Anda di halaman 1dari 2

Karangan contoh.

- Bercuti bersama keluarga

Pada cuti persekolahan minggu lalu,ayah membawa kami sekeluarga makan


angin di Pulau Langkawi.Kami pergi dengan menaiki kereta Naza Ria.Setelah
melalui Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) selama tujuh jam,akhirnya kami tiba
di Kuala Perlis.
Kami kemudiannya menaiki feri menuju ke Jeti Kuah.Perjalanan yang
mengambil masa hampir satu jam itu saya gunakan untuk menikmati
keindahan laut yang membiru.Nun di kejauhan,saya terlihat sampan nelayan
berkolek-kolek dipukul ombak.
Apabila tiba di jeti,ayah segera menyewa sebuah kereta.Ayah membawa
kami ke sebuah hotel yang sudah ditempah.Sesampainnya di hotel,kami
segera mandi,bertukar pakaian dan bersolat.
Hari kedua kami isikan dengan melawat sekitar pulau.Kami tidak
melepaskan peluang melihat tempat-tempat menarik seperti Makam Mahsuri
dan Kampung Buku.Kami adik-beradik berpeluang berkejaran di pantai yang
bersih.
Ibu mengajak kami membeli-belah di Pekan Kuah.Banyak barang yang
ibu beli seperti pinggan mankuk dan kain batik.Untuk kami yang seramai
enam orang,ibu belikan pakaian.
Hari ketiga,kami berangkat pulang meninggalkan pulau yang
indah,bersih dan menarik itu.Tempoh tiga hari bagi kami tidak mencukupi
untuk melawat sebuah pulau yang agak luas.Namun,pengalaman percutian
itu amat besar maknanya bagi saya.

Laporan Lawatan ke Muzium Negeri Perak

Pada 20 Jun yang lalu, bersamaan hari Ahad, Persatuan Kajian Tempatan
Sekolah Kebangsaan Mukim Lima, Ipoh telah mengadakan lawatan sambil
belajar ke Muzium Negeri Perak. Lawatan yang disertai oleh 40 orang murid
itu diiringi oleh empat orang guru pengiring.
Rombongan kami sampai di pekarangan muzium pada kira-kira jam 10.00
pagi iaitu setelah satu jam perjalanan. Seorang wakil dari muzium telah
menyampaikan sedikit taklimat berkenaan muzium tersebut. Pada mulanya,
kami telah dipertontonkan dengan tayangan Sejarah Negeri Perak. Kami
diberi penerangan tentang sejarah negeri Perak.
Selepas mengetahui serba-sedikit tentang negeri Perak, kami dibawa pula
ke galeri sejarah. Di situ, kami berkesempatan melihat barang-barang
sejarah. Pelbagai barang dipamerkan, antaranya ialah senjata zaman dahulu,
pakaian, peralatan memasak dan pelbagai lagi barang kegunaan zaman
dahulu.
Tepat jam 2.00 petang, rombongan kami telah berada di dalam perut bas
untuk lawatan seterusnya. Lawatan kami berakhir dengan kegembiraan dan
berharap tujuan lawatan untuk memberi kesedaran sejarah kepada pelajar
tercapai.
Disediakan oleh,
26
2002.
(NIRMALA NAINA)
Setiausaha,
Persatuan Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Mukim Lima.

JUN