Anda di halaman 1dari 26

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

2
KESANTUNAN BERBAHASA DALAM KOMUNIKASI TULISAN:
ANALISIS KAJIAN GURU-GURU BAHASA MELAYU
Hafidzoh Sirri Sajani
Sekolah Rendah Park View
hafidzoh_sirri_sajani@moe.edu.sg
Abstrak
Dalam kerjaya seorang guru, penelitian terhadap aspek kesantunan berbahasa amat
dititikberatkan demi membina dan membentuk keprofesionalannya dalam bidang
pendidikan. Sehubungan itu, kesantunan berbahasa dalam komunikasi secara
tulisan antara guru dengan pelbagai pihak yang berkepentingan dalam pendidikan
sering kali dipandang enteng, lantas boleh menimbulkan pelbagai konflik dan
masalah di sekolah. Oleh sedemikian, guru harus menggalas tanggungjawab yang
berat dalam menerapkan kesantunan berbahasa semasa berkomunikasi. Justeru,
bertunjangkan konsep teori kesantunan Asmah Hj. Omar, kajian kepustakaan dan
lapangan secara kualitatif deskriptif ini merungkai unsur-unsur kesantunan asas dan
berkendala yang seharusnya menjadi garis pandu setiap guru. Dalam hal ini,
dokumen-dokumen yang menjadi wahana komunikasi secara tulisan seperti bahan
pengajaran, skrip karangan pelajar, kertas peperiksaan, rubrik penilaian, surat, e-mel,
dan mesej WhatsApp digunakan sebagai paksi penganalisisan kajian ini.

Kata Kunci: kesantunan berbahasa; komunikasi tulisan; pendidikan; kesantunan


asas; kesantunan berkendala; guru Bahasa Melayu

36

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Pengenalan
Budaya Melayu memang selalu dikaitkan dengan aspek kesantunan. Hal ini dapat
dilihat melalui cara hidup orang Melayu yang penuh dengan penghormatan, tutur
kata lembut, berbudi bahasa dan bersopan santun, baik dalam komunikasi lisan
mahupun tulisan. Berbahasa santun tidak hanya diperlukan dalam komunikasi lisan,
tetapi juga dalam bentuk penulisan. Ketika menulis surat secara formal dan rasmi
misalnya, haruslah disertai kepala surat dan ditulis dengan ungkapan hormat seperti
dengan segala hormatnya dan juga penyataan hasrat seperti untuk makluman
tuan/puan dan sebagainya. Contoh situasi komunikasi secara penulisan yang
terdapat dalam bidang pendidikan pula ialah ulasan atau komen yang diberikan
apabila guru perlu menegur kesilapan pelajarnya dari segi penggunaan bahasa
dalam karangan naratif.
Secara amnya, kesantunan dalam berkomunikasi sangat diperlukan untuk
menghindari kesalahan interpretasi atau pentafsiran. Dalam kertas kerja ini,
tumpuan khusus akan diberikan kepada kesantunan berbahasa dalam konteks
situasi komunikasi penulisan guru-guru bahasa Melayu. Bertunjangkan konsep teori
kesantunan Asmah Hj. Omar, kajian kepustakaan dan lapangan secara kualitatifdeskriptif ini akan merungkai unsur-unsur kesantunan asas dan berkendala yang
seharusnya menjadi garis pandu setiap guru permulaan.
Dalam konteks pendidikan di Singapura, seseorang guru harus sentiasa
bersifat sopan santun ketika menggalas tugasnya, semasa berkomunikasi baik
dengan pelajar, ibu bapa, guru-guru, dan pendukung kurikulum yang lain. Jika
diperhatikan daripada aspek komunikasi secara bertulis dengan pelajar misalnya,
guru perlu bersikap objektif dan tidak boleh menyinggung perasaan mana-mana
pelajar semasa menyemak dan menilai lembaran kerja ataupun skrip karangan
murid. Begitu juga dengan pihak ibu bapa. Kesantunan berbahasa harus dijaga
ketika menyampaikan hal tentang prestasi dan pencapaian anak murid, seperti yang
tertulis dalam kad laporan kemajuan. Apabila meminta kerjasama guru-guru serta
pihak-pihak berkepentingan yang lain pula, seseorang guru harus juga mengetahui
cara dan masa yang sesuai dalam pengiriman surat atau e-mel agar mesej dapat
disampaikan secara padat, efektif, dan tidak bersifat merendah-rendahkan orang lain.

37

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Pendek kata, seseorang guru haruslah bersantun dalam komunikasi secara bertulis
dengan kesemua pihak pada setiap masa.
Dalam hal yang sama, amatlah mustahak bagi guru untuk bersikap santun
dalam komunikasinya kerana setiap guru mencerminkan watak yang semestinya
boleh dijadikan sumber ikutan kepada pelajar. Dengan kesantunan berbahasa dalam
menghargai setiap pendapat dan usaha pelajar, ianya juga membuat pelajar lebih
mudah untuk menerima pelajaran. Selain daripada itu, setiap guru juga harus
mempunyai kesantunan berbahasa yang tinggi kerana pendidikan di sekolah
merupakan salah satu pendidikan alternatif yang penting bagi setiap individu selain
daripada pendidikan informal di rumah. Sehubungan itu, apabila seseorang pelajar
meluangkan banyak masa di sekolah, pelajar tersebut akan lebih cenderung
terpengaruh dan terikut perilaku dan gaya orang di sekeliling mereka. Tambahan
pula, perwatakan seorang guru itu bukan hanya mencerminkan keperibadian dirinya,
tetapi juga mencitrakan nama dan imej sekolahnya. Oleh yang demikian, setiap guru
harus sentiasa bersopan santun kerana kesantunan juga dapat menjadikan anak
bangsa lebih beradab sekali gus dapat melahirkan ketamadunan generasi muda
yang akan datang.
Dengan adanya penjelasan yang mendalam di sini, guru-guru Melayu
diharapkan dapat mempertingkat tahap kesantunan mereka agar pengajaran serta
komunikasi dengan pihak-pihak yang berkepentingan dalam pendidikan menjadi
lebih lancar dan berkesan. Hal ini boleh mengelakkan kemungkinan timbulnya
sesebuah konflik. Dalam hal ini, kertas kerja ini secara tidak langsung menegaskan
cara-cara teguran yang berhemah supaya tidak menjatuhkan air muka pelajar
malahan, meningkatkan lagi minat dan semangat mereka untuk mempelajari Bahasa
Melayu. Selain daripada itu, hasil penelitian ini boleh juga memberikan sedikit
sumbangan untuk perkembangan teori-teori bahasa dan juga untuk membantu
penyelidikan selanjutnya khususnya yang berkaitan dengan kesantunan berbahasa
secara bertulis.
Pernyataan Masalah
Mutakhir ini, banyak isu yang timbul mengenai pelajar dan juga ibu bapa yang
kurang santun atau kurang peka terhadap kesantunan. Hal ini boleh menyebabkan
konflik antara pihak yang terlibat. sehinggakan terjadinya kes tumbuk-menumbuk
38

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

antara guru dengan pihak ibu bapa pelajar. Jika diteliti perkara ini, penyebab
utamanya ialah masalah komunikasi yang kurang santun dalam menegur pihak
pelajar atau ibu bapa. Berkomunikasi secara baik sebenarnya tidak terlepas
daripada penggunaan bahasa secara baik. Dalam erti kata lain, etika berbahasa
perlu dijaga. Kesantunan berbahasa, baik secara lisan mahupun penulisan,
bertujuan untuk menciptakan keharmonian komunikasi. Pemilihan kata, kalimat atau
tuturan secara santun diharapkan tidak menyinggung perasaan pembaca atau yang
mendengar, lantas mengelakkan kemungkinan timbulnya konflik.
Selain daripada timbulnya konflik, nilai kesantunan berbahasa dalam
kalangan pelajar juga didapati semakin berkurangan berbanding dengan zaman
dahulu. Kini, ada pelajar yang menggunakan kata ganti nama diri yang kurang
sesuai sehingga ada pelajar yang mengawakkan guru yang mengajarnya. Hal ini
amat

memalukan

masyarakat

kita

yang

sememangnya

memberatkan

erti

kesantunan. Oleh itu, kesantunan berbahasa dalam berkomunikasi tentunya penting


buat guru kerana ianya diharapkan dapat diteladani oleh pelajarnya. Kesantunan
berbahasa harus diupayakan tidak kira bila atau di mana, bukan sahaja dalam
lingkungan pendidikan atau sekolah. Penggunaan bahasa antara guru dengan guru
atau guru dengan pelajar hendaklah memperhatikan dan mengambil kira tata santun
lebih-lebih lagi jika situasi komunikasi tersebut disaksikan di hadapan para pelajar.
Jika demikian halnya, maka secara tidak langsung, guru telah meneladani pelajarpelajarnya dengan contoh praktik komunikasi yang baik.
Oleh hal-hal yang demikian, kajian ini cuba mengetengahkan suatu pemikiran
tentang keterkaitan kesantunan berbahasa dengan profesionalisme seseorang guru
bahasa. Kajian ini tidak mahu membatas kepada guru satu-satu bahasa tertentu,
kerana pada dasarnya semua bahasa mengenal dan menekankan perihal
kesantunan. Namun, bagi tujuan yang lebih fokus, hanya komunikasi penulisan
guru-guru bahasa Melayu yang akan dikaji kerana kajian ini memilih bahan-bahan
dalam

bahasa

Melayu

untuk

mendapatkan

korpus

data.

Kajian

ini

berlatarbelakangkan kenyataan dalam kerja lapangan yang mendapati bahawa


ramai guru bahasa di sekolah yang mempraktikkan bahasa secara santun. Kajian
tentang kesantunan dari aspek lisan banyak dibicarakan tetapi aspek kesantunan
dalam penulisan sememangnya kurang diperhatikan.

39

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Berhubung dengan kepentingan kesantunan yang dinyatakan tadi, jelaslah di


sini bahawa kesantunan berbahasa sememangnya ada dalam cara bertulis dan
merupakan nilai yang perlu dijaga termasuk dalam aspek linguistik mahupun bukan
linguistik. Lantas, kertas kerja ini akan menyentuh tentang unsur-unsur kesantunan
yang ada dalam korpus kajian. Unsur-unsur kesantunan yang dikenal pasti ini akan
dihuraikan berserta contoh-contoh yang bersesuaian.
Merujuk kepada fenomena yang telah dikemukakan di atas, maka perlu
dirumuskan masalah agar kajian ini terarah dan dapat mencapai objektif. Rumusan
masalah dalam penelitian ini adalah bagaimana kesantunan dapat dilihat dan
ditonjolkan dalam komunikasi penulisan guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah
Park View. Setelah mendapat pengertian tentang kesantunan berbahasa, dapatlah
dilihat unsur-unsur kesantunan yang ada dalam komunikasi penulisan guru-guru
bahasa Melayu. Aspek-aspek bukan linguistik yang mempengaruhi kesantunan
berbahasa juga perlu dikaji dalam komunikasi penulisan guru-guru kerana adanya
penggunaan simbol-simbol seperti smiley face, bintang, dan sebagainya.
Tujuan Kajian
Tujuan kertas kerja ini adalah seperti berikut:
1. Berdasarkan prinsip kesantunan Asmah Hj. Omar (1996), kertas kerja ini
mempunyai tujuan untuk mengenal pasti dan menghuraikan unsur-unsur
kesantunan asas yang digunakan oleh guru-guru Bahasa Melayu di Sekolah
Rendah Park View (Singapura) semasa berkomunikasi secara penulisan; dan
2. Dalam bahagian perbincangan, kajian yang bertunjangkan konsep
kesantunan Asmah Hj. Omar ini akan mengenal pasti dan menganalisis
kendala-kendala yang ada semasa guru Bahasa Melayu mengaplikasikan
kesantunan berbahasa dalam komunikasi penulisan mereka.
Kajian Literatur
Terdapat pelbagai definisi istilah kesantunan yang dikaji oleh sarjana-sarjana di
rantau ini. Asmah Hj. Omar (2002) mengaitkan kesantunan berbahasa dengan
penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan
dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Bagi Noriati A. Rashid (2005) pula,
kesantunan ditakrifkan sebagai penggunaan kata-kata yang sesuai, tidak
menimbulkan konflik, dan sentiasa menjaga air muka pendengar. Awang Sariyan
(2007)

pula,

menerusi

bukunya

Santun
40

Berbahasa,

berpendapat

bahawa

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

kesantunan bahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan,


beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada
pihak yang tertentu.
Menurut Saadiah Maalip (2000) dalam sebuah rencana terbitan Dewan
Bahasa pula, aspek kesantunan berbahasa merujuk kepada pengetahuan dan
penguasaan komponen bahasa untuk tujuan penyaluran maklumat yang berkesan.
Melalui penguasaan komponen tersebut, akan mewujudkan kefasihan bahasa
semasa berkomunikasi dari pelbagai aspek, iaitu penyebutan, pembentukan
perkataan dan pembinaan ayat yang lebih tepat dan bermakna.
Secara ringkas, kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan
bahasa ketika berkomunikasi. Kesantunan juga merujuk kepada maksud timbang
rasa yang diberikan kepada pihak yang membaca perkara yang ditulis. Sehubungan
dengan kesantunan orang Melayu, mereka memandang tinggi terhadap budi bahasa.
Orang yang berbudi bahasa, berbudi mulia dan sopan dalam berbahasa diberi nilai
yang sangat tinggi. Orang yang tidak berbudi bahasa dan berkomunikasi dengan
tidak sopan dianggap berperangai rendah.
Dalam masyarakat Melayu, kesantunan bukan sahaja merujuk kepada latar
sosiobudaya masyarakatnya yang berpegang pada adat resam, malah diperkukuh
oleh pegangan Islam yang dianuti. Hal ini tergambar dalam perbilangan adat yang
berbunyi: Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitab Allah. Jadi, konsep
kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek berbahasa
dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep keikhlasan.
Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau menunjukkan tingkah
laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan tersebut belum pasti
menggambarkan keikhlasannya. Manusia boleh bertopeng dengan pelbagai wajah
untuk mencapai hasratnya, sedangkan hakikatnya tiada sesiapa yang tahu.
Dalam konsep kesantunan berbahasa, Asmah Haji Omar (2007) ada
menyebut tentang hal kesantunan asas dan kesantunan berkendala. Kesopanan
asas merupakan kesopanan sedia ada yang menjadi pedoman kepada ahli
masyarakat untuk berhubung antara satu sama lain dengan cara menunjukkan sikap
berbaik-baik antara mereka. Asmah malah berpendapat bahawa kesantunan asas
berkait rapat dengan didikan awal yang diterima oleh seseorang.
41

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Sehubungan itu, kesantunan berkendala pula merupakan usaha yang


dilakukan dalam sesuatu interaksi dengan menekankan kendala tertentu iaitu:
a.
b.
c.
d.
e.

Taraf dan peranan orang yang bercakap dengan kita.


Di mana dan bagaimana keadaan percakapan itu berlaku?
Apa yang dipercakapkan?
Mengapa percakapan itu berlaku?
Cara percakapan itu disampaikan.

(Asmah Hj. Omar, 2007:22)


Kesantunan berkendala ini menekankan perhatian terhadap peranan sosial
pihak yang terlihat dalam pertuturan, latar belakang pertuturan, judul pertuturan,
sebab pertuturan dan cara bertutur serta penyesuaian penutur dengan keadaan itu.
Asmah juga merumuskan bahawa kesantunan berkendala ialah kesantunan asas
yang disertai strategi komunikasi.
Kaedah Kajian
Kajian ini merupakan kajian lapangan dan juga kepustakaan. Bahan-bahan bertulis
yang

didapatkan

daripada

kajian

lapangan

dianalisis

bersandarkan

kajian

kepustakaan atau literatur bagi tujuan mendapatkan data-data kajian yang


diperlukan.
Sebagai usaha mencapai tujuan kajian, kajian lapangan berdasarkan
pendekatan kualitatif dilakukan dengan menggunakan kaedah deskriptif. Bogdan
dan Biklen (2003) juga mentakrifkan metodologi kualitatif sebagai prosedur kajian
yang menghasilkan data deskriptif. Kaedah lapangan deskriptif ini digunakan untuk
menggambarkan hasil dari pengumpulan data yang telah dilakukan. Dalam konteks
kajian ini, pendekatan deskriptif kualitatif adalah prosedur penelitian dengan hasil
sajian data deskriptif berupa unsur-unsur kesantunan dalam komunikasi secara
bertulis. Kaedah deskriptif dipilih kerana kaedah ini dapat memberikan gambaran
yang secermat mungkin mengenai guru-guru serta pihak-pihak berkepentingan yang
terlibat serta keadaan bahasa dalam komunikasi secara bertulis. Lagipun, dalam
bidang bahasa dan kesantunan, kaedah penyelidikan deskriptif sebegini sangat
sesuai digunakan memandangkan banyak faktor yang sering mempengaruhi
sesuatu fenomena seperti kesantunan berbahasa.

42

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Bahan Kajian
Bahan kajian yang digunakan dalam penelitian ini adalah data primer, iaitu
data yang secara langsung berkaitan atau berkenaan dengan masalah yang diteliti
dan secara langsung dari sumber. Sumber tersebut antara lainnya berupa ulasan
guru pada skrip latihan jawapan pelajar yang di dalamnya terkandung unsur-unsur
kesantunan.
Bahan-bahan bertulis oleh guru-guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah Park
View merupakan bahan utama dalam pemerolehan data yang berkaitan. Tidak ada
ketetapan tertentu bagi bahan-bahan bertulis yang dikumpulkan daripada setiap
guru yang menjadi subjek kajian. Hal ini kerana kesantunan berbahasa yang ada
pada guru-guru boleh hadir dalam apa jua bahan tulisan, tidak kira e-mel, ruangan
ulasan dalam rubrik mahupun skrip karangan murid atau kertas latihan.
Prosedur Kajian
Data dikutip dengan membuat lawatan ke Sekolah Rendah Park View dan membuat
permohonan agar kajian ini diberi keizinan untuk dijalankan. Guru besar Sekolah
Rendah Park View, Puan Diane Goh Ling Ling, telah pun memberikan kebenaran
bagi kajian kesantunan berbahasa ini. Namun, bahan-bahan bertulis, menurut beliau,
boleh diambil atau difotokopi terlebih dahulu jika guru-guru memerlukan bahan
tersebut untuk dipulangkan kembali. Ada juga beberapa guru yang meminta nama
mereka dan nama pelajar mereka dirahsiakan.
Kajian Rintis
Kajian rintis tentang kewujudan unsur-unsur kesantunan berbahasa guru-guru
Bahasa Melayu dijalankan dengan pemilihan 2 orang subjek (33.3 peratus daripada
populasi 6 orang guru). Beberapa dokumen bertulis daripada 2 orang subjek ini, iaitu
seorang guru lelaki dan seorang lagi guru perempuan, telah dikumpulkan untuk
dibuat pemerhatian dan analisis mengenai kewujudan kesantunan berbahasa dalam
komunikasi mereka secara bertulis. Ternyata kedua-dua subjek sedar akan
kepentingan kesantunan berbahasa ketika menjalankan kerja mereka sebagai
seorang pendidik yang profesional.

43

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Kajian Sebenar
Kajian yang sebenar dijalankan selepas kelemahan alat-alat kajian dalam kajian
rintis diperbaik. Ada beberapa ulasan guru yang amat sukar untuk dibaca kerana
tulisan subjek yang tidak begitu baik. Oleh itu, alat atau bahan kajian dipilih dengan
lebih rapi dalam kajian sebenar supaya dapat memudahkan proses analisis bagi
kajian ini. Kajian masih tetap dijalankan di Sekolah Rendah Park View. Namun,
sampel yang sama tidak diambil daripada kajian rintis.
Penganalisisan Data
Analisis mengandungi pengertian penentuan satuan lingua berdasarkan teori
tertentu dan dengan ujian teknik tertentu pula (Sudaryanto dan Djihat Hisyam,
2000:51). Dalam kajian ini, pendekatan kualitatif dan kaedah deskriptif diterapkan
menggunakan dokumen-dokumen bukti komunikasi secara bertulis sebagai alat
penentu dalam korpus kajian.
Kaedah Pembentangan Hasil Analisis Data
Hasil analisis data kajian kesantunan guru-guru Bahasa Melayu ini disajikan secara
formal. Dengan kata lain, hasil kajian yang berupa kewujudan unsur-unsur
kesantunan berbahasa dalam kalangan guru Bahasa Melayu, disajikan dalam
bentuk kata-kata yang huraian analisisnya merupakan bentuk deskriptif.
Dapatan Kajian dan Perbincangan
Bagi Asmah Hj. Omar (2000), kesantunan bukan strategi semata-mata sebaliknya
kesantunan merupakan ciri budaya yang menghendaki ahli masyarakatnya
bersopan santun dan menghormati antara satu sama lain. Pembinaan tingkah laku
yang santun dalam kalangan orang Melayu adalah menerusi proses didikan yang
panjang dan berterusan. Hal ini menjadi ciri budaya orang Melayu dan agama Islam
juga merupakan tunjang pembinaan budaya masyarakat Melayu.
Kesantunan Asas
Menurut teori kesantunan Asmah Hj. Omar (2000), kategori pertama dalam teori
beliau ialah kesantunan asas. Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada yang
merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain dengan
44

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

cara menunjukkan adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang
menghendaki ahli masyarakat bersopan santun antara satu sama lain. Hal ini
disebabkan, dalam apa jua masyarakat yang bertamadun, wujudnya kesantunan
asas yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam
ajaran Islam atau agama-agama lain. Berhubung dengan kajian ini, unsur-unsur
kesantunan asas ternyata boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu:
a. Penggunaan kata sapaan/gelaran;
b. Penggunaan pujian;
c. Penggunaan ungkapan rabbani.
Penggunaan Kata Sapaan/Gelaran
Kesantunan berbahasa banyak bergantung kepada pemilihan kata sapaan dan
gelaran yang tepat. Ada ketikanya, bahasa sapaan mengambil alih bentuk kata ganti
diri untuk memuliakan orang yang ditujukan. Amat Juhari Moin (1989:xiii) yang
mengkaji sistem panggilan (bahasa sapaan) dalam bahasa Melayu mendapati
bahawa sistem panggilannya lebih halus dan kompleks. Beliau berpendapat bahawa
sistem panggilan masyarakat Melayu membezakan golongan, pangkat dan
keturunan orang yang disapa.
Kata Ganti Nama Diri Pertama
Terdapat dua kategori kata ganti diri orang pertama, iaitu kata ganti nama diri orang
pertama tunggal dan kata ganti nama diri orang pertama jamak. Kata ganti nama diri
orang pertama tunggal ialah aku, -ku, saya, beta, dan patik. Manakala, kata
ganti nama diri orang pertama jamak (ramai) ialah kami, kita, patik, dan sekalian
(Asmah Hj. Omar, 2007:70-71).
Dalam korpus kajian ini, kata ganti nama diri pertama tunggal yang ada ialah
saya dan kata ganti nama diri pertama jamak pula ialah kami dan kita. Contoh
penggunaan kata sapaan jenis ini boleh dilihat dalam ayat yang berikut.
Contoh Ayat:Taufiq, jalan cerita kamu serta bahasa agak baik...cuma saya risaukan,
cerita kamu terlalu naratif...
Unsur kesantunan dapat dilihat dalam penggunaan kata ganti nama diri saya
yang digunakan oleh guru ketika berkomunikasi dengan pelajarnya. Penggunaan

45

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

saya dalam bahagian akhir skrip karangan pelajar ini menunjukkan bahawa guru
yang memberikan ulasan kepada pelajarnya itu tidak begitu mementingkan
statusnya sebagai seorang guru kerana telah membahasakan dirinya sebagai saya
dan bukan pula Cikgu. Penggunaan kata sapaan saya dengan cara ini lantas
melihatkan keperibadian guru yang menginginkan perhubungan yang lebih mesra
dan ramah supaya pelajar itu tidak berasa bahawa guru tersebut merendahrendahkannya.
Kami merupakan kata ganti nama diri bagi ahli kumpulan. Perkataan kami
lazimnya digunakan oleh penutur yang mewakili ahli kumpulan mereka ketika
bercakap dengan seseorang/sekumpulan orang. Misalnya, kata ganti diri seorang
guru yang mewakili guru-guru lain dalam jabatannya ketika bercakap dengan
seorang ibu atau bapa, atau beberapa orang ibu bapa atau waris secara am.
Contoh Ayat: Di sini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama
yang telah diberikan kepada jabatan untuk memastikan segala aktivitiaktiviti pada tahun ini telah berjalan dengan lancar.
Penggunaan

kami

dalam

contoh

ayat

ini

terdapat

dalam

surat

pemberitahuan yang ditulis oleh seorang guru yang memegang jawatan Ketua
Subjek Bahasa Melayu/Tamil di Sekolah Rendah Park View. Lantas, kata ganti
nama kami dalam hal ini merujuk kepada kesemua guru-guru dalam Jabatan
Bahasa Melayu di sekolah itu.
Seperti kami, kita juga merupakan kata ganti nama diri bagi ahli kumpulan.
Kata sapaan jenis ini digunakan oleh penutur ketika berkomunikasi dengan ahli
kumpulan mereka sendiri dan penutur tersebut merupakan salah seorang ahli dalam
kumpulan berkenaan.
Contoh Ayat: Seperti yang kita bincang hari itu, kita akan memberikan buku
panduan tentang cara perisian itu untuk para pengunjung booth.
Bagi contoh ayat di atas pula, unsur kesantunan dapat dilihat dalam
penggunaan kita apabila seseorang guru berkomunikasi dengan guru lain secara
berkumpulan.

Kita

dalam

hal

ini

merujuk

kepada

ahli-ahli

sesuatu

golongan/kumpulan seperti Jabatan Bahasa Melayu. Menerusi contoh ayat dalam


komunikasi e-mel di atas, salah seorang ahli Jabatan Bahasa Melayu Sekolah
46

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Rendah Park View telah menunjukkan sikap kesantunan ketika menggunakan kita
sewaktu meminta kerjasama guru-guru lain dalam jabatannya. Selain itu,
penggunaan kita sebegini dianggap santun kerana wujudnya keterikatan dan
kebergantungan setiap ahli jabatan yang terlibat dalam suasana komunikasi tersebut.
Kemesraan dan keakraban yang terjalin antara ahli jabatan seolah-olah dapat
dirasakan oleh setiap ahli dan hal ini sememangnya dapat merancakkan lagi sifat
kolektif dan memupuk sikap tanggungjawab bersama dalam sesebuah jabatan.
Kata Ganti Nama Ketiga
Kata ganti nama diri orang ketiga seperti beliau digunakan untuk merujuk kepada
orang yang dihormati atau tokoh masyarakat, baik dalam situasi rasmi mahupun
dalam situasi tidak rasmi. Memandangkan kajian ini terhad pada pengajaran dan
pembelajaran di sekolah, maka penggunaan kata ganti nama diri ini hanya terdapat
dalam bentuk konteks situasi rasmi.
Contoh Ayat: Ckg Iszal cuma sempat kumpulkan untuk Darjah 4 MYE melalui e-mel
sebelum beliau tukar sekolah.
Kata ganti nama diri orang ketiga beliau merupakan antara jenis yang paling
santun yang digunakan oleh guru. Beliau lazimnya merujuk kepada orang yang
dihormati seperti contoh guru yang mapan atau yang berjawatan tinggi seperti
pengetua atau guru besar, dan sebagainya.
Gelaran Pergaulan
Dalam konteks pendidikan di sekolah Singapura, terdapat sekatan-sekatan sosial
tertentu. Misalnya, sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial. Unsur
kesantunan dalam konteks sebegini lazimnya berbentuk gelaran pergaulan. Gelaran
formal ini menunjukkan adanya sekatan sosial tertentu disebabkan si penghantar
mesej dan penerima mesej tidak begitu kenal antara satu sama lain. Contoh gelaran
yang digunakan dalam pergaulan formal ialah encik, tuan, dan puan.
Contoh Ayat:Saya ingin meminta bantuan Encik Anuar mengenai beberapa perkara.
Daripada korpus kajian, penggunaan encik boleh dilihat dalam e-mel
seorang guru kepada salah seorang wakil syarikat pembekal perkhidmatan. Dalam
perutusan rasmi sebegini, ianya agak biadab jika memanggil seseorang melalui
47

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

namanya sahaja. Oleh itu, panggilan gelaran encik sebelum nama sebenar
merupakan hal yang santun dan patut dipraktikkan guru.
Gelaran Ikhtisas
Bagi gelaran kurniaan ikhtisas pula, Cikgu digunakan sebagai kata ganti diri sapaan
yang merujuk kepada orang-orang tertentu. Bentuk panggilan sebegini serupa
dengan gelaran ikhtisas yang ada pada mereka. Gelaran Cikgu digunakan oleh
guru terhadap guru yang mengajar subjek bahasa Melayu, sama ada apabila
merujuk kepada guru secara perseorangan atau golongan guru.
Contoh Ayat: Boleh saya minta bantuan Cikgu Rasyidah untuk buat bahagian ini?
Penggunaan gelaran Cikgu ini menunjukkan bahawa guru sememangnya
mengakui dan menghormati kerjaya seorang guru. Gelaran Cikgu sebelum nama
sebenar meletakkan kerjaya guru itu sebagai antara kerjaya yang amat penting dan
dimuliakan dalam masyarakat Melayu. Hal ini kerana gelaran Cikgu itu akan kekal
terpahat jika seseorang itu sudah menjadikan guru sebagai kerjayanya. Dalam
komunikasi penulisan, ada kala gelaran Cikgu itu ditulis sebagai Ckg, Cgu, atau
Cg. Singkatan gelaran Ckg, Cgu, atau Cg ini digunakan kerana komunikasi
berlaku dalam situasi separa formal dan ada kala dalam bentuk mesej WhatsApp
yang mengutamakan keringkasan.
Penggunaan Pujian
Kesantunan berbahasa dari segi pujian pula merupakan kesopanan asas yang sedia
ada dalam kalangan masyarakat Melayu. Hal ini kerana masyarakat Melayu amat
mementingkan air muka dan maruah diri serta tidak suka membuat orang lain rasa
kecil hati atau tersinggung dengan sikap atau tindakan mereka. Maka itu, ternyatalah
di sini bahawa unsur kesantunan berbahasa dapat jelas dilihat daripada aspek katakata pujian dan simbol-simbol yang digunakan oleh guru, tidak kira kepada pelajar
atau ibu bapa.
Bentuk Kata-Kata
Hal tadi juga selari dengan model kawalan perlakuan murid yang diperkenalkan oleh
Haim G. G. (1975). Dalam teori beliau, Haim Ginott telah mengutamakan cara
layanan yang baik atau berperikemanusiaan (humane) dan juga corak komunikasi
48

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

yang ikhlas sebagai alat kawalan perlakuan murid 2 . Dari teori tersebut, didapati
bahawa unsur kesantunan dan faedahnya boleh dilihat dengan jelas. Antara contoh
cara layanan yang baik ialah penggunaan pujian.
Contoh Ayat: Zalifah dapat menjawab soalan yang diajukan dengan yakin.
Responsnya padat dan menarik. Teruskan usaha baik ini, Zalifah!
Syabas!
Secara umum, pujian dari segi kata-kata melibatkan gugusan kata kunci yang
bersifat positif. Kata-kata pujian yang paling kerap digunakan oleh guru-guru di
sekolah ialah baik. Dengan adanya kata kunci yang positif sebegini, khalayak
pembaca, sama ada pelajar mahu pun ibu bapa, akan berasa senang hati kerana
terasa diri mereka dihargai lantas membuat mereka berasa bahawa usaha atau
inisiatif mereka sangat berbaloi. Setelah menganalisis korpus kajian, kata-kata
pujian didapati bersifat lebih santun apabila guru menyebut nama murid yang dipuji
itu. Dengan menuliskan nama dalam pujian yang diberi, murid mahu pun pihak ibu
bapa yang dipuji itu akan berasa lebih terkesan kerana pujian tersebut dikhususkan
buat diri mereka.
Pujian yang berbentuk kata-kata boleh wujud dalam bentuk yang panjang
atau pendek. Hal tersebut bergantung pada konteks dan gaya guru itu sendiri. Ada
kalanya pujian padat dan tepat yang diperlukan namun ada masanya pula, pujian itu
perlu diberikan huraian supaya pelajar dapat memahami mesej yang disampaikan
oleh guru dengan setepatnya. Kesantunan seorang guru itu bukan meliputi
pemilihan kata sahaja malah cara penyampaian kata-kata itu juga merupakan salah
satu unsur kesantunan berbahasa. Hal ini sejajar dengan pendapat Siti Hajar Abdul
Aziz (2009) yang mendefinisikan kesantunan bahasa sebagai cara penggunaan kata
dan ujaran secara sopan dan beradab.
Bentuk Simbol
Selain daripada kata-kata, pujian juga boleh wujud dalam bentuk simbol. Dalam
komunikasi bertulis, simbol sememangnya tidak boleh diambil remeh sahaja kerana
ianya dapat memberikan kesan atau impak yang serupa seperti pujian yang
2

Haim G. Ginott (1975). Teacher and child: A book for parents and teachers. New York, NY:
Macmillan.

49

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

berbentuk kata-kata. Melalui lukisan simbol seperti bintang dan smiley face
misalnya, pelajar akan berasa bangga dengan hal yang dipuji serta mendapat mesej
bahawa sesuatu yang telah dilakukannya itu telah mencapai tahap cemerlang,
berdasarkan pada penilaian guru.
Rajah 1: Contoh Penggunaan Simbol sebagai Pujian

Penggunaan Ungkapan Rabbani


Selain daripada penggunaan kata ganti nama diri dan pujian, kesantunan asas juga
boleh dilihat dari segi penggunaan ungkapan rabbani. Ungkapan rabbani, menurut
Noriati A. Rashid (2005), ialah ujaran yang mengandungi ungkapan-ungkapan yang
menunjukkan kebesaran Allah s.w.t. secara langsung. Ianya turut menggolongkan
ungkapan-ungkapan dalam bahasa Arab. Ungkapan rabbani juga menunjukkan
kekerdilan manusia yang sentiasa percaya bahawa setiap perkara hanya boleh
berlaku dengan izin Allah s.w.t.. Ungkapan rabbani ini kerap muncul dalam
komunikasi orang-orang Melayu tidak kira bila dan di mana mereka berada.
Alhamdulillah
Antara contoh ungkapan rabbani yang menunjukkan kesantunan berbahasa ialah
alhamdulillah yang membawa maksud segala puji bagi Allah s.w.t.. Ungkapan
alhamdulillah ini menggambarkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah
s.w.t. kerana memberi kebaikan kepada guru. Penggunaan ungkapan sebegini jelas
menunjukkan hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t. kerana ungkapan
alhamdulillah menunjukkan bahawa seseorang guru itu mengakui setiap kebaikan
yang diterima daripada Allah s.w.t. Secara tidak langsung, penggunaan ungkapan
sebegini mengelak sikap sombong dan meninggi diri.

50

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Berdasarkan korpus kajian, contoh penggunaan ungkapan alhamdulillah


adalah seperti berikut: Seperti e-mel saya yang lalu, alhamdulillah Arfan telah
menunjukkan prestasi yang agak memuaskan dalam peperiksaan yang lalu.
Melalui penggunaan ungkapan alhamdulillah seperti dalam contoh tadi, dapat
dilihat bahawa guru yang mengajar bahasa Melayu di Sekolah Rendah Park View itu
jelas mengamalkan nilai berunsur keislaman dan meletakkan Allah s.w.t. di tempat
utama dalam kehidupannya.
Salam
Selain daripada ungkapan alhamdulillah, kesantunan asas juga boleh dilihat melalui
penggunaan ungkapan salam. Seperti ungkapan alhamdulillah, salam juga
merupakan perkataan pinjaman daripada bahasa Arab dan kini sudah pun sebati
dalam komunikasi seharian masyarakat Melayu beragama Islam. Ungkapan salam
ini bermakna selamat sejahtera ke atas kamu semua.
Dalam kajian yang dijalankan, dapatan menunjukkan bahawa amalan
memberi dan menjawab salam ditemui dalam bahagian awal komunikasi penulisan
dan boleh dianggap sebagai salah satu cara untuk bertegur sapa dengan cara yang
mesra dan santai. Penggunaan ungkapan rabbani seperti memberi dan menjawab
salam ini dapat dilihat dalam konteks kerja seharian guru di sekolah semasa guru
menulis surat, dan menghantar e-mel atau pun mesej WhatsApp.
Contoh Ayat: Salam Cikgu Zahidah, maaf kerana mengganggu.
Pemberian salam pada awal komunikasi penulisan sebegini merupakan
tuntutan kepada setiap orang Islam. Penggunaan ungkapan salam sedemikian
melambangkan sifat, kesantunan dan budaya yang diterima dan diamalkan dalam
masyarakat Melayu. Oleh itu, memberi dan menjawab salam seperti dalam contoh
tadi merupakan satu unsur kesantunan asas kerana ianya melibatkan sikap dan
etika seorang guru yang menghormati dan mendoakan kebaikan ke atas orang lain,
sejajar dengan nilai prinsip agama Islam.
Insya-Allah
Selain ungkapan alhamdulillah dan salam, ungkapan insya-Allah digunakan sewaktu
guru memberikan respons terhadap sesuatu pernyataan yang berkaitan dengan
51

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

tindakan pada masa akan datang. Walaupun insya-Allah merupakan ungkapan


dalam bahasa Arab yang bermaksud dengan izin Allah s.w.t., penggunaan
ungkapan ini sudah pun mendarah daging dalam masyarakat Melayu-Islam di
Singapura dan diungkapkan secara spontan sama ada untuk menunjukkan
persetujuan atau sebagai ungkapan janji.
Dalam konteks kajian ini, lazimnya, penggunaan ungkapan ini ditemui apabila
seseorang guru memperkatakan hal-hal akan datang, yang tiada siapa dapat
memastikan sama ada sesuatu yang diharapkan, dijangkakan dan dirancang akan
terlaksana. Dalam komunikasi tulisan guru-guru bahasa Melayu di Sekolah Rendah
Park View, terdapat banyak harapan dan perancangan yang dirundingkan untuk
dilaksanakan pada masa akan datang. Berikut ialah contoh ungkapan insya-Allah
yang dipetik daripada data kajian: Insya-Allah dengan keyakinan diri yang telah
mula diperlihatkan olehnya, saya yakin Arfan akan mendapatkan keputusan yang
mungkin di luar dugaan kita.
Daripada contoh yang dinyatakan tadi, ungkapan insya-Allah menunjukkan
bahawa seseorang guru tidak mempunyai kuasa untuk menentukan apa yang
diharapkan atau dirancang itu akan tercapai atau terlaksana. Daripada contoh
tersebut, walaupun guru mengutarakan harapannya dengan penuh keyakinan,
penggunaan ungkapan insya-Allah membuktikan bahawa guru masih bersikap
rendah diri terhadap Allah s.w.t.. Dengan pengertian lain, meskipun dianggap
sebagai guru yang mapan, guru itu sedar bahawa hal yang dijangkakan hanya akan
berjaya dicapai apabila diizinkan oleh Allah s.w.t. Makanya, hal sebegitulah yang
menjadi unsur kesantunan asas dalam komunikasi penulisan guru-guru bahasa
Melayu di Sekolah Rendah Park View.
Kesantunan Berkendala
Kesantunan berkendala, menurut Asmah Hj. Omar (1996), ialah kesopanan yang
menggambarkan usaha yang dilakukan oleh ahli masyarakat ketika berhubungan
antara satu sama lain dengan memberikan perhatian kepada kendala tertentu.
Dalam konteks kajian ini, kesantunan berkendala dapat dilihat jika difahamkan
terlebih dahulu usaha yang dilakukan oleh para guru. Usaha yang ada ini boleh
dirangkumkan

sebagai

faktor-faktor

yang

berkomunikasi.
52

menimbulkan

kesantunan

ketika

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Menurut Dell Hymes (1974), terdapat beberapa faktor yang menentukan


kesantunan berkendala. Antaranya termasuklah faktor siapa yang memperkatakan
hal itu dan kepada siapa hal itu diperkatakan, apa yang diperkatakan, di mana hal itu
diperkatakan, mengapa hal itu diperkatakan, dan bagaimana hal itu diperkatakan.
Dengan erti kata lain, ada beberapa faktor yang menunjukkan usaha yang dilakukan
oleh guru-guru dalam menyisipkan kesantunan semasa berkomunikasi secara
bertulis. Antara faktornya ialah perkaitan peranan, perbezaan taraf sosial, kewujudan
kuasa, penjagaan air muka, kepatuhan kepada tajuk atau bidang, dan juga
kepatuhan kepada peraturan.
Perkataitan Peranan
Pendidikan di sekolah merupakan bidang yang melibatkan dan memerlukan
komitmen semua pihak berkepentingan (stakeholders), baik di dalam sekolah mahu
pun di luar. Keupayaan seseorang guru mengenal pasti pemeran yang terlibat dalam
komunikasinya

dan

memanfaatkan

sepenuhnya

jalinan

kerjasama

boleh

menentukan kejayaan kerjaya profesionalnya sebagai seorang guru. Semua guru


sewajarnya menyedari dan menerima hakikat bahawa agenda pendidikan perlu
dijayakan secara kolaborasi daripada semua pihak yang berkepentingan dalam
pendidikan. Oleh hal yang demikian, amatlah penting bagi guru-guru untuk
mengenal pasti setiap pemeran yang terlibat dalam komunikasi mereka serta
peranan pemeran itu sendiri.
Dalam hal ini, guru-guru perlu menimbangkan faktor mengenai siapa yang
memperkatakan hal yang memerlukan komunikasi tersebut. Dalam konteks kajian ini,
jelas bahawa pemeran yang ada dalam hubungan komunikasi secara penulisan ini
melibatkan guru yang mengajar di Sekolah Rendah Park View itu sendiri, pelajarnya,
serta pihak-pihak yang berkepentingan di dalam dan juga di luar sekolah, seperti
panitia mata pelajaran, ibu bapa, dan juga syarikat korporat. Unsur kesantunan
perkaitan peranan ini amat penting dalam kerjaya guru kerana jalinan kerjasama
antara pihak-pihak berkepentingan menjadi pemangkin untuk mengimbangi jasmani,

53

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

emosi, rohani dan intelek pelajar serta meningkatkan prestasi akademik mereka
(Norazinah Yaacob, 2008)3.
Perbezaan Taraf Sosial

Unsur kesantunan berkendala yang kedua terletak pada perbezaan taraf sosial yang
ditunjangi oleh faktor kepada siapa hal komunikasi itu dituliskan. Di dalam sesuatu
situasi komunikasi yang berlangsung secara bertulis, guru menyedari hubungannya
dengan pihak pemeran yang lain seperti dari segi pangkat sosial, pangkat jawatan,
pangkat umur dan sebagainya. Kesemua ini terkandung dalam konteks hubungan
komunikasi yang perlu menitikberatkan kesantunan berkendala supaya keharmonian
serta

keberkesanan

komunikasi

dapat

dikekalkan

sepanjang

komunikasi

berlangsung.
Khususnya dalam konteks kajian ini, perbezaan taraf sosial dalam komunikasi
guru boleh dilihat dengan jelas dalam konteks pendidikan di sekolah kerana
komunikasi secara penulisan secara umumnya bersifat formal (atau paling kurang
pun, separa formal), dan ianya juga secara automatik, merupakan suatu dokumen
yang masih lagi terkawal. Oleh hal yang demikian, kesedaran terhadap perbezaan
taraf sosial ini amat penting kerana ianya menunjukkan seseorang guru itu akur
kepada kedudukannya dan kedudukan pemeran yang lain dari segi pangkat dalam
tata tingkat sosial seperti encik, tuan, puan, atau pun pangkat dalam jawatan atau
tugasnya seperti Doktor, Ketua Subjek, Guru Kanan, dan sebagainya.
Kewujudan Kuasa
Selain daripada perkaitan peranan dan perbezaan taraf sosial, unsur kesantunan
berkendala juga dapat dilihat daripada aspek kewujudan kuasa-kuasa tertentu.
Kewujudan kuasa sebenarnya adalah untuk memastikan penghormatan diberikan
kepada pihak-pihak tertentu. Lazimnya, pihak-pihak itu merupakan pihak dari atasan
yang terlibat dalam bidang pendidikan secara tidak langsung. Hal ini kerana pihakpihak atasan mengawal perkara-perkara lebih besar dan memantau secara aerial

Kertas Kerja ini adalah hasil tulisan Norazinah Yaacob dan telah dibentangkan rumusannya dalam
bahasa Inggeris di Hotel Berjaya, Pulau Pinang pada Mac, 2008 sebagai memenuhi syarat kenaikan
gred melalui Penilaian Kompetensi PTK 44.

54

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

view. Pihak berkenaan melihat sistem pendidikan dari sudut kaca lensa makro dan
membuat keputusan-keputusan yang berat dan besar.
Kewujudan kuasa yang menandai kesantunan berkendala ini melibatkan
faktor mengapa hal itu diperkatakan. Oleh kerana kewujudan kuasa ini, secara sedar,
seseorang guru itu tahu bahawa dia perlu menjaga etika dan etiket yang digariskan
oleh beberapa pihak berkuasa yang tertentu. Secara amnya, guru bukan hanya
menonjolkan diri sendiri kepada pihak-pihak lain yang berkepentingan dalam
pendidikan, seperti pelajar, ibu bapa, guru-guru lain, dan syarikat korporat. Malahan,
guru juga menjadi sebuah entiti yang sebenarnya mewakili institusi Sekolah Rendah
Park View,

mencerminkan

identiti keprofesionalan Kementerian

Pendidikan

Singapura dan menjalankan amanah serta tanggungjawab yang dipergalaskan oleh


Jawatankuasa Penasihat Sekolah. Tindak-tanduk dan perilaku seseorang guru
seolah-olah dibayangi oleh kesedaran sesuatu kewujudan yang tidak zahir secara
nyata. Justeru, antara kewujudan kuasa yang menentukan unsur kesantunan
berkendala dalam kajian ini ialah pentadbir atau pengurusan sekolah, Jawatankuasa
Penasihat Sekolah (School Advisory Committee), dan juga Kementerian Pendidikan
Singapura.
Dengan kesedaran tentang hal yang demikian, tidak syak lagi bahawa setiap
guru, yang sememangnya tertakluk di bawah Kementerian Pendidikan, akan
memastikan bahawa mereka akan mencerminkan sikap leluhur yang terbaik kepada
setiap pihak yang terlibat, secara langsung atau pun tidak, dalam bidang pendidikan.
Hal ini menunjukkan bahawa guru cukup akur dengan kewujudan kuasa yang
sentiasa ada sepanjang kerjaya mereka sebagai pendidik, iaitu Kementerian
Pendidikan (Singapura).
Namun demikian, jika menyentuh tentang kuasa terbesar, tentunya ada
yang mempunyai kuasa yang lebih besar daripada kuasa yang dipegang oleh
pengurusan Sekolah Rendah Park View, Jawatankuasa Penasihat Sekolah, dan
juga Kementerian Pendidikan, yakni kuasa Allah s.w.t.. Kuasa Allah s.w.t. ini
mengatasi segala pihak yang berkuasa yang ada di dunia ini. Sehubungan itu,
segala peraturan hidup, termasuk kesantunan dan budi bahasa turut terangkum di
dalamnya.

55

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Oleh hal yang demikian, kuasa yang tersembunyi dalam bidang pendidikan
bukanlah pentadbir sekolah atau Kementerian Pendidikan kerana pihak-pihak yang
disebutkan itu sendiri tertakluk di bawah kekuasaan seseorang yang lebih tinggi,
iaitu Presiden. Walaupun Presiden tampak paling berkuasa di Singapura, tingkahlakunya dan gerak-jalannya kesemuanya ditentukan dan dikawal oleh kuasa
tersembunyi, iaitu Allah s.w.t.. Hal ini boleh digambarkan dalam rajah seperti berikut:
Rajah 2: Kewujudan Kuasa Tersembunyi yang Mengatasi Kuasa-kuasa yang lain

Allah
Presiden
Kementerian Pendidikan
Jawatankuasa Penasihat Sekolah
Pentadbir Sekolah

Penjagaan Air Muka


Berdasarkan korpus kajian, terdapat beberapa situasi yang berkaitan dengan unsur
kesantunan berkendala seperti penjagaan air muka. Unsur kesantunan berkendala
dari segi penjagaan air muka ini sememangnya berpunca daripada faktor bagaimana
hal itu diperkatakan. Bagi seorang guru yang perlu menegur kesilapan pelajarnya
misal kata, guru dengan sendirinya akan tertanya-tanya dan mencari tahu cara yang
terbaik untuk menjaga air muka para pelajarnya tetapi pada masa yang sama juga
menyampaikan mesej kepada pelajarnya dengan berkesan.
Contoh Ayat: Fatimah dapat membaca petikan dengan jelas dan lancar. Dialog
dapat digayakan dengan agak baik. Namun, dia harus lebih berhatihati agar tiada perkataan disalah sebut dan diulang.
Daripada

contoh tadi, dapat dilihat bahawa guru telah cuba menjaga air

muka pihak lain, iaitu pelajar dan juga pihak ibu bapa. Guru tersebut telah

56

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

memberikan ulasan positif dahulu sebelum memberikan teguran yang bersifat


negatif. Hal ini ditandai dengan perkataan namun antara ulasan positif dan negatif.
Selain daripada itu, ketiadaan kata-kata kesat atau bahasa kasar menunjukkan
bahawa guru ternyata bersikap santun dalam hubungan komunikasinya.
Kepatuhan Kepada Tajuk Atau Bidang
Salah satu lagi unsur berkendala yang terdapat dalam komunikasi guru secara
penulisan ialah kepatuhan kepada tajuk atau bidang. Unsur ini berdasarkan kepada
faktor apa yang diperkatakan dalam komunikasi secara tulisan. Dalam hal ini,
perlulah diambil kira kesesuaian tajuk atau bidang yang diperkatakan dengan ciri-ciri
dokumen tertentu. Terdapat bermacam jenis dokumen yang boleh menjadi bukti
adanya unsur kesantunan berkendala. Antaranya ialah skrip karangan, kertas
peperiksaan, surat atau e-mel, rubrik serta bahan pengajaran seperti kerja lembaran.
Rajah 3: Contoh Lembaran Kerja (Kefahaman Subjektif)

Komunikasi guru dengan pelbagai pihak itu perlu dan hubungan komunikasi
itu kadang kala merangkumi bermacam-macam jenis perkara dan matlamat. Guru
jarang terpesong dari tajuk yang timbul dalam komunikasi penulisannya. Semua hal
yang ditulis pasti ada kaitan dengan tajuk atau bidang yang diungkapkan. Soalansoalan yang direka oleh guru ini dengan sendirinya perlu berkaitan dengan tajuk
yang dibincangkan iaitu teks petikan kefahaman. Jika guru menulis soalan yang
terpesong daripada bidang teks kefahaman yang diberikan, pelajar pasti tidak akan
dapat menjawab soalan guru itu dengan tepat.
Namun demikian, terdapat juga soalan yang kelihatan seperti tidak
berdasarkan teks kefahaman sepenuhnya. Soalan sebegini biasanya merupakan
57

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

antara soalan terakhir dalam set soalan kefahaman. Kadang kala, jawapan bagi
soalan ini tidak boleh didapati daripada teks kefahaman yang telah diberikan tetapi
ianya memerlukan penaakulan tulen serta perasaan seseorang pelajar itu sendiri.
Soalan jenis ini selalunya dimulakan dengan pada pendapat kamu. Dalam hal ini,
walaupun soalan yang direka oleh guru kelihatan seperti tidak berdasarkan
sepenuhnya pada teks kefahaman yang diberikan, tindakan guru ini tidak sama
sekali dianggap sebagai pemesongan daripada tajuk atau bidang. Hal ini disebabkan
niat atau matlamat guru yang membuat soalan jenis higher-order thinking
berteraskan Taksonomi Bloom 4 .

Dalam erti kata lain, guru ingin melihat daya

penaakulan pelajarnya dalam memberikan penilaian terhadap sesuatu tajuk yang


dibincangkan. Oleh yang demikian, dalam hal ini, guru tetap tidak terpesong
daripada tajuk dan masih lagi patuh kepada tajuk atau bidang yang diperkatakan
lantas menunjukkan unsur kesantunan berkendala dalam komunikasinya secara
bertulis.
Kepatuhan Kepada Peraturan
Selain daripada kepatuhan kepada tajuk atau bidang yang dibincangkan sebelum ini,
kesantunan bahasa juga diukur berdasarkan kepatuhan seseorang guru kepada
peraturan. Kesemua situasi komunikasi mempunyai peraturan yang tersendiri untuk
dipatuhi oleh semua yang terlibat. Secara umum, peraturan di sini merujuk kepada
penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia, dan
menunjukkan penghormatan kepada pihak pemeran yang lain.
Nilai berbahasa sangat dititikberatkan oleh orang Melayu. Oleh itu, wujudlah
bentuk bahasa yang dikelaskan sebagai bahasa halus, bahasa kesat, bahasa kasar,
bahasa biadab, dan seumpamanya. Dengan ini, seseorang guru itu perlu memahami
di mana sesuatu hal itu diperkatakan. Dalam hal ini, guru harus tahu cara
berkomunikasi yang betul dan sesuai bertepatan dengan wahana komunikasi yang
digunakan. Wahana komunikasi yang dimaksudkan ialah jenis-jenis dokumen yang
menjadi dokumen komunikasi secara bertulis, seperti surat atau e-mel, rubrik, skrip

Taksosonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan yang terbahagi
kepada tiga ranah (domain). Konteks kajian ini memfokuskan hanya pada Ranah Kognitif yang
mengandungi perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian,
pemahaman, aplikasi, sintesis, dan penilaian (B.S. Bloom et al., 1956).

58

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

karangan dan sebagainya. Sesungguhnya guru yang santun ialah guru yang tahu
meletakkan dirinya sesuai dengan keadaan tertentu.

Daripada korpus kajian, didapati bahawa guru telah mematuhi peraturan


dalam pengiriman e-mel. Apabila mengirim e-mel, kepala e-mel atau bahagian awal
e-mel distrukturkan kepada ruang-ruang seperti pengirim, penerima, subjek, dan
maklumat lain mengenai e-mel. Kesemua ini perlu dinyatakan terlebih dahulu di
bahagian atas e-mel. Hal ini dapat dilihat dalam contoh yang berikut:
From: Ramlah Begam ABDUL HAMEED (MOE)
Sent: Thursday, 2 May, 2013 6:12 PM
To: Rahmat SUBADAH (MOE); Abidah Bibi KADER ASANA MARIKAR (MOE);
Fadilah ISNIN (MOE)
Subject: ML Seminar 2013 -update 8 for presenters (02/05/13) - Preparation of
Slides and Checking of Names of Presenters
Salam hormat Cikgu,
Terima kasih kerana telah mengirimkan kertas kerja seminar dan kini kami sedang
dalam proses menyemak semua kertas kerja.
1)
Kami memerlukan bantuan Cikgu untuk memastikan nama penulis utama
kertas kerja, nama rakan-rakan guru yang terlibat dalam kajian dan nama sekolah
dieja dengan betul. Jika terdapat kesilapan, sila beritahu saya selewatnya 6 Mei
2013.
2)
Kami juga ingin menyarankan agar Cikgu membuat persiapan-persiapan lain,
seperti menyiapkan slaid PowerPoint dsb. untuk peserta yang akan menghadiri
pembentangan. Setiap bilik akan mempunyai 25-30 peserta.
Terima kasih.
Ramlah Begam Abdul Hameed (Mdm)
Walaupun subjek dalam contoh e-mel tadi terlampau panjang, ianya perlu
kerana dalam kesibukan kerja seharian seorang guru, kemungkinan besar ada guru
yang tidak sempat membuka e-mel dan membaca isi kandungannya. Guru-guru
yang terlalu sibuk akan membuka inbox e-mel dan membaca subjek-subjek emelnya secara sepintas lalu. Jika sesuatu subjek itu dirasakan penting, barulah guru
itu akan membuka e-mel tersebut dan membaca isi kandungannya. Dengan itu,
kepadatan serta keterkaitannya dengan tajuk menjadi unsur kesantunan berkendala
kerana ianya menunjukkan bahawa guru telah menepati peraturan dan format
pengiriman e-mel.
59

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Kesimpulan
Kesimpulannya, terdapat kesantunan asas dan kesantunan berkendala dalam
komunikasi guru secara bertulis. Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan
gelaran mengikut situasi dan konteks yang sesuai. Kesalahan penggunaan kata
sapaan dalam konteks secara bertulis ini boleh menimbulkan hubungan yang tidak
harmoni antara penulis dan pembaca. Hal ini disebabkan kata-kata yang membawa
implikasi berbeza apabila digunakan dalam situasi yang berlainan.
Kesantunan

berbahasa

menjadi

pemangkin

kepada

pembentukan

keperibadian murid lantas kesantunan perlu dipupuk dan disemaikan terhadap


pelajar dari semasa ke semasa. Prosesnya sangat panjang dan tidak ada jalan
pintas. Oleh itu, guru perlu memperkukuh iltizam setiap masa untuk memantapkan
pengajaran dan pembelajaran secara menarik, berkesan dan bermakna. Setiap
ulasan yang diungkapkan perlulah dibuat secara berhemah agar tidak menjatuhkan
air muka mana-mana pihak lantas mengelakkan konflik dan masalah komunikasi di
sekolah. Yang nyata, kesantunan bukanlah sesuatu bidang yang setakat dipelajari
sahaja tetapi merupakan juga nilai yang perlu ada dalam diri seseorang guru
sebagai model kepada murid.
Selain daripada itu, kajian ini boleh diperluaskan dengan meneliti secara lebih
mendalam mengenai aspek air muka. Mungkin boleh dianalisis secara kualitatif dan
kuantitatif untuk mengetahui pemberatan sama ada masyarakat Melayu lebih
mengutamakan air muka orang lain atau lebih memberatkan penyampaian mesej
secara berkesan dalam satu-satu keadaan komunikasi berbahasa, terutama sekali
dalam bidang pendidikan yang menitikberatkan kemahiran abad ke-21 (21st-century
skills).
Dengan kesedaran mengenai keindahan bahasa, satu lagi cadangan untuk
memperkembangkan kajian kesantunan berbahasa ialah dengan membina skala
kesantunan (scale of politeness) dari kaca mata orang Melayu. Nilai kesantunan
berbahasa dalam masyarakat Melayu sememangnya jauh berbeza dengan nilai
yang dititikberatkan oleh masyarakat-masyarakat lain. Oleh itu, kajian kesantunan
berbahasa sebegini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada generasi Melayu
akan datang dalam meningkatkan lagi kesedaran untuk bersikap santun antara satu
sama lain.
60

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Rujukan
Amat Juhari Moain. (1989). Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu: Suatu Analisis
Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj. Omar. (1996). Wacana Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (2000). Managing languages in conflict situation: A special
reference to the implementation of the policy on Malay and English in Malaysia
dalam Journal of Asian Pacific Communication, 10 (hlm. 239-253).
Asmah Haji Omar. (2002). Setia dan Santun Bahasa. Tanjung Malim: Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Asmah Haji Omar. (2007). Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan
Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Bogdan, R. C dan Biklen, S. K. (2003). Qualitative Research for Education. An
introduction to Theories and Methods (edisi ke-4). New York: Pearson
Education group.
Hymes, D. (1974). Foundations in Sociolinguistic. Philadelphia: University of
Pennsylvania.
Norazinah Yaacob. (2008). Jalinan Kerjasama dalam Bidang Pendidikan dalam
kertas kerja yang dibentangkan di Hotel Berjaya, Pulau Pinang.
Noriati A. Rashid. (2005). Nilai Kesantunan dalam Konteks Sosiobudaya
Masyarakat Melayu dalam Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 15 (hlm. 241-244).
Saadiah Maalip. (2000). Kata Panggilan Kekeluargaan Masyarakat Portugis:
Tinjauan di Perkampungan Portugis Melaka dalam Dewan Bahasa, Oktober
(hlm. 177 186).
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu I. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Sudaryanto dan Djihat Hisyam, (2000). Refleksi dan Reformasi Pendidikan di
Indonesia Memasuki Milenium III. Yogyakarta: Adicita.

61

Anda mungkin juga menyukai