Anda di halaman 1dari 24

Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira
bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan
tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini
semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah
melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai,
penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga
kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan
digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan
kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.
Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa.
Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat
khabar . Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam
membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih
banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya
dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media
elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk
dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui
tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya
dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula
adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar.
Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan
lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak
menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar.
Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita,
kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini
masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan caracara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang
memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat
menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar
semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat
megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga,
aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasankawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat
mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu
tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui
organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikatsyarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada
peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah
khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi
melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah
haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar.
Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar
kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas
terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab
terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar
didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi
dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan
alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar
.

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan


teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat
penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan
pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden,
tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan
sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita
dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal
seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah
tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan
sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis
udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang
perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang
dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di
sekeliling.

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat


mengikut pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat
mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam
sekitar yang semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga
dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan
kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan
dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat
menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar.

Antara langkah yang telah dilaksanakan ialah menggalakkan orang ramai


menggunakan petrol tanpa plumbum bagi kenderaan bermotor. Mencari alternatif
selain daripada minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan
pencemaran alam sekitar. Dua bahan alternatif yang dicadangkan ialah gas asli
(natural gas) dan Propana.

Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuhtumbuhan sedang giat dijalankan. Contohnya di negara kita, ahli sains telahpun
menemui sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan
pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini
masih terlalu baru untuk dipastikan sama ada ia praktikal atau pun tidak, ia patut
dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai
konsep pembangunan berterusan yang perihatin terhadap persekitaran.

Di peringkat antarabangsa,buat masa ini pula, Malaysia dan Indonesia melalui


ASEAN telah menyalurkan pandangan mereka mengenai isu-isu Selat Melaka . Satu
rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Kontigensi Kebangsaan Mengawal
Tumpahan Minyak telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar . Objektif kerjasama
serantau ini ialah bagi merealisasikan kerjasama serantau untuk membolehkan satu
tindakan serta-merta dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak yang tertumpah
di perairan Malaysia . Demikianlah sahaja , antara langkah yang telah dilaksanakan
oleh kerajaan kita bagi menangani isu ini.

Pengerusi: Demikianlah pandangan-pandangan daripada panel jemputan kita pada


kali ini. Semuga , segala maklumat yang diperoleh dalam malis ilmu ini memberi
banyak kesedaran kepada kita. Yang dapat disimpul ialah, pencemaran sebenarnya
hasil kerja tangan-tangan rakus sebahagian daripada kita. Sewajarnya kita sedar
akan bumi ini sahajalah tempat tinggal kita. Oleh itu sama-sama kita jaga dan pulih
semula keindahan alam sekitar kita.

Masyarakat Malaysia tidak cakna dan prihatin kewujudan Hari Alam Sekitar Sedunia
ini kerana mereka tengah menggaru kepala memikirkan kenaikan harga minyak
yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Seharusnya masyarakat mengorak langkah menjadikan Hari Alam Sekitar Sedunia


sebagai hari mentajdidkan semangat mengharmonikan dan melestarikan alam
sekitar. Cukup banyak isu-isu yang berhubung dengan alam sekitar yang menjadi
paparan utama arus media perdana negara. Media-media ini menjuarai isu-isu alam
sekitar yang telah dinodai oleh tangan-tangan rakus masyarakat yang tidak
bertanggungjawab. Kebertanggungjawaban media ini dapat dilihat seperti akhbarakhar tempatan yang meletakkan ruangan Alam Sekitar, media TV3 yang
menjadikan Karam Singh Walia sebagai wartawan yang membawa isu alam sekitar
di Malaysia yang.

Terlalu banyak isu alam sekitar yang diperkatakan dan direncanakan dalam
melestarikan alam semulajadi ciptaan Allah Tuhan yang Maha Agung. Isu
pembakaran terbuka masih berlesuasa, isu pencemaran sungai usah dikata, isu
pembuangan sampah merata-rata tidak terkira hatta isu haiwan yang patut
dilindungi juga menjadi mangsa kerakusan dan ketidakbertanggungjawaban
manusia. Masyarakat sudah lari dari fitrah asal yang mana sepatutnya diri yang
dilantik oleh Allah sebagai khalifah menjadikan alam sekitar pentas untuk dijaga
dan diharmonikan. Kita masih ragu-ragu, kenapa sungai yang kita pelihara dengan
pelbagai kempen kesedaran serta pembersihan yang terurus tidak menampakkan
hasil yang memberangsangkan. Jika hari ini Majlis Bandaran membersihkan sungai
pastinya esok kotor kembali apatah lagi masyarakat yang bergotong royong
membersihkan kawasan perumahan, tetapi kesudahannya masih kekal kotor.

Kita seharusnya sedar bahawa masyarakat mempunyai hak untuk mendapatkan


alam semula jadi yang sihat dan selamat. Ia telah termaktub dalam 8 hak pengguna
yang telah diisytiharkan oleh International of Consumer Unions (IOUC). Seharusnya
hak ini menjadi tanggungjawab bersama dengan agenda yang telah direncanakan
dalam buku Panduan Pengguna. Semua pihak berperanan sama dalam soal ini
seperti pihak kerajaan, pihak industri dan peranan pengguna.

Terlalu banyak program dan aktiviti kesedaran mengenai alam sekitar seperti
seperti kempen sayangi sungai kita, pertandingan menulis esei alam sekitar, gotong
royong, kempen kitar semula dan sebagainya. Permasalahan yang timbul adalah

segala program dan kempen yang dibuat hanya masuk telinga kanan dan keluar
telinga kiri masyarakat.

Dalam era ledakan teknologi maklumat hari ini, sering kali kita melihat dan
menatap pelbagai berita yang berkaitan alam sekitar. Berita tentang alam sekitar
yang menghiasai paparan media elektronik ini juga turut menjadi bualan
masyarakat di mana-mana sahaja. Sebagai spesis yang paling berkembang di muka
bumi, adalah amat penting bagi kita untuk berusaha melindungi dan memelihara
penghuni lain di bumi ini. Bumi kita mempunyai sistem yang kompleks dan pelbagai
hasil daripada hubungan simbiosis dan saling kebergantungan. Setiap spesis
mempunyai tempatnya sendiri dan biasanya tidak boleh ditukar ganti. Sebagai
contoh, jika serangga menjadi pupus, banyak tumbuhan tidak akan dapat membiak
dan ini mengakitbatkan binatang pemakan tumbuhan kebuluran. Secara langsung,
ini akan menjejaskan binatang lain ataupun manusia yang menjadikan binatang
tersebut sebagai sumber makanan. Oleh itu, adalah amat penting bagi kita untuk
bergiat aktif dalam usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar.
Antara langkah memulihara alam sekitar ialah dengan mengadakan aktiviti gotongroyong membersihkan kawasan persekitaran. Gotong-royong ini boleh dilakukan
dalam kelompok yang kecil iaitu hanya melibatkan ahli keluarga ataupun dalam
bentuk kelompok yang besar yang melibatkan masyarakat atau agensi-agensi
kerajaan yang berkaitan. Peribahasa sepakat membawa berkat membuktikan
sekiranya kita mengadakan aktiviti gotong-royong, kita dapat membersihkan
kawasan persekitaran kita agar alam sekitar kita lebih bersih dan secara tidak
langsung dapat menjamin kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Antara aktiviti
gotong-royong yang boleh dijalankan untuk memulihara alam sekitar ialah
membersihkan kawasan perumahan, kawasan pantai, kawasan rekreasi dan
sebaginya. Jelaslah bahawa aktivti gotong royong adalah salah satu cara untuk
memulihara alam sekitar.

Selain itu, pemuliharaan alam sekitar juga boleh dilakukan dengan mengadakan
aktiviti penanaman semula pokok. Pokok sangat berguna kepada kehidupan
manusia. Kepentingan pokok terhadap alam sekitar umpama aur dengan tebing
iaitu saling memerlukan. Selain daripada membekalkan oksigen, pokok juga boleh
bertindak sebagai penampan kepada kekuatan angin dan membantu
menyeimbangkan ekosistem alam. Hari ini peratus pokok yang hidup semakin
berkurangan akibat daripada pembalakan haram, penerokaan hutan dan
pembukaan kawasan untuk pembangunan. Oleh itu, kita seharusnya menyahut
seruan atau menyokong kempen penanaman pokok yang dijalankan oleh kerajaan
bagi memulihara alam sekitar.
Cara-cara memulihara alam yang seterusnya ialah dengan penguatkuasaan
undang-undang. Pelbagai undang-undang telah digubal dan dipinda untuk
memastikan alam sekitar kita dipulihara dan terpelihara. Namun undang-undang
tersebut hanya menghiasi di dada-dada helaian kertas dan tidak dikuatkuasakan
hingga mengakibatkan manusia semakin rakus menjalankan akitiviti yang
merosakkan alam. Undang-undang berkaitan dengan penerokaan hutan,
pencemaran alam sekitar, pembuangan sampah dan sebagainya harus dikuatkuasa
dengan sepenuhnya bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan menjaga alam sekitar. Kita tidak mahu sikap sudah terhantuk baru
terngadah menjadi amalan dalam kehidupan kita. Jelaslah bahawa, penguatkuasaan
undang-undang sangat penting untuk memulihara alam sekitar.
Cara-cara memulihara alam sekitar yang seterusnya ialah peranan yang perlu
dimainkan oleh media massa sama ada ada media elektronik ataupun media cetak.
Media masa adalah wahana yang menghubungkan masyarakat dengan dunia luar.
Media massa berperanan memberi kesedaran dan info-info tentang kepentingan
menjaga alam sekitar kepada masyarakat. Media masa juga perlu membuat liputan
yang meluas tentang kempen, program-program dan usaha-usaha yang dijalankan
oleh kerajaan atau pihak swasta yang menjurus kepada pemuliharaan alam sekitar.
Sikap seia sekata dan sederap melangkah antara media massa dan agensi
pemuliharaan alam sekitar dapat merealisasikan keinginan kita untuk memulihara
alam sekitar. Dengan kerjasama yang diberikan ini, secara tidak langsung media
massa dapat menyampaikan mesej yang jelas kepada masyarakat berkaitan
dengan kepentingan pemuliharaan alam sekitar.
Daripada huraian yang dinyatakan di atas, jelaslah kepada kita usaha-usaha
memulihara alam sekitar ini bukan kerja mudah dan perlu digembeleng oleh semua
pihak sama ada pihak ibu bapa, masyarakat, pemimpin masyarakat, agensi
kerajaan dan juga pihak swasta. Jika kita mengamalkan sikap berpeluk tubuh atau
hanya sebagai pemerhati tidak akan memberi apa-apa sumbangan dalam
memulihara alam sekitar. Untuk menjamin kelangsungan hidup yang sejahtera,
aman dan sihat sewajarnya kita membuat anjakan paradigma dengan berusaha
memulihara alam sekitar kita. Janganlah setelah nasi menjadi bubur, barulah kita
cuba berusaha melestarikan alam sekitar yang sangat bermakna ini. Marilah sama-

sama kita berazam untuk terus memulihara alam sekitar yang dikurniakan oleh
Allah ini dengan sebaik mungkin.
* Berikut adalah isi isi lain yang boleh membantu :
Berikut adalah tindakan-tindakan yang boleh diambil:
# Elakkan pembersihan tanah kerana ini mengakitbatkan hakisan tanah yang boleh
mencemarkan sungai dan lautan
# Tanamlah pokok kerana ini boleh mengurangkan kesan rumah hijau dan
menggantikan karbon dalam udara dengan oksigen
# Kurangkan penggunaan detergen kerana bahan ini mengandungi fosfat yang
boleh mengakitbatkan terlalu banyak nutrien terhasil. Kesannya pertumbuhan alga
berlebihan akan mengganggu ekosistem semulajadi dan membunuh tumbuhtumbuhan dan binatang. Jika perlu, gunakan detergen yang mengandungi kurang
atau tiada fosfat.
# Gunakan mesin basuh isian hadapan kerana jenis ini menggunakan kurang air
dan hanya mulakan basuhan apabila isian penuh.
# Buang sampah dalam tong yang disediakan. Walaupun sampah itu dibuang di
sebarang jalan di Kuala Lumpur, kemungkinan akan sampai ke dalam lautan dan
membunuh hidupan marin.
# Elakkan dari membuang minyak masak atau minyak jenis lain ke dalam sinki.
Simpan minyak ini dalam bekas dan kitar semula.
# Jangan makan atau gunakan produk yang diperbuat daripada binatang yang
terancam atau dilindungi. Misalnya sirip ikan yu, sup penyu, kaki beruang dan lainlain.
Kebaikan Menggunakan Pengangkutan Awam

Mengurangkan kesesakan lalu lintas


Menjimatkan masa
Mengurangkan kos
Mengurangkan pencemaran udara
Dapat menambah pendapatan negara

Dunia kian berkembang pesat termasuklah negara kita Malaysia yang semakin
menuju ke status negara maju. Namun demikian, penggunaan pengangkutan awam
masih dipandang sepi oleh segelintir masyarakat. Perkhidmatan awam kini adalah
lebih baik jika hendak dibandingkan satu dekad yang lalu. Pihak kerajaan telah
mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menambah baik mutu perkhidmatan
pengangkutan awam. Jika diperhalusi, ada berbagai-bagai faedah yang kita peroleh
apabila menggunakan pengangkutan awam.

Faedah utama pastinya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang


sering menghantui jutaan penduduk di bandar-bandar besar. Hal ini bertambah
runcing lagi apabila tiba waktu puncak ketika pergi dan pulang dari bekerja.
Sekiranya orang ramai sepakat menggunakan perkhidmatan awam untuk ke tempat
kerja, pastinya masalah kesesakan ini tidak berlaku. Sebagai contoh, semua orang
menggunakan bas awam untuk ke tempat kerja, maka jumlah kereta persendirian di
atas jalan raya pastinya berkurangan.

Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga pasti akan menjimatkan


masa individu yang menggunakannya. Hal ini demikian kerana, penggunaan Transit
Aliran Ringan (LRT) atau Monorel yang tidak melalui jalan raya pastinya
mempercepat masa untuk sampai ke satu-satu destinasi. Stesen-stesen LRT ini juga
dibina di tempat-tempat tumpuan orang ramai seperti Pudu Sentral, Kuala Lumpur
Sentral dan Pasar Seni. Secara tidak langsung, kita tidak perlu menempuh jalan
raya yang sesak dengan kenderaan.

Di samping itu, apabila kita menggunakan perkhidmatan pengangkutan


awam, kita dapat menjimatkan kos pengangkutan. Sebagai contoh, harga petrol
yang tinggi dan juga bayaran parkir kenderaan pasti perlu ditanggung jika kita
menggunakan kenderaan persendirian ke tempat kerja. Namun demikian, dengan
kos yang rendah kita tidak perlu risau dengan kos petrol dan bayaran parkir
berkenaan apabila menaiki kenderaan awam. Wang lebihan berkenaan boleh dibuat
tabungan kerana sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Seterusnya, indeks pencemaran udara juga dapat dikurangkan jika kita


sepakat untuk menggunakan pengangkutan awam untuk ke mana-mana destinasi.
Hal ini tidak dapat dinafikan kerana apabila kenderaan di atas jalan raya semakin
berkurangan, maka pelepasan gas karbon monoksida yang berbahaya kepada
manusia turut berkurangan. Kesannya, kita dapat mengurangkan pencemaran

udara dan kesan rumah hijau sekali gus. Secara tidak langsung juga, rakyat
Malaysia dapat hidup dengan sihat dan sejahtera.

Tambahan pula, penggunaan pengangkutan awam yang efisien turut


mampu menarik minat pelancong asing untuk berkunjung ke negara kita. Justeru,
pendapatan negara akan meningkat seiring dengan penambahan jumlah pelancong
tersebut. Hal ini membolehkan pihak kerajaan merangka lebih banyak kemudahan
dan prasarana untuk kegunaan rakyat tempatan. Oleh itu, penggunaan
pengangkutan awam ini perlu digalakkan demi memastikan kelangsungan
penggunaanya dalam masyarakat.

Izharnya, sudah terang lagi bersuluh, penggunaan pengangkutan awam di


negara kita ini mendatangkan seribu satu faedah buat rakyat dan negara. Oleh itu,
semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi memastikan
kemudahan yang disediakan ini diselenggara dan dijaga dengan rapi untuk
memastikan kelangsungan penggunaannya. Jika semua perkara ini tidak dipandang
enteng, tidak mustahil negara kita mampu mencapai status negara maju menjelang
tahun 2020 seperti yang dicita-citakan.

Terdapat beberapa kebaikan penggunaan pengangkutan awam di Malaysia.

Mengurangkan Kesesakan Jalan Raya

Kebaikan pertama penggunaan pengangkutan awam ialah dapat mengurangkan


kesesakan jalan raya. Penggunaan pengangkutan awam ini amat penting di bandarbandar besar seperti Kuala Lumpur. Kerajaan telah menyediakan dan membina
pelbagai jenis pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Antara pengangkutan awam
yang terdapat di Kuala Lumpur ialah perkhidmatan teksi, bas, monorel dan LRT.
Penggunaan pengangkutan awam ini telah dapat mengurangkan kesesakan jalan
raya di Kuala Lumpur terutama pada waktu pagi dan petang.

Selamat Digunakan
Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga lebih selamat kepada pengguna.
Penggunaan bas umpamanya lebih selamat daripada penggunaan motosikal atau
kereta apabila berlaku sesuatu kemalangan. Contohnya, jika seseorang itu
mempunyai urusan di bandar raya Kuala Lumpur, dia tidak perlu memikirkan
tentang keselamatan kenderaan yang dibawanya jika ia menggunakan
pengangkutan awam. Hal inl demikian kerana di bandar raya Kuala Lumpur, sering
berlaku kecurian kenderaan di tempat letak kereta. Selain itu, penggunaan
pengangkutan awam bukan sahaja selamat tetapi dapat memudahkan pergerakan
seseorang.

Menjimatkan Kos
Penggunaan pengangkutan awam juga membolehkan seseorang menjimatkan kos
hidup. Hal ini kerana pengguna tidak perlu membeli minyak kenderaan apabila
menggunakan pengangkutan awam. Pengguna pengangkutan awam juga tidak
perlu memikirkan kos perkhidmatan meletakkan kenderaan. Selain itu, dengan
menggunakan pengangkutan awam juga membolehkan seseorang itu mempunyai
lebihan pendapatan untuk tabungan atau pendidikan kerana dia tidak perlu
membayar ansuran kenderaan, petrol, insurans kenderaan dan kos servis
kenderaan. Terdapat juga perkhidmatan pengangkutan yang dibayar secara bulanan
dan ini lebih menjimatkan lagi kos hidup seseorang.

Menjimatkan Tenaga
Di samping itu, penggunaan pengangkutan awam juga akan dapat menjimatkan
tenaga. Jika seseorang itu tinggal di Johor Bahru dan dia ada urusan di Kuala
Lumpur, perkhidmatan kereta api atau bas adalah baik untuknya. Dengan menaiki

bas atau kereta api, seseorang itu akan dapat menjimatkan tenaga yang digunakan
untuk memandu. Tenaga yang dijimatkan Ini boleh dIgunakan untuk membuat kerjakerja lain seperti menulis atau membaca buku. Selain itu, seseorang yang
menggunakan pengangkutan awam juga akan berasa lebih segar dan ceria jika
dibandingkan dengan orang yang memandu kenderaan sendiri.

Menjimatkan Masa
Pengguna pengangkutan awam juga dapat menjimatkan masa. Contohnya,
penggunaan kapal terbang akan menjimatkan masa perjalanan jika dibandingkan
dengan memandu kenderaan sendiri. Menaiki relbus atau monorel juga lebih
menjimatkan masa jika dibandingkan dengan menaiki kenderaan sendiri yang
memungkinkan kita terlibat dalam kesesakan jalan raya.

Pendahuluan:
Kepesatan pembangunan negara kita turut menyaksikan perkembangan yang baik
dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam - pelbagai langkah telah
diambil oleh pihak kerajaan untuk menambah baik mutu perkhidmatan
pengangkutan awam - penggunaan pengangkutan awam masih dipandang enteng
oleh segelintir masyarakat - ramai yang masih tidak sedar kebaikan atau manfaat
yang diperoleh apabila menggunakan pengangkutan awam

Isi-isi:

Mengurangkan kesesakan lalu lintas - para pengguna jalan raya memilih untuk
menggunakan pengangkutan awam - masalah kesesakan lalu lintas terutama sekali
ketika waktu puncak dapat diminimakan - contoh: naik bas awam, komuter atau
Transit Aliran Ringan (LRT) - bilangan kenderaan persendirian di atas jalan raya akan
berkurang

Darjah ketersampaian tinggi - terdapat pelbagai pengangkutan awam - mudah


untuk sampai ke destinasi yang dituju - pengguna hanya perlu memilih satu atau
beberapa jenis pengangkutan awam yang sesuai - Contoh: Kuala Lumpur Sentral terdapat perkhidmatan bas, kereta api, teksi, komuter dan Transit Aliran Ringan
(LRT) - memudahkan pengguna - dari satu destinasi ke satu destinasi dengan lebih
lancar

Menjimatkan masa - Komuter, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Monorel tidak
menggunakan jalan raya - perkhidmatan ini dibina di bandar-bandar yang sesak
dan kawasan tumpuan orang ramai - kita masih dapat ke tempat-tempat tersebut
tanpa menempuh dengan kesesakan lalu lintas - tidak membuang masa
terperangkap dalam kesesakan lalu lintas

Mengurangkan kos - menggunakan pengangkutan awam - kos lebih murah


berbanding menggunakan kenderaan sendiri - perlu sediakan kos petrol, bayaran
parkir dan bayaran tol - pengangkutan awam hanya perlu sediakan tambang - harga
tambang berpatutan - perbelanjaan harian berjaya dikurangkan

Merancang perjalanan - setiap pengangkutan awam mempunyai jadual


perjalanan dan kekerapan perkhidmatan - mudah untuk pengguna untuk
merancang perjalanan

Mengurangkan pencemaran udara - apabila kenderaan di atas jalan raya semakin


berkurangan, maka pelepasan gas karbon monoksida yang berbahaya kepada
manusia turut berkurangan - jika pengguna sepakat untuk menggunakan
pengangkutan awam - dapat mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah
hijau.

Memberi kemudahan kepada pelancong asing - perkhidmatan yang efisien


memberi impak yang baik kepada sektor pelancongan - para pelancong yang
datang berkunjung - mudah bergerak dan melawat tempat-tempat menarik di
negara kita

Dapat menyumbang kepada ekonomi dan pendapatan negara - apabila berjaya


menarik kedatangan pelancong asing dengan perkhidmatan pengangkutan awam
yang efisien, pendapatan negara akan meningkat

Penutup:
Penggunaan pengangkutan awam - pelbagai faedah/manfaat buat rakyat dan
negara. Penggunaan pengangkutan awam ini perlu digalakkan - semua pihak perlu
menggembleng tenaga bagi memastikan prasarana yang disediakan - diselenggara
dan dijaga dengan rapi - memastikan kelangsungan penggunaannya dalam
masyarakat.

Remaja pada masa ini merupakan angkatan muda yang akan menjadi tonggak
pemerintahan pada masa hadapan. Bijak pandai ada berkata, sekiranya kita hendak
melihat kepimpinan masa hadapan, lihatlah remaja yang ada pada masa ini.
Lantaran itu, dalam menempuh milenium yang sarat dengan cabaran reformasi ini,
ciri-ciri remaja yang kamil dan mempunyai nilai keinsanan yang syumul penting
untuk membangunkan negara. Dalam hal ini, semua pihak berperanan bagi
melahirkan remaja yang mempunyai ciri-ciri remaja yang berwawasan.

Berakhlak mulia merupakan salah satu ciri remaja berwawasan. Hal ini demikian
kerana akhlak yang luhur, datang dari hati yang bersih. Remaja yang berakhlak
mulia akan suka didampingi malah akan meraih rasa hormat daripada orang
sekeliling. Remaja yang berakhlak mulia pasti tidak akan terjebak dengan kemelut
sosial yang mementingkan dunia hedonistik semata-mata serta berusaha untuk
menghindarkan diri daripada bergaul dengan remaja-remaja yang bermasalah. Taat
pada agama sudah pasti dapat melahirkan individu yang berakhlak mulia kerana
semua agama di dunia menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada
kemungkaran. Secara tidak langsung, remaja yang mempunyai sikap mahmudah
dapat dilahirkan seterusnya dapat menjadi seorang insane yang kamil. Remaja yang
berakhlak mulia juga sudah pasti dapat membezakan antara yang baik dan yang
buruk, yang mana kaca, yang mana permata, bak kata peribahasa yang baik
dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Jelaslah bahawa berakhlak mulia
merupakan salah satu ciri remaja berwawasan.

Selain itu, remaja berwawasan sudah pasti mempunyai ilmu pengetahuan yang luas
dan tinggi. Remaja yang berwawasan pasti akan berusaha untuk mencari ilmu dan
sentiasa dahagakan ilmu. Pepatah ada juga mengatakan carilah ilmu sehingga ke
negeri China kerana ilmu yang ada hanya setitik daripada selautan. Malahan,
Albert Einstein juga pernah berkata semakin banyak yang dipelajari, semakin
banyak yang tidak diketahui. Dengan melahirkan remaja yang berilmu
pengetahuan, anak muda ini tidak akan mudah ditipu oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab serta akan sentiasa dihormati dan disanjung oleh masyarakat
sekeliling. Jelaslah bahawa, remaja yang berilmu pengetahuan juga merupakan ciri
yang vital dalam melahirkan remaja yang berwawasan.

Di samping itu, remaja yang berwawasan juga akan sentiasa gigih untuk menggapai
gamitan menara impian. Sudah tentulah budaya pesimistik dan culas dikikis serta
dibuang jauh untuk mencapai kejayaan walau seruwet manapun yang diamalkan
oleh remaja berwawasan ini. Secara langsung, remaja berwawasan akan gigih
berusaha menggunakan setiap detik dan waktu agar diisi dengan perkara yang
bermanfaat dan berfaedah kerana masa itu emas. Selain itu, masa yang pergi tidak
mungkin akan kembali. Oleh itu, remaja yang berwawasan akan memastikan setiap
masa yang terluang diisi dengan perkara yang mendatangkan maslahat seperti
menelaah buku, beriadah atau melakukan ibadah kerana cendekiawan ada
mengatakan masa ibarat pedang,sekiranya kita leka mata pedang itu akan
memenggal kita. Jelaslah bahawa, gigih berusaha merupakan ciri yang signifikan
dalam melahirkan remaja yang berwawasan.

Sementelahan itu, bersemangat patriotik juga merupakan ciri remaja berwawasan.


Remaja yang berwawasan akan berusaha menjaga nama baik negara serta
memerah keringat untuk menaikkan nama negara. Remaja yang berwawasan juga
akan mengekalkan perpaduan negara yang sudah sedia terjalin ukhuwah sesama
manusia mahupun berlainan bangsa dan agama demi menyahut seruan Satu
Malaysia yang diuar-uarkan oleh Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak. Terbuktilah
bahawa, remaja yang berwawasan akan mempunyai semangat patriotik yang
tinggi.

Tuntasnya, semua pihak haruslah bergabung tenaga melahirkan remaja yang


berwawasan agar Malaysia akan terus maju dan terkenal di seluruh pojok dunia
pada masa hadapan.

Dalam meniti arus globalisasi ini, generasi yang berwawasan merupakan pelapis
dan peneraju kepada kemajuan dan pembangunan negara kerana ahli pujangga
pernah berkata bahawa generasi berwawasan sebagai pemangkin pembangunan
negara. Generasi berwawasan dapat ditafsirkan sebagai golongan muda yang
mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadikan negara kita maju selaras dengan
saranan yang terkandung dalam Wawasan 2020. Dewasa ini, isu generasi
berwawasan telah mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat kita. Isu
generasi berwawasan menjadi amat penting untuk diberikan perhatian dan
tumpuan yang sewajarnya kerana mereka merupakan nadi negara. Oleh itu, usaha
untuk melahirkan remaja yang berwawasan semakin diberikan keutamaan.
Persoalannya, apakah ciri-ciri seseorang remaja yang dikategorikan mempunyai
wawasan?

Kecemerlangan dari segi akademik merupakan salah satu elemen yang


maslahat untuk menelurkan remaja yang berwawasan. Intelek merupakan faktor
perdana untuk menjanakan kecemerlangan tamadun bangsa. Remaja yang
mempunyai ilmu pengetahuan yang mencakupi semua bidang dapat membuat
penilaian dan keputusan yang bijak dalam menghadapi kehidupan yang penuh
dengan onak dan duri ini. Sehubungan dengan itu, remaja kita perlu proaktif
menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala
pengetahuan, terutamanya ilmu sains dan matematik melalui pelbagai wahana,
seperti membaca buku , melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan
sebagainya. Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai
kecemerlangan akademik dan menjauhi gelaran katak di bawah tempurung. Tidak
dapat dinafikan bahawa tanpa keputusan yang cemerlang, remaja sukar
melanjutkan pelajaran ke menara gading untuk merealisasikan segala impian
mereka. Oleh itu remaja tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu

terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah


peribahasa, Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tegasnya, remaja yang berwawasan
sentiasa memastikan dirinya tidak jemu menimba ilmu untuk memiliki mentaliti
kelas pertama.

Selain itu, remaja yang berwawasan juga perlu sentiasa dinamik dan
progresif dalam menjalankan sesuatu tugas. Dinamik dapat diertikan sebagai
perubahan yang lebih baik daripada sebelumnya. Hal ini dikatakan demikian kerana
negara yang pesat membangun seperti Malaysia memerlukan generasi yang
memiliki ciri-ciri ini untuk mencapai kemajuan dalam setiap aspek. Individu yang
dinamik tidak memiliki ciri-ciri negatif seperti berputus asa sebaliknya bersemangat
tinggi. Dalam mengejar kejayaan, individu yang berwawasan seharusnya gigih
menghadapi cabaran tanpa berputus asa kerana tiada kejayaan yang datang
bergolek bak kata pepatah, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak
datang melayang. Ekoran daripada itu, remaja yang dinamik dan progresif sudah
pasti dapat mencapai cita-cita yang diimpikan. Pendek kata, remaja yang
berwawasan sudah pasti akan memastikan dirinya berubah untuk memajukan diri
dan negaranya.

Dalam nada yang sama, remaja yang berwawasan perlu berkreatif dan
berinovatif untuk memacu kegemilangan negara. Hal ini terjadi demikian kerana
hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baru
dapat mengecap kejayaan yang terbilang. Dalam industri teknologi komunikasi dan
maklumat, umat yang gigih dan berani mencuba akan menikmati buah kejayaan
yang manis. Rentetan daripada itu, remaja kita harus dilatih supaya berani
berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur. Ibu bapa
harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak terhingga jika anak
mereka melontarkan impian mereka. Namun demikian, impian itu bukan rekaan mat
jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong dengan praktikalnya. Dalam konteks
ini, penglibatan remaja dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan,
kepimpinan atau keusahawanan berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi. Ketika
berkhayal di awang-awangan, pastikan kita mampu menjejakkan kaki di angkasa
lepas kelak. Sesungguhnya, pemikiran yang kreatif dan inovatif merupakan ciri
remaja yang berwawasan.

Jika kita telusuri dari dimensi yang berbeza, remaja yang berwawasan
seharusnya cinta akan negara. Remaja yang berjiwa patriotik ini akan menjadi bakal
pemimpin yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara. Sebagai bakal
pemimpin negara sudah pasti mereka perlu sentiasa berusaha untuk memelihara
imej negaranya daripada tercemar dan menjadi bahan cemuhan masyarakat luar.

Oleh itu, mereka haruslah menghormati lagu kebangsaan negara iaitu lagu
Negaraku dan mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara.
Mereka tidak akan sekali-kali menjadi pengkhianat negara dan tidak akan
melibatkan diri dalam gejala sosial yang akan mencemarkan imej negara. Jiwa
patriotik remaja yang menebal ini akan menjamin keharmonian negara dan sekali
gus berupaya menjaga maruah negara di pentas global. Ringkasnya, remaja yang
berwawasan sentiasa bersemangat patriotik untuk mengekalkan keharmonian dan
kedaulatan nusa tercintanya.

Sebagai intihanya, terdapat banyak ciri yang memaparkan seseorang


remaja itu mempunyai wawasan yang tinggi. Remaja sebagai tunjang yang bakal
menerajui kepimpinan negara kita harus terlepas daripada belenggu angkara sosial.
Generasi yang berwawasan menjadi akar pada pertumbuhan dan pembangunan
modal insan yang menjadi agenda utama negara kita. Oleh itu, golongan remaja
perlulah sentiasa bermuhasabah dan membaiki kelemahan diri sebelum terlewat
bak kata pepatah, sesal di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Golongan remaja
kita perlulah melakukan anjakan paradigma untuk menjadi remaja kelas pertama
dan memangkinkan kecemerlangan negara. Diharapkan kelahiran remaja
berwawasan dapat merealisasikan segala aspirasi negara di samping dan
menyerbakkan keharuman negara kita di persada antarabangsa.

Dalam menempuh millennium yang sarat dengan cabaran globalisasi, ciri-ciri


remaja yang kamil dan mempunyai nilai keinsanan yang syumul amat penting
untuk membangunkan negara. Lebih penting lagi, orang muda yang darah
setampuk pinang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara.

Berakhlak mulia merupakan salah satu ciri remaja berwawasan. Hal ini demikian
kerana akhlak yang luhur datang dari sanubari yang bersih. Remaja yang berakhlak
mulia senang didampingi, malah dapat meraih rasa hormat daripada masyarakat
sekeliling. Remaja sebegini pasti tidak mudah terjebak dengan kemelut sosial yang
mementingkan dunia hedonistik semata-mata. Remaja sedemikian juga sentiasa
berusaha untuk menghindarkan diri daripada bergaul dengan remaja yang
bermasalah.

Sikap taat pada agama sudah pasti dapat melahirkan individu yang berwawasan.
Hal ini disebabkan semua agama di dunia menyeru perkara yang sama, iaitu
mementingkan kebaikan dan melarang kemudaratan serta kemungkaran. Secara
tidak langsung, remaja yang mempunyai sikap mahmudah dapat dilahirkan dan
seterusnya menjadi insan yang kamil. Dia dapat membezakan perkara yang mulia
daripada perkara yang buruk. Bak kata pepatah, yang baik dijadikan teladan, yang
buruk dijadikan sempadan.

Selain itu, remaja berwawasan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan
ektensif. Mereka akan berusaha untuk menimba ilmu dan sentiasa dahagakan ilmu.
Maka, remaja sebegini tidak mudah mengabaikan tanggungjawab mereka untuk
berjaya dalam bidang akademik. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda "Tuntutlah
ilmu sehingga negara China." Sebegitu juga Albert Einstein yang mengungkapkan
"Semakin banyak ilmu yang dipelajari, semakin banyak yang tidak diketahui."

Di samping itu, remaja yang berwawasan sentiasa gigih untuk menggapai menara
impian. Cecil B DeMile pernah berbicara" Orang yang berjaya dalam hidup ialah
orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepada tujuan itu tanpa
menyimpang." Hamka juga pernah berkata' Cita-cita membawa manusia ke
gerbang kemuliaan, angan-angan membawa manusia terjerumus ke lembah
kehinaan." Sudah tentu budaya pesimistik dan culas dapat dikikis demi mencapai
kejayaan.

Remaja berwawasan juga berusaha mrnggunakan setiap detik dan waktu dengan
sebaik-baiknya agar diisi dengan perkara yang bermanfaat serta berfaedah. Bak
kata pepatah, masa itu emas. Samuel Johnson pernah mengungkapkan "Masa
depan itu dibeli oleh masa sekarang." Remaja yang berminda kelas pertama
pastinya memahat nilai masa dalam sanubari mereka dan tidak menghabiskan
waktu dengan sia-sia. Maka benarlah, masa ibarat pedang, akan memotong kita
bila-bila masa sahaja.

Akhir sekali, insan yang mempunyai semangat patriotik juga merupakan salah satu
ciri remaja berwawasan. Mereka akan menghargai jasa tampuk pemimpin negara
yang berjaya mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara yang disanjungi di
persada antarabangsa. Mereka tidak akan bersikap seperti kacang yang lupakan
kulit. Mereka juga akan menjalin tali ukhuwah tanpa mengira bangsa, agama dan
fahaman politik sesama manusia demi menyahut slogan "Satu Malaysia". Slogan ini

menjadi iktibar dan pedoman dalam kehidupan mereka supaya saling membantu
bak aur dengan tebing supaya negara aman dan sejahtera. Semangat ini
bertepatan dengan peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh.

Akhir kata, semua pihak harus menggembleng tenaga dan berganding bahu untuk
melahirkan remaja berwawasan. Bersama-sama kita memanifestasikan iltizam
Malaysia untuk menjadi negara yang termasyhur di seluruh pelosok dunia. Imam AlBukhari pernah berbicara "Jika kamu ingin melihat masa hadapan negara, lihatlah
golongan remaja yang ada sekarang."Seperti bak kata peribahasa juga, pemuda
tiang negara, pemudi harapan bangsa. Remaja merupakan aset negara yang
berharga dan haruslah dididik untuk menjadi insan yang berkualiti dan mampu
berjasa kepada pembangunan negara. Maka, aspirasi negara kita untuk mencapai
Wawasan 2020 pada masa akan datang mampu digapai dan digenggam erat.

Belakangan ini, masalah obesiti semakin meningkat dalam kalangan rakyat negara
kita. Mengikut laporan akbar, peratusan rakyat Malaysia yang mempunyai berat
badan yang berlebihan ini adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara
Asia yang lain. Umumnya, obesiti ini mendatangkan pelbagai keburukan khususnya
penampilan diri yang tidak menarik. Bukan itu sahaja, mereka yang mengalami

masalah ini mudah diserang penyakit. Antara penyakit yang sering dikaitkan
dengan obesiti ialah diabetes, darah tinggi dan juga serangan jantung.
Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan diri
kita daripada masalah ini?

Antara langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan diri kita daripada masalah
ini adalah dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Kita haruslah mengambil
kira keperluan karbohidrat, lemak dan zat-zat pemakanan yang sesuai dengan
peringkat umur. Oleh yang demikian, kita haruslah menjadikan piramid makanan
sebagai panduan dalam pemilihan menu atau jenis makanan agar hidup lebih sihat.
Selain itu, kita juga mestilah makan mengikut waktu secara teratur terutamanya
tiga waktu makan yang utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan
malam. Tambahan pula, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menguaruarkan slogan makan secara sihat, sihat sepanjang hayat bagi memastikan rakyat
mengamalkan pemakanan yang sihat. Hal ini kerana, kita bukan sahaja sihat malah
kehidupan lebih bahagia dan terjamin tanpa penyakit berbahaya sekiranya kita
bijak dalam memilih makanan yang sihat dan seimbang setiap hari.

Langkah yang seterusnya adalah dengan melakukan senaman secara teratur.


Kita perlulah mendisiplinkan diri dan melakukan senaman sekurang-kurangnya
selama dua puluh minit dalam tiga kali seminggu. Aktiviti senaman ini haruslah
dijadikan rutin dalam kehidupan kita. Kita tidak seharusnya menjadikan kesibukan
bekerja sebagai alasan untuk tidak bersenam. Tambahan pula, kini banyak alatan
senaman yang mampu dimiliki dan dapat digunakan di rumah. Dengan itu, kita
tetap berpeluang untuk bersenam dan kekal hidup sihat. Jadi, jelaslah bahawa
melalui senaman yang teratur akan dapat membantu kita mengekalkan berat
badan yang sihat sekali gus mencegah daripada masalah kegemukan,malahan kita
seperti menyelam sambil minum air kerana dengan bersenam bukan sahaja badan
kita sihat tetapi otak juga lebih cerdas.

Selain daripada menjaga pemakanan dan melakukan senaman yang teratur,


kita juga tidak seharusnya terpedaya dengan produk pelangsingan badan yang kian
berlambak dalam pasaran. Pelbagai produk pelangsingan badan dijual dan
diiklankan yang boleh mengaburi mata pengguna. Pengguna haruslah berhati-hati
kerana biasanya kandungan bahan-bahan dalam produk pelangsingan badan boleh
membahayakan kesihatan malah, kebanyakan produk tiada jaminan keselamatan
daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh yang demikian, penggunaan
produk ini tidak selamat dan boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif yang boleh
menjejaskan kesihatan. Penggunaan produk tersebut bukannya dapat menguruskan
badan sebaliknya mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Oleh itu, kita

haruslah mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pakar perubatan yang


bertauliah sebelum menggunakan sesuatu produk pelangsingan badan yang ada
dalam pasaran.

Konklusinya, kita haruslah sedar bahawa tiada jalan mudah untuk menguruskan
dan mengawal berat badan. Sebaliknya kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat,
pemakanan seimbang dan senaman dan melakukan aktiviti fizikal secara aktif. Hal
ini kerana, masalah obesiti hanya dapat dielakkan jika setiap orang berusaha
bersungguh-sungguh untuk menjaga kesihatan dan mencapai berat badan yang
ideal. Kita haruslah berpegang kepada falsafah peribahasa mencegah lebih baik
daripada mengubati khususnya dalam memastikan kehidupan yang sihat dan
terjamin sepanjang masa.

Obesiti merupakan masalah berat badan berlebihan yang diakibatkan


oleh pemakanan yang tidak sihat dan tanpa pengamalan senaman yang
konsisten. Obesiti boleh menjejaskan tahap kesihatan individu serta
boleh menyebabkan kematian. Remaja khususnya seringkali dikaitkan
dengan masalah obesiti kerana remaja sendiri lebih gemar memilih
makanan yang lebih sedap berbanding makanan yang berkhasiat.
Persoalannya, apakah langkah-langkah mengurangkan kadar obesiti dalam
kalangan remaja?
Salah satu cara mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan remaja
ialah dengan mengadakan kempen kesedaran. Kempen kesedaran mengenai
kesihatan seperti 'Kita Bebas Obesiti, Kita Bahagia' boleh dianjurkan
oleh pihak yang berkaitan seperti pihak hospital ataupun Kementerian
Kesihatan Malaysia. Melalui kempen ini, pendedahan mengenai risiko
kesihatan yang dihadapi oleh remaja dan golongan masyarakat yang
menghidapi obesiti perlu ditekankan. Risiko kesihatan yang dihadapi
ialah penyakit kardiovaskular, strok, tekanan darah tinggi dan
diabetes. Melalui kempen ini juga, remaja obesiti dapat didedahkan
dengan langkah-langkah untuk mencapai berat badan ideal. Tegasnya,
kempen ini perlu diadakan untuk menyedarkan remaja obesiti tentang
bahayanya penyakit ini agar remaja obesiti boleh mula bertindak untuk
membebaskan diri daripada cengkaman maut.
Masalah obesiti yang semakin menular dalam kalangan remaja
dikatakan berkaitan dengan sikap ibu bapa yang semakin mengabaikan
kesihatan anak-anak kerana sibuk mengejar wang ringgit. Ibu bapa
kurang mengambil berat mengenai gaya pemakanan anak-anak dan anak-anak
yang tidak dikawal pemakanannya pasti akan lebih memilih untuk membeli
minuman bergas dan makanan ringan berbanding dengan sayur-sayuran dan
buah-buahan. Pengambilan makanan berkalori tinggi menyebabkan
anak-anak menghidapi obesiti dan ibu bapa perlu memainkan peranan
dengan membantu anak-anak mengamalkan diet seimbang. Diet seimbang
merupakan pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien seperti
protein, karbon, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas dalam
kuantiti yang diperlukan oleh badan.
Seterusnya, semua remaja terutamanya remaja obesiti digalakkan
melakukan aktiviti senaman secara konsisten sebanyak tiga kali
seminggu. Senaman efektif yang boleh dilakukan ialah berbasikal,
berjoging, aerobik serta aktiviti fartlek. Selain menguatkan sistem

kardiovaskular tubuh, senaman juga membantu remaja obesiti untuk


menurunkan berat badan kerana aktiviti ini bertujuan untuk membakar
kalori dan mengeluarkan toksik dari badan melalui peluh. Tegasnya,
meskipun aktiviti senaman sukar untuk diamalkan oleh individu berbadan
besar, remaja obesiti tidak boleh mudah menyerah kalah demi kesihatan
diri. Remaja obesiti perlu gagah menempuhi cabaran sehingga ke garis
penamat kerana 'genggam bara api, biar sampai jadi arang'.
Selanjutnya, remaja obesiti perlulah mempunyai prinsip yang tetap
dalam mencapai matlamat mereka iaitu mencapai berat badan ideal. Sudah
tentu remaja obesiti mengalami kesukaran untuk mempraktikkan
langkah-langkah ini kerana sudah biasa menjamah makanan yang berkalori
tinggi dalam kuantiti yang banyak terutamanya makanan bergoreng
seperti ayam goreng. Tegasnya, remaja obesiti perlu mempunyai prinsip
yang kuat dalam mencapai berat badan ideal dan tidak bersikap seperti
'hangat-hangat tahi ayam'.
Akhirnya, semua pihak khususnya remaja yang menghidapi penyakit
obesiti perlu bekerjasama dalam mengurangkan kadar obesiti dalam
kalangan remaja kerana remaja merupakan 'tiang seri' negara dan perlu
diselamatkan daripada menjadi mangsa penyakit obesiti kerana 'mencegah
lebih baik daripada mengubati'.

Anda mungkin juga menyukai