Anda di halaman 1dari 7

UNIT 6: DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN MALAYSIA

TUGASAN: Falsafah dan dasar pendidikan memainkan peranan penting dalam menentukan
hala tuju pendidikan di Malaysia. Bincangkan hubungkaitan dan kepentingannya dalam
pembangunan pendidikan negara.

Aktiviti: Anda perlu mencari maklumat dari sumber perpustakaan dan internet.
http://moe.gov.my/userfiles/file/BUKU%20DASAR.pdf

6.1

Berdasarkan Rajah 6.1 di bawah, berikan keterangan mengenai hubungan di


antara falsafah pendidikan, dasar pendidikan dan sistem pendidikan negara.

FALSAFAH
PENDIDIKAN
DASAR
PENDIDIKAN

Falsafah merupakan hasil pemikiran yang


mempertimbangkan pelbagai soalan dan dari
pelbagai segi serta melihat gambaran besar yang
menyentuh persoalan itu, bukan semata-mata
dalam bingkai gambar yang kecil bagi
memenuhi tujuan sementara atau adhoc.

Mengemukakan bahawa sistem pendidikan


adalah suatu kesatuan yang terdiri atas
komponen-komponen atau elemen-elemen
atau unsur-unsur sebagai sumber-sumber
yang mempunyai hubungan fungsional
yang teratur untuk mencapai suatu hasil
sistem didirikan bagi melaksanakan dasar
dan falsafah tersebut.

Dari segi bahasanya, dasar dirujuk sebagai


asas, tunjang, teras yang bertujuan untuk
pengukuhan sesuatu perkara. Dalam
konteks pendidikan dasar merupakan
sesuatu ketetapan yang telah dikemukakan
oleh penggubal dasar tersebut. (Kamus
Dewan IV, 2005). Dalam Bahasa Inggeris
dasar samalah dengan policy. Dari segi
etimologi, policy berasal dari perkataan
Greek iaitu polis yang bermakna city-state.
Dalam Bahasa Latin kemudiannya menjadi
politia yang merujuk kepada negara.

KPF 3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar

SISTEM
PENDIDIKAN

Unit 6: Dasar-dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia

6.2

Dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan kepentingan dasardasar pendidikan di Malaysia.
Dasar
Kawalan

Dasar
Inovasi

DASAR-

DASAR
PENDIDIKAN

Dasar
Kebajikan

Dasar
Solusi

Dasar
Keterangan
Contoh
Pendidikan
- Pendidikuan itu perkhidmatan. Berkhidmat itu merupakan -Yuran pendidikan
Kebajikan
suatu kebajikan. Pendidikan merupakan hak asasi kanak- percuma
kanak kerana pendidikan merupakan agen perubahan dan -Pemberian pinjaman
sosialisasi. Pendidikan adalah ke arah mengubah tahap buku teks secara
keilmuan, kemahiran dan kemanusiaan kepada tahap yang menyeluruh
lebih tinggi. Pendidikan dapat mengubah status individu
- PTPTN
dan struktur sosial, ekonomi dan politik.
- Menerusi pendidikan dasar ini berkaitan dengan usaha - Biasiswa
memperbaiki kebajikan & perkhidmatan dalam pendidikan. - RMT
Bagi tujuan itu Malaysia meletakkan pelaburan yang tinggi -Skim Insurans
untuk pendidikan. Pelaburan tersebut menerusi dasar yang Pelajar
- KWAMP
melibatkan perbekalan prasarana dan kualiti kehidupan.
- Dasar jenis ini biasanya dalam bentuk akta dan edaran
pekeliling (ikhtisas & kementerian). Bagi melaksanakan
dasar ini, kerajaan menyediakan peruntukan kewangan
yang besar untuk menaja projek-projek pembangunan
prasarana dan perkhidmatan.

Solusi

- Solusi adalah penyelesaian masalah. Dasar yang berkaitan - Dasar 60 pelajar


dengan penyelesaian masalah yang memberi tumpuan Sains dan 40 pelajar
kepada aspek sosial dan ekonomi. Dasar ini terbentuk sastera.
reaktif kerana bertujuan untuk mengatasi masalah yang

KPF 3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar

Rajah 6.2: Dasar-dasar pendidikan di Malaysia

timbul.
- Hal ini disebabkan trend atau perkembangan semasa yang
berubah-ubah akibat tuntutan prioriti manusia dan ekonomi
semasa. Pendidikan merupakan proses yang melibatkan
interaksi di antara sesame manusia, manusia dengan
persekitaran dan manusia dengan sistem. Interaksi yang
berlaku tidak selalunya lancer, kerap kali interaksi yang
berlaku mengalami gangguan dan halangan.
- Percanggahan idea bukanlah sesuatu yang salah tetapi
keputusan yang diambil itulah yang boleh menjadi sesuatu
yang salah. Apabila keputusan yang dibuat salah maka
sistem juga menjadi salah dan hasilnya juga tersasar. Oleh
itu dasar-dasar solusi dalam pendidikan mensejajarkan
semula hala tuju, pelaksanaan dan perancangan yang dibuat
dalam bidang pendidikan.

- Dasar 1 pelajar 1
sukan
- Dasar PPSMI
- Dasar MBMMBI
- Dasar Keciciran
Sifar
- Dasar Integrasi
Nasional
- Dasar Sekolah
Selamat
- Dasar Sekolah Khas

Kawalan

- Kawalan bererti mendisiplin. Mendisiplinkan merupakan


penerapan dasar legislatif dalam bentuk akta yang
mengenakan syarat dan hukuman. Tujuan utama dasardasar kawalan dibentuk adalah untuk pencegahan,
pengajaran dan peringatan.
- Hukuman berat yang dikenakan kepada pelanggaran dasar
ini adalah dalam bentuk penjara atau denda atau keduaduanya sekali.
- Dalam perkhidmatan awam tindakan mendisiplin juga
melibatkan amaran lisan, amaran bertulis, penahanan,
pemindahan, pengekalan (statik) dan pemecatan.
Ganjarannya pula ialah kesinambungan operasi,
perkhidmatan kepada mereka yang akur.

- Rang UndangUndang Pendidikan


- Akta Pendidikan
(1961 & 1996)
- Peraturan &
Tatatertib Dalam
Pendidikan
- Undang-undang
Pendidikan
- Tatacara Disiplin

Inovasi

-Dasar-dasar berkaitan inovasi pula bertujuan


membawa pembaharuan dalam masyarakat menerusi
pendidikan.
- Dasar jenis ini bersifat futuristic-pragmatik kerana
cuba membawa masyarakat kepada keadaan yang lebih
baik dari yang sedia ada.
- Penyertaan secara holistik dan komprehensif dari
semua pihak menjadi penentu kepada kejayaan dasar
jenis ini.

1) Jenis sekolah :
- Sekolah Bestari
- Sekolah Kluster
- Sekolah Berprestasi
Tinggi
2) Tumpuan sekolah :
- Sekolah Sukan
- Sekolah Seni
3) Bahan pengajaran :
- Berasaskan IT dan
multimedia
4) Kurikulum :
- ICT dalam pendidikan
5) Pentaksiran :
- Pentaksiran
Berasaskan Sekolah
6) Profesionalisme :
- Latihan dalam
perkhidmatan &
pembelajaran
berterusan

KPF 3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar

Unit 6: Dasar-dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia

Unit 6: Dasar-dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia


Bincangkan bagaimanakah dasar-dasar pendidikan memberikan pengaruh
terhadap pembangunan insan dan negara.

Dalam membangunkan insan, pembentukan


sahsiah adalah antara perkara yang penting.
Usaha ini bagi membentuk generasi masa
hadapan dengan sahsiah, keperibadian dan
akhlak yang tinggi. Ketinggian keperibadian
dan akhlak yang terbentuk dalam diri setiap
individu pelajar terutamanya remaja akan
menjadi teras kepada pembangunan negara.
Pada usia muda, remaja pelajar mudah
terpengaruh dengan hedonism yang boleh
membawa kepada aktiviti sosial yang kurang
berfaedah seterusnya membawa ke kancah
maksiat seperti mabuk, menagih dadah,
merempit, melacur diri, berfoya-foya dan lainlain. Gejala tersebut perlu dibenteras dan
langkah-langkah
perlu
diambil
untuk
menanganinya sebelum ia meraabak dan
menjadi
semakin
berleluasa.
Justeru,
pembangunan insan yang komprehensif melalui
pendidikan diharap akan dapat membendung
gejaala sosial daripada terus menular.

Pembangunan untuk negara boleh dilihat


daripada aspek-aspek tumpuan taat setia rakyat
kepada negara. Pendidikan perlu membolehkan
seseorang itu menghayati prinsip Rukun
Negara bagi menghasilkan warganegara yang
lebih baik, iaitu warganegara yang progresif
dengan jati diri yang tinggi. Konsep negara
bangsa sebagai yang digariskan dalam Teras
Pertama PIPP (2006-2010) perlu dicapai
melalui pendidikan. Negara bangsa yang
dimaksudkan
ialah
warganegara
yang
mempunyai ciri patriotic, cinta negara, glokal
dan berdaya saing dengan meneruskan warisan
budaya
dan
kesenian
bangsa
serta
menumpukan taat setianya kepada raja dan
negara dengan ajaran agama sebagai pegangan.
Melalui konsep negara bangsa, rakyat
Malaysia akan berpaut walaupun dilanda
gelombang globalisasi.

KPF 3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar

6.3

Unit 6: Dasar-dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia


Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 (DPK)
Apakah DPK?
Pendidikan yang komprehensif dan pelbagai skop yang akan memenuhi keperluan negara,
serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan negara, sosial, ekonomi dan politik
selaras prinsip-prinsip Rukun Negara.

Bagaimanakah DPK dibentuk?


Sejarah pembentukan DPK bermula apabila wujud kesedaran tentang kepentingan
pembentukan suatu sistem pendidikan baru bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah
yang tidak mempertimbangkan keperluan pembangunan, pembinaan identity kebangsaan dan
perpaduan negara. Melalui kesedaran ini lahirlah Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961
melalui Penyata Razak 1956 dalam Ordinan Pelajaran 1957. Namun Dasar Pendidikan telah
disemak semula pada 1960 dan menghasilkan laporan Rahman Talib yang termaktub dalam
Akta Pelajaran 1961.

Apakah objektif DPK?


- untuk membentuk satu sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan negara
dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik negara.
- menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga
kerja bagi keperluan ekonomi.
- memenuhi keperluan tenaga rakyat, melahirkan masyarakat berdisiplin, bersatu
padu dan terlatih.

Bagaimanakah objektif DPK dapat dilaksana & dicapai?


- Bahasa Melayu dijadikan Bahasa kebangsaan dan Bahasa pengantar yang utama
- Kurikulum yang sama berorientasikan Malaysia diadakan
- Sistem peperiksaan yang sama untuk rakyat Malaysia
- Menyediakan pendidikan seimbang dan bersatu padu untuk para pelajar
- Pendidikan asas untuk setiap kanak-kanak ditetapkan sembilan tahun
- Memberi peruntukan kepada pelajar yang kurang bernasib dan pelajar kawasan luar bandar
- Melahirkan individu yang seimbang melalui Sistem Kurikulum Berasaskan Sekolah
Rendah (KBSR) mulai tahun 1983 dan Sistem Kurikulum Bersepadu Sekoah Menengah
pada tahun 1989
- Pendidikan Teknik dan Vokasional diberi perhatian dalam Kurikulum Sekolah Vokasional
- Mempelbagaikan dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan pada peringkat university
- Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin

KPF 3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar

6.4

Unit 6: Dasar-dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia


Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkasa Bahasa Inggeris
(MBMMBI)
Apakah MBMMBI?
MBMMBI ialah sebuah dasar kerajaan Malaysia dalam mengembalikan Bahasa
Melayu sebagai Bahasa kebangsaan dan meningkatkan lagi penguasaan Bahasa
Inggeris di kalangan para pelajarnya.

Bagaimanakah MBMBI dibentuk?


Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010
menggantikan PPSMI. Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan BI
dan / atau Bahasa pengantar masing-masing dalam Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P) Sains dan Matematik (rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12 tahun 2011Lampiran 1). Proses ini bertujuan membantu guru dan murid untuk menyesuaikan
diri dengan perubahan dasar berkenaan.

Apakah objektif MBMMBI?


- Untuk meningkatkan penguasaan dalam BM dan BI.
- Untuk menyediakan guru BM dan BI mengikut opsyen yang mencukupi dan meningkatkan
kompetensi guru BM dan BI.
- Untuk meningkatkan infrastruktur dan bahan sokongan dalam P & P BM dan BI.
- Untuk meningkatkan penggunaan BM dan BI dalam aktiviti luar bilik darjah.

Bagaimanakah objektif dasar MBMMBI dapat dilaksana & dicapai?


- Mentranformasikan kurikulum BM dan BI
- Memantapkan kapasiti guru BM dan BI serta berkongsi kepakaran penutur jati dan guru
kontrak
- Memperluaskan bahan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam BM dan
BI
- Menempatkan guru BM dan BI mengikut opsyen ikhtisas
- Meningkatkan penyertaan murid dalam aktiviti Bahasa
- Mengukur pencapaian murid berdasarkan standard prestasi (PBS)

KPF 3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar

6.5

Unit 6: Dasar-dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia


Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S)
Apakah dasar 1M1S?
Dasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid
dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti
sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik.
Dasar 1M 1S adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal muridmurid.

Bagaimanakah dasar 1M1S dibentuk?


- Dasar 1M 1S diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan
faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.
- Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid sekurangkurangnya satu jenis sukan disekolah.
- Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke
tahap yang lebih tinggi.

Apakah objektif dasar 1M1S?


1) Untuk meningkatkan kecergasan jasmani
2) Untuk membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni
3) Untuk memupuk perpaduan di antara kaum
4) Untuk membentuk budaya sukan di kalangan murid
5) Untuk memenuhi naluri semula jadi murid agar aktif dari segi fizikal
6) Untuk memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal
7) Untuk mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

Bagaimanakah objektif 1M1S dapat dilaksana & dicapai?


- Melaksanakn tinjauan untuk mengenal pasti minat murid dalam jenis sukan tertentu.
- Melaksanakan tinjauan untuk mengenal pasti minat dan kemahiran guru dalam jenis sukan
- Mengenal pasti semua sukan dan permainan yang hendak ditaarkan samada dalam atau luar sekolah
di bawah Kelab Sukan dan Permainan.
- Membuat tinjauan terhadap kemudahan sukan di dalam dan luar sekolah yang boleh dimanfaatkan
oleh murid.
- Menyediakan takwim tahunan program sukan sekolah.
- Merancang dan melaksanakan aktiviti berdasarkan Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat
Kelab Sukan Sekolah (Modul boleh dimuat turun daripada laman web KPM)
- Mengguna sumber kepakaran/kepegawaian yang terdapat di dalam dan di luar sekolah.
- Menyediakan prasarana, kemudahan asas dan peralatan untuk menjalankan aktiviti di bawah
program sukan sekolah atau memilih lokasi di luar sekolah yang lebih selamat.
- Penjadualan aktiviti program sukan sekolah mengikut masa yang bersesuaian berdasarkan latar
belakang dan kemudahan sekolah.
- Melibatkan masyarakat, pihak swasta atau agensi luar dalam melaksanakan program sukan sekolah.

Menggalakkan kreativiti dan inovasi dari pihak sekolah dalam kegiatan sukan yang
dijalankan.
-

Menetapkan matlamat dan objektif keseluruhan program pembangunan sukan sekolah.

KPF 3012: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar

6.6

Anda mungkin juga menyukai