Anda di halaman 1dari 11

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015


KRB 3063 PENGHAYATAN KARYA AGUNG
TAJUK

TUGASAN A
NOVEL INTERLOK

DISEDIAKAN OLEH
NAMA
ABDUL RAHIM BIN NOH

NO MATRIK
D 20112055583

PUSAT PEMBELAJARAN

: EL - GROUP UPSI 23 (KNCC SEREMBAN)

NAMA TUTOR E-LEARNING

: EN. ABDUL HALIM BIN ALI

TARIKH SERAH

: 29.11.2014

ISI KANDUNGAN

BIL
1
2

3
4

PERKARA
PENGENALAN
PENGHAYATAN KARYA AGUNG

MUKA SURAT
3

2.1 FALSAFAH

35

2.2 PANDANGAN HIDUP

57

2.3 NILAI ILMU


PENUTUP
BIBLIOGRAFI

79
9
10

PENGENALAN
Mengupas dengan lebih lanjut, Karya Agung boleh diertikan sebagai ciptaan atau buatan
yang terutama, tertinggi dan teristimewa daripada seseorang pengarang. Ini dapat dibuktikan
dengan makna Karya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat yang membawa maksud buatan
atau ciptaan sesuatu. Manakala Agung pula membawa maksud paling besar, terutama,
tertinggi, teristimewa dan terkemuka. Bagaimanapun Karya agung itu juga dapat dianggap
sebagai pembentuk dan cermin budaya dan tamadun bangsa yang melahirkan karya itu. Dalam
erti kata lain, karya agung ialah karya yang boleh meninggalkan kesan budaya, pemikiran,
pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa.
Bagaimanapun, tamadun melayu sepanjang zaman banyak sekali dibentuk dan diwataki
oleh tradisi sastera ini. Karya agung diilhamkan dalam pelbagai bentuk samada ianya berbentuk
pepatah, sajak, cerpen, pantun dan sebagainya. Melalui konsep ini samalah dengan karya agung
Sejarah Melayu yang menjadi bahan kajian hingga ke hari ini. Dengan adanya naskhah Sejarah
Melayu, dapatlah pengkaji dan peminat mengkaji dan meneroka sastera tentang masyarakat
Melayu khasnya dan membuat kajian tentang pelbagai aspek.
PENGHAYATAN KARYA AGUNG
a) FALSAFAH
Menjurus kepada falsafah yang cuba untuk disampaikan oleh penulis adalah kebebasan
jiwa penulis tidak terbatas dan pemikiran kreatif terpancar melalui karya hingga pembaca
histeria. Meskipun karya fiksyen, olahan dan manipulasi bahasa puitis serta gramatis realiti
kehidupan dalam negara pelbagai kaum perlu menjadi panduan. Apalagi membangkitkan isu
sensitif seperti agama, falsafah bangsa dan asal usul kaum dengan prejudis hanya menimbulkan
perasaan kurang senang. Setiap kaum tidak membabitkan perbezaan jika menyatakan taat setia
melalui perlakuan nasional seperti fasih berbahasa kebangsaan ketika urusan. Dalam pada yang
sama, dunia telah tahu bahawa agama dan tradisi budaya India itu amat rigid sekali. Ini adalah

fakta. Jika di India sering terjadi konflik dalaman agama dan budaya mereka, maka kesan
psikologi dari sistem kasta India itu sentiasa timbul. Sistem kasta dengan pembahagian strata
sosial berasaskan pembahagian seawal kelahiran seseorang manusia dengan Brahmin, Ksyatriya,
Vasya dan Sudra tidak dapat terelak lagi.
Novel Interlok yang bertemakan integrasi tiga kaum untama di Malaysia iaitu Melayu,
Cina dan India yang terpaksa melalui pelbagai cabaran untuk hidup bersama-sama dalam sebuah
Negara yang bebas dan bermaruah. Watak Pak Musa, Maniam dan Kim Lock masing-masing
hidup dalam dunia yang berasingan sehingga mereka ditemukan dalam situasi yang
menyebabkan mereka terpaksa bergantung antara satu sama lain. Menurut novel ini, Pak Musa
terpaksa berhutang dengan Kim Lock untuk membeli harta dan hidup senang tetapi tidak sempat
melunaskan hutangnya sebelum mati. Akibatnya semua hartanya diambil oleh Kim Lock
menyebabkan anak dan isterinya malarat. Manakala kisah Maniam pula membawa diri
meninggalkan isteri yang sarat mengandung akibat difitnah oleh Suppiah, orang kampungnya
sendiri. Bagaimanapun, Kim Lock pula mementingkan harta bendanya hingga memandang
rendah terhadap orang-orang di sekelilingnya. Dalam generasi kedua, Seman anak Pak Musa
menyelamatkan Poh Eng anak Kim Lock, manakala Maniam, Yew Seng anak Kim Lock yang
cedera di kaki lebih suka menerima kaki palsu yang di dermakan oleh masyarakat.

Daripada tinjauan yang dibuat, istilah parya itu wujud disebabkan ada golongan yang
tidak diterima oleh mana-mana golongan tadi. Mereka tergolong sebagai untouchable group,
tidak dapat dipegang, disentuh atau masuk ke dalam kategori. Di bawah sistem begitu mobiliti
sosial tidak terjadi dengan bebas, maknanya seorang parya itu akan tetap kekal parya. Mereka
tidak akan dibenarkan mendaki puncak kehidupannya, hatta cemerlang dalam pendidikan
sekalipun. Kastanya akan kekal. Senario di atas itulah yang cuba dibezakan dan mahu
dibandingkan antara negara Malaysia, asalnya Tanah Melayu, berbanding dengan tanah air asal
orang keturunan India. Abdullah Hussain tidak sekali-kali menghina, apalagi memandang rendah
kepada kaum lain. Kerja tidak matang atau tunjuk perangai itu adalah kerja orang terburu-buru
dan kerja budak-budak.

Apabila memperkatakan mengenai hal ini, perkara yang perlu untuk di fahami adalah
sikap orang Melayu yang sentiasa terbuka ada prinsip penerimaan, bukan sekadar bertolak ansur
dan akomodatif sudah dibuktikan sejarah sejak ribuan tahun. Jadi sungguh melampau perbuatan
melabel dan mengesyorkan karya besar seorang sasterawan negara dibuang mudah akibat tidak
celik budaya dan buta sejarah. Rakyat Malaysia sedang menyaksikan agenda politik bagi meraih
sokongan kaum India dalam banyak perkara. Sungguhpun begitu, kisah Maniam, watak seorang
India dari India Selatan itu adalah pengalaman silam yang boleh dikatakan dilalui setiap orang
India. Mereka menjadi perantau dan ternyata apabila memilih Malaysia sebagai tempat mencari
rezeki dan tanah baru kediaman, perbezaannya jauh sekali. Di Malaysia, sistem masyarakat
induknya tidak ada kasta dan kasta tidak berfungsi di kalangan keturunan mereka sendiri.

Sebagai rumusannya novel ini amat memberi manfaat kepada pelajar untuk menghormati
setiap individu yang berbilang kaum. Setiap watak memainkan peranan yang penting bagi
menghidupkan kisah yang ingin ditonjolkan. Ironinya akan membantu pelajar dalam menerapkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan sehari-hari. Bagi masyarakat pula, hidup harmoni dalam
perpaduan memerlukan persefahaman yang jitu. Walhal dalam penbentukan Negara, seharusnya
setiap kaumyang mempunyai kelebihan masing-masing bersepakat dalam memajukan Negara.
Tidak mengira usia, bangsa dan agama.

b) PANDANGAN HIDUP

Pandangan Hidup dapat didefinasikan sebagai pendapat atau pertimbagan yanag dijadikan
pegangan, pedoman, arahan, petunjuk hidup di dunia. Pendapat atau pertimbangan itu hasil
pemikiran manusia berdasarkan pengalaman sejarah menurut waktu dan tempat hidupnya.
Pandangan hidup mempunyai tiga iaitu pandangan hidup yang berasal dari agama. Dengan kata
lain pandangan hidup yang mutlak kebenarannya. Kedua, pandangan hidup yang berupa

ideologi yang disesuaikan dengan kebudayaan dan norma yang terdapat pada Negara. Manakala
ketiga pula adalah pandangan yang berdasarkan renungan, iaitu pandangan hidup yang relatif
kebenarannya. Pandangan hidup itu adalah sebuah jalur yang dibuat untuk menentukan arah
kehidupan seseorang.
Jelas sekali dengan meneliti semua watak yang dipaparkan terdapat watak hitam dan putih
seperti juga kehidupan dunia nyata yang bercampur-baur kebaikan dan keburukan. Tiada watak
yang sempurna. Pastinya yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.
Realiti masyarakat sebelum merdeka dan menjelang merdeka digarap dengan baik dan sekali lagi
dengan jujur oleh pengarangnya. Selain nilai sejarah dan nilai murni yang begitu banyak
dalam novel ini, penonjolan unsur perpaduan antara tiga bangsa (Melayu, Cina, India), tolakansur, konsep memberi dan menerima jelas melatari novel dan kelihatan ditegaskan dalam kisahkisah akhir. Apabila membicarakan tentang hal ini, plot atau jalan cerita yang dibentangkan
adalah lancar, mudah dan tidak berbelit-belit memudahkan semua unsur murni difahami oleh
pembaca. Justeru beberapa perkara yang sebenarnya fakta sejarah yang digarap dengan baik dan
jujur oleh pengarang seharusnya tidak dijadikan isu secara emosi dan perlu dimamah secara
intelektual. Jika pembakaran terbuka itu dianggap suatu yang wajar mungkin beberapa pihak
lagi pun berasa novel ini juga perlu dibakar. Malah mungkin di sebuah kedutaan yang gambaran
watak di dalamnya semasa perang digambarkan sebagai kejam sekali.

Abdullah Hussain menghasilkan novel ini berasaskan pengaruh pengalaman setempatnya


yang dilalui dari kaca mata masyarakat dan dia memfokuskan penduduk kampung yang
mengalami pelbagai masalah. Kesempatan beliau berada dalam kontek itu, membolehkannya
mengolah kembali gambaran tersebut melalui proses mediasi dengan memperincikan watak, plot
serta teknik penceritaan supaya lebih menyegarkan dan menimbulkan rasa keinsafan kepada
pembaca. Banyak mesej, pengajaran dan nilai yang digarap dalam karya tersebut. Malangnya
banyak antara kita yang misalnya seperti kata para ilmuan bahwa apa yang manusia belajar
daripada sejarah ialah, manusia tidak belajar apa-apa daripada sejarah. Lantas sejarah berulang
kembali, sengketa dan peperangan juga turut berulang malah mungkin lebih dahsyat

Apa yang boleh dikatakan, masyarakat pada masa itu menganuti agama Islam dan
mengamalkan dua bentuk kepercayaan [bukan agama] iaitu berunsurkan animisme dan HinduBuddha. Jelas, betapa pengarang hikayat ini mempunyai idealisme untuk mengangkat martabat
bangsa Melayu setinggi mungkin. Perkara inilah yang dikatakan bahawa karya agung ini
melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala
dalam menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi
bangsa dan masyarakatnya. Pengajaran novel ini sarat dengan pelbagai nilai moral. Bagi generasi
muda, penghayatan kisah novel Interlok membantu mereka memahami keadaan perit jerih
generasi terdahulu yang hidup pada zaman peperangan. Zaman penjajahan yang penuh
penderitaan khususnya kepada golongan marhaen, turut digambarkan secara jelas. Fitnah
Suppiah terhadap Maniam dan Malini menjadikan sebuah keluarga berpecah belah. Kasih sayang
anak dan bapa, seperti digambarkan oleh watak Seman, Ching Huat dan Kim Lock turut
diketengahkan oleh SN Abdullah Hussain.

Oleh itu, jelaslah terbukti bahawa sesebuah teks yang dihasilkan pengarang bukanlah lahir
dari idea bernasnya semata-mata, malah menjadikan peristiwa persekitarannya sebagai salah satu
bentuk penulisan bagi membentuk sebuah teks yang bernilai. Dalam merefleksikan peristiwaperistiwa kemasyarakatan itu melalui karya sastra, seorang pengarang menerapkan suatu filter
halus berdasarkan nuraninya. Novel ini sarat dengan tema perpaduan antara tiga kaum yang
melalui pelbagai cabaran untuk mendirikan sebuah negara yang bebas dan bermaruah.
Hakikatnya, kedatangan buruh India dari selatan benua kecil itu memang ada benarnya.

c) NILAI ILMU

Novel Interlok adalah satu novel sastera yang merakaman sejarah dalam bentuk fiksyen.
Interlok memaparkan kegigihan watak-watak dalam keluarga berketurunan Melayu, Cina dan
India di zaman sebelum merdeka untuk mengubah nasib diri dan menjadi manusia yang
bermaruah dan bermartabat. Ekoran daripada kotroversi tersebut, dijelaskan watak-watak yang
terdapat dalam nivel ini. Watak utama dalam Novel Interlok adalah 3 watak iaitu Cing Huat
(Cina), Maniam (India) dan Seman (Melayu) yang terdiri daripada pelbagai asal usul dan latar
belakang dan didapati hidup aman dan damai malah bekerjasama antara satu dengan lain dalam
memajukan diri dan keluarganya. Diperkukuhkan lagi dengan huraian mengenai watak Cing
Huat yang digambarkan sebagai seorang anak muda Tionghua yang bekerja keras meneruskan
perniagaan bapanya sehingga menjadi kaya raya dan dihormati oleh masyarakat. Manakala,
watak Maniam pula dipaparkan sebagai seorang buruh India yang rajin berusaha sehingga
akhirnya berjaya menjadi tandil estet. Malah melalui pendidikan, anak Maniam iaitu
Ramakrisnan berjaya menjadi inspektor polis. Selain itu pula, watak Seman ditonjolkan sebagai
anak seorang petani Melayu yang bekerja kuat untuk mengangkat nilai dirinya agar menjadi
insan yang berjaya dan dihormati oleh penduduk desanya.
Bagaimanapun, interlok adalah sebuah karya kreatif yang menggabungkan fakta sejarah
sosial dan imaginasi pengarang. Melalui adunan realiti dan imaginasi, novel ini cuba
memaparkan suatu bentuk kehidupan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di Tanah
Melayu sebelum merdeka. Penceritaan tentang kegigihan watak-watak pelbagai kaum dalam
novel ini untuk mengubah nasib diri memberi pengajaran kepada murid bahawa sesiapa sahaja,
tanpa mengira perbezaan kaum, warna kulit dan agama, boleh berjaya dalam kehidupan
sekiranya mereka gigih berusaha. Novel ini juga sarat dengan nilai-nilai perpaduan kaum. Aspek
kerjasama dan hormat menghormati antara kaum ditonjolkan dengan nyata melalui persahabatan
Maniam dan Musa. Maniam juga dipaparkan sebagai seorang yang sentiasa mengenang jasa
sahabatnya Musa yang pernah menyelamatkan nyawanya, walaupun Musa telah lama meninggal
dunia. Sebagai membalas jasa Musa, Maniam telah menolong anak Musa, iaitu Seman, untuk
mendapatkan pekerjaan di estet. Malah, sebagai penghormatan kepada Maniam, Seman
memanggil Maniam dengan panggilan tuan.

Justeru, Rakyat Malaysia, tanpa mengira perbezaan agama dan kaum, berpeluang memajukan
diri sekiranya berusaha bersungguh-sungguh. Semangat kerjasama antara kaum dan cintakan
negara ditonjolkan sepanjang perjalanan cerita dalam novel ini. Malah, penulis menggambarkan
watak-watak dari ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India bersama-sama menyambut
kemerdekaan negara dalam suasana penuh pengharapan dan kegembiraan. Banyak nilai murni
yang terdapat dalam novel Interlok yang dapat dijadikan contoh oleh pelajar-pelajar dalam
kehidupan seharian, antaranya seperti yang disenaraikan di bawah ini. Antaranya tolongmenolong dimana Musa menolong Maniam yang dipukul oleh orang yang tidak dikenali ketika
dia hendak meninggalkan ladang tempatnya bekerja pada suatu pagi dan Maniam pula menolong
Seman mendapatkan kerja di ladang tempatnya bekerja. Dalam nilai menghargai jasa, Maniam
telah menghargai jasa Musa yang menolongnya ketika dia dipukul oleh orang yang tidak dikenali
dan Poh Eng menghargai jasa Seman dan Mak Limah yang memberikan perlindungan
kepadanya. Beberapa kajian yang dibuat lagi, nilai hormat-menghormati telah ditunjukkan oleh
Seman yang menghormati ayah dan ibunya dan dia tidak pernah meninggikan suara apabila
bercakap dengan mereka dan dia juga mematuhi arahan dan melakukan setiap perkara yang
disuruh oleh ibunya. Nilai kerajinan pula ditonjolkan bila mana Seman rajin bekerja sejak
ayahnya sakit dan dialah yang membelah kayu api. Seman juga rajin mengusahakan tanah sawah
bapa mentuanya dengan menanam sayur-sayuran, kacang dan pelbagai tanaman lain. Ketabahan.
Nilai ini ditunjukkan oleh Maniam yang tabah menghadapi dugaan hidupnya susah dengan
berhijrah ke Malaya untuk mencari pekerjaan dan seterusnya dia bekerja di beberapa tempat
seperti kuli di pelabuhan di Pulau Pinang hinggalah dia bekerja tetap dan dilantik sebagai tandil
di kebun getah.

Itulah serba sedikit nilai yang dapat diperolehi berdasarkan kisah interlok. Apa yang
diharapkan agar nilai dari kisah ini menjadi panduan dan ikutan kepada masyarakat kini.

PENUTUP

Sebagai penutup hujahan ini, dapatlah dirungkaikan dengan pengajaran. Kita hendaklah
mengenang jasa orang yang pernah membantu kita semasa kita menghadapi masalah.
Berkisahkan dengan watak Maniam berusaha mendapatkan kerja untuk Seman kerana Musa,
ayah Seman, pernah membantunya semasa dia dipukul oleh sekumpulan orang yang tidak
dikenali. Sebagai ibu bapa, kita hendaklah adil dalam mencurahkan kasih sayang kepada anakanak. Berkaitan dengan Kim Lock pula sangat menyayangi Cing Huat. Dia sanggup melakukan
apa-apa sahaja untuk melindungi anak-anak mereka. Ada orang yang mahu membeli Cing Huat
tetapi dia tidak bersetuju. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup.
Kita tidak seharusnya mudah putus asa terhadap sebarang kegagalan. Mengambil kisah Kim
Lock yang sentiasa tidak mudah asa untuk memperbaiki kehidupan mereka.
Bagaimanapun kita hendaklah mencintai tanah air sendiri. Setiap orang perlu rajin berusaha
untuk mencapai kejayaan. Pengajaran ini dapat digambarkan melalui watak Seman, Kim Lock,
Cing Huat, dan Maniam.
(2117 patah perkataan)

BIBLIOGRAFI

1. Abdullah Hussain. 2008. Interlok : Edisi Khas Sasterawan Negara. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.
2. Muhd. Yusoff Hashim. 1988. Pensejarahan Melayu Nusantara: Kajian Mengenai Sumber,
Penghayatan Masalah dan Tafsiran Naskah-Naskah Terpilih Sejarah Melayu. Singapura:
Gaints Prints Sdn. Bhd.
3. Ahmad Mahmood Musanif. 1992. Pemahaman dan Penghayatan Sejarah Melayu.
Selangor: Masa Enterprise.

4. Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya. 1988. Sejarahwan dan Pensejarahan:
Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur, Pusat Perkembangan Kurikulum.
6. http://www.moe.gov.my/bpk/dmdocuments/hsp_bm_sk_y5.pdf
7. http://eeeda-damak.blogspot.com/2013/08/budaya-bersalam-salaman.html

Anda mungkin juga menyukai