Anda di halaman 1dari 3

tingkatan5 komsas(drama)_cinta ahmad mutawakkil

CINTA AHMAD MUTAWAKKIL

Zainal Rashid Ahmad

SINOPSIS
- Ahamad Mutawakkil seorang pejuang nasionalis berjuang membebaskan negara darip
ada penjajah Inggeris dan PKM (Parti Komunis Malaya). Ahamad telah ditemui dalam
keadaan cedera parah oleh penduduk kampung semasa mereka selesai sembahyang magh
rib di surau. Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap memapah Ahamad yang c
edera
di bahu serta membaringkannya. Ahamad tercungap-cungap dan akhirnya pengsan.
- Kampung Ahamad telah diterokai sejak tiga generasi yang berkebun dan bertanam
padi. Pada tahun 30-an Tuan Booth datang ke situ dan meneroka hutan dengan mengu
pah
beratus-ratus buruh untuk menanam getah. Ahamad menjadi yatim piatu apabila bap
anya, Wak Sadir meninggal dunia. Ahamad terpaksa hidup menumpang Tuan Booth sela
ma 3
tahun.
- Pada tahun 1941, Jepun telah menjajah Tanah Melayu. Tuan Booth terpaksa berpin
dah dan kekejaman Jepun menjadikan penduduk hidup susah. Ahamad telah dijadikan
anak
angkat oleh Imam Deraman. Beliau mengajar Ahamad termasuklah bercakap bahasa In
ggeris. Pada tahun 1943, Ahamad bekerja di bandar.
- Pada tahun 1945 Jepun kalah akibat serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki
. Pada Tahun 1946, Ahamad menjadi seorang yang berpengaruh dan semua ucapannya
dipercayai oleh orang kampung serta daerahnya. Tuan Booth balik semula ke estetn
ya dan beliau sungguh mesra dengan orang kampung di situ serta mengeratkan hubun
gan
antara penduduk di kampung itu.
- Ahamad menjadi seorang pejuang nasionalisme dan semakin terserlah perjuangan s
erta menentang perjuangan komunis serta penjajah melalui pidato dan penulisannya
di
dalam surat khabar. Akhirnya dia telah mendapat jawatan nombor dua dalam partiny
a pada tahun 1952. Anak Tuan Booth iaitu Sandra pula jatuh hati kepada Ahamad da
n ini
menimbulkan prasangka kepada orang kampungnya.
- Pada tahun 1948, komunis mula mengganas di Perak dan Ahamad semakin tegas meny
edarkan rakyat supaya menentang ideologi komunis. Akibatnya, komunis menyerbu ba
nglo
tuan Booth dan membunuh 5 orang penghuni. Mereka mengugut Tuan Booth supaya mena
sihati Ahamad supaya berhenti mengajak orang kampung membenci Komunis. Ahamad ti
dak
mendengar nasihat Tuan Booth dan Penghulu Sigap, sebaliknya dia semakin berani
bersuara dengan lantang.
- Pada malam Jumaat yang lepas semasa menyampaikan ceramah, seorang budak lelaki
telah datang berjumpa Ahamad. Ahamad mengikuti budak itu dan sejak itu Ahamad h
ilang
dan tidak ditemui. Tiga kumpulan penduduk termasuk Tuan Booth telah berusaha men
cari Ahmad tetapi Ahamad tidak dijumpai.
- Akhirnya, selepas solat maghrib itu, segala kerungsingan penduduk kampung tent

ang kehilangan Ahamad telah terjawab apabila Ahamad muncul dalam keadaan cedera
parah.
Ahamad meninggal dunia di atas riba Imam Ngah Deraman dan Penghulu Sigap akibat
ditembak dengan 3 das peluru. Pada malam 31 Ogos 1957, penduduk kampung mengada
kan
doa tanda kemerdekaan serta tahlil ke atas Ahamad.
- Tuan Booth balik ke England seminggu selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Setahun
selepas itu, Sandra balik semula ke banglo bapanya kerana terkenangkan cintanya
kepada Ahamad. Dia telah mengajar anak-anak penduduk kampung membaca dan menuli
s.

TEMA:
- Kegigihan dan keberanian seorang pemuda berkorban nyawa untuk mendapatkan keme
rdekaan tanah air.
- Contohnya - Ahamad Mutawakkil seorang yang berani menyampaikan maklumat kepada
masyarakat agar berani menuntut kemerdekaan daripada penjajah serta menentang
ideologi komunis.

PERSOALAN:
1. Kasih--sayang sesama ahli keluarga. Contohnya, Tuan Booth bertindak membawa s
emua ahli keluarganya berpindah semasa penjajahan Jepun kerana beliau menyayangi
keluarganya.
2. Ketabahan menghadapi kesukaran hidup semasa peperangan. Contohnya, penduduk k
ampung sentiasa tabah dan sabar ketika menghadapi kesusahan hidup semasa penjaja
han
Jepun dan keganasan komunis.
3. Semangat patriotisme yang tinggi dalam diri seorang pejuang tanah air. Contoh
nya, Ahamad sentiasa berjuang untuk menyedarkan rakyat untuk mendapatkan kemerde
kaan
daripada penjajah serta kekejaman komunis.
4. Hubungan cinta yang sangat mendalam. Contohnya, Sandra amat mencintai Ahamad
sehingga dia sanggup kembali semula ke banglo bapanya setelah Tanah Melayu menca
pai
kemerdekaan.
5. Kerjasama yang erat dalam kalangan masyarakat. Contohnya, penduduk kampung be
rsatu membentuk tiga kumpulan untuk mencari Ahamad yang hilang.
6. Kekejaman dan kezaliman pihak penjajah terhadap masyarakat. Contohnya, pengga
nas menyerang banglo Tuan Booth dan membunuh lima penghuni di banglo itu.
NILAI:
1. kasih sayang - Tuan Booth membawa semua keluarganya keluar dari bunglonya sem
inggu sebelum Jepun menjajah.
2. patriotisme - Ahamad berjuang meniupkan semangat mendapatkan kemerdekaan kepa
da penduduk kampungnya dan menentang kekejaman komunis.

3. keberanian - Ahamad berani bersuara dengan lantang dalam pidatonya mengajak p


enduduk kampung memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajah.
4. ketabahan - Ahamad tabah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam perjuangannya
menuntuk kemerdekaan negara.
5. kebijaksanaan - Ahmad bijak mengambil peluang belajar dan menulis bahasa Ingg
eris daripada Sandra ketika tinggal di banglo Tuan Booth.
6. tanggungjawab - Imam Ngah Deraman bertanggungjawab menjadikan Ahamad sebagai
anak angkat setelah Ahamad menjadi yatim piatu.
7. kerjasama - penduduk kampung dan tuan Booth membentuk 3 kumpulan untuk bekerj
asama mencari Ahamad yang hilang ditangkap komunis.
8. hormat-menghormati - Tuan Booth amat menghormati penduduk kampung dan selalu
ke surau untuk berbual-bual dengan penduduk.
9. mengenang jasa - Ahamad mengenang jasa tuan Booth yang pernah memeliharanya d
engan menghadiri majlis yang dibuat oleh tuan Booth di banglonya.

PENGAJARAN:
1. kita hendaklah berani dalam melakukan sesuatu tindakan yang baik - Ahamad ber
ani bersuara lantang mengajak penduduk supaya berjuang mendapatkan kemerdekaan.
2. Kita mestilah mempunyai semangat patriotisme - Ahamad mengajak penduduk kampu
ngnya supaya berusaha mendapatkan kemerdekaan tanah air daripada penjajah.
3. kita mestilah bekerjasama dan saling membantu - penduduk kampung dan tuan Boo
th bekerjasama untuk mencari Ahamad yang hilang kerana ditangkap komunis.
4. Kita mestilah mengenang budi - Ahamad mengenang budi tuan Booth yang pernah m
emeliharanya dengan menghadiri majlis tuan Booth di banglonya.
5. Kita mestilah menyayangi keluarga kita - tuan Booth membawa keluarganya berpi
ndah sebelun Jepun menjajah kampung itu.
6. Kita mestilah mengambil peluang untuk membaiki diri - Ahamad mengambil peluan
g untuk belajar menulis dan bercakap Inggeris daripada Sandra ketika tinggal di
banglo tuan Booth.

Anda mungkin juga menyukai