Anda di halaman 1dari 10

1.

PENGENALAN

Pendidikan telah diakui oleh semua peringkat umur sebagai satu unsur terpenting dalam
pembangunan tamadun manusia. Perkembangan dalam pelbagai bidang kehidupan yang
berlaku di merata tempat dalam dunia dari dahulu hingga sekarang sebenarnya dicetuskan
oleh pendidikan. Dalam erti kata lain, pendidikan digunakan sebagai alat untuk
menimbulkan kesedaran politi, sosial dan ekonomi. Apabila dilihat pula faedah-faedah yang
dinikmati oleh seseorang hasil daripada perkembangan ini, maka pendidikan terus menjadi
sesuatu yang amat diperluakan (Gunasegaran a/l Karuppannan, 2003)
Di Malaysia, pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas dikendalikan di bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat. Dasar Pendidikan Khas di Malaysia telah mengklasifikasikan murid-murid atau
kanak-kanak ini sebagai mereka yang mengalami kecacatan yakni masalah penglihatan,
masalah pendengaran dan mereka yang mempunyai masalah pembelajaran. Masalah
kanak-kanak ini mungkin disebabkan beberapa faktor dalaman dan luaran yang tidak
sempurna seperti perkembangan pranatal oleh pengambilan dadah, alkohol kekurangan zat
dan pelbagai jenis penyakit. Masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini memerlukan
perhatian yang khusus, kasih sayang, kesabaran, komitmen masyarakat sekeliling
terutamanya ibu bapa dan guru dalam membimbing mereka menjalani hari-hari akan
datang.

2.0

MASALAH PENDENGARAN
2.1

DEFINISI PENDENGARAN

Masalah pendengaran merupakan sesuatu kecacatan saraf yang paling kerap


berlaku di dalam suatu populasi manusia. Melalui World Health Organisation (1999),
pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan hampir 250 juta penduduk dunia
mengalami masalah pendengaran (Che Ismail bin Che Lah, 2008). Menurut Salena Yahya
(1989), Pendidikan Khas masalah pendengaran di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada
tahun 1954. Sekolah pertama yang diwujudkan untuk pendidikan murid-murid bermasalah
pendengaran ialah Sekolah Persekutuan Kanak-kanak Pekak Pulau Pinang. Sekolah ini
adalah sepenuhnya dibiayai oleh pertubuhan sukarela dengan bantuan kewangan yang
diperoleh melalui derma orang ramai. Pada waktu itu Malaysia masih lagi di bawah jajahan

takluk British. Oleh kerana itu bahasa penghantar yang digunakan di semua sekolah ialah
bahasa Inggeris dan kaedah komunikasi yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran murid-murid bermasalah pendengaran ialah kaedah lisan (oral method).
Kaedah ini digunakan sehinggalah ke akhir tahun 1960an, selepas tahun 1963 kaedah
komunikasi seluruh telah digunakan dalam sistem pendidikan murid-murid bermasalah
pendengaran di Malaysia (Safani Bari et al).
Pendengaran merupakan salah satu deria yang amat penting bagi setiap manusia
bagi menerima maklumat dan ilmu. Walaupun manusia masih boleh menerima maklumat
serta belajar melalui deria-deria yang lain daripada deria pendengaran seperti deria lihat
bau, sentuhan, dan rasa, namun deria pendengaran adalah merupakan salah satu deria
yang amat penting bagi memudahkan dan menyempurnakan sesuatu proses menerima
maklumat ataupun pelajaran. Masalah pendengaran merujuk kepada individu yang
mengalami masalah pendengaran yang diperoleh sama ada semenjak lahir atau selepas
dilahirkan. Individu yang mengalami masalah biasanya akan mengalami kesukaran atau
tidak dapat mendengar bunyi perbualan ataupun bunyi persekitaran. Disebabkan masalah
pendengaran yang dialami dan kelemahan penguasaan asas kemahiran bahasa, kanakkanak bermasalah pendengaran ini sering tercicir dalam pelajaran walaupun sebenarnya
mereka tidak mengalami kecacatan dari segi intelek (Dr. Aznan Che Ahmad, Bil.2/2010).
Selain itu juga deria pendengaran merupakan salah satu agen penyampai maklumat dalam
berkomunikasi, tanpa deria pendengaran ini, matlamat menyampaikan fakta atau maklumat
menjadi tidak bermakna.
Menurut Chua Tee Tee (1992), kanak-kanak pekak boleh dikatakan lebih tepat
sebagai seorang yang rosak pendengaran dalam kebanyakan keadaan, contoh ia
mempunyai pendengaran yang separa, adalah luar biasa kerana memang ia tidak dapat
bertindak ke aras bunyi-bunyi sekeliling. Asmah Haji Omar (1984), mentakrifkan pekak
sebagai seorang yang dilahirkan dengan kecacatan pada deria pendengaran yang tidak
dapat mengenal bunyi bahasa, tidak dapat mendengar perbualan orang lain dan tidak dapat
mengalami serta menghayati pemikiran dan budaya melalui bahasa. Manakala menurut
Bee H. (1995), kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah mereka yang menghadapi
kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas. Masalah pendengaran
berpunca daripada faktor sebelum lahir,semasa lahir dan selepas lahir.
Menurut Paul dan Quigley (1990); dan Wiliam L.Heward (1996), kanak-kanak dalam
kategori ini ialah kanak-kanak yang tidak boleh menggunakan pendengaran untuk

memahami pertuturan walaupun boleh mendengar bunyi atau menggunakan alat bantu
dengar. Pengesanan awal bagi golongan yang bermasalah pendengaran ini adalah sangat
penting supaya intervensi awal dapat dilaksanakan untuk membantu mereka mengatasi
masalah yang dialami. Intervensi awal adalh penting bagi mengelakkan masalah yang lebih
teruk dihadapi dan berlanjutan menjadi lebih teruk. Oleh ini intervensi awal dapat
mengelakkan perkara yang lebih teruk berlaku. Dalam perlaksanaan intervensi awal ini,
penglibatan dari pelbagai pihak dalam merancang dan menyediakan intervensi awal adalah
amat penting. Oleh itu penubuhan kumpulan pelbagai disiplin dapat membantu berkongsi,
bertukar maklumat dan merancang menyadiakan intervensi awal yang memenuhi keperluan
disamping meningkatkan pencapaian kanak-kanak bermasalah pendengaran.
2.2

JENIS KEPERLUAN KHAS (KECACATAN) UTAMA KES

Menurut Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (1997) mendapati tahap kecacatan atau
tahap kehilangan pendengaran bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran
boleh dibahagikan kepada 2 tahap iaitu kurang pendengaran terdiri daripada sedikit (mild),
sederhana (moderate), sederhana teruk (moderate-serve), dan tahap pekak iaitu teruk
(serve) d

an sangat teruk (profound). Berikut merupakan antara ciri yang mewakili setiap

jenis kecacatan yang dialami oleh setiap tahap kehilangan pendengaran :


1. Kurang pendengaran
a. Ringan (mild) - Tahap kehilangan pendengaran antara 27 40 dB. Mereka yang mengalami
tahap ini mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi perlahan dan jauh namun masih
mampu memahami perbualan.
b. Sederhana (moderate) Bagi tahap ini pula, mereka mengalami kehilangan pendengaran
antara 41 70 dB. Masih mampu mendengar bunyi antara 1 hingga 1.5 meter sahaja
disamping menghadapi masalah dalam melibatkan diri di dalam perbincangan di dalam
kelas
c. Sederhana teruk (moderate severe) Tahap kehilangan pendengaran bagi mereka yang
mengalami masalah pendengaran adalah antara 56 70 dB. Orang yang ingin berhubung
dengan mereka perlu bercakap dengan kuat
2. Pekak
a. Teruk (severe) Pada tahap ini kehilangan pendengaran adalah antara 71 sehingga 90 dB
dan hanya mampu mendengar bunyi apada jarak 0 30.5 meter sahaja. Mereka juga
menghadapi masalah pertuturan
b. Sangat teruk (profound) Tahap kehilangan pendengaran pada kategori ini ialah lebih
daripada 90 dB. Mereka juga amat sukar mendengar walaupun bunyi yang kuat.
(Kajian Safani B , Manisah M. A, Noraini M.S, Aliza A, UKM)

Masalah utama yang diperhatikan dalam kes masalah pendengaran ialah dari segi
bahasa dan komunikasi. Kehilangan pendengaran ini menghalang kanak-kanak bermasalah
pendengaran berkomunikasi secara mendengar dan bertutur. Aspek ini merupakan aspek
utama dalam penyampaian ilmu pengetahuan di alam pembelajaran dan pengajaran.
Kegagalan berkomunikasi dan bertutur menghalang mereka memahami apa yang
disampaikan oleh para pendidik dan seterusnya menyekat perkembangan mereka dalam
pendidikan. Kanak-kanak bermasalah pendengaran ini memerlukan bantuan pakar
pertuturan bagi membantu mereka berkembang seperti kanak-kanak normal yang lain.
Dari aspek perkembangan sosial dan emosi, kanak-kanak bermasalah pendengaran
ini memerlukan pengalaman dalam menyampaikan emosi dan berkomunikasi dengan
masyarakat sekeliling dan melalui perkembangan mereka ia dapat membantu mereka
meluahkan perasaan, kehendak, keperluan mereka disamping memahami kehendak dan
perasaan orang lain. Kegagalan berkomunikasi disebabkan oleh faktor kehilangan
pendengaran akhirnya memberi kesan ke atas konsep kendiri dan kebolehan bermain serta
berkongsi dengan rakan sebaya.
Kelambatan perkembangan dari aspek bahasa dan komunikasi juga turut
melambatkan

perkembangan

kognitif

kanak-kanak

bermasalah

pendengaran

ini.

Perkembangan kognitif ini merujuk kepada bagaimana memahami dan mengurus dunia
mereka. Ini termasuk kemahiran menaakul, menyimpan dan mengingati maklumat,
klasifikasi, mendefinisikan dan sebagainya.
Kehilangan pendengaran ini dipengaruhi beberapa faktor-faktor sama ada sebelum
lahir, semasa kelahiran dan selepas kelahiran, dan faktor-faktor ini dipengaruhi beberapa
aspek seperti genetik dan persekitaran. Sebelum kelahiran ini, masalah pendengaran
dipengaruhi oleh baka yang disebabkan oleh genetik. Menurut Barbara et al. (2001),
sebanyak 70 peratus kes kepekakan kongenital yang dikaitkan dengan faktor genetik
diklasifikasikan sebagai tidak bersindromik, sementara dalam 30 peratus lagi dikelaskan
sebagai kepekakan bersindromik yang boleh didiagnosa secara klinikal dalam satu atau
lebih 400 bentuk sindrom berkaitan (Che Ismail C. Lah, 2008). Manakala bukan baka pula
disebabkan faktor jangkitan sebelum lahir. Pengambilan dadah atau bahan kimia seperti
kuanin

boleh

mempengaruhi

janin

yang

dikandungkan

sehingga

keselamatan janin yang dikandungkan disamping masalah toksemia.

mempengaruhi

Pelbagai masalah boleh timbul semasa kelahiran seseorang bayi sehingga


menyebabkan kecederaan semasa dilahirkan terutamanya pada bahagian telinga. Bayi
yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang atau berat badang kurang daripada
2500g mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecederaan dan kecacatan. Usia
kandungan adalah penting bagi kelahiran seseorang kanak-kanak kerana ia akan
menentukan kematangan organ dalaman mereka yang sedang berkembang. Kelahiran pada
usia kandungan 21 sehingga 34 minggu, peluang bayi untuk hidup adalah tinggi. Ibu yang
mengalami kesukaran melahirkan anak sehingga mengambil masa kelahiran yang terlalu
lama atau susah juga menyebabkan tekanan pada telinga .
Bayi yang dilahirkan tanpa masalah pendengaran juga berisiko mengalami masalah
pendengaran disebabkan penyakit, keadaan persekitaran dan kemalangan. Penyakit ini
biasanya terjadi disebabkan oleh bakteria dan virus. Kehilangan pendengaran ini juga
disebabkan oleh bunyi yang terlalu kuat dalam jangka masa yang lama selain faktor
kemalangan sehingga mencederakan bahagian telinga.
2.3

MASALAH SAMPINGAN

Antara lain juga kanak-kanak bermasalah pendengaran ini mengalami masalah pengamatan
iaitu kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah
berlakunya proses mental. Antara masalah pengamatan pendengaran adalah berpunca
daripada kecacatan organisma telinga seperti diskriminasi, iaitu ketidakupayaan mengenal
dan membezakan bunyi sebutan, rentak irama dan intonasi yang berlainan. Ketidakupayaan
mengenal arah bunyi (jauh atau dekat), ketidakupayaan mengingat bunyi-bunyi yang
didengar, dan ketidakupayaan mengulang corak bunyi dan turutannya. Disamping masalahmasalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas, mereka juga
menghadapi masalah-masalah sampingan seperti :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.

kurang memberi perhatian di dalam bilik darjah,


pencapaian yang lemah dalam perlajaran,
kurang bercakap dan menggunakan lebih banyak menggunakan jari,
kelihatan nakal dan tidak mempedulikan orang lain
tidak bertindak balas terhadap bunyi
silap memahami arahan
menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi
telinga sering berair atau bernanah
lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain terlebih

dahulu sebelum melakukan sebarang tugas

x.

akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan

daripada mendengar
xi. kurang melibatkan aktiviti dalam pertuturan
xii. selalu berkhayal

2.4

PAKAR TERLIBAT

Menurut kajian Safani Bani et al., purata kehilangan pendengaran murid-murid


bermasalah pendengaran yang berdasarkan kepada rekod perubatan sampel yang
disahkan oleh pakar perubatan yang disimpan oleh sekolah (jadual 1.5). seramai 66.0% (93)
daripada murid-murid mengalami kehilangan pendengaran yang sangat teruk dan 10.6 %
(15) mengalami kehilangan pendengaran teruk. Seramai 18.4% (26) orang murid tiada
rekod kehilangan pendengaran mereka. Terdapat 7 (5.0%) orang murid didapati mengalami
kehilangan pendengaran ringan dan sederhana yang sepatutnya tidak dikategorikan dalam
bermasalah pendengaran tetapi di tempatkan dalam program persekolahan bermasalah
pendengaran.
(Kajian Safani B, Manisah M.A, Noraini M.S, Alizah A, UKM)

Ibubapa merupakan orang yang paling rapat untuk mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh kanak-kanak masalah pendengaran ini. Penglibatan ibu bapa adalah
mustahak dalam menjayakan pendidikan khas. Peranan ibu bapa yang dahulunya pasif
telah berubah kepada penglibatan aktif dalam perkembangan anak mereka. Menurut
Gargiulo dan Gaves (1991), untuk menggalakkan penglibatan keluarga dalam pendidikan
anak mereka, pihak sekolah dan guru pendidikan khas perlu menerangkan istlah penting
dalam pendidikan khas.
Ahli audiologi adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengenal pasti keadaan
dan tahap kehilangan pendengaran kanak-kanak manakala ahli patologi pertuturan bahasa
pula bertanggungjawab dalam memberi latihan pendengraan dan pertuturan kepada kanakkanak itu. Ahli audiologi akan menilai kemampuan pelbagai alat bantu dengar, membuat

acuan telinga, memilih dan memasang alat bantu dengar yang memberi impliksi terbaik
kepada kanak-kanak pekak termasuklah memberi kaunseling kepada ibu bapa tentang cara
memakai, penjagaan dan latihan yang perlu (Lokman, 2004). Dengan bantuan ahli patologi,
kanak-kanak yang mendapat implikasi terbaik akan dilatih menggunakan pendengaran
untuk bertutur dan membentuk bahasa (Lokman, 2004).
Sokongan daripada patologi pertuturan penting bagi membantu kanak-kanak ini
dalam aspek komunikasi. Ini kerana mereka menggunakan komunikasi secara menyeluruh
dengan menggabungkan isyarat dan pertuturan. Semasa bercakap dengan kanak-kanak
kategori ini, adalah penting bagi memastikan mereka memberi perhatian dan memandang
muda dan tangan mereka yang bercakap dengannya.

2.5

PELAN TINDAKAN

Sebagai pendidik kita perlu mengambil insiatif bagi membantu kanak-kanak


bermasalah pendengaran ini. Namun sebelum menjalankan kaedah-kaedah yang dapat
membantu mereka, pelan tindakan perlu dirancang dengan lebih awal bagi mencapai
matlamat dan objektif yang berkesan dalam membantu mereka. Pengesanan awal perlu
dilakukan bagi mengesan tahap masalah pendengaran yang dialami. Pengesanan awal
oleh ahli audiologi untuk mengenal pasti sama ada individu itu mempunyai masalah
pendengaran ataupun tidak. Kanak-kanak yang berumur 12 bulan keatas boleh menjalani
pengesanan awal masalah pendengaran.
Pentingnya pengesanan awal ini adalah untuk mendapatkan rawatan awal dan
segera. Terdapat 2 ujian yang dijalankan iaitu ujian pertuturan dan ujian tarikan. Ujian
pertuturan bertujuan memerhati sama ada kanak-kanak tersebut memahami apa yang
dipertuturkan kepadanya dan menunjukkan gerak balas pada arahan yang diberikan.
Manakala ujian pertuturan pula ialah ujian yang dijalankan bagi kanak-kanak dengan
mendedahkan bunyi-bunyi tanpa pengetahuannya. Tindak balas tingkah laku akan
diperhatikan sama ada bunyi yang diperdengarkan memberi kesan kepadanya dengan
menggerakkan mata, tangan, kaki atau muka kearah bunyi (Dr. Aznan Che Ahmad,
Bil.2/2010).
Seterusnya tindakan yang perlu diambil ialah dengan menjalankan intervensi awal
bagi

kanak-kanak

tersebut.

Intervensi

Awal

adalah

satu

proses

membekalkan

perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang
mengalami kelambatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi
perkembangan dan menghalang pembelajaran. Perkhidmatan yang disediakan adalah untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas dalam lima bidang
perkembangan, iaitu fizikal, kognitif, komunikasi, sosial dan emosi serta adaptasi melalui
pelbagai terapi atau perkhidmatan seperti terapi cara kerja, terapi fisio, terapi pertuturan dan
khidmat sokongan keluarga. (Dr. Aznan Che Ahmad, Bil.2/2010).
Program intervensi awal di Malaysia disediakan kepada kanak-kanak bermasalah
pendengaran yang berumur dari 0 hinga 6 tahun. Intervensi awal seharusnya diberikan
kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran seawal yang mungkin iaitu semenjak
mereka dilahirkan atau dikenalpasti mengalami masalah pendengaran sehingga mereka
berusia tiga tahun. Pengesanan awal sangat penting untuk kanak-kanak ini dan seterusnya
intervensi awal atau kaedah-kaedah dijalankan sesuai dengan masalah pendengaran yang
dihadapi bagi mengelakkan kelewatan perkembangan kanak-kanak dan sekali gus
mempertingkatkan pencapaian mereka dalam aspek akademik. Beberapa kaedah telah
dirancangkan bagi membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran ini dalam mendidik
mereka agar turut sama mendapat ilmu pengetahuan seperti kanak-kanak yang lain.
Program jangka pendek yang dilaksanakan ialah penempatan dalam pendidikan.
Melalui program ini mereka diajar menggunakan alat bantuan pendengaran dan bahasa
isyarat. Mereka akan di tempatkan di Program Pendidikan Inklusif iaitu murid diberi
peluang berinteraksi dengan kanak-kanak lain tanpa mengira perbezaan individu.
Pendidikan Percantuman diberi kepada mereka dengan adanya bilik-bilik khas bagi
membimbing mereka.
Program Jangka Panjang pula juga digunakan bagi membantu kanak-kanak
bermasalah pendengaran ini, antaranya ialah :
2.5.1

Pendekatan Auditory Verbal

Pendekatan ini merupakan satu kaedah di mana kanak-kanak bermasalah pendengaran


diajar menggunakan pendengaran mereka untuk mempelajari bahasa pertuturan melalui
alat pendengaran atau implan koklea. Ia bertujuan membolehkan kanak-kanak bermasalah
pendengaran menikmati persekitaran dan kehidupan yang biasa. Menurut Goldberg dan
Flexer (1993), pendekatan ini membolehkan kanak-kanak memperolehi pertuturan dan
bahasa secara semulajadi yakni melalui deria dengar.

2.5.2

Pendekatan Oral- Auditory

Pendekatan ini menekankan proses mendengar serta bertutur, dengan penggunaan saki
baki pendengaran secara lebih berkesan dan diperkukuhkan dengan penggunaan alat bantu
dengar dan deria lihat serta deria sentuh. Kaedah ini tidak menggunakan bahasa isyarat
atau ejaan jari tetapi menekankan kaedah membaca gerak bibir (lip reading). Kaedah ini
menggunakan implikasi bunyi bagi memperkembangkan kemahiran mendengar dan
bertutur, melibatkan latihan mendengar untuk membolehkan mereka mendiskriminasikan
bunyi-bunyi yang berbeza.
2.5.3

Kaedah bacaan bibir

Kaedah ini juga menekankan penggunaan penglihatan sepenuhnya. Kaedah ini memerlukan
kanak-kanak sentiasa melihat gerak bibir penutur dengan tepat dan dalam situasi ini penutur
berada di tempat yang terang dan jelas dilihat.
2.5.4

Kaedah bahasa isyarat

Pada amnya bahasa isyarat digunakan dengan mudah dengan menggabungkan perkataan
dengan makna asas. Terdapat pelbagai bahasa isyarat termasuk American Sign Language,
Pidgin Sing Language (PSE), dan banyak lagi. Di Malaysia, bahasa isyarat yang digunakan
ialah Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM).
2.5.5
Kaedah

Kaedah komunikasi seluruh

ini adalah satu kaedah yang menggabungkan ejaan jari, isyarat, bacaan bibir,

pertuturan dan implikasi auditori. Elemen penting dalam kaedah ini ialah penggunaan isyarat
dan pertuturan secara serentak.
2.5.6

Pertuturan isyarat (cued speech)

Kaedah ini diperkembangkan dari kaedah bacaan bibir, menggunakan bentuk-bentuk tangan
bagi memandu bunyi-bunyian. Bentuk-bentuk tangan yang dilambangkan (kiu), ditentukan
pada kawasan-kawasan di mana bentuk tangan menentukan bunyi perkataan. Terdapat
lapan bentuk tangan bagi konsonan dan empat bentuk tangan bagi menentukan bunyi huruf
vokal.

Kebanyakan murid-murid bermasalah pendengaran tidak pekak sepenuhnya tetapi


masih mempunyai sisa pendengaran. Penggunaan alat bantuan pendengaran yang
berfungsi dengan baik adalah penting bagi membantu kanak-kanak bermasalah
pendengaran mendengar bunyi-bunyi pertuturan dan seterusnya boleh membantu
mempelajari pertuturan (Clark 1989; Romanik 1990). Kajian yang dijalankan oleh Safani Bari
et al, dengan sampel kajian melibatkan 141 murid bermasalah pendengaran dan 38 orang
guru di empat buah sekolah rendah pendidikan khas di negeri Selangor menunjukkan, tanpa
penggunaan alat bantuan pendengaran dunia kanak-kanak ini sepi kerana hanya alat
pendengarfan yang boleh menghubungkan mereka denagn bunyi-bunyi persekitara. Pelan
utama yang digunakan perlulah melihat kepada tahap keperluan kanak-kanak tersebut.
Namun usaha sama juga perlu dilakukan bagi membantu guru-guru yang terlibat dalam
pendidikan muri-murid bermasalah pendengaran bagi memberi mereka pendedahan dan
teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk kanak-kanak tersebut disamping
meningkatkan kualiti pendidikan.