Anda di halaman 1dari 7

Perubahan Mindset.

Apabila kita bercakap tentang perubahan, sudahtentu pasti kita akan mengaitkan dengan
kualiti.Sesuatu yang dianggap berkualiti hari ini mungkin tidak berkualiti pada hari esok
atau pada masa depan. Pencapaian kualiti memerlukan perubahan.Dalam melaksanakan
perubahan kadangkala dalam keadaan air tenang atau dalam keadaan air yang berkocak.
Ianya memerlukan kebijaksanaan kita sebagai pemimpin untuk mencari jalan
penyelesaian. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak
berselerak. Kita perlu mempunyai semangat dan kemahuan untuk berubah. Perubahan
membolehkan kita bersedia untuk menghadapi cabaran. Kita juga perlu menguruskan
perubahan dengan cekap.Untuk menguruskan perubahan dengan berjaya kita perlu
melakukan perubahan minda serta membuat penyesuaian nilai dan norma yang menjadi
pegangan. Profesionalisma keguruan mempunyai nilai dan norma budayanya sendiri. Ia
diterima oleh masyarakat sebagai profesion yang mulia, walaubagaimanapun persepsi
boleh berubah mengikut keadaan dan persekitaran. Untuk menghadapi masa depan kita
perlu bijak menjangka dan menduga apa yang bakal ditempuhi. Berfikiran untuk jangka
panjang dan merancang masa depan merupakan paradigma yang sesuai bagi kita
pemimpin alaf baru ini. Maka KELAB KWSKKJ kita ini Adalah Reconstuctivisme Yakni
Membina Semula ke arah itu.

1. Pada ketika perlantikan saya sebagai pengerusi BKG, dan dilantik juga beberapa
orang yang mana langsung tidak menggambarkan sebuah mesyuarat agung.
Saya dilantik seperti melepas batuk ditangga aje, begitu juga yang lain-lain, ada
diantaranya langsung tidak bersedia dan berminat, namun menerima juga demi
Kebajikan. Walaupun begitu keadaanya, semua guru seolah-olah menerima aje
budaya semacam tak formal seperti itu. Tidak seorang pun bangkit untuk
menegur kaedah mesyuarat itu. Persoalannya rata-rata ingin bertanya, sudah
beberapa kali guru lelaki dijadikan pilihan terakhir sebagai Pengerusi, yang
sebelum nya juga adalah lelaki. Berkali-kali sudah saya bincangkan kepada
rakan-rakan mengenai budaya yang tak logic ini, jika perempuan lebih ramai,
kenapa tidak perempuan sahaja yang dilantik menjadi pengerusi.Sekali lagi
pilihan yang agak tidak bertanggungjawab berlaku dalam pemilihan BKG kali
ini, malah saya dimaklumkan, beginilah setiap kali mesyuarat agung. Sehingga
sebahagian guru lelaki termasuk saya sendiri terasa amat risau, kerana setiap
kali terlantik isunya mestilah pengerusi itu perlu lebih baik urusanya,
kemajuanya, termasuklah kaedah menambah dananya agar dapat menandingi
program yang pernah dipengerusikan oleh pengerusi sebelumnya. Maka secara
tidak langsung kerusi itu menjadi agak panas kerana yang lemah atau kononya
tidak aktif mesti dikalangan guru lelaki. Cubalah kita fikirkan secara logiknya,
apalah rupanya jika minority mentadbir majoriti. Sudah tentulah banyak
perkara-perkara yang dicadangkan oleh minority tidak akan mudah
dilaksanakan. Ditambah pula jika AJK-nya lebih ramai perempuan. Ini tak boleh
dinafikan yang mana satu ketika dulu sehingga berlaku perbalahan antara AJK
lelaki dan perempuan dalam masalah pengurusan. Dah jadi macam budakbudak bila ditakdirkan bersama tetapi mimpi lain-lain. Sememangnya sukar
untuk mentadbir. Andai kata satu perkara diarah oleh sipengerusi lelaki pasti
tidak mendapat sambutan untuk dilaksanakan oleh si AJK perempuan ni. Saya
pun jadi tak faham mengapa tak boleh jadi.
2. Menyedari hakikat itu saya terfikir, sememangnyalah sukar bila kaum
berasaskan jantina menjadi cabaran antara satu sama lain jika ingin untuk
mengubah sesuatu yang lebih baik. Saya dah fikir bergitu lama ttg tidak
ketelusan ini. Lebih-lebih lagi jika sesuatu kaum itu menguasai yang lain dari
segi kelebihannya samada ramainya atau kerdebilitinya.
3. Kita mungkin beranggapan ianya adalah satu cabaran. Tapi adakah ianya
cabaran yang sihat atau sekadar cabaran untuk tunduk kepada majoriti kaum.
Inilah masalahnya.
4. Saya agak terkejut bila saya tiba-tiba dilantik, sedangkan saya adalah orang
baru di sekolah ini. maka saya dan beberapa rakan lain sudah tentulah rasa
tidak selesa, dan melihat siapakah rakan-rakan lelaki yang ada ketika itu untuk
bersam-sama saya. Saya hanyalah setahun jagung di sekolah yang penuh
misteri ini.
5. Namun saya tetap yakin kepada warga sekolah ini terhadap saya, kerana
amanah dan tanggungjawab dalam menjalin persahabatan ini serta peluang-

peluang menambah dana dan mencari peluang kewangan jika saya benarbenar diberi peluang yang seluas-luasnya.
6. Kita tidak boleh menyembunyikan bahawa BKG atau KELAB adalah sebuah
badan yang sentiasa memerlukan bajet, atau sumbangan untuk menjalankan
aktivitinya. Jadi saya berbincang dengan AJK-AJK seperti mana saya berbincang
dengan rakan-rakan lain seperti cikgu Saleh dalam membangunkan programprogram lain di sekolah ini samada kecil maupun besar, Yang mana sentiasa
mememerlukan peruntukan serta kena sentiasa perlu mencari sumbangan
barulah program itu akan jadi lebih meriah. Saya inginkan kemeriahan, barulah
kita rasa lebih Berjaya dan sedikit rasa seronok. Sebab itu kita tidak dibenarkan
memanggil PPD atau JPS dalam menjadi perasmi sebarang program sekolah,
kita diminta untuk mencari orang-orang yang berkepentingan samada politik
maupun koperat, untuk manjadi perasmi. Mengapa ? kerana mereka ada
kepentingan.
Semuanya adalah kerana peruntukan kemudian hari, untuk siapa ?, sudah
tentulah untuk Sekolah dan murid. Jika bajet tak ada ?...fikirlah apa yang boleh
kita lakukan.
7. Didunia masa kini kita amat mudah menyebut bahawa yang penting adalah
kerjasama barulah datangnya kebajikan. Trend BKG selama ini memang bergitu.
Kita kumpul wang kemudian kita salurkan kebajikan, kalu ada lebih berulah
akhir tahun kita guna untuk makan2, dan jika nak lebih baik kene tambah lebih
sedikit barulah rasa kemeriahannya.
8. Namun apalah rupanya jika sumbangan dari ahli cukup-cukup aje,
kemungkinan dalam tahun tersebut banyak peruntukan kebajikan perlu
disalurkan, dari guru-guru yang melahirkan anak, peruntukan hari guru,
kematian, sakit sehinggalah kejamuan akhir tahun. Kadang-kadang terdapat
ahli-ahli yang payah untuk membuat bayaran sumbangan bulanan, kerana
maslah kewangan, Ahli-ahli lain pula setahu saya tak mau cerita banyak, jika
dah bayar bulan-bulan mereka pasti mahukan semua keistimewaan, jika hadiah
akhir tahun mereka tak suka Tupperware , tak kan ahli nak Tanya macamana
nak cari duit tambahan, tak kan nak Tanya bagaimana aktiviti nak dijalankan,
itu semua AJK perlu fikir bukan ahli-ahli. Seperti trendnya pada setiap pengerusi
dilantik semacam satu masalah untuk mencari sumber tambahan kewangan,
lagi bijak pengerusi mencari sumber tabungan adalah lebih baik, dan silapsilap pengerusi itu akan kekal beberapa kali, tetapi di sekolah ini semua takut
nak jadi Pengerusi BKG.
9. Maka saya kenalah bertindak.Tetapi dalam suasana yang mana dizaman
yang kian mencabar dan penuh persainagan ini sudah tentulah cara mencari
dan menambah tabungan perlukan kebijaksanaan. Sebab mungkin kebetulan
saya merasakan mampu dibahagian seumpama itu. Maksud kebijaksanaan
inilah maka saya fikir kita perlu sentiasa memilih orang-orang yang sepatutnya,
agar KELAB boleh terus kekal releven selagi tidak merosakkan dan menyalahi
undang-undang.
10.
Dengan maksud kebijaksanaan inilah, saya agak akur dan setuju untuk
menerima lantikan, dari GB, dengan cara yang amat tidak professional ketika

itu, dan yang menghairankan taada pula ahli-ahli mempersoalkan kaedah


mesyuarat seumpama itu. Semacam satu Understanding sahaja, yang tak perlu
nak dipersoalkan, dah jadi budaya badan kebajikan sekolah ini agaknya.
11.
Hasil dari lantikan itulah pelbagai rancangan dan program dilaksanakan,
sehinggalah kesebuah hari kantin. Itupun masih ada gendang berbunyi, Cuma
saya nak Tanya? Adakah cara itu salah, adakah wang itu kita tak memerlukan,
kita mendapat tambahan tabungan, yang mana selama ini kita tiada peluang
melainkan wang ahli dan sedikit jualan yang sudah tidak releven untuk
menampung keperluan ahli yang semakin membesar serta harga barangbarang yang agak mahal.
12.
Saya harapkan kita patut berbagga kerana telah melakukanya. Apakah
hasil wang itu tak berhak untuk kita gunakan sepertimana saranan YDP bagi
menceriakan guru-guru dan warga SKKJ. Adakah itu satu kesalahan atau satu
kemunduran..?
13.
Justru selepas itulah maka Pengerusi dan AJK2 ini sentiasa diperhatikan
Semacam suatu keadaan yang memenatkan jika Pengerusi dan AJK2 ini
dibiarkan berkuasasegala hasil dari idea sebelum ini sudah tidak
diperdulikan lagimalahan semacam suatu kekecewaan pula jadinya, apakah
yang akan dirancang selepas ini..Mungkin itulah yang dipersoalkan dalam
kepala mereka.
14.
Dipihak kami pada asalnya sentiasa ikhlas ingin memperjuangakan nasib
BKG ini supaya lebih berdaya maju dan lebih Fokus kepada menyalurkan
sumbangan-sumbangan yang agak istimewadengan objektif yang agak
keterlaluan itulah maka satu revolusi terus diujudkan. Namun saya masih
percaya ketika itu bahawa ahli-ahli memang perlukan kita untuk membentuk
sesuatu dan dengan sokongan yang dipercayai maka tanpa memikirkan apaapa, rupa-rupanya satu PERSOALAN DAN kekangan timbul..
15.
Satu soalan besar berlaku.penukaran nama BKG kepad KELAB telah
disalah ertikanakhirnya niat sebenar AJK kali ini dipersoalkan relevenya.
Memang sudah dijangka sejak mula menjadi AJK
16.
Saya dah biasa dengan persoalansehinggakan undian dibuat dan 2 / 3
beretuju pun masih dipersoalkan, kerana ada yang menganggap ada yang
bersetuju itu pun masih tidak faham sepenuhnya.tetapi hakikatnya
begitulahselepas tarikh itu semuanya sudah tidak sempurnanamun berkat
keyakinan dan kesabaran dan beranggapan inilah cabaran untuk saya dan
kene diteruskan juga, sehingga termampu.namun beberapa peristiwa telah
menimpa semua AJK akibat asakan yang bertubi-tubi dari segenap sudut,
sehingga satu atau 2 orang AJK penting telah mula luntur minat dan
semangatnya, dan ada yang terus meletak jawatan.
17.
Persoalan demi persoalan timbul dengan rakusnya seumpama hari sudah
tiada esok lagi. Semacam tidak ada kemajuan yang pernah dibuat sebelum ini,
sehingga menghilangkan kepercayaan warga kepada pengerusi dan AJK_AJK
seolah-seolah kita telah melakukan satu jenayah perang besar yang tak boleh
diampunkan lagi.

18.
Persoalan yang utama dari mereka adalah berkisar tentang kenapa tak
buat mesyuarat Agung bagi membentangkan perbelanjaan sebelum bertukar
kepada badan baru...
19.
Sebenarnya adakah mereka faham apa yang berlaku?
20.
Kemudian mereka minta kita memahamkan..
21.
Maka hari ini ingin saya ceritakanCeritanya amat mudah.Semua
kemusnahan yang berlaku kepada sesuatu kaum itu adalah kerana sudah hilang
rasa hormat-menghormati, Rasional, Liberal, kerjasama, perbuatan mengadudomba berleluasa, fitnah, umpat-mengumpat menuduh tanpa usul periksa, dan
pelbagai lagi, sehingga diturunkan bencana dan hilanglah keberkatan, amat
mudah jika Allah ingin menarik nikmatnya kepada kita selama ini , dan adalah
bukan kerana seorang tetapi semuanya mempunyai kaitan ke atas apa yang
menimpa kita, kerana kita juga tidak terlepas dari ujian allah, Inilah contoh
yang telah diceritakan oleh Allah didalam AlQuraan. Namun berapa orangkah
yang telah beriman kepada Al-Quraan ini dan menerima hidayah darinya.
Adakah sama seoarang lelaki berfikir jika dibandingkan seoarang perempuan.
22.
Adakah sama seorang lelaki ketika menjadi Imam berbanding seoarang
perempuan ketika menjadi Imam dikalangan sejenisnya, dan adakah sama
jumlah akal seorang lelaki berbanding seorang perempuan. Inilah yang disebut
oleh Nabi bahawa sebaik-baik harta perhiasan seorang lelaki di dunia ini adalah
isterinya yang Salihah.
23.
Ini mencerminkan Akhlak yang dituntut oleh Nabi.
24.
Inilah bencana yang harus dibayar oleh kita semua sebagai Warga.
KELAB ini hanyalah instrument yang diwujudkan bagi sekadar melihat dan
menilai TAHAP UKHUWAH kita antara satu sama lain. Bahwa kita kene
mengakuinya dengan sifat-sifat inilah yang menyebabkan sekali lagi Allah
menarik Nikmat pencapaian 5A murid-murid tahun 6 sekolah ini, yang semakinlama semakin merudum. Apa yang tidak dibuat, dari Kelas tambahan, Voucer
tusyen, bacaan Yasin, Motivasi, Parenting dsbnya. Tapi kenyataannya semakin
tahun semakin berkurangan semenjak 2007.mengapa ?
25.
Adakah dengan mempersoalkan KELAB atau mengekalkan BKG akan
mengubah pencapaian sekolah ini, atau adakah dengan menghalang Pengerusi
meneruskan pembangunan KELAB maka kita aakan beroleh kemenangan,
kerana itu kami sekadar ingin mengimarakkan Warga agar mendapat Kebajikan
sepatutnya dengan program-program baru yang lebih berdaya serta benarbenar bergerak mengikut Perlembgaan serta menyusun semula ahli dengan
undang-undang kecil yang diperkenalkan agar diharapkan mendapat sokongan,
rupa-rupanya menjadi satu persoalan, sehingga nak menjual kupon pada hari
sukan pun dijadikan isu, saya tak faham, kita menjual kupon denga ihsan PIBG,
dan wang itu dimasukkan ke dalam akaun KELAB, siapa yang akan
menggunakan wang itu?bukankah kita juga..sepatutnya isu itu tak timbul, ia
hanya mengundang satu persoalan yang agak janggal dan terlalu bodoh jika
kita menolak sesuatu yang boleh menjadi punca tabungan. yang
menghairankan ada yang mengatakan, Ini bukan hari KANTIN, agaknya mereka
ini suka jika Pengerusi kali ini tak pandai cari duit, supaya senang diperlekeh

dan dipersoalkan. Namun walau apapun yang berlaku selagi KELAB tidak
diluluskan untuk beroperasi, ianya tidak akan dapat maju dan melakukan
sebarang aktivitinya.
26.
Adakah kita menyedari bahawa KELAB WARGA ini adalah masih lagi Kelab
PENAJA. ? Adakah kita menyedari bahawa Permohonan KELAB daripada GB
untuk meluluskan tempat operasi Kelab ini telah diluluskan atau belum ?
Sebeneranya GB pun diasak bertubi-tubi sehingga menimbulkan syak dan
waham dari beliau sendiri terhadap saya dan AJK-, BKG atau KELAB adalah
suatu benda yang sama dan saya kena dipercayai bagi memacu NGO ini ke
arah yang saya fikirkan perlu tanpa Syak dan Waham, dan ianya Cuma perlu
didaftarkan agar menjadi sebuah Kelab yang tidak menyalahi undang-undang,
Pernahkah beliau memikirkan bahawa dalam UNDANG-UNDANG DAFTAR
TUBUH ada menyatakan, sesebuah Kelab Penaja yang ingin didaftar tubuh
perlukan semua dokumen untuk didaftar tubuh, yang mana selagi permohonan
kebenaran tempat operasi daripada GB tidak diperolehi, maka selama itulah
dilarang melakukan sebarang aktiviti, ini bermakna kita sebenarnya tidak ada
sebarang Badan Kebajikan maupun Kelab pada ketika ini. Adakah itu juga satu
kesalahan kerana memandai-mandai melakukan perubahan. Oleh itu, demi
sebuah perubahan, hari ini pun waktu bunyi loceng sekolah sudah berubah
menjadi 7.10 pagi, Ko-Ko juga telah diubah kepada hari sabtu, iaitu hari yang
sepatutnya kita diberi rehat. Tiada pula kedengaran persoalan tentang bunyi
loceng terlalu awal, Adakah kerana yang mengubah waktu itu seorang
Pentadbir perempuan, manakala Ko-Ko ke hari sabtu itu melibatkan pentadbir
Lelaki maka perlu dipersoalkansebenarnya inilah yang sedang berlaku..
27.
Atau kita sendiri sengaja untuk tidak mau tahu megenai semua ini kerana
kononya kitalah yang memandai-memandai mencipta masalah.
28.
Apakah ini isu sebenar di sekolah ini, ? atau sekadar mengelak untuk
dipersoalkan isu-isu sebenar yang lebih besar yang cuba dialihkan perhatianya.
Sememangya Sekolah ini perlukan perubahan dan pembangunan, masingmasing sudah ada tugas dan perancangan untuk mengubah daripada tidak
sempurna kepada sempurnamengapa antara kita masih tidak menjaga- isuisu yang bersangkutan dengan tugas sebenar .bukankah masing-masing telah
dewasa untuk memikirkan apa yang berkaitan tentang apa yang diamanahkan.
29.
Adakah sebenarnya kerjasama antara satu unit dengan unit lain di
sekolah ini berjalan seperti yang diharapkan ? Tepuk Dada Tanyalah
Selera
30.
Kebanyakan guru-guru di sekolah ini sejak dari dulu kene bergerak
sendiri-sendiri atau boleh juga dipanggil syok sendiri aje..namun dengan cara
itu sahajalah Kriket dan Chak Limpung dapat maju bergitu jauhkerana mereka
syok sendiri..bergitu juga bilik-bilik khas seperti bilik PPSMI Pn Norita, agak
kemas dan menarik, ini adalah kerana mereka ini jarang mencampuri urusan
orang lainsusah senang tanggung sendiri, bekerja tak kira masa, jadi saya
fikir sudah sampai masanya Akademik sekolah ini jika ingin mengubah
pencapaian 5 A dengan lebih ramai, perlulah yang menerajuinya itu bekerja
tak kira masa dan tak berkira masa seperti Pencapaian KRIKet, Chak

Limpung, maupun keceriaan bilik-bilik khas, termasuklah Makmal Komputer


yang diuruskan oleh Cikgu Baijura-kelihatan tersusun dan teratur. ( Untuk
Maklumat cikgu-cikgu, Salah seorang murid dari pemain Kriket kita tahun lalu,
iaitu Tengku Putra telah mewakili Kriket Negara Ke NEPAL) inilah hasil sebuah
USAHA yang tak kira masa dan wang ringgit, semuanya urus sendiri,( inilah
cara SK KG JAWA yang sebenarnya jika mahu maju, ) adakah sebarang
pengiktirafan terhadap mereka yang berusaha ini dibuat? Tak ada, Kerana itu
BKG tahun lepas sanggup mengumumkan TOKOH GURU -2009.bagi pihak
Sekolah, jadinya memanglah sekolah ini semuanya suka berasingan barulah
boleh Berjayakerana sebahagian factor pencapaian adalah mestilah dibuat
dengan penuh kebebasan tanpa sekatan dan halangankerja kita sebagai
manusia hanya perlu lihat, sokong dan percaya, mudah sahajabarulah boleh
duduk sebumbung..jika ini tidak dapat dijayakan oleh kita, apa sahaja yang
ingin dibangunkan semacam satu ancaman pula kepada pihak yang satu lagi,
bagi saya jika beginilah keadaannya, maka selama-lamanya kita akan ditakuk
lama, sebab buat tak buat pun kita tetap dapat Gaji Bulanan, Kita perlu
memajukan sekolah ini seperti sekolah SWASTA, baru kita tahu jika
pencapaian Akademiknya semakin merudum, nescaya sekolah ini akan
kehilangan pelajar baru dan akhirnya guru-guru akan terpaksa diberhentikan,
Saya melihat di sekolah ini kebanyakan guru melakukan kerja dengan AMARAH
YANG TINGGI Sehingga pencapaian apa pun sukar dicapai.bagi saya Biarlah
siluncai terjun dengan labu-labunya
Pelbagai tanggapan bolah berlaku kepada apa yang ingin kita buat maka
kefahaman-demi kefahaman mungkin akan mengelak kita dari salah faham
namun tidak kurang juga bahawa semua salah faham ini hanya semata-mata
seolah-olah suatu Propaganda yang dicipta demi kepentingan pihak tertentu..
.
Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai