Anda di halaman 1dari 2

Apabila kita telah mengetahui

Bahawasanya Allah SWT mengharamkan syurga bagi mereka yang kufur terhadapnya
Maka dari itu kita tahu bahawa sebesar-besar nikmat ialah nikmat islam
Nikmat yang paling besr adalah nikmat islam
Dan apabila Allah menginginkan bagi hambanya kebaikan
Maka dia dimatikan dalam beragama islam
Dan Nabi kita pernh berdoa
Wahai yang menetapkan hati-hati,tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu
Dan Nabi SAW telahpun memberitahu
Bahawa antara tanda-tanda fitnah akhir zaman
Orang yang malamnya muslim dn paginya kafir atau paginya dia kafir,dan petangnya dia beriman
Dan hari ini kita lihatdi sekeliling kita berbagai perkara yang disebarkan yang berbentuk syubhat penipuan,dan perkara yang
meragukan
Dan yang berbentuk syahwat yang membangkitkan nafsu
Tiada syak lagi bahawa ini semua dapat menyebabkan seseorang itu berpaling (dari agamanya)
Tetapi Allah yang Maha Tinggi
Apabila mencintai seseorang hamba maka akan diwafatkan dia di dalam islam
Dan setiap perkara yang ditarik dari kita pasti akan ada gantinya (dari Allah)
Kecuali agama (maka tiada gantinya)
Dan apabila Allah mencintaimu maka Dia akan menetapkan kematianmu di dalam islam
Supaya engkau mati dalam islam
Jadikanlah ! Hatimu gembira tatkala engkau menyembah Allah
Sebahagian orang apabila melakukan sesuatu perkara yang mubah atau makruh seperti menghadiri sesuatu pertandingan atau
majlis keramaian
Dia merasa gembira kerana menghadirinya,kita tidak ingin membicarakan tentang perihal sesuatu golongan
Tetapi kita ingin mengambil faedah dari kegembiraan ini
Bagaimana engkau tahu bahawa engku (tetap) di atas islam
(ialah) apabila engkau merasa gembira tatkala engkau mentati Allah
Janganlah dilakukan sesuatu ibadat itu semata-mata untuk menyelesaikannya
Tetapi lakukanlah sesuatu ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah
Allah
Tidak dimudaratkan oleh kemaksiatanmu
Tetapi engkaulah yang binasa apabila engkau melakukan maksiat
Dan mati di dalam keadaan islam dalam apa jua keadaan jauh lebih baik berbanding mati di dalam kekufuran

Sebagaimana disebutkan di dalam doa para solehin Ya Allah,sesungguhnya aku mencintaimu walaupun aku bermaksiat kepadaMu
Dan seseorang sahabat yang mulia Amru ibn al-Ash tatkala hamper waktu kewafatannya berkata ;Ya Allah,aku bukanlah seorang
yang lepas (dari dosa) maka aku memohon pengampunan, dan aku bukanlah orang yang kuat (dalam beribadah), maka aku
memohon pertolongan, dan tiada bantuan dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah
Apabila Allah telah menetapkan bagimu untuk solat Subuh berjemaah setelah engkau keluar dari masjid
Hadirkanlah perasaan gembira bahawasanya Allah dengan rahmatnya telah membangunkanmu dari tempat tidurmu dan
menyebabkan engkau berdiri di hadapannya dan membawa engkau bergerak menuju rumahnya (masjid)
Inilah yang kita harapkan,mereka yang apabila Allah inginkan kebaikan untuk mereka, mereka ditetapkan dan dimatikan di atas
agama
Dan tidak ada kegembiraan yang lebih besar bagi seorng hamba selain kegembirannya terhadap islam
Dan sebagaimana semua telah tahu bahawa seorang hamba itu mestilah bersyukur kepada Allah
Kerana menjadikannya seorang Muslim
Kita semua dengan rahmat Allah, dilahirkan Muslim
Yakni Allah memberi kita islam tanpa memintannya
Maka semoga Allah mengurniakan kepada kita Syurga tatkala kita memintannya
Segala pujin bagi Allah diatas nikmat bIslam dan Iman.

Anda mungkin juga menyukai