Anda di halaman 1dari 2

Ruj.

Kami :
Tarikh :
______________________
______________________
YB Dato / Datin / Tuan / Puan
JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SMK TELOK PANGLIMA GARANG
KE-35
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki,
2.
Berhubung perkata di atas, pihak sekolah menjemput YB Dato / Datin /
Tuan / Puan untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Panglima Garang
kali ke-35 yang akan diadakan seperti butiran berikut :
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

: 28 Februari 2015
: Sabtu
: 8.30 pagi
: Dewan Sri Panglima, SMKTPG

3.
Bersama-sama ini disertakan slip jawapan dan usul untuk dibincangkan
dalam Mesyuarat Agung tersebut. Semua usul hendaklah dikembalikan semula
kepada guru tingkatan selewat-lewatnya 13 Februari 2015 (Jumaat).
4.
Sukacita diingatkan bahawa usul dan cadangan yang diterima hanya
akan dibincangkan jika YB Dato / Datin / Tuan / Puan hadir dalam mesyuarat
tersebut. Usul yang berbentuk membantu meningkatkan kecemerlangan para
pelajar amat digalakkan.
5.
Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat, marilah kita
bersama-sama berganding bahu untuk kecemerlangan SMKTPG. Kehadiran YB
Dato / Datin / Tuan / Puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERSATU MEMANGKIN KECEMERLANGAN
Saya Yang Menurut Perintah

.
( Ir. Hj. Shahrul Nizam Bin Md Radzi)
Pengerusi Kehormat PIBG SMKTPG
**********************************************************************************
*
Saya ibu/bapa/penjaga kepada
akan/tidak hadir pada hari tersebut.Dengan ini saya
mencadangkan usul seperti berikut :

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
_________
* sila hantar keratan ini sebelum 13 Februari2015