Anda di halaman 1dari 2

Guli

Guli
Guli adalah sejenis bola kecil yang biasanya diperbuat dari kaca, tanah liat atau
akik. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak. Guli juga boleh digunakan dalam
sesetengah permainan lain, contohnya congkak. Ramai juga yang mengumpul guli,
sama ada untuk nostalgia atau warna estetiknya.

Permainan
Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai
sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh
dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.
Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat
bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang
diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.

Gelanggang
Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garis pusat 1 m. Di tengah-tengah
bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10 cm lebar dan sedalam 7 cm
dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ke tanah. Lubang tersebut
dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3 m daripada
garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.

Cara bermain
Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke
dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir
adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh
guli-guli kedua hampir dan seterusnya.
Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam
kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan
pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah

seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain
lainnya.
Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan
guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli
miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan
dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.
Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih
giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu
sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang
induk, giliran untuk pemain lain diberikan.
Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan
sehingga semua pemain selesai giliran.
Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata
terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk
dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan
setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari
kawasan bulatan.

Anda mungkin juga menyukai