Anda di halaman 1dari 1

Kepada ibu bapa yang hadir, saya ucapkan jutaan terima kasih.

Walaupun ada yang datang sekadar


mahu mengambil Buku Rekod Kemajuan anak, dan tidak mahu mendengar apa yang saya cuba
sampaikan, cukuplah untuk saya membuat penilaian.
Kepada ibu bapa yang memberi kerjasama, saya juga ucapkan jutaan terima kasih. Kehadiran anda
begitu berharga dan memberi saya lebih banyak peluang untuk mengenali latar belakang anakanak anda. Insyaallah, kita sama-sama membantu. Yalah, mana ada ibu bapa atau guru yang ingin
lihat anak murid gagal dalam pelajaran.
Selepas pertemuan pada Hari Bertemu Pelanggan itu, seorang penjaga datang berjumpa saya
untuk bertanyakan prestasi akademik anaknya dan sekali gus ingin membayar yuran yang belum di
jelaskan.
Saya bertanyakan anaknya kelas tahun berapa? Yalah, manalah tahu entah-entah penjaga
berkenaan tersilap orang yang dicari. Penjaga itu membalas yang dia sendiri kurang pasti dan
teragak-agak menyebut nama kelas anaknya.
Saya membuat semakan, memang betul anaknya belajar di kelas saya. Saya segera menunjukkan
rekod kemajuan dan menjelaskan kelemahan yang perli diperbaiki serta kelebihan yang perlu
dikekalkan. Saya turut memuji anak penjaga murid tersebut yang sememangnya rajin dalam kelas
dan menunjukkan potensi untuk berjaya dengan syarat, bimbingan di sekolah mesti diteruskan di
rumah.

Anda mungkin juga menyukai