Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN 2

Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi
pengalaman unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Bagaimanakah modal insan yang patriotik dapat dibentuk melalui aktiviti sukan dan
permainan?

Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita seharusnya mempunyai sifat-sifat mulia dan berbangga

menjadi menjadi salah seorang penduduk di Negara yang aman dan makmur ini. modal insan

yang patriotik ini juga boleh dibentuk melalui aktiviti sukan dan permainan. Melalui aktiviti

sukan dan permainan semangat cinta akan Negara akan lahir apabila terdapat semangat serta

minat yang mendalam tentang sesuatu permainan dan berusaha untuk mendalaminya dan

mempelajarinya. Aktiviti sukan dan permainan juga akan dapat menyedarkan masyarakat tentang

kepentingan Sesuatu permainan tersebut dan akan mewujudkan perasaan bangga menjadi rakyat

Malaysia. Selain itu kita diajar supaya menghormati raja dan pemimpin Negara. Kita juga di

didik supaya menghormati lambang-lambang Negara seperti bendera. Sukan dan permainan juga

dapat memupuk modal insan berpatriotik dan bersemangat setia Negara. Ahli sukan yang tulen,

memiliki rasa cinta akan bangsa dan Negara. Selain itu,mereka sanggup membelakangkan

kepentingan diri kerana sudah menjadi adat dalam permainan ada yang kalah dan ada yang

menang bak kata pepatah.’alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Ada

ahli sukan yang masih berani untuk berlawan walaupun lawannya lebih handal. Oleh yang

demikian itu,mereka berani mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara.


Sukan dan permainan juga dapat melahirkan modal insan yang patriotik serta bersemangat

kekitaan. Perkara ini boleh dilihat apabila terdapat kerjasama diantara pasukan dan lahirlah

semangat kekitaan dalan diri para pemain. Mereka perlu sentiasa tolong menolong dan

bermuafakat diantara satu sama lain. Ahli sukan juga perlu sentiasa berdisiplin tinggi,berakhlak

mulia dan mempunyai budi pekerti yang tinggi dan sentiasa mematuhi peraturan serta undang-

undang permainan. Semasa menyertai mana-mana permainan atau aktiviti sukan,kita perlu

berlakuan sopan,bertatasusila dan berhemah tinngi.seterusnya modal insan yang patriotik dapat

dicapai apabila kita sentiasa bertindak wajar dan sentisas amanah serta jujur dalam melakukkan

sesuatu permainan. Sebagai pemimpin pula seharusnya sentiasa menyemai semangat patriotik

dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda yang merupakan pewaris Negara. Mereka perlu

berusaha dan produktif serta tidak mudah berputus asa dalam menghadapi cabaran