Anda di halaman 1dari 6

Semua orang tahu merokok itu boleh membahayakan kesihatan.

Tetapi pada setiap tahun peratusan orang


yang merokok sentiasa bertambah terutamanya di kalangan remaja yang sedang menuju ke alam dewasa.
Merokok sebenarnya memburukkan imej perokok dan membahayakan kesihatan. Penyakit penyakit yang
boleh di jangkiti oleh orang yang merokok ialah barah paru-paru, jangkitan paru-paru dan saluran
pernafasan dan sakit jantung.
Di antara tanda-tanda dan gejala yang dialami oleh seorang perokok ialah pening-pening kepala, mudah letih
apabila menaiki tangga dan mendaki bukit, daya tahan, batuk, tiada selera makan, kekuningan pada gigi dan
jari tangan dan bernafas sentiasa berbau. Gejala buruk ini kalau dibiarkan akan merosakkan diri perokok itu
sendiri. Menyedari akibat buruk inilah maka kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah mengadakan
kempen berhenti merokok secara besar-besaran pada setiap masa.
Oleh yang demikian berusahalah untuk berhenti dari merokok demi menjaga kesihatan diri sendiri. Ia juga
dapat menjamin wang yang mana boleh digunakan untuk tujuan yang lebih berfaedah.
Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan
bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan
kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini
mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk
mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.
Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat
Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok
basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka
mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.
Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak

Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
Jagalah mereka, sayangi mereka.
Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk

Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.


Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin
mengakibatkan mati pucuk.
Kualiti sperma anda akan terganggu.
Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
Hubungan Seks Anda Akan Terganggu

Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.


Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
Selamatkan diri anda dari mati pucuk
Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
Bertindak bijak, jangan merokok.
Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda
Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang
kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.
Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan
anda.
Merokok Mengakibatkan Strok

Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok
menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 1012% dari kematian di Malaysia. Strok
(Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.

Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok

Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).


Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
Bantulah diri anda.
Amalkan cara hidup sihat.
Jangan merokok.
Berhenti Merokok

Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
Luahkannya dengan cara positif.
Bergiat aktif. Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.
Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung
Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok.
Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 1012% kematian di
Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.
Sayangkan Jantung Anda

Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.


Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
Jauhilah diri dari asap rokok basi.
Belajarlah menyayangi jantung anda.
Jangan merokok.
Fakta Membimbangkan Akibat Merokok

50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.


Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah
berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok
apabila meninggalkan bangku sekolah.
60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru
Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh
mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia
merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika
anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.
Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru

Setiap sedutan membawa padah.


Kenapa harus meracuni diri?
Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
Bertindak bijak, jangan merokok.
Keluarga Anda dan Orang Tersayang
Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang
menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda
menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan
perubatan yang membebankan.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.
Bahan Toksik Dalam Asap Rokok
Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan
dan di mana ia kerap dijumpai.

Bahan kimia dalam


rokok
Metanol
Nitrobenzena
Karbon Monoksida
Butana
Raksa
Vinil Klorida
Toulena
Ammonia
Arsenik
Kadmium
Stearik
Sianida

Sumber bahan kimia


Bahan Api
Gasolin
Asap kereta
Cecair pemetik api
Logam dalam jangka
suhu
Bahan utama plastik
Pelarut industri
Pencuci lantai
Racun tikus
Bahan utama bateri
alkali
Bahan utama dalam lilin
Racun berbisa

~Sumber: infosihat.gov.my~
Tips Untuk Berhenti Merokok dari Kementerian Kesihatan
Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis
penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh
memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.
Mengapa saya harus berhenti merokok?

Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:

1.
Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
2.
Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati
selepas lahir.
3.
Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:

Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan
tekak

Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah

Mendapat asma
Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?
Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedahfaedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:

Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok.
Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan
50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru,
sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara
penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lainlain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia memberi
kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan
lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
Meningkatkan deria bau dan rasa
Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM
150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai
RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
Meningkatkan kesuburan.
Meningkatkan tahap 'kelakian'
Bagaimana hendak berhenti merokok?

Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting
adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

Tetapkan tarikh untuk berhenti


Yakin diri
Buatkan nota peringatan
Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
Sentiasa berfikiran positif

Dapatkan sokongan
Gunakan terapi penganti nikotin
Amalkan 12M untuk berhenti merokok
Teknik berhenti merokok
Tip Berhenti Merokok 12 M :
1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.
9.
10.

11.
12.

Melengah-lengahkan
Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
Menarik nafas panjang
Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
Minum air
Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
Menyibukkan diri
Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
Menjauhkan diri
Daripada orang yang merokok
Mengelakkan diri
Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
Mengunyah sesuatu
Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
Membasuh tangan selalu
Mandi dengan kerap
Meregangkan otot
Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
Meditasi
Memohon doa
Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

Anda mungkin juga menyukai