Anda di halaman 1dari 2

1.

WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, HENDAKLAH KAMU MENJADI


ORANG YANG SENTIASA MENEGAKKAN KEADILAN SEBAGAI SAKSI (YANG
MENERANGKAN KEBENARAN) KERANA ALLAH SEKALIPUN TERHADAP DIRI
KAMU SENDIRI ATAU IBU BAPA DAN KAUM KERABAT KAMU. KALAULAH
ORANG YANG DIDAKWA ITU ORANG KAYA ATAU MISKIN MAKA JANGANLAH
KAMU TERHALANG DARI MENJADI SAKSI YANG MEMPERKATAKAN TENTANG
KEBENARAN DISEBABKAN KAMU BERTIMBANG RASA KEPADA KEDUADUANYA. OLEH ITU JANGANLAH KAMU TURUTKAN HAWA NAFSU SUPAYA
KAMU TIDAK MENYELEWENG DARIPADA KEADILAN DAN JIKA KAMU
MEMUTARBELITKAN KETERANGAN ATAUPUN ENGGAN DARIPADA MENJADI
SAKSI MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH LEBIH MENGETAHUI DENGAN
MENDALAM AKAN APA-APA YANG KAMU LAKUKAN.
(AN-NISAA:135)
Berdasarkan ayat di atas, huraikan hukum memberikan keterangan dalam Islam.

Ayat di atas menunjukkan bahawa Allah SWT telah memerintahkan hamba-Nya yang
beriman agar menjadi orang yang menegakkan keadilan dan mestilah tidak berat sebelah.
Selain itu, dalam ayat ini juga, Allah SWT memberitahu agar dalam menegakkan keadilan
itu, umat Islam mestilah tidak takut akan cercaan atau ejekan orang lain di samping saling
tolong-menolong antara satu sama lain dalam menegakkan keadilan.
Orang Islam yang beriman hendaklah menjadi saksi kerana Allah SWT seperti yang
terkandung dalam firman Allah dalam surah Ath-Thalaq ayat 2 yang bermaksud:
Dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu kerana Allah, yakni persaksian itu dilakukan
semata-mata kerana Allah, kerana mengharapkkan redha-Nya sehingga persaksian itu
benar, adil dan bersih daripada berlakunya penyimpangan serta tidak menyembunyikan
kebenaran.
Surah An-Nisa ayat 135 ini juga memerintahkan umat Islam yang beriman agar bersaksilah
dengan benar meskipun akibatnya buruk atau merugikan dirimu (golongan yang beriman).
Hal ini demikian Allah akan memberikan kebahagian dan jalan keluar dari kesempitan
kepada orang-orang yang taat kepada-Nya. Ayat ini turut memerintahkan agar golongan yang
beriman bersaksi dengan benar meskipun terhadap kedua-dua orang tua (ibu bapa) dan kaum
kerabat.
Ayat ini menunjukkan bahawa golongan yang beriman mestilah menegakkan kebenaran,
bersaksilah dengan benar, baik yang kaya atau yang miskin serta janganlah berlaku berat
sebelah akibat daripada pengaruh kekayaan atau kemiskinannya.
Di samping itu, ayat 135 menerangkan bahawa umat Islam untuk tidak terhalang oleh faktorfaktor seperti hawa nafsu, kesukuan atau sifat fanatik atau kebencian dalam membuat
keadilan. Umat Islam diseur supaya menegakkan keadilan dalam setiap keadaan kepada

sesiapa pun dan walaupun keadilan tersebut akan menyebabkan banyak orang membencimu.
Ini turut dapat dilihat dalam firman dalam surat Al-Maidah ayat 8:
Dan janganlah sesekali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk
berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa.
Selain itu, dalam ayat 135 ini ada menyentuh mengenai mengubah persaksian dan
memutarbalikkan kata-kata atau membuat perubahan dan dengan sengajanya melakukan
pembohongan. Surah Ali-Imran ayat 78, firman Allah SWT bermaksud :
Sesungguhnya di antara mereka ada segolongan yang memutar-mutar lidahnya membaca
Al-Kitab, supaya kamu menyangka yang dibacanya itu sebahagian dari Al-Kitab, padahal
bukan dari Al-Kitab dan mereka mengatakan: Ia (yang dibaca itu datang) dari sisi Allah,
padahal bukan. Mereka telah berkata dusta terhadap Allah yang Maha Mengetahui.
Mereka yang enggan menjadi saksi iaitu menyembunyikan persaksian dan meninggalkan
turut disentuh dalam surah An-Nisa ayat 135 ini. Allah SWT telah berfirman dalam Surah
Al-Baqarah ayat 283 yang bermaksud, dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan
persaksian dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya mereka adalah
orang yang berdosa hatinya.
Rasullulah SAW turut bersabda, Sebaik-baik saksi adalah mereka yang datang dengan
persaksiannya sebelum persaksian itu diminta/dinyatakan kepadanya.
Seperti yang diterangkan di atas, perintah agar berbuat adil dalam memutuskan sesuatu
perkara terkandung dalam Surah Al-Maidah juga, selain surah An-Nisa. Dalam pada itu,
Rasulullah turut bersabda (hadis riwayat Abu Daud):
Hakim itu ada tiga; seorang di Syurga dan dua orang berada di Neraka. Yang berada di
Syurga adalah seorang lelaki yang mengetahui kebenaran lalu menghukum dengannya,
seorang lelaki mengetahui kebenaran lalu berlaku zalim dalam menghukum maka dia di
Neraka dan orang yang memberikan keputusan untuk manusia di atas kebodohan, maka dia
berada di Neraka.
Jadi, berdasarkan hadis di atas juga, seseorang itu haruslah bersifat adil kerana apabila dia
tidak berbuat demikian, maka nerakalah tempatnya tetapi orang yang berlaku adil, syurga
menjadi tempatnya.

Anda mungkin juga menyukai