Anda di halaman 1dari 1

Salam sejahtera dan selamat berhujung minggu.

Lama saya tidak dapat mengemas laman ini. Bukan kerana ketandusan idea. Tetapi atas kesibukan
tugas dan hal-hal peribadi yang lain. Kepada anda yang menghantar email untuk mendapatkan
maklum balas saya, harap anda berpuas hati dengan penerangan yang saya berikan.
Jika masih ada kekurangan, sila hubungi saya semula. Terima kasih juga kepada pembeli-pembeli
ebook. Semoga bahan yang anda perolehi akan memberi manfaat yang paling baik buat anda dan
anak didik. Saya tidak sabar menantikan reaksi dan komen anda sebagai pembeli dan pengguna.
Baiklah, topik yang ingin saya sentuh pada kali ini adalah berkaitan dengan sikap ibu bapa yang
begitu kurang menyenangkan saya. Maaf kerana dalam banyak-banyak topik, isu ibu bapa atau
penjaga paling banyak dipaparkan.
Beberapa hari yang lalu, sekolah saya ada mengadakan Hari Bertemu Pelanggan. Saya sebagai
guru kelas bagi murid-murid yang majoritinya terlalu lemah dalam pelajaran (ada yang langsung
tidak tahu membaca walhal sekolah sudah berjalan selama tujuh bulan).
Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan kelemahan dan kekurangan murid kepada
ibu bapa atau penjaga di samping berkongsi ramuan terbaik bersama ibu bapa / penjaga yang
hadir, bagaimanakah formula paling berkesan untuk membantu murid-murid ini supaya berada di
landasan terbaik dalam akademik sebaris dengan rakan-rakan seusia mereka.
Perbincangan dari hati ke hati, luahan jujur sebahagian ibu bapa / penjaga yang hadir saya
catatkan dalam nota yang saya bawa untuk dijadikan rujukan kelak.
Agak sedih juga kerana tidak ramai ibu bapa yang hadir pada hari berkenaan. Barangkali kerana
kesibukan bekerja. Saya tidak kisah jika ibu bapa atau penjaga datang lewat kerana saya
menunggu di dalam kelas bersama murid sehingga petang.
Kasihan kepada murid-murid yang ibu bapanya tidak hadir. Dari kaca mata mereka, berasa
gembira memberi tahu saya bahawa ibu bapa / penjaga mereka akan hadir. Tetapi, menunggu
hingga ke petang, bayang pun tiada nampak. Yang hadir cuma sekerat dua. Tidak sampai separuh
pun.
Jika terlalu sibuk sekali pun, takkanlah luangkan masa sekejap demi masa depan anak-anak pun
tiada? Kasihan saya lihat anak-anak murid saya yang tidak mahu balik kerana mengatakan
sebentar lagi ibu bapanya akan datang. Saya pula yang terpaksa pujuk dan mengarahkan murid
pulang.

Anda mungkin juga menyukai