Anda di halaman 1dari 9

5.

1 PENTAKSIRAN KARYA 1
Pencapaian
Karya Murid

Kriteria Utama

Markah

Murid

20 %

18 %

15 %

13 %

25 %

22 %

25 %

23%

10 %

9%

5%

5%

100 %

90 %

Asas Seni Reka


Rupa
Jalinan
Warna
Kepelbagaian
kontra
Pengaplikasian Alatan
dan Bahan

Aplikasi
penggunaan
alat/bahan dengan
baik.
Pengolahan Sumber Idea

Memilih dan
memanipulasi
bahan secara
kreatif Imaginasi
yang baik.
Proses dan Teknik
Nama : Mohd Irsyad
Tahun : 3
Bidang : Menggambar (Mozek)

Teknik Kolaj

Kemasan

Sahsiah

Jumlah

ULASAN KRETERIA PEMARKAHAN


Kriteria pertama yang diambil kira oleh guru ialah asas seni reka. Murid telah
mengaplikasikan kesemua jenis unsur seni dan prinsip rekaan yang dikehendaki dengan sangat
cemerlang serta tepat dengan tema. Warna yang digunakan adalah sepatutnya warna primer,
sekunder atau gabungan warna primer dan sekunder. Murid ini menggunakan warna primer dan
sekunder sahaja iaitu biru, hijau, jingga dan unggu. Hal ini menunjukkan murid tersebut faham
akan elemen dalam warna primer dan sekunder yang telah dipelajari. Murid juga
mengaplikasikan unsur jalinan tampak pada karya. Terdapat juga rupa geometri iaitu segi empat
jambul dan ekor burung, dan badan burung yang bulat, manakala rupa organik pula ialah paruh
burung. Kepelbagaian dari segi warna juga telah diaplikasikan oleh murid. Murid menggunakan
pelbagai jenis warna iaitu jingga, biru, hijau dan unggu.. Prinsip rekaan iaitu kontra turut
dimasukkan sekali di dalam karya antaranya kontra dari segi warna iaitu hijau dan jingga. Maka
markah yang guru berikan adalah 18/20.
Kriteria kedua pula ialah dari segi penggunaan alat dan bahan. Didapati murid ini dapat
mengaplikasikan penggunaan alat dan bahan dengan sangat baik. Hal ini dapat dikenalpasti
melalui kekemasan guntingan gambar yang telah dilekat. Jadi di sini dari segi penggunaan alat
dan bahan didapati murid ini dapat mengendalikannya dengan baik. Oleh yang demikian,
berdasarkan peraturan markah yang telah disediakan, markah yang telah diberi ialah 13/15.
Jadi didapati murid ini tergolong dalam murid yang cemerlang dalam penggunaan alat dan
bahan
Kriteria yang ketiga ialah pengolahan sumber idea.. Kreativiti pengolahan idea ini adalah
perkara yang perlu diambil kira dalam Pendidikan Seni Visual ini kerana kreativiti dalam
mengolah idea yang menyebabkan sesuatu karya itu menarik. Oleh yang demikian, aspek
kreativiti ini perlu diberi penekanan dari segi pemberatan markahnya dan dari segi pemarkahan
yang dibuat, pemberian markah kreativiti merupakan markah yang tertinggi.
Oleh yang demikian, bagi karya murid ini, kreativitinya dapat ditonjolkan melalui warna
yang dipilih kerana murid ini ingin ada kelainan untuk mengubah burung menjadi warna biru.
Disini dapat dilihat murid ini juga dapat memanipulasikan bahan dengan baik dan imiginasinya
juga baik. Jadi saya dapat simpulkan yang murid ini memiliki ciri-ciri kreativiti yang telah
ditetapkan dengan tahap kebolehannya. Jadi markah yang telah diberikan ialah 22/25.
Elemen yang paling penting juga dalam menghasilkan sesebuah karya adalah proses
dan teknik penghasilannya. Murid ini menghasilkan karya menggunakan teknik kolaj iaitu

tampalan dengan betul dan kemas. Murid ini juga menghasilkan karya mengikut proses yang
betul jadi pemberian markah kepada karya murid ini adalah 23/25.
Kriteria yang seterusnya ialah kekemasan. Dalam kriteria ini, guru perlu mengenalpasti
kekemasan hasil karya serta dari segi keseimbangannya. Oleh yang demikian, kekemasan ini
dapat dilihat melalui cara murid menampal dan menggunting. Melalui karya murid ini, didapati
kriteria kekemasan murid tersebut sangat baik. Murid tersebut dapat menggunting dan
menampal dengan sangat kemas. Jadi markah yang diberikan ialah 9/10. Begitu juga dengan
keseimbangan karya.
Kriteria yang terakhir yang turut dinilai ialah sikap dan sahsiah murid. Markah penuh
diberikan kepada murid ini kerana sikap ingin tahu, kerjasama, saling bantu-membantu yang
ditunjukkan semasa menjalankan aktiviti. Jadi pemberian markah kepada murid ini adalah 5/5.

5.2 PENTAKSIRAN KARYA 2


Pencapaia
Karya Murid

Kriteria Utama

Marka

n Murid

h
Asas Seni Reka

Rupa
Jalinan
Warna
Kepelbagaia

20 %

9%

15 %

8%

25 %

13 %

25 %

13 %

10 %

5%

5%

2%

100 %

50 %

n
kontra
Pengaplikasian
Alatan dan Bahan

Aplikasi
penggunaan
alat/bahan
dengan baik.
Pengolahan
Nama : Alysha Safi
Tahun : 3
Bidang : Menggambar (Mozek)

Sumber Idea

Memilih dan
memanipulas
i bahan
secara kreatif
Imaginasi
yang baik.
Proses dan Teknik

Teknik Kolaj

Kemasan

Sahsiah

Jumlah

ULASAN KRETERIA PEMARKAHAN


Kriteria pertama yang diambil kira oleh guru ialah asas seni reka. Murid telah
mengaplikasikan kesemua jenis unsur seni dan prinsip rekaan yang dikehendaki dengan baik
sesuai dengan tema. Warna yang digunakan adalah sepatutnya warna primer, sekunder atau
gabungan warna primer dan sekunder. Akan tetapi selain menggunakan warna primer dan
sekunder, murid ini ada menggunakan warna lain yang tidak terkandung dalam roda warna iaitu
merah jambu. Hal ini menunjukkan murid ini mengaplikasikan unsur seni warna yang kurang
tepat. Murid ini juga ada menggunakan warna sekunder sahaja menunjukkan murid hanya
faham akan elemen dalam warna sekunder yang telah dipelajari. Murid juga mengaplikasikan
unsur jalinan tampak pada karya. Terdapat juga rupa geometri iaitu segi empat jambul dan ekor
burung, dan badan burung yang bulat, manakala rupa organik pula ialah paruh burung.
Kepelbagaian dari segi warna juga telah diaplikasikan oleh murid walaupun terdapat warna
yang tidak terkandung dalam roda warna. Murid menggunakan pelbagai jenis warna iaitu
unggu, jingga, hijau dan merah jambu. Terdapat juga kepelbagaian dari segi rupa iaitu rupa
geometri dan organik. Prinsip rekaan iaitu kontra turut dimasukkan sekali di dalam karya
antaranya kontra dari segi warna iaitu jingga dan unggu. Maka markah yang guru berikan
adalah 9/20 kerana karya ini belum siap diwarnakan sepenuhnya di bahagian mata.
Kriteria kedua pula ialah dari segi penggunaan alat dan bahan. Didapati murid ini masih
boleh mengaplikasikan penggunaan alat dan bahan dengan baik. Hal ini dapat dikenalpasti
melalui guntingan gambar yang telah dilekat. Jadi di sini dari segi penggunaan alat dan bahan
didapati murid ini masih boleh mengendalikan alatan dan bahan dengan baik. Oleh yang
demikian, berdasarkan peraturan markah yang telah disediakan, markah yang telah diberi ialah
8/15. Jadi didapati murid ini tergolong dalam murid yang baik dalam penggunaan alatan dan
bahan.
Kriteria yang ketiga ialah pengolahan sumber idea. Kreativiti pengolahan idea ini adalah
perkara yang perlu diambil kira dalam Pendidikan Seni Visual ini kerana kreativitii dalam
mengolah idea menyebabkan sesuatu karya itu menarik. Oleh yang demikian, aspek kreativiti
ini perlu diberi penekanan dari segi pemberatan markahnya dan dari segi pemarkahan yang
dibuat, pemberian markah kreativiti merupakan markah yang tertinggi.
Oleh yang demikian, bagi karya murid ini, kreativitinya dapat ditonjolkan melalui warna
yang dipilih kerana murid ini ingin ada kelainan untuk mengubah burung menjadi warna unggu
dan ekornya warna merah jambu. Disini dapat dilihat murid ini juga dapat memanipulasikan

bahan dengan baik dan imiginasinya juga baik. Jadi saya dapat simpulkan yang murid ini
memiliki ciri-ciri kreativiti yang telah ditetapkan dengan tahap kebolehannya. Jadi markah yang
telah diberikan ialah 13/25.
Elemen yang paling penting juga dalam menghasilkan sesebuah karya adalah proses
dan teknik penghasilannya. Murid ini menghasilkan karya menggunakan teknik kolaj iaitu
tampalan dengan baik. Murid ini juga menghasilkan karya mengikut proses yang betul jadi
pemberian markah kepada karya murid ini adalah 13/25.
Kriteria yang seterusnya ialah kekemasan. Dalam kriteria ini, guru perlu mengenalpasti
kekemasan hasil karya serta dari segi keseimbangannya. Oleh yang demikian, kekemasan ini
dapat dilihat melalui cara murid menampal dan menggunting. Melalui karya murid ini, didapati
kriteria kekemasan murid tersebut baik dan kemas . Murid tersebut dapat menggunting dan
menampal dengan baik. Jadi markah yang diberikan ialah 5/10. Begitu juga dengan
keseimbangan karya.
Kriteria yang terakhir yang turut dinilai ialah sikap dan sahsiah murid. Sikap dan sahsiah
yang masih boleh dipupuk dan diberi perhatian oleh guru. jadi pemberian markah kepada karya
murid ini adalah 2/5.

5.3 PENTAKSIRAN KARYA 3


Pencapaian
Karya Murid

Kriteria Utama

Markah

Murid

20 %

7%

15 %

12 %

25 %

4%

25 %

4%

10 %

3%

5%

2%

100 %

32 %

Asas Seni Reka


Rupa
Jalinan
Warna
Kepelbagaian
kontra
Pengaplikasian Alatan
dan Bahan

Aplikasi
penggunaan
alat/bahan dengan
baik.
Pengolahan Sumber Idea

Memilih dan
memanipulasi
bahan secara
kreatif Imaginasi
yang baik.
Proses dan Teknik
Nama : Jeremy Raj
Tahun : 3
Bidang : Menggambar (Mozek)

Teknik Kolaj

Kemasan

Sahsiah

Jumlah

ULASAN KRETERIA PEMARKAHAN


Kriteria yang pertama sekali adalah asas seni reka. Murid Mengaplikasikan unsur seni
yang dikehendaki oleh soalan yang kurang tepat dengan tema dan perlu diberi perhatian lebih
oleh guru. dari segi warna murid menggunakan warna yang kurang tepat untuk mewarnakan
burung tersebut. Terdapatnya warna hitam di bahagian ekor burung yang tidak ada terkandung
dalam roda warna. Murid ini Cuma menggunakan warna jingga untuk badan burung (Sekunder).
Kepelbagaian warna juga wujud kerana terdapat tiga jenis warna yang digunakan. Terdapat
juga kepelbagaian dari segi rupa burung. Murid ini juga tidak menekankan unsur kontra di
dalam karya. Pemberian markah pada karya murid ini adalah 7/20.
Dari segi pengaplikasian alat dan bahan pula, didapati murid ini kurang berkebolehan
dalam mengaplikasikan penggunaan alat dan bahan dengan baik. Hal ini dapat dikenalpasti
melalui guntingan gambar yang telah dilekat. Jadi di sini dari segi penggunaan alat dan bahan
didapati murid ini kurang mampu untuk mengendalikan alatan dan bahan dengan baik. Oleh
yang demikian, berdasarkan peraturan markah yang telah disediakan, markah yang telah diberi
ialah 12/15. Jadi didapati murid ini tergolong dalam murid yang sederhana dalam penggunaan
alatan dan bahan.
Kriteria yang ketiga ialah pengolahan sumber idea. Kreativiti pengolahan idea ini adalah
perkara yang perlu diambil kira dalam Pendidikan Seni Visual ini kerana kreativitii dalam
mengolah idea menyebabkan sesuatu karya itu menarik. Oleh yang demikian, aspek kreativiti
ini perlu diberi penekanan dari segi pemberatan markahnya dan dari segi pemarkahan yang
dibuat, pemberian markah kreativiti merupakan markah yang tertinggi.
Oleh yang demikian, bagi karya murid ini, tidak ada unsur kreativiti yang dapat
ditonjolkan. Disini dapat dilihat murid ini juga kurang berkebolehan untuk memanipulasikan
bahan dengan baik dan imiginasinya juga kurang baik. Jadi saya dapat simpulkan yang murid
ini memiliki ciri-ciri kreativiti yang telah ditetapkan dengan tahap kebolehannya. Jadi markah
yang telah diberikan ialah 4/25.
Elemen yang paling penting juga dalam menghasilkan sesebuah karya adalah proses
dan teknik penghasilannya. Murid ini menghasilkan karya menggunakan teknik kolaj iaitu
tampalan dengan baik. Akan tetapi, murid ini sudah mencampurkan teknik lukisan di dalam
karyanya. Hal ini boleh dilihat pada bahagian ekor burung yang diwarnakan dengan
menggunakan warna pensil. Murid ini juga menghasilkan karya mengikut proses yang kurang
betul jadi pemberian markah kepada karya murid ini adalah 4/25.

Kriteria yang seterusnya ialah kekemasan. Dalam kriteria ini, guru perlu mengenalpasti
kekemasan hasil karya serta dari segi keseimbangannya. Oleh yang demikian, kekemasan ini
dapat dilihat melalui cara murid menampal dan menggunting. Melalui karya murid ini, didapati
kriteria kekemasan murid ini perlu diberi perhatian lebih oleh guru. Murid tersebut dapat
menggunting dan menampal dengan baik jika dibimbing oleh guru dengan betul. Jadi markah
yang diberikan ialah 3/10. Begitu juga dengan keseimbangan karya.
Kriteria yang terakhir yang turut dinilai ialah sikap dan sahsiah murid. Markah diberikan
kepada murid ini keran terdapat sedikit sifat yang komited terhadap kerja yang diberikan. Murid
ini kurang menumoukan perhatian menyebabkan murid ini tidak tahu proses penghasilan karya
dengan betul. Jadi pemberian markah kepada murid ini adalah 2/5.

Anda mungkin juga menyukai