasi visual

B2 DG1 E1
Berupaya menerangkan penggunaan unsur seni
dan prinsip rekaan pada hasil karya Komunikasi
Visual.

B2 DK1
Menjelaskan penggunaan unsur
seni dan prinsip rekaan dalam Asas
Seni Reka pada hasil karya kraf
tradisional

B2 DK1 E1
Berupaya menerangkan penggunaan unsur seni
dan prinsip rekaan
pada hasil karya Kraf
Tradisional.

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (Disember 2013)

BAND

3
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

B3
Mengetahui, memahami dan
meneroka Asas Seni Reka
menerusi penerokaan pelbagai
media
dan
teknik
dalam
penghasilan
Seni
Halus,
Komunikasi Visual dan Kraf
Tradisional.

B3 DH1
Mengaplikasikan Asas Seni Reka
serta membuat penerokaan proses,
teknik , penggunaan alat dan media
berdasarkan gubahan idea dan reka
bentuk asas dalam penghasilan
karya Seni Halus

B3 DH1 E1
Menghasilkan lukisan dengan mengaplikasikan
Asas Seni Reka menerusi lakaran gubahan idea,
penerokaan
proses,
media
dan
teknik
berdasarkan gubahan asas
B3 DH1 E2
Menghasilkan catan dengan
mengaplikasikan
Asas Seni Reka menerusi lakaran gubahan idea,
penerokaan
proses,
media
dan
teknik
berdasarkan gubahan idea asas.
B3 DH1 E3
Menghasilkan reka bentuk arca teknik acuan,
luakan atau timbulan dengan mengaplikasikan
Asas Seni Reka menerusi lakaran gubahan idea,
penerokaan proses, media dan teknik
B3 DH1 E4
Menghasilkan cetakan timbulan atau stensil
(sutera saring) dengan mengaplikasikan Asas
Seni Reka melalui lakaran gubahan idea,
penggunaan media, proses dan teknik asas.

B3 DG1
Mengaplikasikan Asas Seni Reka
serta membuat penerokaan proses,
teknik , penggunaan alat dan media
berdasarkan gubahan idea dan reka
bentuk asas dalam penghasilan
karya Komunikasi Visual

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (Disember 2013)

B3 DG1 E1
Menghasilkan reka bentuk grafik risalah atau
pembungkusan dengan mengaplikasikan Asas
Seni Reka berdasarkan lakaran gubahan idea
asas, penggunaan media, proses dan teknik.

10

B3 DK1
Mengaplikasikan Asas Seni Reka
serta membuat penerokaan proses,
teknik , penggunaan alat dan media
berdasarkan gubahan idea dan reka
bentuk asas dalam penghasilan
karya kraf tradisional

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (Disember 2013)

B3 DK1 E1
Menghasilkan
kraf batik atau tenunan yang
mudah dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka,
berdasarkan lakaran idea motif dan reka corak

11

BAND

4
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat Dengan
Beradab

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

B4
Menghasilkan karya Seni Halus,
Komunikasi Visual dan Kraf
Tradisional
dengan
mengaplikasikan Asas Seni Reka
melalui penggunaan media yang
sesuai dan teknik yang betul
serta dapat menerangkan tentang
hasil kerja sendiri, di samping
mengamalkan nilai baik.

B4 DH1
Mengaplikasi Asas Seni Reka dalam
penghasilan karya Seni Halus
berdasarkan gubahan idea, proses,
media yang sesuai dan teknik yang
betul serta boleh membuat apresiasi
terhadap
karya
sendiri
dan
mempunyai nilai kendiri yang baik
semasa menjalankan aktiviti.

B4 DH1 E1
Berupaya menghasilkan lukisan berdasarkan
lakaran gubahan idea dengan mengaplikasikan
Asas Seni Reka menerusi proses penerokaan
idea, penggunaan media yang sesuai, proses dan
teknik yang betul dengan memberi perhatian
kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan
objek serta mempamerkan dan memperihalkan
hasil karya sendiri dan mengamalkan nilai kendiri
yang
baik
semasa
menjalankan
aktiviti
penghasilan seni visual.
B4 DH1 E2
Berupaya menghasilkan catan berdasarkan
lakaran gubahan idea dengan mengaplikasikan
Asas Seni Reka menerusi proses penerokaan
idea, penggunaan media yang sesuai, proses dan
teknik yang betul dengan memberi perhatian
kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan
objek, perspektif, satah dan imbangan dan
hubungkait kedudukan objek serta mempamerkan
dan memperihalkan hasil karya sendiri
dan
mengamalkan nilai kendiri yang baik semasa
menjalankan aktiviti penghasilan seni visual.
B4 DH1E3
Berupaya menghasilkan arca berdasarkan lakaran
gubahan idea dengan mengaplikasi Asas Seni
Reka menerusi menerusi proses penerokaan
idea, penggunaan media yang sesuai, proses dan
teknik yang betul serta mempunyai kemasan
dengan memberi penekanan kepada bentuk
konkrit (3D) dan hubungkait kedudukan objek
serta mempamerkan dan memperihalkan hasil
karya sendiri dan mengamalkan nilai kendiri yang

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (Disember 2013)

12

baik semasa menjalankan aktiviti penghasilan seni


visual.
B4 DH1E4
Berupaya menghasilkan cetakan timbulan atau
sutera saring berdasarkan lakaran gubahan idea
dengan mengaplikasi Asas Seni Reka menerusi
menerusi proses penerokaan idea, penggunaan
media yang sesuai, proses dan teknik yang betul
serta mempunyai kemasan dengan memberi
penekanan kepada disiplin cetakan dan
hubungkait kedudukan objek serta mempamerkan
dan memperihalkan hasil karya sendiri
dan
mengamalkan nilai kendiri yang baik semasa
menjalankan aktiviti penghasilan seni visual.

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (Disember 2013)

B4 DG1
Mengaplikasi Asas Seni Reka dalam
penghasilan karya Komunikasi visual
berdasarkan gubahan idea, proses,
media yang sesuai dan teknik yang
betul serta boleh membuat apresiasi
terhadap
karya
sendiri
dan
mempunyai nilai kendiri yang baik
semasa menjalankan aktiviti.

B4 DG1 E
Berupaya menghasilkan reka bentuk grafik risalah
atau
pembungkusan
berdasarkan
lakaran
gubahan idea dengan mengaplikasi Asas Seni
Reka menerusi menerusi proses penerokaan
idea, penggunaan media yang sesuai, proses dan
teknik yang betul serta mempunyai kemasan
dengan memberi penekanan kepada ilustrasi,
mukataip dan reka letak dan hubungkait
kedudukan objek serta
mempamerkan dan
memperihalkan hasil karya sendiri
dan
mengamalkan nilai kendiri yang baik semasa
menjalankan aktiviti penghasilan seni visual.

B4 DK1
Mengaplikasi Asas Seni Reka dalam
penghasilan karya kraf tradisional
berdasarkan gubahan idea, proses,
media yang sesuai dan teknik yang
betul serta boleh membuat apresiasi

B4 DK1 E1
Berupaya menghasilkan kraf tradisional batik atau
tenunan berdasarkan lakaran gubahan idea
dengan mengaplikasi Asas Seni Reka menerusi
menerusi proses penerokaan idea, penggunaan

13

terhadap
karya
sendiri
dan media yang sesuai, proses dan teknik yang betul
mempunyai nilai kendiri yang baik serta mempunyai kemasan dengan memberi
semasa menjalankan aktiviti.
penekanan kepada kepada motif dan reka corak
dan
hubungkait
kedudukan
objek
serta
mempamerkan dan memperihalkan hasil karya
sendiri dan mengamalkan nilai kendiri yang baik
semasa menjalankan aktiviti penghasilan seni
visual.

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (Disember 2013)

14

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

B5
Menghasilkan karya Seni Halus,
Komunikasi Visual dan Kraf
Tradisional
dengan
mengaplikasikan Asas Seni Reka
melalui penggunaan media yang
sesuai dan teknik yang betul,
mengikut proses penghasilan
serta dapat membuat apresiasi
terhadap hasil kerja sendiri
dengan menggunakan istilah seni
visual di samping mengamalkan
nilai baik

B5 DH1
Menghasilkan karya Seni Halus yang
mempunyai
tema
dan
mengaplikasikan Asas Seni Reka
dengan betul dan kreatif melalui
gubahan idea, proses, media yang
sesuai dan teknik yang betul serta
boleh membuat apresiasi terhadap
hasil karya sendiri menggunakan
bahasa seni dan mengamalkan nilai
kendiri
yang
terpuji
semasa
menjalankan aktiviti

B5 DH1 E1
Menghasilkan lukisan yang kreatif mengikut tema
dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang
betul berdasarkan
lakaran gubahan idea
menerusi proses penerokaan idea, penggunaan
pelbagai media yang sesuai dan teknik yang betui
dengan memberi perhatian kepada kadar banding
dan hubungkait kedudukan objek, perspektif,
satah dan imbangan serta boleh membuat
apresiasi
terhadap
hasil
karya
sendiri
menggunakan bahasa seni dan mengamalkan
nilai kendiri yang terpuji semasa menjalankan
aktiviti

5
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Terpuji

B5 DH1 E2
Menghasilkan catan yang kreatif mengikut tema
dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang
betul berdasarkan
lakaran gubahan idea
menerusi proses penerokaan idea, penggunaan
pelbagai media yang sesuai dan teknik yang betul
dengan memberi perhatian kepada kadar banding
dan hubungkait kedudukan objek, perspektif,
satah dan imbangan serta boleh membuat
apresiasi
terhadap
hasil
karya
sendiri
menggunakan bahasa seni dan mengamalkan
nilai kendiri yang terpuji semasa menjalankan
aktiviti

B5 DH1 E3
Menghasilkan arca yang kreatif mengikut tema
dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang
betul berdasarkan
lakaran gubahan idea
menerusi proses penerokaan idea, penggunaan
pelbagai media yang sesuai dan teknik yang betul
DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (Disember 2013)

15

dengan memberi penekanan kepada bentuk


konkrit (3D) serta boleh membuat apresiasi
terhadap hasil karya sendiri menggunakan bahasa
seni dan mengamalkan nilai kendiri yang terpuji
semasa menjalankan aktiviti

B5 DH1 E4
Menghasilkan cetakan timbulan atau sutera saring
yang kreatif dan mengikut tema dengan
mengaplikasikan Asas Seni Reka yang betul
berdasarkan
lakaran gubahan idea menerusi
proses penerokaan idea, penggunaan pelbagai
media yang sesuai dan teknik yang betul dengan
memberi penekanan kepada disiplin cetakan serta
boleh membuat apresiasi terhadap hasil karya
sendiri
menggunakan
bahasa
seni
dan
mengamalkan nilai kendiri yang terpuji semasa
menjalankan aktiviti
B5 DH2
Menghasilkan satu jurnal seni

B5 DH2 E5
Memilih dan menghasilkan salah satu jurnal seni
visual (art jurnal) diantara bidang tersebut:

Seni Halus
Kraf Tradisional
- Batik
- Tenunan
Peralatan Tradisional
Permainan Tradisional
Perhiasan Diri (ornamen)

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (Disember 2013)

16

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (Disember 2013)

B5 DG1
Menghasilkan karya Komunikasi
Visual yang mempunyai tema dan
mengaplikasikan Asas Seni Reka
dengan betul dan kreatif melalui
gubahan idea, proses, media yang
sesuai dan teknik yang betul serta
boleh membuat apresiasi terhadap
hasil karya sendiri menggunakan
bahasa seni dan mengamalkan nilai
kendiri
yang
terpuji
semasa
menjalankan aktiviti

B5 DG1 E1
Menghasilkan reka bentuk grafik risalah atau
pembungkusan yang kreatif dan mengikut tema,
dengan mengaplikasikan Asas Seni yang betul
berdasarkan
lakaran gubahan idea, menerusi
proses penerokaan idea, penggunaan pelbagai
media yang sesuai dan teknik yang betul dengan
memberi penekanan kepada mukataip, ilustrasi,
gubahan warna dan reka letak serta boleh
membuat apresiasi terhadap hasil karya sendiri
menggunakan bahasa seni dan mengamalkan
nilai kendiri yang terpuji semasa menjalankan
aktiviti

B5 DK1
Menghasilkan karya Komunikasi
Visual yang mempunyai tema dan
mengaplikasikan Asas Seni Reka
dengan betul dan kreatif melalui
gubahan idea, proses, media yang
sesuai dan teknik yang betul serta
boleh membuat apresiasi terhadap
hasil karya sendiri menggunakan
bahasa seni dan mengamalkan nilai
kendiri
yang
terpuji
semasa
menjalankan aktiviti

B5 DK1 E1
Menghasilkan batik atau tenunan yang kreatif dan
menarik dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka
yang betul dan kreatif berdasarkan lakaran
gubahan yang bersesuaian menerusi proses
penerokaan idea, media yang sesuai dan teknik
yang betul dengan memberi penekanan kepada
reka corak serta boleh membuat apresiasi
terhadap hasil karya sendiri menggunakan bahasa
seni dan mengamalkan nilai kendiri yang terpuji
semasa menjalankan aktiviti

17

BAND
6
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Adab Mithali

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

B6
Menghasilkan karya Seni Halus,
Komunikasi Visual dan Kraf
Tradisonal
dengan
mengaplikasikan Asas Seni Reka
dan mempunyai elemen nilai
tambah
melalui
penggunaan
media dan teknik yang betul dan
kreatif, serta dapat membuat
apresiasi terhadap karya sendiri
dengan
menghubungkaitkan
sumber alam, warisan seni visual
tanah air dan luar negara, di
samping mengamalkan nilai baik.

B6 DH1
Menghasilkan karya Seni Halus yang
kreatif, betul dan unik dengan
mengaplikasi Asas Seni Reka dan
mempunyai elemen nilai tambah
melalui penggunaan media dan
teknik mengikut prosedur yang betul,
secara manual dan berbantukan
teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) serta boleh membuat apresiasi
terhadap hasil karya sendiri dan hasil
karya rakan dan membudayakan nilai
kendiri terpuji yang boleh dicontohi
semasa menjalankan aktiviti.

B6 DH1 E1
Menghasilkan lukisan yang kreatif dan unik serta
menepati tema dengan mengaplikasi Asas Seni
Reka berdasarkan
lakaran gubahan idea,
menerusi proses penerokaan idea, penggunaan
pelbagai media yang sesuai dan teknik yang betul
dengan memberi perhatian kepada kadar banding
dan hubungkait kedudukan objek, perspektif,
satah dan imbangan serta boleh membuat
apresiasi terhadap hasil karya sendiri , hasil karya
rakan dan membudayakan nilai kendiri terpuji dan
mampu membantu rakan sebaya menjalankan
aktiviti

B6 DH1 E2
Menghasilkan catan yang kreatif dan unik serta
menepati tema dengan mengaplikasi Asas Seni
Reka berdasarkan lakaran gubahan idea,
menerusi proses penerokaan idea, penggunaan
pelbagai media yang sesuai dan teknik yang betul
dengan memberi perhatian kepada kadar banding
dan hubungkait kedudukan objek, perspektif,
satah dan imbangan serta boleh membuat
apresiasi terhadap hasil karya sendiri , hasil karya
rakan dan membudayakan nilai kendiri terpuji dan
mampu membantu rakan sebaya menjalankan
aktiviti
B6 DH1 E3
Menghasilkan arca yang kreatif dan unik serta
menepati tema dengan mengaplikasi Asas Seni
Reka berdasarkan lakaran gubahan idea,
menerusi proses penerokaan idea, penggunaan
pelbagai media yang sesuai dan teknik yang betul
DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (Disember 2013)

18

dengan memberi perhatian kepada bentuk konkrit


(3D) serta boleh membuat apresiasi terhadap hasil
karya
sendiri,
hasil
karya
rakan
dan
membudayakan nilai kendiri terpuji dan mampu
membantu rakan sebaya menjalankan aktiviti
B6 DH1 E4
Menghasilkan cetakan timbulan atau sutera saring
yang kreatif dan unik serta menepati tema dengan
mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan
lakaran gubahan idea, menerusi
proses
penerokaan idea, penggunaan pelbagai media
yang sesuai dan teknik yang betul dengan
memberi penekanan kepada disiplin cetakan serta
boleh membuat apresiasi terhadap hasil karya
sendiri, hasil karya rakan dan membudayakan nilai
kendiri terpuji dan mampu membantu rakan
sebaya menjalankan aktiviti.
B6 DH2
Menghasilkan satu jurnal seni yan
kreatif dan menyediakan portfolio
hasil kerja sendiri berdasarkan tema
kajian dan lakaran olahan idea ,
penerokaan , penggunaan media dan
teknik.

B6 DH2 E1
Memilih dan menghasilkan salah satu jurnal seni
visual (art jurnal) yang kreatif diantara bidang
tersebut:

Seni Halus
Kraf Tradisional
- Batik
- Tenunan
Peralatan Tradisional
Permainan Tradisional
Perhiasan Diri (ornamen)
B6 DH2 E1
Menyediakan portfolio hasil karya sendiri
berdasarkan tema kajian dan lakaran olahan idea ,
penerokaan , penggunaan media dan teknik.

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (Disember 2013)

19

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (Disember 2013)

B6 DG1
Menghasilkan karya Komunikasi
Visual yang kreatif, betul dan unik
dengan mengaplikasi Asas Seni
Reka dan mempunyai elemen nilai
tambah melalui penggunaan media
dan teknik mengikut prosedur yang
betul,
secara
manual
dan
berbantukan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) serta boleh
membuat apresiasi terhadap hasil
karya sendiri dan hasil karya rakan
dan membudayakan nilai kendiri
terpuji yang boleh dicontohi semasa
menjalankan aktiviti.

B6 DG 5E1
Menghasilkan reka bentuk grafik risalah atau
pembungkusan yang kreatif dan unik serta
menepati tema dengan mengaplikasi Asas Seni
Reka berdasarkan lakaran gubahan idea,
menerusi proses penerokaan idea, penggunaan
pelbagai media yang sesuai dan teknik yang betul
memberi penekanan kepada mukataip, ilustrasi,
gubahan warna dan reka letak serta boleh
membuat apresiasi terhadap hasil karya sendiri,
hasil karya rakan dan membudayakan nilai kendiri
terpuji dan mampu membantu rakan sebaya
menjalankan aktiviti

B6 DK1
Menghasilkan karya Kraf tradisional
yang kreatif, betul dan unik dengan
mengaplikasi Asas Seni Reka dan
mempunyai elemen nilai tambah
melalui penggunaan media dan
teknik mengikut prosedur yang betul,
secara manual dan berbantukan
teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) serta boleh membuat apresiasi
terhadap hasil karya sendiri dan hasil
karya rakan dan membudayakan nilai
kendiri terpuji yang boleh dicontohi
semasa menjalankan aktiviti.

B6 DK1 E1
Menghasilkan batik atau tenunan yang kreatif dan
unik dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka
berdasarkan berdasarkan lakaran gubahan idea,
menerusi proses penerokaan idea, penggunaan
pelbagai media yang sesuai dan teknik yang betul
dengan memberi penekanan kepada reka corak
dan kemasan serta boleh membuat apresiasi
terhadap hasil karya sendiri , hasil karya rakan
dan membudayakan nilai kendiri terpuji dan
mampu membantu rakan sebaya menjalankan
aktiviti

20

DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 (Disember 2013)

21

Anda mungkin juga menyukai