Anda di halaman 1dari 1

Tanpa mengira usia atau ruang, pendidikan ilmu asas boleh sahaja bermula sama ada di peringkat

sekolah rendah, menengah, universiti atau di usia tua. Walaupun seelok-eloknya bermula di
peringkat umur paling muda.
Maka pendidikan untuk orang dewasa juga meliputi aspek ilmu asas. Jika seseorang dewasa ingin
mempelajari asas komputer dan teknologi maklumat maka kurikulum pendidikan asas sepatutnya
menyediakan peluang pendidikan tersebut, berbanding pendidikan sekolah rendah yang hanya
tertumpu kepada kanak-kanak semata-mata.
Justeru, ke manakah golongan dewasa yang buta huruf perlu pergi jika mereka ingin belajar,
apakah kita akan menghantar mereka ke sekolah rendah untuk mempelajari pendidikan asas
membaca, menulis dan mengira?
Malangnya masyarakat sering melihat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM) sebagai sangat penting tetapi melihat ujian asas seperti kebolehan
membaca, menulis dan mengira atau sebarang peperiksaan untuk pendidikan asas tidak begitu
penting.
Malah ujian kebolehan membaca, menulis dan mengira dianggap sebagai remeh dan tidak
mendapat perhatian sepenuhnya di kalangan ahli masyarakat.
sumber : www.utusan.com.my

Anda mungkin juga menyukai