Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN

PEMBANGUNAN
ANIMASI

STORYBOARD

Animasi bermakna satu proses menghidupkan atau memberikan gambaran bergerak


kepada sesuatu yang statik agar kelihatan hidup dan A dinamik. Animasi adalah rangkaian
gambar yang membentuk sebuah gerakan. Animasi (animation) berasal dari perkataan Latin
yang membawa erti dihidupkan atau pun bring to life. Animasi berlaku disebabkan oleh
fenomena biologikal yang dikenali sebagai persistence of vision. Sesuatu objek yang dilihat
oleh mata manusia akan dipetakan pada retina dalam satu jangkamasa yang tertentu selepas
ianya diperhatikan. Ini membolehkan berlakunya fenomena di mana satu siri imej yang silih
berganti dalam satu jangka masa yang pantas dan singkat kelihatan seolah-olah satu ilusi yang
hidup dan bergerak secara sendiri.
Perisian yang digunakan adalah Blender yang membenarkan pengguna untuk membina
model geometri berasaskan kiub atau silinder serta perendaran animasi. Saya memilih untuk
membina beberapa model geometri seperti perabut, bingkai gambar, dan sebagainya. Sebelum
membuat pembangunan animasi, saya membuat rujukan pada DSKP pendidikan khas tahun
dua dan telah memilih subjek Bahasa inggeris sebagai subjek animasi yang ingin dibina. Topik
yang dipilih pula adalah Places at Home yang menekankan murid pendidikan khas untuk
mengenal ruang atau tempat yang ada di rumah seperti ruang tamu, bilik tidur, bilik mandi, dan
ruang dapur.
Beberapa aspek perlu dititikberatkan dalam pembinaan animasi seperti pencahayaan,
pergerakan kamera, warna, dan sebagainya. Pencahayaan yang digunakan dalam animasi
perlu terang supaya seluruh ruang menerima cahaya yang cukup untuk memantulkan tekstur
betul serta menarik. Selain itu,

tekstur yang digunakan bersifat realistik supaya murid

mendapat gambaran sebenar tentang ruang yang ada di dalam rumah. Oleh itu, teknik
pencahayaan hemi digunakan kerana penyebaran cahaya he might lebih bersifat menyeluruh
walaupun brightness

dan

exposure

berada

dalam

keadaan

default

dan

tanpa

penyuntingan.
Saiz tekstur yang digunakan juga mempunyai resolusi yang tinggi supaya tekstur yang
dihasilkan tidak pecah selepas dirender. Kualiti video yang dihasilkan dengan penggunaan
tekstur akan lebih berkualiti. Selain itu, animasi ini menggunakan teknik pergerakan kamera
dengan teknik pergerakan zoom, rotation dan pergerakan kamera dari satu objek ke objek
yang lain. Pergerakan kamera perlu dilakukan dengan teliti agar tidak berlaku sebarang ralat
selepas dirender. Selain itu, pergerakan kamera yang baik akan mengelakkan penampakan
ruang lain dalam blender yang tidak sepatutnya berada dalam animasi yang dihasilkan.