Anda di halaman 1dari 5

Bunga Bakawali Ayah

Yang dihormati paru juri yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan
rakan-rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Saya Siti Nurafiqah bt Zamri akan menyampaikan cerita bertajuk
Bunga Bakawali Ayah. Hmmmbunga bakawali ayah menarik
tajuknya..ingin tahu ceritanya..pasang telinga dan hayati cerita
ini..anda pasti tersentuh

Di anjung sebuah rumah, tidur lena si anak gadis. Sedang


nyenyak, datang si ayah lemah lembut mengusap dahinya. Diusap
dan ditatapi dengan penuh rasa sayang. Bakawali tersedar dari
buaian mimpinya, seakan benar-benar dirasai kucupan dan
usapan lembut ayahnya. Beberapa titis air mata membasahi
pipinya. Seakan baru semalam ayahnya meninggalkan mereka
sekeluarga.

Ayah Bakawali sudah meninggal dunia kira-kira 6 bulan yang lalu.


Hanya tinggal ibunya dan tiga orang abang sahaja tempat Bakawali
menumpang kasih sayang. Seakan terpukul dengan pemergian
ayah tersayang, Bakawali yang dahulunya seorang anak ceria dan
lincah menjadi pendiam dengan tiba-tiba. Bakawali lebih gemar
menyendiri di anjung

rumahnya. Ibu Bakawali

sedar

akan

perubahan anak perempuan kesayangannya itu. Namun, tidak


terdaya berkata apa-apa. Ibunya sedar Bakawali masih belum
dapat

melepaskan

pemergian

ayahnya.

Disaat

ayahnya

menghembuskan nafas terakhir, Bakawali mengikuti Perkhemahan

Peringkat Negeri di Pulau Pinang. Tidak sempat Bakawali melihat


wajah ayahnya buat kali terakhir.

Di sekolah, Bakawali lebih gemar menghabiskan masa membaca


buku di pusat sumber. Jarang sekali Bakawali menyertai rakanrakan sekelasnya. Kebanyakkan masa sekolah Bakawali dipenuhi
dengan mengulangkaji pelajaran. Guru-guru sekolah Bakawali
berasa bangga akan perubahan positif Bakawali. Namun, disudut
hati guru-guru hairan melihat Bakawali yang semakin pasif.
Bakawali seakan-akan tidak mahu menglibatkan diri dengan
sebarang aktiviti kecuali hal-hal berkaitan pelajaran. Kini dia tidak
lagi menjadi salah seorang pelajar yang aktif dalam ko-kurikulum.
Tumpuannya

hanyalah

untuk

mendapatkan

keputusan

yang

cemerlang.

Semasa arwah ayahnya masih hidup, Bakawali boleh dikatakan


anak emas ayahnya. Segala kemahuan dan kehendak Bakawali
mesti dipenuhi. Jika permintaannya tidak dituruti. Penuhlah
telinga seisi keluarga mendengar renggekan dan tanggisannya.
Ekoran terlalu dimanjai, Bakawali menjadi anak yang agak sukar
dikawal. Bakawali juga tidak mengendahkan pelajarannya. Dia
lebih gemar membuat aktiviti yang kurang berfaedah. Perangai
Bakawali amat merungsingkan kedua ibubapanya. Mereka takut
Bakawali

semakin

alpha

sedangkan

peperiksaan

penting

menunggunya tahun ini. Ayah Bakawali sering menasihatkannya,


namun diendakan sahaja oleh Bakawali. Ibarat menuang air di
daun keladi. Sehinggalah pada malam perkhemahan Bakawali di
Pulau Pinang. Entah bagaimana hati Bakawali tersentuh dengan
2

kata-kata ayahnya. Bakawali dapat merasakan ayahnya akan


meninggalkannya buat selama-lamanya.

Perubahan sikap Bakawali turut membimbangkan ibu dan abangabang Bakawali. Mereka sedar Bakawali telah mengambil langkah
yang salah. Bakawali menyalahkan perkhemahannya yang lalu
menjadi punca dia tidak sempat menemui ayahnya

buat kali

terakhir. Itulah yang menyebabkan Bakawali tidak mahu terlibat


lagi

dengan

aktivit

ko-kurikulum.

Kini,

Bakawali

tidak

menyeimbangkan pelajaran dengan aktiviti ko-kurikulum. Sebagai


seorang guru, ibu Bakawali tahu akan kepentingan kedua-dua
bidang tersebut. Lantas, sebelum Bakawali semakin hanyut ibunya
menasihati

Bakawali.

Akhirnya,

Bakawali

dapat

menerima

kenyataan. Lalu, berjanji akan menyeimbangkan antara pelajaran


dan aktiviti ko-kurikulum.

Semenjak ibunya menasihati Bakawali, Bakawali menjadi seorang


yan ceria semula. Bahkan dia menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Masa berlalu dengan begitu pantas, tanpa disedari minggu
peperiksaan telah tiba. Bakawali berdebar-debar. Hatinya cukup
takut. Kehadiran keluarga disisi yang sentiasa memberi dorongan
menjadi penguat Bakawali. Bakawali menghadapi UPSR dengan
tenang. Selesai peperiksaan Bakawali hanya mampu berdoa agar
usahanya mendatangkan hasil. Sebulan telah berlalu, keputusan
peperiksaan akan diumumkan esok hari. Malam itu, Bakawali
tidak dapat menutupkan matanya. Perasaaan gementar menguasai
diri Bakawali. Otaknya ligat berfikir keputusan yang bakal
diperolehinya.
3

Keesokkan harinya, Bakawali melangkah dengan penuh debaran ke


dewan perhimpunan. Hatinya berdebar-debar menanti keputusan
peperiksaan yang telah dilaluinya. Perlahan-lahan Bakawali dan
ibunya menghampiri cikgu Rohana. Slip keputusan UPSR dipegang
erat.

Masa

seakan

terhenti

sekejap.

Melihat

keputusannya,

Bakawali menitiskan air mata gembira. Berkat usahanya, Bakawali


berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang.

Hati kecilnya berkata, Ayah, bunga Bakawali ayah telah tunaikan


impian

ayah.

menghembuskan

Rupa-rupanya,
nafas

terakhir

malam
beliau

sebelum
sempat

ayahnya

menghubungi

Bakawali. Nada dan tutur katanya pada malam itu lain seperti
selalu. Itulah pesanan terakhir ayahnya. Kata-kata perangsang
ayahnya menjadi penguat semangat Bakawali. Kata-kata ayahnya
merubah hidup Bakawali. Jika ayahnya masih hidup sudah tentu
dia tersenyum bangga melihat bunga Bakawalinya mekar kembang
menjadi insan yang sempurna.

Rakan-rakan,
menghargai

pengajaran daripada cerita


pengorbanan

ibu

bapa

ini. Kita

kita.

Jangan

haruslah
sesekali

melukakan perasaan kedua orang tua kita. Sayangi dan hargai


mereka selagi mereka ada. Insya Allah hidup kita akan sentiasa
diberkati. Selain itu juga, kita perlulah sentiasa membahagikan
masa antara aktiviti ko kurikulum dan akademik. Barulah kita
mampu menjadi pelajar yang cemerlang. Sekian sahaja cerita

Bunga Bakawali Ayah. Diharapkan kawan-kawan mengambil


iktibar daripada kisah ini. Sekian, Terima kasih.