Anda di halaman 1dari 14

Topik X Pencemaran

Persekitaran

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menghuraikan punca-punca dan jenis pencemaran;

2.

Menerangkan aspek-aspek kawalan pencemaran; dan

3.

Mengenal pasti aspek pencegahan dalam program kesihatan


persekitaran.

PENGENALAN

Setiap organisma hidup perlukan persekitaran untuk hidup. Lantaran itu, udara,
air serta tanah adalah suatu anugerah Tuhan yang merupakan keperluan asas
kehidupan setiap makhluk di muka bumi ini. Pendek kata, manusia bukan
memiliki bumi ini tetapi berkongsi dengan makhluk-makhluk lain. Oleh sebab
manusia diberikan akal, maka mereka bertanggungjawab untuk menjaga bumi
ini.
Persekitaran yang sihat amat penting kepada kesinambungan atau survival
manusia di muka bumi ini. Persekitaran yang sihat ialah satu keadaan di mana
penghuninya dapat hidup dan dibekalkan dengan keadaan fizikal, psikologikal,
sosial serta organisasi yang dapat melindungi kesihatan dan keselamatan
mereka. Persekitaran yang sihat juga bermaksud memberi tumpuan kepada
perlindungan kesihatan individu daripada ancaman luaran dan dalaman,
tekanan serta kualiti persekitaran yang tidak memuaskan. Dalam konteks
kehidupan seharian kita, persekitaran sihat bermaksud satu keadaan yang bersih
dan selamat yang merangkumi rumah, sekolah, premis makanan, tempat kerja,
taman, jalan raya dan lain-lain (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2002).

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

8.1

PENCEMARAN PERSEKITARAN

97

PUNCA DAN JENIS PENCEMARAN

Pencemaran bukan setakat mendatangkan kesan buruk kepada manusia malah


kepada organisma lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Dewasa ini,
banyak diperkatakan berkenaan dengan global warming atau pemanasan global,
iaitu satu fenomena di mana suhu dunia naik akibat kemerosotan lapisan ozon.
Lapisan ozon amat penting dalam melindungi bumi daripada sinaran ultra ungu
matahari. Akibat peningkatan suhu bumi, salji dan glasier di kutub utara dan
selatan semakin cair dan diramalkan akan menyebabkan kenaikan paras air laut.
Kesan ini kemungkinan menyebabkan tempat atau negara yang berada di bawah
paras laut dinaiki air.

8.1.1

Pencemaran Udara atau Atmosfera

Setiap kehidupan yang bernyawa memerlukan udara yang bersih untuk


bernafas. Bayangkan jika masalah pencemaran udara menjadi begitu teruk pada
suatu hari nanti sehinggakan udara yang kita anggap percuma sekarang ini akan
menjadi aset yang paling berharga iaitu yang akan menentukan hidup dan mati
seseorang!
Pencemaran udara atau atmosfera berlaku apabila bahan beracun atau toksid
sama ada dalam bentuk gas, asap atau habuk dilepaskan ke udara. Antara punca
yang bertanggungjawab terhadap pelepasan bahan ini ke udara ialah kilangkilang di kawasan perindustrian, kenderaan bermotor, kapal terbang,
pembakaran terbuka, kebakaran hutan dan sebagainya. Terdapat juga punca
pencemaran udara yang disebabkan oleh faktor semulajadi seperti letusan
gunung berapi.
Kajian saintifik telah membuktikan bahawa pencemaran udara menjejaskan
aspek kesihatan manusia baik secara langsung dan tidak langsung. Antaranya
ialah masalah jangkitan saluran pernafasan, paru-paru, kanser dan sebagainya.
Fenomena hujan asid juga merupakan kesan secara tidak langsung akibat
pencemaran udara kepada tumbuh-tumbuhan.
Bahan cemar yang dikeluarkan boleh dikategorikan kepada dua sumber iaitu
sumber primer dan sumber sekunder. Bahan cemar boleh berpunca secara
semula jadi atau buatan manusia. Sumber primer adalah berpunca daripada
proses seperti debu daripada letusan gunung berapi, gas karbon monoksida
daripada kenderaan bermotor atau gas sulfur dioksida yang dilepaskan dari
kilang. Sumber sekunder pula berlaku apabila bahan cemar yang dikeluarkan
oleh kilang itu bukan sahaja mencemari udara secara fizikal malah bertindak
balas dengan udara. Sebagai contoh, berlakunya kabus fotokimia (photochemical
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

98

TOPIK 8 PENCEMARAN PERSEKITARAN

fog) di peringkat lapisan ozon. Begitu juga dengan fenomena hujan asid di
mana bahan cemar bertindak balas dengan udara yang menyebabkan
kandungan air hujan yang jatuh ke bumi mempunyai paras keasidan yang tinggi
sehingga boleh menjejaskan tumbuh-tumbuhan dan kehidupan akuatik.

Rajah 8.1: Pencemaran udara akibat kilang

8.1.2

Pencemaran Air

Air adalah salah satu keperluan manusia yang amat penting. Jatuh dan
bangunnya sesebuah tamadun dalam sejarah manusia mempunyai kaitan
dengan penaklukan atau penguasaan terhadap sumber dan bekalan air.
Misalnya kebangkitan Tamadun Mesir Purba kerana Sungai Nil.
Pencemaran air melibatkan sumber air seperti tasik, sungai, laut serta air bawah
tanah yang dicemari oleh bahan cemar yang dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti
manusia seperti perkilangan, pertanian, perumahan, penerokaan tanah dan
sebagainya (Rajah 8.2). Air dikatakan tercemar apabila dicemari oleh bahan
cemar antropogenik dan tidak dapat menampung atau menjadi sumber untuk
kegunaan manusia seperti untuk air minuman atau sebagai tempat untuk
hidupan biotik seperti ikan, kerang, batu karang dan hidupan lain. Faktor-faktor
semula jadi seperti letusan gunung berapi, pertumbuhan alga serta gempa bumi
juga boleh mengubah kualiti air.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

PENCEMARAN PERSEKITARAN

99

Antara faktor yang menyebabkan pencemaran air ialah:


(a)

Patogen
Pencemaran yang berpunca daripada bahan cemar seperti patogen yang
terdiri daripada mikroorganisma yang merbahayakan kesihatan manusia.
Ahli sains menggunakan kadar kehadiran mikroorganisma patogen dalam
air untuk menentukan sama ada air itu selamat untuk kegunaan manusia
atau tidak. Indikator kehadiran patogen yang digunakan ialah dengan
mengukur kehadiran sejenis bakteria merbahaya iaitu Coliform. Lain-lain
patogen merbahaya ialah Salmonella, cacing parasit (helminth),
Cryptosporium parvum dan sebagainya.
Antara penyebab utama kadar atau bilangan patogen yang tinggi di dalam
sumber air ialah kerana ia dicemari oleh air kumbahan yang tidak dirawat.
Sumber utama ialah dari kawasan perumahan sama ada di tengah atau
pinggir bandar. Antara puncanya ialah air kumbahan dari rumah, pejabat
dan kedai disalurkan terus ke laut. Di samping itu, ladang penternakan
yang tidak mengamalkan aspek sistem sisa kumbahan yang sistematik juga
boleh menyumbangkan kepada masalah pencemaran air ini.

(b)

Bahan Cemar Kimia


Ia terdiri daripada bahan cemar organik dan bukan organik. Bahan cemar
organik terdiri daripada bahan-bahan buangan seperti detergen, bahan
kimia untuk memproses makanan, racun makhluk perosak dan rumpai,
bahan petroleum dan hidrokarbon, kayu dan hasil pembalakan dan
sebagainya. Bahan bukan organik pula terdiri daripada logam berat yang
dikeluarkan oleh kenderaan bermotor dan dibawa oleh air larian
permukaan semasa hujan di kawasan perbandaran, mendapan atau lumpur
akibat daripada pembinaan, pembalakan serta baja yang mengandungi
bahan nutrien seperti nitrat dan fosfat yang digunakan di kawasan
perladangan. Bahan cemar ini mengambil jangkamasa yang lama untuk
menjejaskan kehidupan akuatik. Begitu juga dengan kesan buruknya
kepada kesihatan manusia jika ia mencemari sumber air minuman atau
bekalan makanan dari sungai atau laut seperti ikan, kerang serta ketam.

(c)

Pencemaran Termal
Pencemaran yang berpunca daripada perubahan suhu atau perbezaan suhu
air akibat bahan yang dibuang ke sumber air. Suhu air buangan tersebut
adalah berbeza dengan suhu air asal di sungai atau laut. Perbezaan dan
perubahan ini boleh menjejaskan kehidupan akuatik seperti ikan, kerang,
plankton, batu karang dan sebagainya. Pada masa yang sama, perubahan
suhu boleh membawa kepada penaklukan oleh spesies akuatik lain yang
lebih tahan kepada perubahan suhu, lantas boleh menjejaskan atau
memusnahkan spesies asal. Sebagai contoh, air yang disalurkan atau
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

100 X

TOPIK 8 PENCEMARAN PERSEKITARAN

dibuang ke dalam sungai atau tasik setelah digunakan untuk menyejukkan


kilang atau loji janakuasa. Air tersebut mempunyai suhu yang lebih tinggi
daripada air asal.

Rajah 8.2: Contoh pencemaran air

8.1.3

Pencemaran Tanah

Pencemaran tanah berlaku apabila terdapatnya bahan cemar yang dibuang


secara sengaja atau tidak sengaja ke atas permukaan atau ke dalam tanah.
Keadaan ini mengganggu keadaan asal atau semula jadi struktur tanah. Antara
bahan cemar yang biasa berlaku ialah hidrokarbon, bahan solven, racun
makhluk perosak, bahan radioaktif serta logam berat. Kesan pencemaran tanah
mempunyai kaitan dengan kesihatan manusia dan organisma lain seperti
tumbuhan dan binatang di mana ia berlaku apabila bahan cemar tersebut
memasuki sistem rantaian makanan. Tanah yang tercemar tidak sesuai untuk
tanaman bahan makanan. Bahan merbahaya memasuki rantai makanan manusia
apabila tumbuhan yang mengandungi bahan cemar merbahaya dimakan oleh
binatang ternakan seperti lembu. Manusia pula bergantung kepada lembu
sebagai bekalan daging dan susu.
Contoh paling baik untuk menerangkan perkara ini ialah kejadian letupan loji
nuklear di Chernobyl pada tahun 1986 yang telah mencemari banyak kawasan
penternakan di negara-negara sekitar Eropah dan Kesatuan Soviet dengan bahan
radioaktif. Debu-debu radioaktif yang dibawa angin ini telah mencemarkan
padang ragut penternakan lembu dan kambing biri-biri.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

PENCEMARAN PERSEKITARAN

W 101

Pada Mac 2011 kita telah dikejutkan dengan berita tsunami dan gempa bumi
yang melanda Fukushima di Jepun dan ia menjadi lebih membimbangkan
kerana loji tenaga nuklear Fukushima Daini telah meletup. Akibat daripada
situasi ini, penduduk setempat telah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga
agar tiada sebarang kemalangan yang meragut nyawa berlaku. Adakah kesan
yang sama akan turut menimpa Jepun seperti yang berlaku di Chernobyl? Walau
apa pun yang bakal melanda, pihak-pihak yang bertanggungjawab haruslah
memainkan peranan mengambil langkah intervansi sebelum sesuatu yang buruk
berlaku.

8.2

KAWALAN PENCEMARAN

Kelangsungan hidup manusia dan lain-lain organisma hidup tertakluk kepada


kesesuaian persekitaran mereka. Jika alam sekitar musnah, maka musnahlah
kehidupan. Oleh itu, amatlah penting kita menjaga alam sekitar bukan setakat
untuk generasi sekarang tetapi untuk generasi yang akan datang. Alam sekitar
atau bumi ini bukannya milik kita tetapi dipinjam daripada generasi anak cucu
kita pada masa hadapan.

8.2.1

Perundangan dan Penguatkuasaan

Terdapat beberapa panduan dan peraturan yang berkaitan dengan aspek


perundangan dan penguatkuasaan mengawal persekitaran di Malaysia.
Peraturan utama yang berkaitan dengan semua aktiviti persekitaran adalah
termaktub di dalam Akta Kualiti Persekitaran (Environment Quality Act, 1974)
Pindaan tahun 1985 dan tahun 1996 (Azizi Ahmad, 2007). Akta ini turut
disokong oleh lain-lain akta yang menjurus kepada matlamat yang sama iaitu
untuk menjaga alam sekitar.
Inti pati kepada akta serta panduan dan peraturan di bawahnya ialah untuk
memastikan setiap aspek perancangan dan pelaksanaan pembangunan sama ada
dalam aspek perindustrian, pertanian, perumahan, perbandaran, penerokaan
kawasan baru dan sebagainya tidak memusnahkan alam sekitar. Ini bermakna
jangan hanya kerana mengejar matlamat pembangunan, alam sekitar akan
terkorban. Lantaran itu, terdapat peruntukan di bawah akta yang
memperuntukkan perlunya penilaian impak alam sekitar atau Environmental
Impact Assessment (EIA) yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum sesuatu
projek pembangunan dilakukan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

102 X

TOPIK 8 PENCEMARAN PERSEKITARAN

Tanggungjawab untuk melaksanakan Akta Kualiti Persekitaran, 1974 bukan


terletak semata-mata pada Jabatan Alam Sekitar. Lain-lain akta yang berkaitan
dengan aspek kawalan alam sekitar ialah:
(a)

Akta Tanah Kekal 1960


Agensi pelaksana ialah Jabatan Tanah dan Galian. Tujuan akta ini ialah
untuk mengekalkan landskap dan perlindungan tanah daripada hakisan
dan pembukaan jalan.

(b)

Akta Perancangan Bandar 1976


Agensi pelaksana ialah Jabatan Perancangan Bandar. Tujuannya ialah
untuk mengawal dan merancang serta mengatur pembangunan dan
penggunaan tanah serta kediaman dalam kawasan.

(c)

Akta Perhutanan 1984 (Pindaan 1993)


Agensi pelaksana ialah Jabatan Perhutanan. Tujuannya ialah menghalang
penebangan, penghapusan serta pembakaran pokok-pokok di kawasan
rizab hutan.

(d)

Akta Kerajaan Tempatan 1976


Agensi pelaksana ialah kerajaan atau pihak berkuasa tempatan. Tujuannya
ialah untuk memastikan kegiatan industri di bawah bidang kuasanya tidak
membuang bahan cemar secara sewenang-wenangnya sehingga boleh
menjejaskan kualiti air, tanah serta udara.

8.2.2

Penempatan Perusahaan

Kebanyakan negara di dunia ini bergantung kepada sektor industri untuk


menjana ekonomi mereka. Sebagai contoh, negara Jepun merupakan salah
sebuah negara maju atau negara industri utama di dunia walaupun negara
berkenaan tidak memiliki bahan mentah seperti minyak, arang batu dan
sebagainya. Namun, apa yang membezakan pembangunan industri di negara
Jepun dengan negara maju yang lain ialah aspek tanggungjawabnya dalam
mengutamakan alam sekitar dalam proses pembangunannya.
Di Malaysia, bidang perindustrian khasnya industri elektronik dan pembuatan
merupakan salah satu penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK). Oleh itu, pada awal tahun 1980-an banyak kilang didirikan di
kawasan perindustrian utama di negara ini mendapat sambutan baik oleh
pelabur tempatan atau luar negara. Keperluan dan perancangan untuk membina
kilang dan pembukaan kawasan baru untuk industri tertakluk kepada panduan
yang terdapat di dalam Akta Kualiti Persekitaran 1974 yang menyediakan
rangka kerja berkaitan dengan undang-undang dan peraturan alam sekitar di
Malaysia.
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

PENCEMARAN PERSEKITARAN

W 103

Maknanya EIA harus dijalankan terlebih dahulu sebelum sesuatu projek


dimulakan. Jika kesan pembangunan memudaratkan alam sekitar, maka ia
sepatutnya dipertimbangkan dengan teliti untuk diubahsuai atau dibatalkan.
Pihak yang bertangungjawab dalam perkara ini ialah Jabatan Alam Sekitar
khasnya dalam memastikan kualiti air, udara serta tanah sentiasa terjaga tanpa
dicemari oleh bahan buangan industri.
Penentuan zon kawasan industri di sesebuah tempat merupakan salah satu
panduan dan peraturan yang secara langsung menyokong Akta Kualiti
Persekitaran 1974. Ini memastikan pembinaan sesebuah kawasan industri seperti
tapak dan lokasi kilang-kilang tidak dibina secara sewenang-wenangnya. Antara
akta yang berkaitan ialah Akta Perancangan Bandar 1976 dan bidang kuasa di
peringkat kerajaan negeri, khasnya Unit Perancang Ekonomi.
Penggunaan tanah di Malaysia dizonkan kepada pelbagai kategori iaitu untuk
rizab hutan, perhutanan, perumahan, perladangan, industri berat serta industri
sederhana dan sebagainya. Pertukaran kegunaan tanah untuk tujuan lain
hendaklah berdasarkan peraturan yang diperuntukkan oleh jabatan tanah
sesebuah negeri. Pembukaan kawasan untuk perumahan, pejabat serta sekolah
tidak seharusnya terlalu dekat dengan kilang atau kawasan industri. Tujuannya
ialah untuk mengelakkan pendedahan penduduk kepada pencemaran bunyi,
udara, bau dan sebagainya. Peruntukan yang terdapat dalam akta tersebut
menentukan supaya kawasan perindustrian diletakkan di tempat atau zon yang
sepatutnya supaya kesan pencemaran dapat dipantau dan diminimakan.

8.2.3

Kemudahan untuk Sanitasi Persekitaran

Sanitasi persekitaran amatlah penting untuk menjamin sesebuah kawasan itu


bebas daripada bahan cemar yang berpunca dari air kumbahan dari kawasan
perumahan, perindustrian, penternakan dan sebagainya. Di kawasan bandar,
bahan buangan seperti najis manusia merupakan salah satu bahan yang
menyumbang kepada air kumbahan (Rajah 8.3). Air kumbahan yang tidak
dirawat dengan sebaik-baiknya boleh mencemari sumber air. Ia juga boleh
menyebabkan penyakit berjangkit seperti Kolera, Tifoid serta Hepatitis A.
Sanitasi persekitaran yang baik dan sempurna juga melibatkan penyediaan
bekalan air yang bersih dan sistem pembuangan sampah yang sempurna.
Sanitasi bukan setakat melibatkan kemudahan tandas yang sempurna sama ada
di rumah atau sekolah, malah melibatkan aspek rawatan dari segi sistem
pembentungan sama ada ia dirawat dengan sempurna sebelum air yang telah
dirawat dilepaskan ke sungai atau laut. Di Malaysia, tidak semua tempat
mempunyai loji rawatan kumbahan secara bersepadu. Jikalau adapun
kebanyakannya terdapat di kawasan bandar. Di kawasan kampung dan
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

104 X

TOPIK 8 PENCEMARAN PERSEKITARAN

pedalaman masih terdapat tandas yang menggunakan tandas lubang tanpa ada
sistem pembentungan yang sempurna. Adakah individu mencuci tangan selepas
keluar dari tandas? Amalan kebersihan diri amatlah penting dalam konteks
kesihatan sanitasi, lebih-lebih lagi dalam usaha untuk mencegah berlakunya
penyakit berjangkit.
Sanitasi yang sempurna juga melibatkan bidang penternakan seperti ladangladang ternakan lembu dan khinzir. Najis haiwan berkenaan jika dibuang secara
tidak sempurna bakal mendatangkan kesan pencemaran bau dan organik. Ia juga
boleh mencemari air sungai sekiranya dibuang atau disalurkan secara terus ke
tali air dan sungai. Amalan penternakan yang baik adalah mengamalkan sistem
sanitasi yang sempurna iaitu bahan buangan, khasnya najis, dirawat dengan
sempurna terlebih dahulu sebelum ia selamat dilepaskan ke dalam sungai.

Rajah 8.3: Kumbahan air

SEMAK KENDIRI 8.1


1.

Huraikan langkah-langkah kawalan yang terdapat dalam Akta


Kualiti Persekitaran 1974.

2.

Bincangkan peranan anda di dalam sebuah komuniti kejiranan


dalam aspek kawalan pencemaran.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

8.3

PENCEMARAN PERSEKITARAN

W 105

USAHA PENCEGAHAN DALAM PROGRAM


KESIHATAN PERSEKITARAN

Pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan. Ungkapan ini membawa makna
bahawa langkah-langkah pencegahan hendaklah diambil berat terlebih dahulu
dalam aspek perancangan dan pelaksanaan apa-apa aktiviti yang berkaitan
dengan aspek persekitaran. Dewasa ini terdapat banyak penyakit dan masalah
kesihatan yang berlaku akibat daripada aspek perbandaran, migrasi serta
perindustrian. Contoh wabak yang telah berlaku dalam tahun 1990-an hingga
kini ialah wabak Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS), selesema burung,
penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) serta influenza A H1N1. Wabak ini
secara epidemiologikalnya didorong oleh mobiliti penduduk sesebuah negara
yang boleh bergerak dengan cepat di dalam negara dan antara negara, lantaran
kemudahan pengangkutan udara.
Semenjak revolusi perindustrian di Eropah beberapa abad yang lalu, masyarakat
manusia bukan setakat memperolehi keuntungan dari segi meningkatnya
produktiviti lantaran kecanggihan teknologi malah turut menerima tempias
buruknya iaitu pencemaran dan masalah kesihatan. Sejak berdekad timbul
pelbagai akta, peraturan serta panduan berkaitan amalan terbaik bagi
menguruskan aspek perindustrian dan perbandaran supaya ia dapat
menghasilkan pembangunan yang seimbang kepada penduduk. Malaysia
sebagai sebuah negara sedang membangun tidak dapat lari daripada melalui
lorong yang telah dilalui oleh negara-negara maju yang lain.
Amatlah penting kita tidak mengulangi kesilapan yang telah mereka lakukan
dalam menguruskan aspek perindustrian dalam konteks pembangunan yang
seimbang.
Promosi Kesihatan
Promosi kesihatan bukan setakat memberikan kesedaran kepada orang ramai
atau masyarakat awam berkaitan maklumat kesihatan, tetapi ia lebih kepada
menggerakkan dan memperkasakan mereka supaya sedar dan mengambil
tindakan yang perlu untuk mencegah sesuatu penyakit atau masalah kesihatan.
Tindakan ini bukan berdasarkan kepada paksaan tetapi sebagai suatu bentuk
tingkah laku yang mampu melindungi mereka daripada penyakit. Kesedaran
sahaja tidak membawa makna jika mereka tidak mengambil langkah-langkah
pencegahan. Mereka mestilah melihat kesihatan sebagai suatu aset yang amat
berharga dalam hidup mereka.
Promosi kesihatan persekitaran sebagai contoh ialah yang berkaitan dengan
amalan menjaga diri dan keluarga daripada penyakit-penyakit berjangkit seperti
denggi, kolera, keracunan makanan dan sebagainya. Misalnya, penyakit denggi
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

106 X

TOPIK 8 PENCEMARAN PERSEKITARAN

disebabkan oleh nyamuk Aedes yang membiak dalam air jernih. Langkah
pencegahan utama ialah mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk
Aedes supaya jentik-jentik tidak dapat hidup.
Matlamat promosi kesihatan ialah menjadikan amalan ini sebagai satu cara
hidup dan bukannya semata-mata kesedaran sahaja tetapi tidak disokong
dengan tindakan dan amalan. Ia diamalkan bukan kerana takut dikompaun atau
halaman rumah diperiksa oleh pihak berkuasa tempatan atau pejabat kesihatan
tetapi ia dilakukan demi menjaga kesihatan dirinya, keluarga serta orang lain.
Matlamat akhir promosi kesihatan dalam konteks penjagaan kesihatan
persekitaran bukan sahaja terletak di bahu agensi-agensi pelaksana sebaliknya
setiap individu bertanggungjawab dan boleh bertindak untuk menjaga alam
sekitar. Antaranya ialah menjaga kebersihan rumah, tidak membuang sampah di
merata-rata tempat serta mengamalkan kitar semula.
Diagnosis Awal dan Rawatan Awal
Diagnosis dan rawatan awal amatlah penting dalam pengendalian sesuatu
penyakit. Dengan membuat pemeriksaan awal, pihak hospital atau klinik boleh
mengenal pasti punca-punca penyakit serta jenis rawatan dan ubat yang boleh
diberikan kepada pesakit. Antara diagnosis awal yang biasa dilakukan dalam
kes-kes penyakit bawaan vektor seperti Denggi dan Malaria ialah diagnosis
makmal. Darah pesakit diambil dan diperiksa untuk mengesan penyakit dan
jenis-jenis parasit serta pengawasan kualiti dengan menggunakan kaedahkaedah makmal tertentu. Diagnosis awal boleh memberi peluang kepada pihak
kesihatan untuk melakukan penyiasatan kes, susulan kes, kajian dan
pemantauan persekitaran yang menjadi faktor kejadian penyakit. Ini amat
berguna dalam pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit seperti Kolera,
Denggi, Malaria, HFMD, Influenza A H1N1 dan sebagainya.
Siasatan dilakukan untuk menentukan sejarah pesakit dan mengenal pasti punca
seseorang itu boleh mendapat penyakit. Manakala contact tracing pula dilakukan
untuk mengenal pasti orang yang ada kaitan dengan pesakit untuk kenal pasti
sama ada mereka dijangkiti atau menjangkiti pesakit. Dengan langkah ini,
rangkaian jangkitan dapat diputuskan dan penyakit dapat dicegah dan dihalang
daripada merebak.
Mengehadkan Kecacatan dan Pemulihan
Rehabilitasi atau pemulihan bukan setakat memberikan ubat bagi
mengurangkan penyakit yang dihidapi tetapi juga untuk mengurangkan
ketidakupayaan serta mempertingkatkan kualiti hidup seseorang pesakit itu.
Tidak semua pesakit yang pulih daripada penyakitnya akan kembali seperti
normal sebagaimana sebelumnya. Individu yang mendapat serangan strok
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

PENCEMARAN PERSEKITARAN

W 107

sekiranya sembuh berkemungkinan lumpuh sebelah badan atau kaki dan tangan
tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Matlamat rehabilitasi atau pemulihan
ialah mengurangkan kesan ketidakupayaan ini kepada pesakit.
Latihan yang dilakukan oleh jurupulih anggota dibuat supaya pesakit dapat
memaksimumkan penggunaan anggota mereka yang kurang berfungsi akibat
serangan strok. Di samping itu, pesakit dididik untuk mengetahui cara
mengambil ubat dan menjaga diri.
Pencegahan awal dari segi promosi kesihatan dan diagnosis awal merupakan
langkah-langkah yang dapat mengurangkan kos yang berpunca daripada
rawatan terhadap masalah kesihatan atau penyakit yang berpunca daripada
pencemaran sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sebagaimana yang
kita tahu, kos untuk merawat penyakit seperti kanser amatlah tinggi. Kos untuk
membersihkan sungai dan laut yang tercemar juga memerlukan kos yang tinggi.

SEMAK KENDIRI 8.2


1.

Terangkan konsep promosi kesihatan. Bagaimanakah konsep


promosi kesihatan digunakan dalam pencegahan pencemaran
dalam sesebuah masyarakat?

2.

Pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan. Bincangkan


kenyataan ini dalam konteks pencegahan penyakit dan masalah
kesihatan yang berkaitan dengan persekitaran.

AKTIVITI 8.1
Sejak kebelakangan ini, wabak Swine Flu atau Influenza A H1N1
melanda seluruh dunia termasuk negara kita. Pada pengetahuan anda,
bagaimanakah wabak ini merebak dan apakah langkah-langkah
pencegahan yang patut diamalkan oleh seorang individu supaya bebas
daripada jangkitan virus Influenza A H1N1?
Mungkin anda juga boleh mengumpulkan maklumat tentang
bagaimana ia sampai ke negara kita walaupun wabak ini mula dikesan
di Mexico.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

108 X

TOPIK 8 PENCEMARAN PERSEKITARAN

Pencemaran bukan setakat mendatangkan kesan buruk kepada manusia


malah kepada organisma lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Pencemaran udara atau atmosfera berlaku apabila bahan beracun atau toksid
sama ada dalam bentuk gas, asap atau habuk dilepaskan ke udara.

Pencemaran air melibatkan sumber atau punca air seperti tasik, sungai, laut
dan air bawah tanah yang dicemari oleh bahan cemar yang dikeluarkan
melalui aktiviti-aktiviti manusia seperti perkilangan, pertanian, perumahan,
penerokaan tanah dan sebagainya.

Pencemaran tanah berlaku apabila terdapatnya bahan cemar yang dibuang


secara sengaja atau tidak sengaja ke atas permukaan atau ke dalam tanah.
Keadaan ini mengganggu keadaan asal atau semula jadi struktur tanah.

Peraturan utama yang berkaitan dengan semua aktiviti persekitaran adalah


termaktub di dalam Akta Kualiti Persekitaran (Environment Quality Act,
1974), pindaan tahun 1985 dan 1996 (Azizi Ahmad, 2007). Akta ini turut
disokong oleh lain-lain akta yang menjurus kepada matlamat yang sama iaitu
untuk mempelihara dan menjaga alam sekitar.

Keperluan dan perancangan untuk membina kilang dan pembukaan


kawasan baru untuk industri tertakluk kepada panduan yang tedapat di
dalam Akta Kualiti Persekitaran 1974 yang menyediakan rangka kerja
berkaitan dengan undang-undang dan peraturan alam sekitar di Malaysia.

Sanitasi persekitaran amatlah penting untuk menjamin sesebuah kawasan itu


bebas daripada bahan cemar yang berpunca daripada air kumbahan dari
kawasan perumahan, perindustrian, penternakan dan sebagainya.

Pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan. Ungkapan ini membawa


kepada makna bahawa langkah-langkah pencegahan hendaklah diambil
berat terlebih dahulu dalam aspek perancangan dan pelaksanaan apa-apa
aktiviti yang berkaitan dengan aspek persekitaran.

Promosi kesihatan bukan setakat memberikan kesedaran kepada orang ramai


atau masyarakat awam berkaitan maklumat kesihatan. Malah, ia lebih
kepada menggerakkan dan memperkasakan mereka supaya sedar serta
mengambil tindakan yang perlu untuk melakukan langkah-langkah
pencegahan terhadap sesuatu penyakit atau masalah kesihatan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

PENCEMARAN PERSEKITARAN

W 109

Diagnosis awal dan rawatan awal amatlah penting dalam pengendalian


sesuatu penyakit. Dengan membuat pemeriksaan awal, pihak hospital atau
klinik boleh mengenal pasti punca-punca penyakit serta jenis rawatan dan
ubat yang boleh diberikan kepada pesakit.

Rehabilitasi atau pemulihan bukan setakat memberikan ubat bagi


mengurangkan penyakit yang dihidapi tetapi juga untuk mengurangkan
ketidakupayaan serta mempertingkatkan kualiti hidup seseorang pesakit itu.

Akta Kualiti Persekitaran 1974

Epidemiologi

Diagnosis awal

Kitar semula

Pencemaran

Pencegahan dan pengawalan penyakit

Pencemaran air

Promosi kesihatan

Pencemaran tanah

Rehabilitasi

Pencemaran udara

Revolusi perindustrian

Azizi Ahmad. (2007). Keselamatan dan kesihatan industri. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2000). Rancangan kawalan penyakit-penyakit
bawaan vektor. Kuala Lumpur.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2002). Promosi persekitaran sihat. Kuala
Lumpur.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2006). Pelan tindakan pengurusan jerebu.
Kuala Lumpur.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai