Anda di halaman 1dari 1

Selamat pagi Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, guru-guru

dan rakan-rakan. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan


sebuah cerita yang berkisahkan Anjing yang Tamak.
Suatu masa dahulu, ada seekor anjing yang kelaparan.
Dia mencari makanan di merata-rata tempat.
Tiba-tiba, dia menemui apa yang dihajatinya seketul
tulang yang besar dan enak ! Anjing itu sangat gembira
dan segera mendapatkan tulang besar itu. Dia
menggonggong tulang itu di dalam mulutnya dan berlari
pergi. Dia mahu memakan tulang itu di tempat yang
sunyi.
Dia terus berlari ke luar bandar. Tidak lama kemudian,
dia tiba di sebatang titi yang merentasi anak sungai. Dia
memandang ke bawah. Dia melihat seekor anjing lain di
dalam air!
Anjing di dalam air itu menggonggong seketul tulang
yang besar. Anjing itu pun berasa tamak.
Anjing itu menyalak, Hou ! Hou ! Hou ! Malangnya,
tulang yang digonggongnya terjatuh ke dalam sungai.
Sekarang, dia tidak mempunyai apa-apa untuk
dimakan !
Moral cerita ini ialah berpuas hatilah dengan segala yang
dimiliki. Jika tamak, kita akan rugi !

Anda mungkin juga menyukai