Anda di halaman 1dari 3

AYAT MAJMUK

Definisi
Ayat majmuk ialah ayat terbitan yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih.
Percantuman ayat-ayat tunggal itu dibuat dengan cara tertentu, antaranya dengan
menggunakan kata hubung, kata fakta bahawa, kata relatif yang, tanda koma dan
tambahan keterangan.
Ayat tunggal berbeza daripada ayat majmuk kerana ayat tunggal terdiri daripada
satu klausa yang mengandungi satu subjek dan satu predikat, manakala ayat majmuk
pula mengandungi lebih daripada satu klausa. Ini bermakna ayat majmuk mempunyak
lebih daripada satu subjek dan/atau predikat dan sering diiringi keterangan.
Ayat-ayat majmuk boleh dikumpulkan kepada beberapa jenis berdasarkan cara
pembentukannya.
Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk ini terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang dicampurkan
dengan kata hubung atau hentian nada suara sebagai penanda. Ayat-ayat tunggalnya
boleh berdiri dengan sendirinya dan daripada jenis yang sama.
a.

Jika fakta-faktanya seragam, kata hubung seperti dan, lalu serta dan sambil
digunakan. Contohnya:
i.
ii.

b.

Jika fakta-faktanya bertentangan, kata hubung seperti tetapi, manakala,


sebaliknya dan padahal, hendaklah digunakan. Contohnya:
i.

c.

Anak lelakinya menjadi askar, manakala anak perempuannya berkahwin


dengan seorang guru.

Ayat-ayat yang membentuk ayat gabungan hendaklah daripada jenis yang sama,
misalnya ayat penyata disambungkan dengan ayat penyata, ayat tanya
dicantumkan dengan ayat tanya. Contohnya:
i.
ii.

d.

Pengalamanlah yang membuahkan pengamatan dan keyakinan.


Kalau dia berjalan, pandangannya tajam dan dalam, seolah-olah
menyimpan dendam.

Tangga kapal terbang - dengan gagah akau menaikinya, dan dengan


gagah juga aku menuruninya.
Adakah kebanggaan itu perlu, atau ia merupakan sesuatu yang remeh?

Kata hubung yang berulang-ulang hendaklah digugurkan kecuali yang terakhir.


Contohnya:

i.
e.

Izah, Mariam, Adi dan Kalsom berjalan ke pejabat tiap-tiap hari.

Kata hubung, kadang-kadang, boleh digugurkan tanpa menyebabkan perubahan


makna ayat. Dalam hal ini, tanda koma boleh digunakan jika dalam bahasa
tulisan, manakala dalam bahasa lisan pula, hentian suara yang sebentar
dilakukan sebagai penentu. Contohnya:
i.

Dia berdiri tegak, bercekak pinggang, merenung lawannya.

Daripada contoh-contoh tadi, dapat dilihat bahawa penggabungan berlaku pada subjek,
predikat dan keterangan. Penggabungan boleh juga dilakukan pada ayat dan objek.
Contohnya:
i.

Adik ke sekolah manakala (penggabungan ayat) kakak ke pejabat ayah.

ii.

Ibu membeli ikan dan sayur (penggabungan objek) di pasar.

Melalui penggabungan, unsur-unsur yang sama misalnya subjek, predikat dan


sebarang bahagian ayat yang sama boleh digugurkan.
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat ini terbina daripada ayat-ayat yang tidak sama tarafnya, iaitu satu ayat utama atau
ayat induk dan satu ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk.
Ayat pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
a.

Ayat Relatif
Ayat relatif menggunakan kata relatif yang yang memancangkan ayat kecilnya
dan menggantikan bahagian frasa yang berulang. Contohnya:
i.

b.

Budak yang menangis itu sudah diberi makan.


Budak itu sudah diberi makan. (Ayat induk)
Budak itu menangis. (Ayat kecil)

Ayat Komplemen
Ayat pancangan jenis ini terdiri daripada ayat induk dan klausa komplemen (KK),
Kata hubung komplemen seperti bahasa, untuk, dan demi digunakan untuk
memancangkan ayat komplemen. Contohnya:
i.

Bahawa saya bersalah memanglah saya akui. (KK sebagai subjek)

ii.

Dia sudah mengetahui bahawa anaknya mendapat tempat di UIA. (KK


sebagai objek)

iii.

Kami tahu bahawa anak-anak kami perlu bersekolah (KK sebagai unsur
predikat)

Ayat Keterangan
Ayat ini mengandungi ayat induk dan ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan
predikat. Contoh kata hubung yang digunakan ialah ketika, kerana, semasa, dengan,
dan sungguhpun. Contoh:
i.

Dia lambat tiba kerana keretanya rosak. (Keterangan sebab)

ii.

Jika dia pergi, saya akan tinggal di rumah sahaja. (Keterangan syarat)

iii.

Walaupun hujan lebat, ia tetap hendak ke sekolah. (Keterangan


pertentangan)

iv.

Kakak berdoa semoga suaminya selamat. (Keterangan harapan)

Ayat Majmuk Campuran


Ayat majmuk campuran mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ayat ini
biasanya panjang dan proses penggabungannya lebih kompleks daripada yang
dinyatakan di atas. Pemilihan kata hubung, penggunaan kata relatif yang dan kata
komplemen bahawa dan penyusunan ayat-ayat perlu diberi perhatian. Tanda koma
juga kerap digunakan dalam ayat ini. Contoh:
i.
awal

Kalau ingin mendapat kelulusan yang baik dalam peperiksaan, kita


hendaklah selalu membaca dan mengulang kaji pelajaran kita dari
tahun lagi.

Ayat Majmuk Pasif


Ayat jenis ini boleh dibina jika wujud bentuk aktifnya yang mengandungi kata kerja
transitif. Pastikanlah supaya hanya bentuk pasif yang betul yang digunakan.
Contoh:
i.
Kami ditegur oleh pensyarah itu kerana bergurau keterlaluan dalam bilik
kuliah.
ii.

Kajian yang rumit itu dijalankan di makmal UTM, Skudai.

iii.

Pegawai tersebut akan bertindak jika diarahkan oleh pihak pentadbiran


jabatannya.

iv.

Komputer ini sering digunakan oleh pihak pengurusan dan unit latihan
ketika membuat tunjuk cara.

Anda mungkin juga menyukai