Anda di halaman 1dari 1

ANTARA isu yang hangat diperbincangkan pada masa kini adalah mengenai cadangan yang

diutarakan oleh Kementerian Pelajaran untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Cadangan pemansuhan kedua-dua peperiksaan awam ini diutarakan oleh Kementerian Pelajaran
kerana sistem pembelajaran yang dilaksanakan pada masa kini dilihat sebagai terlalu
berorientasikan peperiksaan berbanding memberi pendidikan holistik kepada para pelajar.
Selain ekonomi, sistem pendidikan merupakan strategi ampuh untuk memajukan sesebuah negara.
Tanpa sistem pendidikan yang terbaik, sesebuah negara tidak dapat melahirkan modal insan yang
berkualiti.
Justeru, penulis berpendapat terdapat tiga pilihan bagi cadangan yang diutarakan oleh
Kementerian Pelajaran sebelum persoalan utama sama ada UPSR dan PMR wajar dimansuhkan
dapat dijawab dengan menyeluruh.
Pertama, melaksanakan terus cadangan ini dengan menyediakan persekitaran baru seperti
peperiksaan berasaskan sekolah. Cara sebegini dikatakan lebih menjimatkan berbanding
mengamalkan satu sistem peperiksaan awam yang dikawal secara berpusat, manakala, satu ujian
khas akan diadakan bagi murid darjah enam dan pelajar tingkatan tiga yang berminat untuk
melanjutkan pelajaran di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Anda mungkin juga menyukai