Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan
Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP) kerana memberi peluang kepada saya untuk
melanjutkan pengajian di sini. Seterusnya, terima kasih juga diucapkan kepada
Penyelaras Kursus EDU3403 Madam Tan Lean Hua kerana banyak membantu dalam
memberi maklumat dan bahan untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada
pensyarah yang lain yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami
sepanjang menyiapkan tugasan ini.
Dalam usaha menyempurnakan kerja kursus ini, saya ingin merakamkan ribuan
terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kerana memberi komitmen dan tunjuk ajar
kepada saya. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga saya terutamanya suami yang
tersayang kerana tidak putus-putus memberi galakan dan sokongan kepada saya untuk
menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua
pihak yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
kerja kursus ini.