Anda di halaman 1dari 7

PUDING MALAS

Resepi ni untuk satu hidangan, iaitu untuk sekali makan bagi keluarga yang
tak ramai. Jika nak buat untuk makan ramai , gandakan sukatannya.
Sumi atau agar-agar secukupnya
1/2 tin fruit coktail
1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
fruit coktail - untuk hiasan
Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung
kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan
secubit garam dan esen vanila
Biarkan kuah mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.
Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar. Letakkan ais dan
fruit coktail dan letakkan puding kegemaran tadi dan siap utk di hidangkan.

JUS ASAM BOI LIMAU KASTURI


10 biji asam boi putih
10 biji limau kasturi
air secukupnya
gula secukupnya
ketulan ais
Masak asam boi bersama air hingga didih dan kembang
Kemudian masukkan gula pasir secukup rasa. Gula ni biar lebih sikit sebab
kita akan masukkan limau kasturi nanti
Bila dah masak sejukkan dan tuang dalam jug
5 biji limau kasturi di kisar halus, kemudian di tapis
Tuang jus limau kasrturi dalam jug
Baki 5 biji lagi di perah jusnya dalam jug
Tambahkan air secukupnya
masukkan ketulan ais
Hidangkan dingin

NASI DAGING UTARA


Resepi oleh : Nazriza
Rujukkan : Syue
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras
1 kg daging batang pinang
(untuk 1kg beras = 1kg daging ~ dipotong sebesar penumbuk
Bahan-bahan untuk masak daging
4 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inc halia
campur semua bahan di atas dan kisar halus
Bahan-bahan untuk masak nasi
Rempah 4 sekawan ( bunga cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang dan biji
pelaga)
3 ulas bawang merah ~ di hiris halus
2 ulas bawang putih ~ di hiris
1 inc halia ~ di ketuk
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
1/2 tin susu cair
Sehelai daun pandan ~ di simpul
Garam secukup rasa
CARA-CARA MEMASAKNYA:
Untuk masak daging
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan
harum
Masukkan daging.
Jika terlalu kering, tambah air
Biar atas api sampai daging tu masak atau empuk.
Masukkan garam secukup rasa
Untuk masak nasi
Panaskan minyak sapi dan minyak masak.
Tumis bahan-bahan rempah 4 sekawan dan hirisan bawang-bawang serta
halia.
Bila dah wangi, masukkan air untuk 1kg beras.

Kemudian, masukkan susu cair dan garam.


Biarkan mendidih.
Bila dah mendidih, masukkan daging kemudian masukkan beras Kacau
seketika.
Masuk dalam rice cooker, tanak nasi seperti biasa
* Mengikut cara asal puan Nazriza, daging yang dah masak tadi dimasukkan
pada masa nasi hampir kering.
* Cara Syue, Syue masukkan daging tu awal, pada masa beras dipindah
masuk ke dalam rice cooker.
* Tak kisah cara mana pun; dua-dua Syue dah cuba. Yangpastinya, daging tu
duduknya di dalam nasi. hehe.Bila nak hidang tu, ambil daging dari dalam
nasik tuh, hiris nipis-nipis, cicah air asam. Wallaa!!

AIR ASAM
10 biji cili merah besar
15 biji cabai melaka
1/4 ketul belacan
1 sdb garam
sedikit gula
air asam jawa
~kisar halus kesemua bahan ini

2 biji tomato
2 biji bawang besar
~dimayang

Campur bahan yang dikisar dengan yang dipotong & gaul sekali.
Kalau ada mana-mana rasa yang tak cukup, adjust sendiri lah ye.
* Boleh juga dicampur kerisik.

AYAM MASAK MERAH


1 ekor ayam ~ di potong kecil
3 keping asam keping
2 biji tomato ~ di belah 4
1/2 buku gula Melaka
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
1/2 cawan cili sos
1 kiub ayam
Bahan Kisar
20 ~ 30 tangkai cili kering ~ di rendam lembut dan kisar
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inc halia
1 inc lengkuas
sedikit belacan
Bahan tumis
1
5
3
5
2

batang kulit kayu manis


kuntum cengkit
kuntum bunga lawang
biji pelaga
batang serai ~ di titik

Ayam di potong kecil dan cuci bersih


Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam, kemudian di goreng
Angkat ayam yang telah masak dan ketepikan
Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan tumis hingga harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak
Jika terlalu kering tambahkan air
Kemudian masukkan cili sos dan biarkan merenih
Masukkan asam keping dan gula melaka
Bila kuah sedikit pekat masukkan ayam
Masukkan garam dan gula secukup rasa

Biarkan kuah merenih sebentar dan pekat


Angkat dan hidangkan

Anda mungkin juga menyukai