MC Raya
MC Raya
(3)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka
kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan
Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul
di Dewan Gemilang ini bagi meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri
peringkat sekolah bagi tahun 2008.
[Che faridah]
(4) DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian
Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa
memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz Amri b Daud
bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.
[Siti Ruhana]
terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar
tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.
(5)UCAPAN
Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,
Lemang dihidang enak rasanya
Nasi dagang pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan pengetua bermadah kata
Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan
yang berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan ,Pengetua SMK Permaisuri Nur
Zahirah untuk menyampaikan sepatah kata.
Dipersilakan.
.
[Che faridah]
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang
Berbahagia. Tuan pengetua.
(6) JAMUAN
Nasi beriyani menu utama
Lontong dan soto tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Apa lagi jom jamu selera
Dipersilakan semua guru dan pelajar menjamu selera dengan juadah yang telah
disediakan. Sambil menjamu kita dengarkan gemersik alunan lagu-lagu raya
sepanjang zaman. Para pelajar bolehlah beramah mesra sambil menjamu selera
dengan para guru, ini ibarat rumah terbuka warga SMKPNZ, jadi jangan malumalu, jangan segan-segan, nikmatilah juadah yang telah disediakan oleh guruguru dan ada juga yang disumbangkan oleh para pelajar sendiri.
[Siti Ruhana]
(7)
PERSEMBAHAN:
Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan pelajar ceria acara
Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan
didendangkan oleh pelajar.
{1}
{2}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________
{3}
[Che Faridah]
Terima kasih diucapkan kepada __________________________
Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih sekalung budi
diucapkan kepada semua pelajar yang menjayakan persembahan itu tadi.
(8) PENUTUP
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil
kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan
bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis
sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan
meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama
yang diberikan bagi meharmonikan majlis ini.
Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin