Anda di halaman 1dari 1

Pada 23 Mei 1972, dalam kunjungan Menteri Pelajaran Malaysia ke Indonesia,

telah diadakan perundingan antara :


Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, Bapak Mashuri
bersama-sama dengan pegawai-pegawainya, dan
Menteri Pelajaran Malaysia, Encik Hussein Onn bersama-sama dengan pegawaipegawainya,
dan perundingan itu telah menghasilkan persetujuan bersama yang meliputi
perkara-perkara pokok sebagai berikut :
Dalam bidang usaha bersama untuk mengembangkan bahasa kebangsaan
masing-masing, yang meliputi masalah-masalah: (a) ejaan, (b) istilah, dan (c)
tatabahasa, kedua-dua kerajaan bersetuju untuk:
Melaksanakan asas yang telah dipersetujukan antara para ahli dari kedua-dua
negara pada 27 Jun 1967, tentang ejaan yang telah disempurnakan;
Merasmikan pelaksanaan ejaan tersebut melalui pengumuman oleh menteri
masing-masing pada waktu yang sama.
Membentuk suatu Jawatankuasa Tetap Bersama untuk mengembangkan bahasa
kebangsaan masing-masing, dan jawatankuasa ini hendaklah mengadakan
mesyuarat-mesyuaratnya dari semasa ke semasa dengan bergilir-gilir tempat
antara kedua-dua negara; Jawatankuasa ini hendaklah bersidang selambatlambatnya pada 31 Disember 1972 di tempat yang ditetapkan bersama.
Melindungi dan menghormati hakcipta pengarang-pengarang dari negara
masing-masing dan untuk itu membentuk Jawatankuasa Tetap Bersama
Hakcipta; Jawatankuasa ini juga mesti telah mengadakan persidangannya
selambat-lambatnya pada 31 Disember 1972.
Dalam usaha kerjasama di bidang pendidikan, kedua-dua kerajaan bersetuju
untuk menyusun suatu jadual jangka panjang yang meliputi antara lain
pengiriman guru-guru di peringkat perguruan menengah dan perguruan tinggi,
pengiriman pengajar-pengajar serta penyelidik-penyelidik.
Dalam bidang pengiriman tenaga perguruan dan penyelidik, kedua-dua kerajaan
bersetuju untuk melaksanakan syarat-syarat yang dilaksanakan kepada guruguru dan penyelidik-penyelidik tempatan yang sama tarafnya.
Dalam bidang pengiriman guru-guru, penyelidik-penyelidik dan pengajarpengajar, kedua-dua kerajaan bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat yang
ditentukan oleh Departemen Pendidikan dan Kebudayaan bagi pihak Indonesia
dan Kementerian Pelajaran serta universiti-universiti tempatan bagi pihak
Malaysia.
Dalam bidang pertukaran pengalaman antara pegawai-pegawai kanan keduadua negara, kedua-dua kerajaan bersetuju mengadakan lawatan-lawatan dari
semasa ke semasa dengan secara bergilir terdiri daripada pegawai-pegawai
kanan Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republlik Indonesia dan
Kementerian Pelajaran Malaysia.
(Pernyataan Bersama ini dibuat di Jakarta, Indonesia, pada 23 Mei 1972 dan
ditandatangani oleh Encik Hussein Onn, Menteri Pelajaran Malaysia, dan Bapak
Mashuri, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia).

Anda mungkin juga menyukai