Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal

:6

Minggu Praktikum

: Keenam

Tarikh Peristiwa / Kejadian

: 9 Mac 2016

Tajuk Jurnal

: Penerapan Nilai Murni

Masalah/Peristiwa
Saya mendapati aspek penerapan nilai semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan tidak begitu memuaskan. Masalah ini dapat dibuktikan
dengan dapatan yang saya peroleh daripada borang penyeliaan yang diberikan oleh
guru pembimbing. Murid tidak mampu menyatakan nilai dan pengajaran yang hendak
disampaikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Analisis Masalah
Semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Saya
mendapati

masalah ini berpunca daripada sikap dan kelemahan murid itu sendiri.

Murid-murid tidak dapat untuk menyatakan nilai dan pengajaran apabila ditanya oleh
saya. Saya mendapati ramai dalam kalangan murid kurang memahami dan tidak
mampu mengaitkan nilai yang terkandung daripada bahan yang diberikan malah
melalui pelaksanaan aktiviti yang dijalankan.

Cadangan Tindakan Susulan


Untuk mengatasi masalah ini, saya hendaklah merancang dan menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran yang menekankan aspek nilai terlebih dahulu kepada
murid. Dalam erti kata yang lain, murid hendaklah didedahkan dengan beberapa contoh
nilai-nilai murni . Hal ini dapat meningkatkan kefahaman murid tentang aspek nilai.
Bukan itu sahaja, aktiviti-aktiviti perbincangan bersama dengan murid juga merupakan
salah satu pendekatan yang terbaik untuk meningkatkan kefahaman murid tentang
aspek pengajaran nilai.
Selain itu, saya boleh merangka beberapa aktiviti yang sesuai untuk membantu
meningkatkan kefahaman murid tentang sesuatu nilai. Misalnya, antara aktiviti yang
dicadangkan termasuklah aktiviti bercerita dan simulasi pengajaran nilai murni. Melalui
aktiviti ini, murid akan didedahkan dengan satu nilai murni dalam sehari. Pelaksanaan
aktiviti ini akan membantu murid untuk mengenal pasti pelbagai nilai murni.

Tempoh Masa Pelaksanaan


Oleh yang demikian, saya hendaklah melaksanakan tindakan untuk mengatasi
masalah ini dalam tempoh masa seminggu. Hal ini demikian kerana, pelaksanaan nilai
murni bukan sahaja penting untuk membentuk sahsiah murid yang cemerlang. Malah,
dapat membantu murid untuk menulis karangan nilai murni dengan baik.
Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama:

Nama :

Tarikh :

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai