Anda di halaman 1dari 9

Peranan ibu bapa

Pendahuluan :

Sebelum abad ke -19, dipercayai bahawa kanak-kanak yang kurang upaya tidak boleh
diajar dan menerima pengajaran sepertimana lazimnya. Awal abad ke -19, Thomas
H,.Gallandet (1781-1851) dan Louis Braille(1809-1852) telah memperkenalkan sekolah khas
masalah penglihatan dan masalah pendengaran. Pertengahan abad ke-19 organisasi politik
telah bertindak memberi penekanan yang khusus kepada keluarga yang mempunyai kanakkanak khas. Pada tahun 1975 The Education of All Handicapped Act telah dibaca di
Kongress Amerika.Muncul pendidikan segregated. Golongan pendidik dan keluarga
mempersoalkan pengasingan ini. Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak
berpendidikan khas ini dimulakan pada tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia
digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Program Pendidikan Inklusif ini menitik
beratkan suatu program. Pendidikan Inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang
boleh menghadiri di dalam kelas biasa dan belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa.
Menurut Coots (1998), penglibatan ibu bapa dalam persekolahan kanak-kanak
bermasalah pembelajaran adalah perlu kerana golongan ibu bapa adalah golongan yang
memiliki banyak kelebihan berbanding guru khas dalam menjalankan fungsi ataupun
tanggungjawab pada persekolahan. Guru khas bertugas secara formal dan dibatasi oleh
faktor-faktor seperti masa, tempat dan peraturan. Manakala ibu bapa berhubung secara tidak
formal dan mempunyai peluang lebih luas melibatkan diri dalam persekolahan.
Penglibatan ibu bapa dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu penglibatan di
rumah, penglibatan di sekolah dan kedua-duanya.
i. sebagai pemerhati sejak kecil yang menjadi maklumat penting untuk para profesional.
ii. mengambil peranan yang aktif dalam proses pendidikan terutamanya semasa peringkat
prasekolah dimana ibu bapa boleh mendapatkan maklumat mengenai kemahiran pengurusan
diri, pra-akademik, mobiliti dan komunikasi. Ibu bapa juga membuat temu janji dengan guru
khas bagi membincangkan pelajaran si anak, menghadiri mesyuarat, membuat keputusan,
meneliti rancangan dan memeriksa rekod anaknya yang disimpan di sekolah.
iii. dengan latihan, ibu bapa dapat mengukuhkan pembelajaran yang pernah dipelajari oleh
anak supaya diaplikasi di rumah

Komunikasi dengan guru adalah kunci kejayaan dalam usaha kolaborasi ini. Guru
mempunyai perspektif dan idea bagi membantu anak kita dalam aspek yang
berbeza. Kemahiran berkomunikasi dengan guru mewujudkan hubungan rapat
dan ini boleh membantu anak kita. Komunikasi ini termasuk bertutur,
mendengar, melahirkan perasaan dan interpretasi makna sesuatu mesej.

Ibu bapa mempunyai peranan tersendiri dalam memenuhi kehendak kanakkanak bermasalah pembelajaran. Antara peranan jelas yang dapat dimainkan
oleh mereka adalah seperti berikut:
i. Ibu bapa sebagai penyelaras kehendak.
- Seligman dan Darling (1989) mencatatkan keluarga kepada kanak-kanak
bermasalah pembelajaran mempunyai cabaran dan beban yang tidak diketahui
oleh orang lain dalam memenuhi kehendak mereka. Hal-hal berkaitan dengan
kewangan yang serius adalah perkara biasa apabila anak itu perlu perlu
mendapatkan rawatan, keperluan perubatan, terapi, alatan khusus,
pengubahsuaian persekitaran dan pengangkutan khas. Keperluan-keperluan
begini jarang sekali ditanggung oleh pihak insurans ataupun disediakan oleh
program perkhidmatan sosial.
Pada masa yang sama, ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah
pembelajaran mudah tersinggung (Murphy, 1982). Menyorot pada kajian yang
menggunakan kumpulan pasangan ibu bapa anak istimewa, McGillycuddy-DeLisi
(1992) mendapati ibu bapa kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran
mempunyai konsep kendiri yang rendah dan bersedih kerana membesarkan anak
yang kurang upaya. Daripada awal lagi sejak mengesyaki anak mereka bakal
menghadapi masalah, ibu bapa mengalami rasa ketidakpastian. Mereka terpaksa
memikirkan keperluan perubatan, tahap kemampuan serta kemampuan
penyesuaian psikologi dan sosial. Ibu bapa tidak pasti bagaimana menghilangkan
keadaan ini. Biasanya perasaan ini tidak hilang walau lima ataupun sepuluh
tahun akan datang.

ii. Ibu bapa sebagai pendorong.


- Ada kanak-kanak istimewa mempunyai minat yang tertentu. Minat inilah yang
perlu didorong oleh ibu bapa ke peringkat yang termampu oleh kanak-kanak itu.
Kalau seorang kanak-kanak menunjukkan bukti mempunyai darjah minat yang
tinggi iaitu bakat dalam sesuatu bidang tertentu, maka sesuai kalau dianggap
latihan yang bertujuan khas bagi perkembangan bakat itu menghasilkan
pencapaian yang tinggi dan kejayaan berikutan dengannya, tanpa sebarang
halangan.

iii. Ibu bapa sebagai pemberi maklumat.


- Antara strategi yang sepatutnya diberikan kepada kanak-kanak ini adalah

memberi mereka maklumat yang cukup mengenai orang lain supaya ditiru.
Kajian Bandura (1971) merumuskan hanya dengan melihat orang lain terutama
yang lebih tua ianya dapat mempengaruhi tingkah laku seseorang. Ibu bapa
memang dapat dijadikan sebagai model utama dalam pemupukan minat dan
pencapaian kanak-kanak istimewa. Ini memang salah satu fungsi ibu bapa di
rumah. Ibu bapa mungkin menjadi model tingkah laku kepada anak-anaknya dan
dengan itu menyediakan mereka dengan petunjuk yang konkrit berkenaan apa
yang patut mereka buat dan apakah peribadi yang patut ditonjolkan.

. Ibubapa perlu menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin. Antara


tindakan di rumah yang perlu diambil oleh ibu bapa yang mempunyai anak
bermasalah pembelajaran adalah mempunyai hubungan yang baik dengan ahli
keluarga. Keluarga yang bahagia adalah syurga bagi anak-anak. Oleh itu, sebaikbaiknya kita mencipta kebahagiaan dan keharmonian dalam rumah tangga bagi
mewujudkan situasi yang sihat pada diri anak kita. Ibu bapa yang penyayang
mewujudkan suasana yang mesra dan penuh kasih sayang. Namun, sikap mesra
itu perlu ada hadnya. Bataskan garis-garis tertentu supaya dia dapat dikawal dan
tidak melampaui batas. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Memberi didikan
agama sebaik-baiknya bermula sejak kecil lagi. Agama dapat membantu anak
anda melakukan perkara yang baik dan mengelakkan perkara yang tidak baik.
Konsep ini perlu diterangkan pada anak anda sejak kecil supaya dia mengerti
dalam kehidupan ini, ada panduan dan undang-undang yang perlu diikuti oleh
setiap manusia. Ibu bapa memainkan peranan penting mambantu anak
menyesuaikan diri dengan masalah yang mereka hadapi. Anak-nak istimewa ini
memerlukan empati, sokongan dan galakan dalam menangani penyesuaian
sosial dan emosi. Ibu bapa tidak perlu mengawal anak dengan berlebih-lebihan
dan memandang rendah kebolehannya

Antara peranan ibu bapa di sekolah adalah menjalinkan:


i. Hubungan baik dengan guru.
- Ibu bapa hendaklah mewujudkan hubungan baik dengan guru kerana dia
adalah orang kedua yang akan membantu anak anda selain daripada keluarga
kita sendiri. Usah sekali-kali malu menceritakan pada guru mengenai anak kita
walaupun perkara yang sulit. Guru perlu dimaklumkan mengenai tingkah laku
anak kita supaya dapat membantu mengawasinya. Kebanyakkan komunikasi
antara kita dan guru sering berlaku secara individu dan interaksi harian yang
memfokuskan pada perkembangan jangka panjnag. Kita perlu :
i. Bertanyakan mengenai kualiti positif anak kita dan bagaimana dia
menyesuaikan diri dan perkembangan yang dilalui.
ii. Nyatakan tentang kebimbangan kita mengenai anak kita sekiranya ada dan
berikan beberapa contoh konkrit.
iii. Sematkan harapan yang positif dalam diri kita.

Adalah lebih baik sekiranya kita berkongsi segala maklumat mengenai anak kita
dengan guru di sekolahnya. Perkara ini sangat penting kerana anak anda berada
di bawah jagaan guru semasa waktu persekolahan. Sekiranya berlaku sebarang
kecemasan, guru sudah maklum apa yang perlu dilakukan. Usah wujudkan jarak
pemisah dengan guru. Hubungan baik adalah penting demi untuk kebaikan diri
anak anda. Anda hendaklah sering menghargai guru kerana tugasnya yang rela
melayan anak kita adalah suatu rahmat. Tidak ramai yang sanggup terlibat
dalam bidang pendidikan ini. Hanya guru yang istimewa sanggup memilih karier
untuk berdamping dengan anak istimewa yang pelbagai kerenah.

ii. Hubungan dengan Persatuan Ibu bapa.


- Ibu bapa perlu memainkan peranan yang aktif dalam persatuan Ibu Bapa dan
Guru atau PIBG kerana tidak ada sesiapa yang mahu membela nasib anak kita
melainkan diri kita sendiri. Kita boleh mencadangkan supaya pihak PIBG
menyediakan pusat sumber khas dengan menyediakan buku bacaan bergambar,
kad dan alat permainan serta memberi pelbagai kemudahan kepada kanakkanak istimewa bagi menambah minat mereka datang ke sekolah. Taman
permainan boleh juga diwujudkan bagi memberi peluang kepada mereka melatih
kemahiran motor dan bersosialisasi. Kita boleh bergabung dengan ibu bapa lain
untuk membawa sesuatu yang baru bagi kebaikan anak-anak kita. Seminar dan
kursus boleh juga dianjurkan bagi meningkatkan ilmu dalam pendidikan untuk
anak-anak istimewa.

Selain daripada itu, terdapat juga tindakan lain yang menunjukkan betapa
pentingnya
peranan ibu bapa dalam menangani kanak-kanak yang bermasalah
pembelajaran
ini. Antaranya menjalinkan:

i. Hubungan rapat dengan ibu bapa kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang


lain.
- Perhubungan rapat dengan ibu bapa yang juga mempunyai anak bermasalah
pembelajaran adalah digalakkan. Mereka lebih memahami diri anda . Ibu bapa
boleh bertukar fikiran dan berkongsi pengalaman yang mungkin membantu anak
mereka. Bebanan ibu bapa juga menjadi lebih ringan sekiranya mereka dapat
meluahkan segala yang gusar di hati mereka. Bergaul rapat dengan keluarga lain
yang mempunyai anak yang bermasalah membolehkan kita bertukar pendapat
dan perspektif serta berkongsi pengalaman. Adakalanya pengalaman orang lain
dapat membantu kita mengatasi masalah yang dihadapi. Sebagai ibu bapa,
boleh juga menganjurkan perkelahan dengan ibu bapa yang memiliki anak
sedemikian supaya hubungan silaturrahim antara kita dan keluarga itu wujud
dengan lebih erat. Hubungan ini penting kerana sekurang-kurangnya kita
mempunyai tempat mengadu. Mereka lebih memahami diri daripada ibu bapa
lain yang tidak mempunyai anak istimewa.

ii. Hubungan yang baik dengan masyarakat sekeliling.


- Pada hari ini, masyarakat lebih prihatin dan bertimbangrasa sekiranya
dibandingkan dengan dahulu. Mereka lebih sedar tentang peranan yang boleh
dimainkan untuk memberi sokongan dan bantuan pada kanak-kanak bermasalah
pembelajaran. Masyarakat hari ini lebih penyayang dan mempunyai nilai yang
tinggi sehingga rela bertungkus lumus memungut derma semata-mata untuk
disumbangkan pada kanak-kanak ini. Terdapat juga pertubuhan NGO yang sering
melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan anak-anak istimewa. Kita perlu
memberi sokongan kepada badan ini kerana mereka menyediakan pelbagai
aktviti untuk memberi peluang pada anak kita bergaul dengan masyarakat. Kita
boleh daftarkan anak kita dengan badan NGO sebagai ahli mereka. Sebagai ibu
bapa kita boleh memainkan peranan aktif dalam membantu NGO menguruskan
aktiviti mereka. Kita juga berpeluang mewujudkan silaturrahim dengan ahli
jawatankuasa badan itu. Kita perlu buktikan kepada masyarakat, mempunyai
anak yang istimewa bukanlah satu kelemahan tetapi sesuatu kekuatan yang
boleh membina keyakinan dalam diri kita.

iii. Hubungan rapat dengan rakan sebaya.


- Anak kita mungkin sukar untuk belajar dengan bimbingan guru ataupun
daripada kita. Mungkin mereka lebih mudah memahami dan dapat mengikut
pelajaran sekiranya rakan sebaya membantunya. Ramai kanak-kanak mudah
faham dan seronok apabila rakan sebaya membantu mereka dan mereka pasti
lebih bermotivasi dan menunjukkan minat. Mungkin mereka tidak ada sifat malu,
takut ataupun khuatir sekiranya mereka bersama rakan sebaya . Tunjuk ajar
rakan sebaya adalah satu usaha yang dapat membina keyakinan dalam diri
anak-anak. Adalah baik sekiranya anak kita mempunyai sahabat yang aktif
supaya mereka boleh bersosial dengan mudah. Namun begitu, tingkah laku

mereka perlu diperhatikan supaya tidak terpesong. Ada kalanya rakan sebaya
boleh membawa anak ke jalan yang salah. Lebih-lebih lagi sekiranya anak anda
tidak terlalu cergas. Dia lebih mudah terpengaruh dan mengikut sahaja tingkah
laku rakan sebayanya tanpa dapat membezakan antara baik dan buruk. Mereka
memerlukan sokongan bagi membentuk identiti diri mereka. Anda perlu
memainkan peranan dalam hal ini.

Peranan dari kerajaan dan pihak-pihak lain.

Selain daripada kesedaran di pihak guru dan ibu bapa komuniti sekeliling juga
bertindak dalam membantu pelajar bermasalah pembelajaran. Mereka tidak
dipinggirkan sewenang-wenangnya. Dari pandangan global, pihak kerajaan
menjadi tunjang masyarakat dalam menghapuskan jurang perbezaan diantara
pelajar dalam aliran perdana dan pelajar berkeperluan khas, khususnya pelajar
bermasalah pembelajaran. Kerajaan telah menggerakkan Kementerian Pelajaran
untuk mewujudkan dan mengimplementasikan pelbagai program-program bagi
membantu pelajar pelajar yang bermasalah bermula dari peringkat pra sekolah
sehingga ke peringkat menengah atas. Sebagai contoh kerajaan telah
memperuntukkan sebahagian belanjawan bagi mewujudkan beberapa buah
PUSAT SEHENTI yang asalnya adalah Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas.

Setakat ini terdapat sebanyak 14 buah Pusat Sehenti dibuka di serata negeri.
Contohnya di Putrajaya, Kota Bharu, Alor setar dan Shah Alam. Pusat ini di buka
bertujuan untuk membantu pembelajaran anak-anak Orang Asli. Program ini
dinamakan Program Out-Reach. Program ini di wujudkan apabila bertitik
tolaknya fenomena keciciran pembelajaran anak-anak Orang asli akibat faktor
pengangkutan dan kesedaran di kalangan mereka. Program ini juga di sertai oleh
Badan-badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan seperti Bank Simpanan Nasional
(BSN), Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Institut
Integriti Malaysia yang sedar bahawa pelajar sebegini patut di bela.

Di bawan naungan Duli Yang Maha Mulia pada tahun 1964, Unit Pendidikan Khas
telah di tubuhkan. Ianya telah di tukar menjadi sebuah jabatan pada tahun 1995
an di gerakkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Unit ini berperanan
bagi menyediakan program dan latihan dalam pendidikan khas untuk guru-guru
sekolah rendah dan sekolah menengah. Ia juga berfungsi untuk meningkatkan
pengetahuan guru-guru dan para kakitangan mengenai kanak-kanak
berkeperluan khas di samping menyedikan khidmat-khidmat pendidikan bagi
pelajar berkeperluan khas dalam sistem pembelajaran inklusif. Seiring dengan

keperluan semasa Kementerian Pelajaran telah mewujudkan posisi guru (LAT)


iaitu Guru Pembantu Pelajaran. Mereka adalah guru-guru terlatih yang
mempunyai Sijil Pendidikan Khas dari (UBD dan Kementerian Pelajaran).

Atas misi menghapuskan jurang di antara pelajar-pelajar bermasalah


pembelajaran dengan pelajar-pelajar berarus perdana, Kementerian Pelajaran
telah menjalankan satu projek yang di namakan Projek Rintis ISD (Instrumen
Senarai Semak Disleksia). Jabatan Pendidikan Khas menjalankan projek ini.
Senario projek ini adalah untuk mengenalpasti murid yang tercicir kemahiran 3M
(Mengeja, Membaca, Menulis). Dalam projek ini langkah pertama adalah murid
ini di beri ujian saringan yang di pecahkan kepada dua bahagian. Bahagian A
mengandungi data asas murid seperti jantina, keturunan, pencapaian akademik
dan ciri-ciri lain. Manakala bahagian B menguji kebolehan mengeja, membaca
dan menulis. Antara elemen-elemen yang di uji pula adalah elemen yang
mengukur tahap penguasaan literasi murid, mengukur tahap keupayaan kognitif
dan elemen yang di ambil kira, keseluruhan ciri spesifik disleksia. Penilaian di
buat oleh guru Bahasa Malaysia yang sekurang-kurangnya 6 bulan mengajar
tahun 1 sebelum ujian ISD. Langkah selepas penilaian murid adalah mengesan
murid yang mengalami masalah literasi di sebabkan oleh masalah pengajaran
dan pembelajaran dan bukan dari masalah sosial. Dalam projek rintis ini juga
kelas untuk murid yang bermasalah pembelajaran di cadang kan kepada 2 iaitu
sekolah inklusif ataupun interuensi khas disleksia. Kelas inklusif murid
bermasalah pembelajaran akan dicampur bersama-sama pelajar normal tetapi
akan di keluarkan daripada kelas mengikut untuk di beri intervensi khas.

Selain itu ia tidak hanya berperanan untuk menyedarkan kepentingan hak


pelajar pelajar bermasalah pembelajaran, unit ini juga berfungsi untuk
meningkatkan pengetahuan ibu bapa dan masyarakat tentang kanak-kanak
berkeperluan khas. Sebarang program yang di jalankan untuk pelajar
berkeperluan khas ini akan di pantau dari semasa ke semasa. Melalui agensiagensi dari dalam dan luar negara unit ini berkerjasama bagi memberi bantuan
yang lebih efektif untuk pelajar pelajar berkeperluan khas ini. Bagi berlaku adil
kepada pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran unit ini menyediakan garisgaris panduan.

Kesedaran terhadap pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran telah lama timbul


disamping akta-akta yang di wujudkan demi menjaga kesejahteraan pelajar
kumpulan berkeperluan khas ini seperti Akta Pendidikan 1961. Di samping itu,
melalui media massa, media elektronik dan media cetak isu kanak-kanak
berkeperluan khas ini telah giat di utarakan. Melalui pelbagai pertubuhan lamanlaman web dan buku-buku kita boleh memperolehi maklumat yang pelbagai
tentang kanak-kanak yang menghadapi simpton-simpton tersebut. Ini juga

merupakan salah satu hasil tindakan untuk kesedaran dan


kebertanggungjawabkan umumnya untuk golongan pelajar berkeperluan khas
dan khususnya secara tidak langsung untuk pelajar bermasalah pembelajaran.

Beberapa pertubuhan dan persatuan masyarakat telah ditubuhkan dalam


menyokong dan memberi bantuan kepada pelajar-pelajar bermasalah
pembelajaran ini. Contohnya di New York sebuah pertubuhan yang di namakan
Resources For Children With Special Needs atau dengan nama singkatan RCSN
telah di tubuhkan. Ia bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan dari segi
sosial, kognitif dan fizikal kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Badan
pertubuhan ini memainkan peranan penting untuk menolong mana-mana kanakkanak berkeperluan khas untuk mengenalpasti dan menguasai potensi mereka.
Ibu bapa yang mempunyai anak yang berkeperluan khas juga di beri bantuan
dalam membina pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk menguruskan
anak-anak yang berkeperluan khas. Ibu bapa di bimbing untuk mendapatkan
pendidikan yang sesuai untuk anak-anak mereka. Pertubuhan ini juga
menawarkan aktiviti rekreasi selepas sekolah untuk kanak-kanak berkeperluan
khas ini. Aktiviti ini di jalankan dengan objektif untuk menanamkan semangat ini
bersaing dengan kanak-kanak berkeperluan khas yang lain.

Dalam menunaikan rasa bertanggungjawab terhadap kanak-kanak berkeperluan


khas ini di Malaysia satu kempen yang di namakan Kempen Pelan Pembangunan
Pendidikan Khas Open Minds telah dilancarkan oleh Procter & Gamble 1999.
Ianya bagi membantu lebih kurang 314,000 orang pelajar sekolah rendah yang
mengalami disleksia.

Di peringkat dunia, Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah


mengisytiharkan 2 April pada setiap tahun sebagai Hari Autisme sedunia
bermula pada tahun 2008. Jika di lihat di negara Brunei, pihak kerajaannya telah
mewujudkan Pusat Perkembangan Kanak-kanak (CDC) yang mana berfungsi
untuk menguruskan kanak-kanak autisme. CPC menyediakan penyelidikan,
penilaian dan penyelarasan rawatan. Pusat ini juga menawarkan perkhidmatan
khidmat nasihat profesional untuk ibu bapa, guru-guru dengan kerjasama UPK
dan Kementerian Pelajaran.

Program pendidikan inklusif merupakan Program Percantuman atau


Integratedyang di amalkan sejak tahun 1962 lagi. Matlamat utama pendidikan
inklusif ini ialah untuk mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas
dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa.

Prospek untuk melanjutkan pelajaran bagi murid-murid bermasalah


pembelajaran yang berumur 14 tahun dan tamat di sekolah rendah Program
Kanak-kanak Khas lebih luas kerana mereka boleh meneruskan pelajaran ke
peringkat sekolah menengah dan matapelajaran pra vokasional dan dititik
beratkan seperti yang di rujuk dalam surat KP (BS-PK) 8501/PPP-KBP/Jld.JLD.IV/(4)
bertarikh 3 Disember 1991 kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri.

Bagi memastikan murid-murid bermasalah pembelajaran seiring dengan murid


normal Kementerian Pelajaran telah menubuhkan dan membuka sebilangan
sekolah dengan program rintis disleksia. Sekolah-sekolah tersebut di buka setiap
negeri seperti Sekolah Sultan Yusof Batu Gajah dan Sekolah Kepayang, Ipoh di
Perak. Manakala Sekolah Fakeh Abd Samad di Kuantan, Pahang dan banyak lagi.

Kementerian juga membuka peluang kepada murid-murid yang di dalam kategori


ini untuk menambah masa peperiksaan yang diduduki oleh mereka dari
setengah jam hingga satu jam (bergantung kepada subjek). Untuk ini mereka
boleh membuat permohonan dengan mengisi borang-borang BPKKK (Pindaan
2003-Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Kanak-kanak Keperluan
Khas) berumur 0-18 tahun. Borang-borang ini boleh di peroleh daripada hospital
kerajaan, unit pediatrik, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan cawangan Persatuan
Disleksia.