Anda di halaman 1dari 37

Elemen 1

Mengumpul

fakta
Sumber
Buku
1) OAK Publications,2003,Siri Permainan Tradisonal
Melayu:Permainan Wau,No.B1-02,Industrial
Park,Seksyen 13,Jalan Kemajuan,46200,Petaling
Jaya,Selangor, OAK Enterprise
2) Mazlan Othman-Ruzitah Tapah-Hassan Mohd
Gahazali,2004,Pendidikan Seni Visual Tingkatan
3,4 Jalan Maju U1/15,Seksyen U1,Hicom-
Glenmarie Industrial Park,40150 Shah
Alam,Selangor Darul Ehsan, Penerbit Fajar Bakti
Sdn.Bhd
3) Noordin Sulaiman-Rosidah
Awang,2000,Multiwarisan Unik:Permainan Dan
Hiburan Tradisi,No.76,Jalan 2/133,Batu 6 1/2,Jalan
Klang Lama,58000,Kuala Lumpur,Penerbit Pinang
Sdh.Bhd
4) Zawiah Ahmad,1997,Siri
Kebudayaan:Gasing,Wau&Sepak Takraw,No.A1-
05,Tingkat 1,PJ Industrial Park,Jalan
Kemajuan,46200,Petaling Jaya,Selangor,SAMA
PUBLICATIONS&DISTRBUTORS
5) Nasman Ahmad-Rosnah Ramli,1997,Siri
Kebudayaan Masyarakat Malaysia:Masyarakat
Melayu,550,Taman Melaka
Raya,75000,Melaka,Associated Educational
Distributors(M) Sdn.Bhd
Sumber

Majalah

1) Dewan Siswa,Mei 2007,


halaman 19
Sumber

Internet
• http://www.scribd.com/doc/32729
69/Folio-Sejarah-Ting3-lengkap-
2008

• http//malaysiana.pnm.my/03/0314
wau.htm
Sumber

Surat khabar
1) Mingguan
Malaysia:Sabtu,25 Ogos
2007,halaman 21
2) Utusan Melayu:Sudut
Sastera,23 Januari
2007,halaman 31
Elemen 2
Merekod
Fakta

Elemen 3
Unsur-unsur

patriotisme

Esei
Berdasarkan soalan yang diberikan, modal insan yang patriotik dapat dibentuk

melalui aktiviti sukan dan permainan dengan meningkatkan pendekatan permainan

tradisional terhadap masyarakat negara. Ini akan menyebabkan mereka tertarik dengan

tradisi negara lalu menyebabkan mereka bersyukur kerana mempunyai negara yang

menghargai tradisi mereka. Tradisi permainan dan sukan di negara mereka yang
mempunyai asal usul mereka serta cara melakukan aktiviti tersebut mampu menarik

minat masyarakat yang suka aktiviti yang lasak. Semangat cinta akan negara dapat

dipupuk melalui cara ini. Selain itu, aktiviti sukan dapat memupuk semangat patriotisme

di kalangan mereka dengan mengadakan pertandingan sukan di dalam dan luar negara.

Cara ini akan menjadikan seseorang berusaha untuk mengharumkan nama negara.

Seorang insan yang patriotik juga dapat dipupuk dengan aktiviti sukan dan permainan

kerana aktiviti sukan memberikan cabaran kepada masyarakat yang bertanding dalam

aktiviti tersebut. Ini akan menyebabkan mereka tertarik dengan negara mereka kerana

negara mereka mampu menyediakan aktiviti yang mencabar kebolehan mereka. Di

samping itu, aktiviti sukan boleh memupuk semangat patriotisme dengan memenangi

pertandingan yang dianjurkan secara antarabangsa. Ini akan meningkatkan imej negara

lalu menyebabkan masyarakat tempatan lebih berbangga terhadap negara mereka.

Pertandingan yang dimenangi akan menjadikan rakyat tempatan ingin berjuang demi

negara mereka dalam pertandingan tersebut. Lebih-lebih lagi, permainan tradisional akan

menyebabkan mereka berminat dalam mewarisi budaya tersebut. Ini akan menyebabkan

mereka mempunyai keinginan untuk mewariskan budaya yang merupakan khazanah

negara itu kepada generasi-generasi yang akan datang. Dengan ini, masyarakat akan cuba

memahami budaya negara mereka dengan lebih jelas dan mendalam. Tambahan pula,

Malaysia menyediakan pelbagai jenis permainan dan aktiviti sukan. Kepelbagaian aktiviti

sukan dan permainan ini menyebabkan rakyat tempatan boleh memilih permainan dan

aktiviti sukan yang mereka ingin lakukan. Ini juga akan menyebabkan mereka lebih suka

memilih negara mereka berbanding negara-negara yang lain kerana negara mereka

menyediakan permainan yang mereka minati. Akhir sekali, modal insan yang patriotik

dapat dibentuk melalui aktiviti sukan dan permainan dengan pemberian peluang kepada
masyarakat tempatan untuk menceburi bidang sukan dan permainan. Kebanyakan orang

tidak mempunyai peluang untuk menceburkan diri dalam aktiviti sukan walaupun mereka

mempunyai bakat dalam aktiviti tersebut. Ini kerana mereka tidak diberi perhatian dalam

pemilihan wakil-wakil negara. Pemberian peluang ini akan menyebabkan mereka

berterima kasih kepada negara mereka kerana rela memberi peluang kepada mereka

untuk menceburkan diri dalam aktiviti sukan. Kepentingan sukan dan permainan

khususnya dalam melahirkan modal insan yang patriotik telah menjadi salah satu agenda

negara untuk dikembangkan pada segenap lapisan masyarakat.

Kerajaan telah menyedari bahawa sukan dan permainan adalah saluran yang paling

berkesan untuk melahirkan generasi yang akan sentiasa menghargai dan mengamalkan

tradisi budaya dan bangsa.Sukan merupakan alat yang penting bagi mewujudkan

perasaan bersatu padu. Permainan sukan seperti sepak takraw atau bola sepak

memerlukan ramai pemain. Oleh itu, sikap bersefahaman dan bermuafakat adalah perlu

untuk mengukuhkan pasukan dalam memperoleh kemenangan. Masyarakat juga dapat

mewujudkan perasaan muhibah atau semangat bermasyarakat kerana sesuatu permainan

ini biasanya akan dihadiri oleh pelbagai bangsa.Selain itu, kegiatan sukan tidak mengenal

batas kaum, daerah, negeri mahupun negara. Oleh itu, setiap rakyat yang mewakili negara

dalam peringkat antarabangsa, akan disemai perasaan sedia berkorban untuk bangsa dan

negara serta bertanggungjawab untuk mengharumkan Malaysia di mata dunia. Setiap

orang daripada pelbagai lapisan masyarakat juga boleh menjadi penyokong pasukan

negara untuk melahirkan rasa cinta akan bangsa dan negara Malaysia.Di samping itu,

sukan dan permainan telah menjadi aktiviti kokurikulum sekolah dan menjadi satu

pembelajaran teras. Dengan cara bermain, secara tidak langsung pelajar akan dididik
untuk bermuafakat, tolong-menolong, berlaku adil dan bertimbang rasa. Konklusinya,

melalui sukan dan permainan, setiap modal insan yang patriotik dapat dibentuk.

Modal insan yang bersemangat patriotik dapat ditanam dalam diri saya melalui

aktiviti sukan dan permainan seperti permainan tradisional wau.Permainan wau telah

mewujudkan rasa cinta dan bangga terhadap bangsa dan negara kita. Sebagai rakyat

Malaysia,saya sentiasa berbangga dengan masyarakat zaman dahulu yang berjaya

mencipta sebuah permainan tradisional yang bukan sahaja popular malah turut

meningkatkan martabat negara kita. Selain itu,saya bersyukur menjadi warganegara

Malaysia.Keunikan Malaysia yang terkenal dengan pelbagai tarikan seperti wau berjaya

menarik minat warga asing untuk melihat sendiri keunikan yang terdapat di negara kita.

Di samping itu,semangat kekitaan dapat diterapkan dalam diri saya dan masyarakat.Hal

ini dapat digambarkan melalui sikap kerjasama dan bersatu padu sewaktu wau dimainkan

kerana permainan wau memerlukan beberapa orang untuk menaikkannya di udara.Sikap

tolong menolong dapat dibentuk sewaktu menghasilkan wau. Melalui festival wau dan

pertandingan wau,sikap berdisiplin dapat dibentuk dalam diri kita.Hal ini kerana banyak

peraturan yang perlu dipatuhi dalam acara pertandingan wau.Setiap peserta yang

memasuki pertandingan ini perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan sekaligus

dapat menjadikan peserta seorang yang lebih berdisiplin.Sehubungan dengan itu,negara

Malaysia yang aman lagi makmur akan menjadi sebuah negara yang adil dan bertimbang

rasa terhadap rakyatnya.Ini kerana juri bagi pertandingan wau akan berlaku adil untuk

memilih pemenang bagi sesuatu pertandingan itu.Bukan itu sahaja,negara kita akan

menjadi sebuah negara yang menghargai dan sentiasa mengamalkan tradisi,adat turun-

temurun dan budaya nenek moyang kita supaya tak lapuk dek hujan,tak lekang dek

panas. Walaupun pada masa kini banyak permainan lain yang canggih dan moden
dipopularkan,namun permainan wau tetap dimainkan oleh masyarakat hari ini. Oleh

itu,sudah terang lagi bersuluh bahawa aktiviti sukan dan permainan dapat melahirkan

modal insan yang bersemangat patriotik

Tajuk Permainan:

Wau
Senarai Kandungan
m/s
Tajuk

Senarai Kandungan

Penghargaan

Objektif Kajian

Kaedah Kajian

Hasil Kajian
Rumusan

Lampiran

Rujukan

Penghargaan

Terlebih dahulu saya berasa syukur kehadrat illahi kerana

berjaya menyiapkan tugasan yang telah saya terima. Saya ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kepada guru sejarah kelas 3A1 iaitu Pn.Vicknace A/P

Wilson kerana sentiasa memberi dorongan, galakan, nasihat serta tunjuk

ajar sepanjang saya menyiapkan folio sejarah ini.

Tidak lupa juga jasa ibu bapa iaitu Mohd Nor Hamizi bin Mad

Zain serta Nor Khayati binti Abd. Kadir saya kerana telah

menyumbangkan masa, tenaga serta wang bagi membantu saya menyiapkan folio
ini.

Begitu juga dengan rakan-rakan saya iaitu Mohd Hazmi dan

Mohd Nasir serta Nurul Hidaayah. Mereka telah membantu saya mencari

maklumat dengan lebih terperinci agar tidak tersilap fakta atau data mengenai isi-

isi folio ini. Selain itu, saya mengucapkan terima kasih kepada orang lain yang

telah menolong saya secara langsung atau tidak langsung bagi menyiapkan

tugasan folio yang diberikan.

Objektif Kajian
Kajian saya merangkumi objektif-objektif berikut:

i) Menyelidik nama permainan wau. Kajian tentang menyelidik latar

belakang permainan wau akan menambah pengatahuan saya mengenai

permainan tradisional dalam kalangan masyarakat mengikut adat Melayu.

Secara tidak langsung, saya dapat menguasai mencari, mengumpul,

merekod serta menganalisis maklumat tentang latar belakang permainan

wau.

ii) Mengenalpasti latar belakang permainan wau. Wau juga dikenali sebagai

layang-layang. Wau juga mempunyai lagenda serta sejarahnya sendiri.


Inilah yang menyokong fakta bahawa permainan ini mempunyai

keunikkannya yang tersendiri.

iii) Mengenalpasti tujuan permainan wau ini dipermainkan. Secara umumnya,

permainan ini dimainkan sekadar memenuhi masa lapang. Namun, ada

sejarah yang mengatakan bahawa, wau pernah digunakan dalam bidang

ketenteraan serta daalm mengkaji cuaca. Iktibarnya, wau juga ada

kegunaanya dalam hidup manusia.

iv) Menyatakan alatan-alatan yang digunakan untuk bermain permainan wau.

Terdapat pelbagai alatan yang digunakan untuk menghasilkan wau. Wau

yang ingin dihasilkan pula haruslah dilakukan dengan teliti serta dengan

cermat. Iktibarnya, hasil kerja akan menjadi kemas dan sempurna jika

penghasilannya dilakukan dengan teliti serta cermat.

v) Menyatakan cara bermain permainan wau. Permainan ini merupakan

permainan yang menarik untuk bermain. Rugi jika melepaskan peluang

untuk mempelajari cara permainan ini dimainkan. Dengan kajian ini

juga, saya boleh mempelajari cara-cara untuk bermain permainan

tradisional ini yang semakin popular dimainkan dalam dan luar negara.

vi) Menyenaraikan beberapa jenis wau. Di Malaysia, wau terdapat dalam

pelbagai bentuk dan jenis. Wau terbahagi kepada pelbagai nama yang
popular serta yang diminati di beberapa negeri. Iktibarnya, permainan

wau merupakan permainan yang tak lapuk dek hujan, lekang dek panas.

Kaedah Kajian
Saya telah menggunakan pelbagai kaedah kajian untuk mendapatkan data folio

sejarah ini. Antara kaedah kajian ini adalah:

• Kaedah Rujukan: menggunakan pelbagai sumber-sumber buku rujukan bagi

memastikan menerima fakta atau data yang tepat dan terperinci. Saya juga boleh

mempelajari dengan lebih mendalam mengenai permainan ini dengan kaedah

kajian. Ini juga dapat menyedarkan saya tentang kegunaan pelbagai jenis sumber

rujukkan untuk meningkatkan pengetahuan

• Kaedah Penyelidikan: kaedah ini saya gunakan untuk meyelidik sumber

buku rujukan. Saya juga dapat memberikan cadangan untuk meningkatkan taraf

permainan tradisional ini supaya terkenal di mata dunia. Selain itu, penduduk dunia

juga boleh melihat reka bentuk permainan yang saya kaji.


• Kaedah Perpustakaan: Saya meminjam buku serta mencetak isi halaman

tersebut untuk elemen 1 dan elemen 2. Keperpustakaan juga saya mencari pelbagai

sumber-sumber untuk melengkapkan folio saya, berkaitan dengan wau. Ini juga

menyedarkan saya bertapa pentingnya memahami dan mendalami sesuatu ilmu

yang berguna.

Hasil Kajian

i) Nama Permainan

Wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat

semenanjung. Sebagai Permaian masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan

istana. Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada

busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada

busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

Kini permainan ini telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum.

Saya telah menjalankan kajian ini bersama dengan tiga orang rakan

sekolah saya iaitu Mohd Nasir, Mohd Hazmi dan Nurul Hidaayah. Kami
bekerjasama dan saling membantu bagi memperoleh data dan maklumat. Saya

menggunakan masa selama sebulan untuk memperoleh maklumat dan menaip

laporan lengkap secara individu.

Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum

termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar.

Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti

di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun.

Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar

negara.

ii) Latar belakang atau asal usul permainan layang-layang.

Permainan wau ini lebih dikenali sebagai layang-layang. Permainan ini

kebayakkannya dimainkan oleh penduduk-penduduk kampung namun penduduk kota

juga tidak ketinggalan dalam permainan ini. Permainan ini biasanya dipermainkan

oleh golongan lelaki tidak kira tua mahupun muda, semuanya turut bermain. Wau

lazimnya dimainkan semasa musim menuai ataupun ketika suatu pesta mahupun

pertandingan diadakan. Permainan ini sebenarnya telah lama wujud sejak zaman

pemerintahan Sultan Mahmud Shah Melaka, iaitu kira-kira sekitar seribu lima ratus

masihi. Terdapat juga lagenda mengenai wau dari negeri Kedah Darul Aman.

Cerita ini bermula dengan tentang seorang petani dan isterinya menemui seorang

bayi perempuan yang dibuang. Dengan perasaan gembira, mereka membawa pulang

bayi itu. Mereka memberi kasih sayang kepada bayi itu, apabila besar, bayi

tersebut menjadi seorang gadis yang cantik. Petani itu menyayangi anak

angkatnya lebih daripada segala-galanya. Ini menimbulkan perasaan cemburu di


dalam hati isterinya. Suatu hari isteri petani itu hilang kesabaran dan telah

memukul gadis tersebut dan menghalaunya keluar mengikut arah barat. Ekoran

daripada kejadian itu tanaman mereka tidak menjadi lagi. Mereka mengambil

keputusan utuk berjumpa tuk nujum. Nujum memberitahu anak itu adalah

semangat padi. Nujum mencadangkan agar petani membuat dan menerbangkan wau

yang berbentuk bulan sebagai tanda mengembalikan semangat. Petani itu pun

mengikut kata-kata nujum dan pada tahun berikutnya tanamannya menjadi semula.

Selepas itu, permainan wau berterusan hingga hari ini.

Ada juga yang menyatakan bahawa permainan wau atau layang-layang ini

adalah permainan manusia sejagat. Maksudnya permainan ini boleh dipermainkan

oleh semua bangsa dan golongan tanpa mengira kedudukan. Permainan ini

dikatakan berasal dari negara China iaitu bermula sejak tiga ribu tahun yang silam.

Wau juga mudah difahami oleh masyarakat sebagai layang-layang. Kedua-duanya

sinonim dengan masyarakat dan dikenali seerti oleh kerana wau dan layang-layang

memiliki reka bentuk dan cara permainan yang hampir sama. Mungkin ada

perbezaan sedikit dari segi saiz dan juga warna serta jenisnya namun pastinya wau

dan layang-layang dari rumpun yang sama iaitu syaratnya wau dan layang-layang

diterbangkan di udara. Nama asal usul wau masih lagi menjadi persoalan

kebenarannya yang dikatakan berkaitan dengan asal-usul nama wau yang dikenali

hingga ke hari ini. Seperti cerita ini juga masih menjadi persoalan. Difahamkan

bahawa dahulu kala wau ini diperbuat dari daun yang tertentu dan diikat dengan

tali pada tulang belakang daun. Setelah seimbang dan siap maka dinaikkan di

tempat yang mempunyai angin dan ketika sedang asyik bermain tali wau putus.

Maka angin yang kuat itu telah menerbangkan wau yang diperbuat daripada daun
itu lalu kanak-kanak itu menangis ” Wa...., wa.. wa..” maka lahirlah perkataan

wau tetapi kenyataan ini bukanlah fakta yang jelas.

Ada juga yang mengatakan bahawa faktor lain wujudnya nama wau daripada

semangat padi. Namun, sehingga ke hari ini masih mencari kebenaran asal-usul

sebenar wau.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti

wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala

budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan

adalah wau yang sangat digemari oleh orang Melayu. Wau bulan cukup terkenal

di pantai timur, wau merak pula di negeri Johor, wau kebaya lang sewah di

negeri Perlis, wau kuching, wau sementau dan jala budi di negeri Kedah serta

wau kapal wau kikek di negeri Selangor. Dalam banyak-banyak wau, wau bulan,

wau kuching dan wau jala budi adalah diiktiraf untuk pertandingan wau

antarabangsa. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi

kebanyakkan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain

dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan yang

kebanyakkanya dibeli oleh pelancong asing. Secara tidak langsung, wau dapat

dikenali oleh negara luar selain dapat meningkatkan ekonomi negara dalam bidang

penghasilan kraftangan. Wau bulan pula menjadi kegemaran kepada pembuat wau

dan wau yang terbesar yang pernah adalah wau yang mempunyai ketinggian

setinggi tujuh kaki. Manakala lebarnya sepanjang sepuluh kaki dan tali yang

digunakan untuk menjulang wau tersebut adalah sepanjang dua ratus hingga tiga

ratus kaki.
Terdapat juga istilah-istilah dalam permainan wau. Berikut adalah istilah-

istilah yang biasa digunakan di dalam permainan wau adalah:

a) Anjung:

Merupakan istilah yang digunakan bagi menunjukkan proses

menjulang wau untuk naik ke udara.

b) Belalai:

Merupakan rambu tambahan pada hujung kepala wau bulan yang

berukuran lebih kurang lima belas centimeter

c) Bilah Ekor:

Bahan daripada buluh yang diraut atau dibentuk untuk dijadikan

rangka ekor wau

d) Busur:

Alat yang dipasang pada kepala wau untuk mengeluarkan dengung

dan mengimbangkan antara berat ekor

e) Indang:

Kedudukan wau yang dinaikkan dan terkawal dalam kedudukan

sembilan puluh darjah.

f) Juru Anjung:

Orang yang menganjung atau melambung wau.

g) Batang Busar:

Ia dikenali sebagai Bok

h) Juru Wau:

Orang yang menyediakan peralatan dan padang serta perundangan


dan juga megetahui peraturan wau dalam satu-satu pertandingan.

i) Penyemat:

Buluh atau bahan lain untuk melekat busur pada kepala wau

j) Pinggang:

Bahagian ekor wau jala budi yang lebar punggungnya sama dengan

bukaan sayapnya.

k) Selengkung:

Keadaan wau yang terbalik jatuh menjunam

iii) Tujuan Dimainkan

Wau bukan sahaja menjadi permainan pada masa lapang tetapi turut berperanan

sebagai pengerat hubungan antara penduduk setempat. Permainan wau menguji

kemahiran kecekapan individu dalam menerbangkannya. Pada masa kini, wau merupakan

salah satu tarikan pelancong di Malaysia. Pada awalnya, wau dicipta untuk pelbagai

kegunaan dan tujuan. Di negara China misalnya, wau dicipta untuk menerbangkan

makanan kepada mereka yang terperangkap di bukit-bukau atau gunung-ganang

semasa berlakunya banjir sebelum adanya helikopter. Di samping itu, wau juga

digunakan untuk mengesan keadaan cuaca.


iv) Alat-Alat yang Digunakan

• Buluh

• Pelbagai jenis kertas

• Daun rembia/mengkuang

• Tali teraju

• Kulit rotan

• Gam daripada pokok kayu

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut

buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas

pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang

belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan

benang mengikut bentuk serta jenisnya. Rangka yang telah disiapkan akan ditampal

dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama

menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan

bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk.

Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.Di bahagian

kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan

rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan
diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung

apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang

telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali

teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi

mengimbangi wau.

Bahagian Perincian Wau

Secara ringkasnya, terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu

terdiri daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian

pinggang dan ekor wau.

Bahagian Utama Wau

Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau cara tradisional

adalah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang

bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau.

Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk

menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan

mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan dalam bidang aerodinamik. Bagi

memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh

terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.

Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin

menebang dan menyimpan buluh tersebut.

Pemilihan buluh yang bakal digunakan juga ada petua serta pentang larangnya.
Antara petua dan pantang larang pemilihan buluh.

1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak

atau dusun.

2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.

3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai

banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.

4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai

semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.

5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di

waktu tengahari.

6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.

Cara Pembuatan Wau

Pada zaman dahulu, wau dihasilkan adalah diperbuat dengan menggunakan

daun pokok yang ringan dan dilekatkan pada rangka yang diperbuat daripada

buluh yang telah diraut halus. Wau yang bermutu tinggi hanya boleh dihasilkan

oleh pembuat wau yang cukup mahir serta berpengalaman luas dan mempunyai

kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan wau. Antara negeri yang mahir dalam

pembuatan wau yang berkualiti adalah dari negeri Kedah Darul Aman, Kelantan

Darul Naim dan juga dari Terengganu Darul Iman. Membuat wau sebenarnya

adalah satu proses yang rumit yang memerlukan kreativiti yang tinggi di samping

mempunyai daya cermat serta berhati-hati dalam proses pembuatan wau agar wau
yang dihasilkan kelihatan cantik dan gah terbang di awan. Pembuat wau juga

perlu bijak dalam seni lukis serta pandai memilih dan memadankan warna yang

bakal digunakan. Wau yang hendak dihasilkan mestilah ditentukan bentuk terlebih

dahulu bagaiman rupa dan bentuknya. Pembuatan wau juga mengambil masa yang

agak lama bergantung pada saiz, kemahiran, serta corak yang mahu dihasilkan.

Pengambilan masa yang lama ini termasuk dari meraut buluh sehinggalah kepada

kerja-kerja melekatkan kertas pada rangka wau tersebut yang kadangkala

mengambil masa dua minggu.

Meraut Buluh

Langkah pertama dalam pembuatan wau adalah meraut buluh. Buluh

perlulah diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas

dan kulit. Tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat

bahagian sayap wau agar tidak terhayun-hayang apabila diterbangkan. Pisau khas

digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja

tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan.

Kesilapan kecil boleh mengakibatkan masalah besar berlaku pada wau.


Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :

1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan

sederhana keras.

2. Bahagian bilah sayap pada kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan

semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.

3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5

sentimeter.

Proses Memasang Tanah Wau

Proses memasang tanah wau merupakan proses kedua dalam pembuatan wau. Satu

lapisan iaitu ’tanah’, lapisan asas yang akan dipasang pada wau agar wau tersebut

tahan lasak keran sifat utama kertas tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi

angin. Pemasangan pula melibatkan beberapa langkah sebelum siapnya wau

tersebut. Langkah tersebut adalah

1. ukur kertas dengan saiz bingkai wau

2. kemudian kertas yang ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua

sentimeter dari rangka bingkai.

3. potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ’V’.

4. lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.


Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak

Unik atau keistimewaan sesebuah wau terletak pada ukiran lukisan pada

badan wau. Proses ini adalah proses terakhir dalam pembuatan wau dan dalam

proses ini, kreativiti dan cermat adalah perkara yang memainkan peranan agar wau

yang dihasilkan kelihatan cantik, unik, istimewa dan tersendiri. Langkah-langkah

terakhir tersebut adalah:

a) Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk

bahagian ekor

b) Mulakan lukisan dari bahagian dada wau sehingga ke hujung sayap dengan

menggosokkan satu ruang kosong untuk tapak kijang, bagi bahagian ekor

pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama denga corak di bahagian

sayap.

c) Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi

corak asas bagi wau.

d) Corak akan ditampal pada kertas warna lain dan biasanya warna emas

dengan menyapu gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur

dengan air terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada berkedut. Kertas

bercorak akan diletakkan di atas kain lembap. Kertas berwarna diletakkan

perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan dengan

menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi.

e) Potong semula corak yang hemdak disobek dan ditampal sekali lagi dengan

kertas berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.


f) Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan menyapu gam kanji pada

bahagian tepinya sahaja. Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan

menyapu gam menggunakan berus lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal

kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka

buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau yang

hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air.

Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran

sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan

wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.

Proses Membuat Serta Memasang Jambul Atau Rambu

Jambul atau rambu dipasang dengan ditilitkan pada rangka ekor atau sayap

wau. Diperbuat daripada kerta ’crepe’ yang dipotong dengan gunting secara

memanjang untuk membentuk rambu.

Proses Membuat Serta Memasang Belalai

Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada

kepala wau. Wau mempunyai keunikannya yang tersendiri dan istimewa. Warisan

tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu

dan negara. Kini permainan wau mulai popular dan tidak terhad kepada luar

bandar sahaja malah dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa.

Selain wau, layang-layang juga diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu

terluang.
v) Cara Bermain Wau

Pelbagai cara serta teknik untuk bermain wau ini. Bagi yang belum pernah

menaikkan wau, jangan memandang rendah akan perkara ini kerana bukan mudah

untuk menaikkan wau. Lazimnya wau akan dimainkan oleh dua orang pemain di

tempat yang lapang seperti di sawah padi. Ini kerana di kawasan yang lapang

tiada banyak halangan seperti pokok yang menggangu wau ini dari tersangkut

apabila wau tersebut diterbangkan ke udara. Namun apa yang penting adalah di

kawasan ini angin bertiup dengan baik yang seterusnya membantu menerbangkan

wau tinggi ke udara. Seorang daripada mereka akan memegang wau dan orang ini

akan dikenali sebagai juru tarik dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan

berperanan memegang tali wau.

Juru anjung akan menolak wau ke udara dan dalam waktu yang sama,wau

ini akan ditarik oleh juru tarik sehingga wau yang diterbangkan ke udara itu

melayang tinggi. Juru tarik juga berperanan mengawasi wau yang dilayangkan.

Angin yang bertiup merupakan masa yang sesuai untuk bermain wau. Apabila

angin bertiup maka tali wau akan ditarik melawan arus angin iaitu dengan cara

menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut terbang tinggi di udara.

Ketinggian sesebuah wau adaalah bergantung kepada panjang atau benang yang

diikat pada badan dan sayap wau yang digunakan untuk menerbangkan wau

tersebut. Kilauan cahaya matahari yang memancar akan menambah kecantikan wau

yang dihiasi berwarna-warni. Wau perlu dikawal dengan baik agar wau tersebut
tidak terbang rendah serta tali yang digunakan perlu kuat agar tidak terputus

sewaktu wau ditarik di udara. Dalam sesuatu pertandingan wau, beberapa aspek

penting dititikberatkan seperti kedudukan wau, ketinggian wau, kekuatan bunyi

dengungan yang regu yang mahir merupakan syarat-syarat yang terpenting dalam

sesuatu pertandingan wau bagi menentukan siapakah yang bakal memenangi

pertandingan tersebut.

Wau yang mempunyai busar akan mengeluarkan bunyi semasa wau tersebut

diterbangkan di udara atau angkasa yang mampu menggamit pendegaran sesiapa

sahaja yang mendengarnya. Menurut kepercayaan masyarakat zaman dahulu, bunyi

dengung wau kononnya mempunyai kuasa yang mampu untuk menghalau hantu

jembalang yang ada pada sekitar tempat bermain. Sama ada ia mempunyai

kebenaran atau tidak, ia hanyalah sebagai suatu kepercayaan yang kadangkala

mungkin sebagai suatu gurauan.

vi) Jenis-jenis Wau

Terdapat pelbagai jenis wau yang terdapat dalam negara kita. Rekacorak

bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang

dihasilkan dengan berwarna-warni. Sehingga kini masih ada pihak yang sanggup
mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan

ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.

a) Wau Bulan:

Wau bulan merupakan wau yang sebahagiannya ekornya

menyerupai bulan sabit atau tanduk dan mengandungi bulan penuh di bahagian

labu iaitu di antara bulan sabit dengan sayapnya.

b) Wau Jala Budi:

Wau Jala Budi merupakan wau yang menyerupai lembaga manusia

yang bahagian ekornya berbentuk seperti punggung manusia. Wau ini juga

dikenali kangkang dan wau orang. Ia juga mengambil nama sempena bentuk

daun budi.

c) Wau Kuching:

Wau yang bahagiannya ekornya menyerupai kepala kucing jika

diterbalikkan secara grafik

d) Wau Merak:

Wau yang menyerupai bentuk burung merak.

e) Wau Payang:

Wau yang menyerupai bentuk perahu payang

f) Wau Sobek:

Wau rekaan tradisi daripada kertas dengan menggunakan faedah

meretas, menebuk, melorek atau tampal cantum bertujuan untuk dipamerkan

dan bukan untuk dinaikkan. Ia memang direka khas untuk perkhiasan.

g) Wau Lenggang Kebayak:

Merupakan wau kucing yang berekor


h) Wau Kapal:

Wau ini merupakan sebuah wau yang bahagian ekornya berbentuk kapal

laut atau kapal layer dan berasal dari negeri Selangor.

i) Wau Daun:

Wau ini pula merupakan wau yang menyerupai wau bulan tetapi tidak

mempunyai bulan penuh. Ekornya lebih rapat ke sayapnya yang panjang dan

dapat diterbangkan oleh angin yang sederhana kerana ringan dan berasal dari

Siam atau Patani. Ia juga dikenali sebagai wau barat.

j) Wau Helang:

Wau yang terakhir ini pula merupakan wau yang menyerupai bentuk

burung khususnya pada bahagian ekor dan berasal dari Perlis.

Gambar Wau.
Wau Bulan, Wau kucing, Wau daun

Wau helang, Wau Jalabudi, Wau kenyalang

Wau merak, Wau puyuh, Layang-layang

Kesimpulan

Wau merupakan warisan negara yang sangat berharga. Kita, rakyat

Malaysia, mestilah berganding bahu dalam memelihara warisan ini yang

mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Rumusan
Setelah menjalankan kajian folio ini, saya berasa amat bersyukur

kerana dilahirkan sebagai seorang warganegara Malaysia kerana keunikkan dan

kepelbagaian budaya dan adat resam yang terdapat di negar yang tercinta ini.

Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengenali dengan lebih mendalam

tetang permainan wau. Bak kata pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta.

Saya sebagai salah seorang warganegara Malaysia, akan cuba untuk

mempertahankan permainan wau, permainan tradisi sejak turun-temurun

daripada lenyap ditelan zaman. Jika semua rakyat masyarakat kita

mempertahankan serta memelihara warisan tradisi ini, maka akan timbul

bersefahaman dan dapat memupuk budaya cintai warisan negara kepada dalam

diri masyarakat. Dengan persefahaman yang timbul ini bukan sahaja dapat

mengelakkan sebarang perselisihan faham yang mungkin berlaku antara kaum

malah dapat menjalinkan semangat muhibah atau semangat masyarakat antara

kaum. Semangat muhibah yang wujug ini mungkin membolehkan perpaduan

rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini terus berkekalan. Rakyat Malaysia

yang bersatu-padu ini juga dapat berganding bahun dalam semua aspek untuk

membangunkan negara yang tercinta sehinggakan semua rakyat berbangga

sebagai warganegara Malaysia.

Lampiran
Negeri Kelantan popular dengan permainan wau

Wau yang semakin popular dimainkan dalam dan luar negara.

Rujukan
Internet

• http://www.scribd.com/doc/3272969/Folio-Sejarah-Ting3-lengkap-2008
• http//malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm

Buku

• Mazlan Othman-Ruzitah Tapah-Hassan Mohd Gahazali,2004,Pendidikan Seni


Visual Tingkatan 3, Shah Alam,Selangor Darul Ehsan, Penerbit Fajar Bakti
Sdn.Bhd

• Noordin Sulaiman-Rosidah Awang,2000,Multiwarisan Unik:Permainan Dan


Hiburan Tradisi, Kuala Lumpur,Penerbit Pinang Sdh.Bhd

• Zawiah Ahmad,1997,Siri Kebudayaan:Gasing,Wau&Sepak Takraw, Petaling


Jaya,Selangor,SAMA PUBLICATIONS&DISTRBUTORS

• Nasman Ahmad-Rosnah Ramli,1997,Siri Kebudayaan Masyarakat


Malaysia:Masyarakat Melayu, Melaka,Associated Educational
Distributors(M) Sdn.Bhd

Majalah

• Majalah Siswa, Mei 2007, halaman 19

Surat Khabar

• Mingguan Malaysia:Sabtu,25 Ogos 2007,halaman 21


• Utusan Melayu:Sudut Sastera,23 Januari 2007,halaman 31