Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS BAHASA MELAYU, 59990

LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal
:
Minggu Praktikum
:
Tarikh Peristiwa/Kejadian :
Tajuk Jurnal
:

8
Kelapan
30 Mac 2016
Kawalan Kelas

1.
Masalah / Peristiwa
Semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada hari tersebut. Saya
mendapati bahawa terdapat beberapa masalah yang jelas sekali telah memberi kesan kepada
proses pengajaran guru. Hal ini adalah berkaitan dengan aspek kawalan kelas semasa P&P
berlangsung. Keadaan ini telah mengakibatkan suasana kelas pada ketika itu agak bising. Hal
ini telah menyebabkan pelaksanaan pengajaran guru tidak dapat berjalan dengan lancar.
Buktinya, pelaksanaan langkah P&P yang telah dirancang tidak dapat diikuti dengan masa yang
telah ditetapkan.
2.
Analisis Masalah
Hasil dapatan saya semasa melaksanakan P&P di bilik darjah, saya mendapati bahawa
masalah ini timbul disebabkan oleh segelintir murid yang sukar untuk dikawal. Saya mendapati
mereka suka bermain dan sering kali menganggu rakan-rakan yang lain ketika mengikuti
pengajaran guru. Hal ini telah menyebabkan murid yang lain juga tidak selesa dengan masalah
tersebut. Tambahan pula, terdapatnya beberapa orang murid yang lantang menegur tindakan
rakannya itu. Kesannya, suasana bilik darjah menjadi tidak terkawal.
3.

Cadangan Tindakan Susulan

a. Bagi mengatasi masalah ini, saya hendaklah mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu
pengetahuan yang dapat diaplikasikan di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, terdapat
beberapa perkara yang perlu saya lakukan bagi mengatasi masalah ini. Antaranya
termasuklah dengan membuat rujukan daripada pelbagai buku yang berkaitan dalam
aspek pengurusan bilik darjah. Antara buku yang dapat saya jadikan panduan termasuklah
buku Pengurusan Bilik Darjah.
b. Malahan, bagi mengatasi masalah ini juga, guru hendaklah selalu membuat pemantauan
secara menyeluruh di dalam kelas. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu guru
untuk menghadkan pergerakan murid serta merta. Misalnya, antara cadangan yang boleh
diaplikasikan oleh guru bagi mengatasi masalah ini juga termasuklah mengubah
kedudukan murid. Hal ini dapat memudahkan guru untuk mengawal pergerakan murid

yang sering menimbulkan masalah. Murid yang sedemikian dicadangkan agar duduk di
bahagian hadapan kelas yang dapat memudahkan guru untuk mendekati mereka.
c. Akhir sekali, seorang guru yang baharu dalam bidang profesion perguruan juga hendaklah
sentiasa mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada kalangan guru dan pensyarah
yang lebih mahir dan mempunyai pengalaman yang luas dalam mengurus dan
mengendalikan bilik darjah dengan berkesan.
4.

Tempoh Masa Tindakan Susulan

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama :

Nama :

Tarikh :

Tarikh :

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Hal ini amat penting kerana
aspek pengurusan dan kawalan kelas memainkan peranan penting dalam menentukan
keberkesanan proses P&P seorang guru prasekolah. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi
dengan secepat mungkin, hal ini jelas akan mempengaruhi pencapaian objektif yang telah
dirancang.

Anda mungkin juga menyukai