Anda di halaman 1dari 6

ODELIA ANAK KASSIM

PRSV 6 JUN 13

IPGKS,MIRI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK


JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) JANUARI 2013


PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN RENDAH (SK)

TUGASAN PSV 3113 :


TAJUK : CRITICAL REVIEW (JURNAL)

DISEMPURNAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR
ANGKA GILIRAN
NO.KAD PENGENALAN
KUMPULAN

:
:
:
:

ODELIA ANAK KASSIM


2013021340084
931111-13-5836
PPRSV 6
DIBIMBING OLEH:

EN. NGUMBANG ANAK SULTAN

NAMA PENSYARAH

TARIKH MULA

24 JUN 2015

TARIKH SERAH

22 JULAI 2015

TANDATANGAN
PELAJAR
TANDATANGAN
PENSYARAH

:
:

ODELIA ANAK KASSIM


PRSV 6 JUN 13

IPGKS,MIRI

PENILAIAN PORTFOLIO
Isu yang difokuskan dalam jurnal :
Isu yang difokuskan dalam jurnal tersebut adalah mengenai penilaian pencapaian
pelajar melalui portfolio pelajar.
Terdapat banyak kelebihan dan kelemahan yang dinyatakan dalam jurnal ini. Tambahan
lagi, terdapat pelbagai pandangan ahli akademik terhadap penggunaan portfolio, cara menilai
pencapaian pelajar melalui portfolio dan fungsi portfolio. Penilaian portfolio tidak hanya penting
untuk pelajar tetapi penting untuk para guru juga. Setiap tokoh akademik mempunyai pandangan
sendiri yang berbeza mengenai portfolio. Penilaian portfolio adalah penilaian yang amat
menyeluruh kepada pelajar oleh guru. Kebanyakan pandangan tokoh akademik tidak jauh
bezanya. Hampir kesemua tokoh menyokong penggunaan penilaan portfolio amat berkesan jika
dilihat dari sudut positif. Penggunaan portfolio merangkumi pengalaman hidup pelajar dan
pencapaian pelajar dari semasa ke semasa.
Menurut tokoh akademik yang dirujuk oleh penulis tersebut penilaian melalui
penghasilan portfolio lebih berkaitan dan mempunyai data yang lebih dinamik mengenai diri
pelajar tersebut kepada guru, keluarga dan kepada individu itu sendiri. Penghasilan portfolio
juga mempunyai maklumat yang jelas mengenai pelajar dan dapat menilai kelemahan pelajar
serta dapat membantu guru merancang pengajaran yang berkesan. Fungsi penggunaan portfolio
juga bergantung kepada kehendak penggunaannya. Menurut Arter dan Spandel (1991) portfolio
adalah digunakan untuk mengumpul koleksi kerja pelajar yang memberi kebaikan kepada pelajar
itu sendiri ataupun orang lain melalui pencapaian pelajar atau kesungguhan pelajar sekaligus dan
atau lebih menyeluruh. Koleksi tersebut hendaklah merangkumi penyertaan pelajar dalam
kandungan yang dipilih, kriteria pemilihan, kriteria dalam menilai merit dan maklum balas
pelajar mengenai refleksi diri. Selain itu, portfolio juga merupakan rekod proses pembelajaran
seseorang kanak-kanak. Apa yang diplejari dan bagaimana dia mempelajari dan apa yang dilalui
oleh mereka semasa belajar. Sebagai contoh, bagaimana mereka berfikir, menyoal, menganalisis,
sintesis, menghasilkan dan bagaimana mereka berinteraksi secara intelek, emosi dan sosial
mereka dengan orang di sekeliling. Menurut Collin (1992) portfolio adalah bekas untuk
menyimpan bukti tujuan portfolio. Bukti tersebut adalah dokumentasi yang dapat digunakan oleh
seseorang itu atau dalam sekumpulan orang itu untuk mempengaruhi orang lain melalui ilmu,
gaya dan tabiat. Melihat kepada pandangan tokoh tersebut, beliau menyatakan dengan adanya

ODELIA ANAK KASSIM


PRSV 6 JUN 13

IPGKS,MIRI

bukti penggunaan dalam portfolio ia dapat membuktikan bahawa portfolio mempengaruhi gaya
dan tabiat seseorang itu kepada yang lain. Kita dapat menilai perkembangan mereka dan
mengaplikasikan pada yang lain. Oleh itu, ini membuktikan bahawa pengaruh portfolio dapat
mempengaruhi pencapaian seseorang itu. Seterusnya portfolio juga pencetus kepada proses dan
hasil. Ia adalah proses semasa refleksi, pemilihan, rasional dan dinyatakan bersama dengan
dengan proses hasil yang lain. Portfolio juga merupakan peningkatan dan kesinambungan koleksi
kandungan yang dipilih dan akan dikomen oleh pelajar, guru dan rakan sebaya dalam proses
perkembangan dan kompetensi. Ciriciri portfolio juga hendaklah sistematik, mempunyai tujuan
dan bermakna dengan adanya koleksi kerja pelajar dalam satu atau lebih daripada satu subjek.
Jika tidak, tidak bermaknalah kandungan portfolio tersebut. Portfolio juga merupakan penilaian
beberapa data tentang kemahiran pelajar dalam satu bidang atau bidang yang lain dalam suatu
masa tertentu, koleksi yang berterusan dalam pembelajaran dan bergantung kepada persembahan
mereka dalam menilai kriteria. Di samping itu, portfolio juga mempunyai pelbagai sumber,
autentik, dan berbentuk penilaian dinamik, tujuan yang jelas, dapat membina persetujuan dalam
aktiviti program dan pemagalamn hidup berdasarkan pelajar itu sendiri dan sumber yang
pelbagai. Jadi, portfolio hendaklah diteruskan agar mereka dapat memperlihatkan kesungguhan
pelajar, perkembangan dan peningkatan pelajar dalam sesuatu tempoh masa. Melihat kepada
apakah itu portfolio, keseluruhan maksud portfolio adalah berkaitan dengan pencapaian dan
penigkatan yang berlaku kepada diri seseorang pelajar tersebut. Pencapaian mereka dapat dinilai
melalui bukti yang telah sedia ada pada portfolio yang selalu dikemaskini dalam suatu tempoh
masa yaag ditetapkan. Penilaian portfolio amat berkesan dan bermanfaat kepada guru dan
pelajar. Seterusnya, kita akan lihat bagaimana menyusun kandungan portfolio.
Terdapat beberapa cara menyusun portfolio yang dinyatakan oleh penulis antaranya ialah
menyatakan apakah tujuan portfolio tersebut. Pastikan portfolio yang dihasilkan berfungsi dan
bermakna dengan hasil yang diinginkan agar dapat mencapai sasaran penilaian yang hendak
dilakukan. Seterusnya, Nyatakan bukti yang diperlukan dalam portfolio yang dihasilkan. Sebagai
contoh siapakah yang menghasilkannya?

Mengapa?

Bagaimana? Jika pelajar tidak

menyatakannya maka pelajar tidak mengalami pengalaman itu sendiri malah mengambil
kesempatan dengan meniru atau mendapatkan daripada rakan yang lain. Jadi penilaian akan
gagal diambil kerana mereka gagal membuktikan bahawa mereka tidak tahu apa yang mereka
hasilkan. Oleh itu, bukti hendaklah disertakan dengan kukuh dan guru memainkan peranan yang

ODELIA ANAK KASSIM


PRSV 6 JUN 13

IPGKS,MIRI

penting dalam melihat hasil kerja pelajar serta kandungan dalam portfolio tersebut. Seterusnya,
nyatakan kriteria penilaian portfolio tersebut. Tujuan portfolio tersebut hendaklah dinyatakan
dengan jelas dan kriteria penilaian setiap item dalam portfolio hendaklah dijelaskan. Ia amatlah
penting untuk melihat kriteria penilaian portfolio tersebut. Hal ini kerana, kriteria penilaian
membolehkan pelajar mengenali dan memilih kerja dengan tolak ansur yang tinggi. Tambahan
lagi, ia juga membolehkan dan menggalakkan perbincangan antara guru, pelajar, dan hasil yang
dikehendaki atau kualiti hasil tersebut. Kriteria penilaian amat penting kerana ia menentukan
kualiti persembahan pelajar yang jelas dan senang difahami. Oleh itu, proses penghasilan
portfolio amatlah penting agar kita tahu dengan jelas tentang tujuan dan kriteria pemilaian yang
kita perlukan dalam portfolio pelajar. Portfolio yang sistematik dapat membuktikan hasil yang
berkualiti dan membantu dalam pencapaian pelajar dalma tempoh masa yang ditentukan.
Terdapat kebaikan dalam menggunakan penilaian berasaskan portfolio. Antaranya ialah ia
adalah proses pembelajaran yang mempunyai perspektif yang luas untuk pelajar dan
membolehkan maklum balas yang berterusan untuk mereka. Hal ini kerana, kandungan dalam
portfolio tidak dihadkan ia boleh melebihi satu kemahiran yang dicapai oleh pelajar. Ia juga
membolehkan pelajar menilai diri sendiri kerana mereka belajar dan mempelajari sesuatu serta
mengenali perkembangan yang dicapai oleh mereka sendiri. Portfolio juga merupakan alat yang
mampu untuk membantu pelajar dalam meningkatkan lagi kebolehan mereka seperti dalam
penilaian kendiri, pemikiran yang kritis dan dapat mengetuai pembelajaran sendiri. Seterusnya,
portfolio juga membolehkan guru menilai pembelajaran dan peningkatan mereka sendiri serta
membantu mereka menjadi seorang guru yang teguh pendirian dalam perkembangan profesional
mereka. Selain itu, portfolio juga membolehkan guru mendapat perspektif yang baru dalam
pendidikan. Portfolio merupakan jawapan kepada amslah pelajar sebagai contoh apakah masalah
yang dihadapi oleh pelajar? Manakah aktiviti yang lebih sesuai dan perlu diambil perhatian?
Adakah aktiviti tersebut berkesan atau tidak kepada mereka? Oleh itu, penilaian berdasarka
portfolio lebih berkesan dan mempunyai banyak kelebihan berbanding Standardized Testing.
Standardized testing lebih menilai kepada apa yang dipelajari oleh pelajar dalam sesuatu
tempoh tertentu tanpa memfokuskan kepada pengalaman menyeluruh yang dialami oleh pelajar
sepanjang tempoh pembelajaran. Sebagai contoh, penilaian standardized testing ini tidak
melibatkan guru dan keluarga pelajar dalam penilaiannya. Ia hanya difokuskan kepada pelajar
tersebut sahaja tanpa bimbingan keluarga atau guru. Ia juga hanya memfokuskan kepada satu
kebolehan dan kemahiran yang dialami sepanjang dalam tempoh pembelajaran pelajar. Namun,

ODELIA ANAK KASSIM


PRSV 6 JUN 13

IPGKS,MIRI

portfolio membolehkan kita mengukur tahap tingginya kemahiran pelajar dengan bermakna dan
dapat mengukur aktiviti yang sebenar untuk menilai pelajar yang mempunyai pencapaian yang
rendah dalam masa yang singkat. Selain itu, penggunaan pelbagai cara penilaian adalah dengan
menggunakan satu cara pengukuran sahaja. Membuat penilaian bukan hanya sementara sahaja
malah ia adalah penilaian yang berterusan. Portfolio juga membolehkan kita menilai kelemahan
dan kekuatan pelajar. Tambahan lagi, portfolio juga menggalakkan penyertaan pelajar dengan
aktif semasa proses penilaian dan komunikasi yang afektif antara guru serta keluarga. Oleh
kerana, penilaian portfolio meletakkan pelajar pada peringkat pertengahan proses pembelajaran
maka ia membolehkan pelajar belajar secara langsung tanpa halangan. Kesimpulannya, penilaian
portfolio menjadikan penilaian yang nyata dan sebenar dalam menilai pencapaian pelajar serta
pandangan pelajar yang menyeluruh dalam konteks tersebut. Penilaian portfolio juga
menggalakkan pelajar untuk belajar berdikari dan belajar kemahiran kendiri secara langsung
serta meningkatkan komunikasi antara guru, pelajar dan keluarga. Jadi jelaslah penilaian
portfolio yang dikaji oleh penulis dapat menilai kelemahan dan kebolehan pelajar kerana ia
menilai secara keseluruhan serta mendalam untuk melihat perkembangan proses dalam
pembelajaran guru, keluarga dan pelajar itu sendiri.
Walau bagaimanapun, penilaian portfolio juga mempunyai kekuranganya sendiri yang
dinyatakan oleh penulis. Antaranya adalah untuk mendapat markah berdasarkan portfolio kurang
dipercaya dan sia-sia sahaja jika kriteria penilaian portfolio tidak jelas dengan hasil kerja pelajar
yang tidak memebri apa-apa manfaat dan menunujukkan pencapaian serta perkembangan pelajar.
Selain itu, penilaian portfolio juga memakan masa yang agak lama kepada guru dalam
memberikan markah kepada hasil kerja pelajar dan untuk menilai perlakuan pelajar dengan lebih
masa dalam kelas yang banyak. Penilaian portfolio juga sukar dianalisis oleh guru namun rubrik
permarkahan dan borang semakan telah disediakan. Penilaian dengan menggunakan portfolio
juga menyukarkan penyimpanan dan pengendaliannya dalam kelas kerana ia amat banyak.
Menyuruh pelajar untuk membawa bahan portfolio ke kelas juga agak membebankan pelajar.
Seterusnya, penilaian portfolio juga memerlukan sokongan daripada ibubapa dan masyarakat
kerana ia merupakan cara penilaian yang baru dan mereka belum terbiasa dengan cara penilaian
tersebut. Sebelum ini mereka hanya terbiasa dengan buku laporan pelajar sahaja yang hanya
melihat gred dan kedudukan pelajar sahaja. Ini mengambil masa yang lama untuk ibubapa
memahami cara penilaian portfolio tersebut.

ODELIA ANAK KASSIM


PRSV 6 JUN 13

IPGKS,MIRI

Akhir sekali, cadangan yang diutarakan oleh penulis amatlah tepat sekali dan efektif jika
diamalkan. Antaranya ialah penilaian portfolio adalah alternatif untuk mengkaji perkembangan
pelajar dan untuk menilai pencapaian mereka semasa dalam proses pembelajaran. Portfolio juga
merupakan alat penilaian berdasarkan pengajaran kontemporari seperti teori pengajaran
konstruktivis. Selain itu, portfolio juga dapat memberi tindak balas pencapaian mereka dengan
nyata dan melihat dimana kelemahan dan kelebihan mereka serta mengkaji proses pembelajaran
yang dialami oleh mereka semasa proses pembelajaran berlaku. Tambahan lagi, penilaian
portfolio juga menggalakkan pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka sendiri.
Lebih-lebih lagi, penilaian portfolio mempunyai potensi yang membolehkan pelajar untuk
belajar sewaktu penilaian dan untuk dinilai semasa belajar. Oleh itu, guru memainkan peranan
penting dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan mengambil alternatif yang berkesan
serta berpengalaman dengan skala yang besar. Sememangnya penilaian portfolio amat berkesan
dalam menilai pencapaian pelajar, perkembangan pelajar dan kebolehan pelajar. Kelemahan
pelajar akan dapat diperbaiki dengan baik dengan adanya bukti yang ada dalam kandungan
portfolio.

Anda mungkin juga menyukai