Anda di halaman 1dari 2

MARI BERENANG

Pagi itu, udara sungguh nyaman. Nisa sedang memikirkan aktiviti yang hendak
dilakukannya. Nisa pergi ke bilik ibunya.
Ibu, apakah yang patut saya lakukan pada hari ini? tanya Nisa.
Ibu ada cadangan. Kita boleh pergi ke kolam renang. Kita boleh berenang di sana,
jawab ibu.
Bagus cadangan ibu itu. Dapatlah Nisa mengisi masa lapang dengan aktiviti
kecergasan, kata Nisa sambal memeluk ibunya.

Wah, ramainya orang berenang di sini ibu, ibu! kata Nisa dengan wajah yang
ceria.
Ya Nisa. Berenang sesuai untuk semua peringkat umur. Berenang bukan sahaja
menyihatkan badan malahan menjadikan diri kita cergas. Selain itu, berenang boleh
menghilangkan stres kita. Gerakan kaki dan tangan perlu seimbang dan betul supaya
kita tidak tenggelam. Lihat kanak-kanak yang sedang berenang itu, kata ibu.
Apakah lagi kebaikan aktiviti berenang ibu, ibu? tanya Nisa.

Aktiviti berenang juga dapat membuatkan fikiran kita cerdas. Mari ibu ajar Nisa
berenang, kata ibu sambal mengajak Nisa ke bilik persalinan.

Anda mungkin juga menyukai