Anda di halaman 1dari 3

1.

Imperialisme bermaksud satu dominasi politik dan ekonomi ke atas kawasan


belum merdeka dengan cara penguasaan satu negara ke atas negara lain samada
melalui pendudukan, penjajahan, penguasaan secara langsung atau tidak langsung. Ia
juga merupakan dasar meluaskan satu-satu empayar dengan menjajah negara lain.
Pada mulanya tujuan Imperialisme adalah untuk mengembangkan budaya dan
membentuk satu rupa bangsa di kalangan masyarakat yang di bawah kawalan
sesebuah kuasa penjajah. Sebagai contohnya, Napoleon di Perancis dan Peter the
Great di Rusia. Namun penjajahan selepas perang dunia kedua lebih merupakan satu
bentuk pencerobohan ke atas negara yang lemah dengan menyekat kebebasan rakyat
dalam menentukan haluan politik dan dasar pemerintahan
Kolonialisme bermaksud satu dominasi politik dan ekonomi ke atas kawasan belum
merdeka dengan cara perpindahan dan pendudukan populasi daripada negara asal ke
negara dijajah. Dengan kata lain, Kolonialisme merupakan satu bentuk imperialisme
dalam perkembangan kuasa dan pengaruh oleh sesebuah negara atau bangsa melalui
penghijrahan rakyatnya ke sesuatu kawasan atau jajahan baru di seberang laut yang
belum diterokai atau diduduki oleh orang lain. Sebagai contohnya, imperialisme
Inggeris yang menggalakkan penghijrahan penduduknya ke Australia, Kanada dan
New Zealand. Namun apa yang berlaku di Tanah Melayu adalah imperialisme yang
bertujuan untuk menjajah/menceroboh untuk kepentingan tertentu
2. Penjajahan kuasa asing kepada Tanah Melayu adalah Kolonialisme dan juga
Imperialisme. Sebagai contohnya Imperialisme Barat. Imperialisme Barat muncul
pada abad ke 19 di mana strategi awal penjajahan adalah menumpukan kawasan
perdagangan (pelabuhan) dan kemudian ke atas negeri yang mempunyai kekayaan
hasil bumi seperti bijih timah. British menjalankan dasar diplomasi kapal perang
iaitu cara ugutan dengan pemerintah di TM bertujuan untuk mengelakkan
penentangan orang Melayu. Oleh itu British tidak menghapuskan keseluruhan institusi
politik Melayu tradisional, yang berubah hanya daripada segi kuasa raja iaitu dari
tangan Sultan dan pembesar kepada residen dan pegawai Inggeris. Kuasa sultan
terhad kepada bidang agama dan adat istiadat Melayu
Penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu juga bersifat Kolonialisme. Sebagai
contohnya penjajahan Jepun di Tanah Melayu yang bercirikan kolonialisasi iaitu
Imperialisme moden yang muncul di Asia antara tahun 1895-1945. Jepun juga
menggalakkan penghijrahan rakyatnya ke Korea melalui serangan seperti ke atas
Korea pada 1850-1910 dan Asia Tenggara pada 1941-1945. Tujuan imperialisme
Jepun adalah untuk mencapai taraf kuasa besar setanding kuasa Eropah dan juga bagi
kepentingan ekonomi. Jepun menggunakan strategi berselindung disebalik konsep
Asia untuk orang Asia. Jepun juga menanam sifat anti barat untuk mendapat sokongan
orang Melayu sekaligus menonjolkan diri sebagai penyelamat orang Asia.
Dasar pentadbiran Jepun adalah lebih agresif di TM berbanding di negara lain di Asia
Tenggara dan mencetuskan pertumpahan darah di TM
4. Implikasi Politik
Konsep matlamat menghalalkan cara dalam kegiatan imperialisme dan kolonialisme
di TM. British menggunakan kekerasan dan ugutan untuk mempengaruhi pemerintah
dan menggunakan dasar perlindungan sebagai muslihat. Penjajahan kuasa asing
telah menghakis kuasa sultan dan pembesar di TM. Oleh itu, muncul gerakan antiBritish di TM yang menjadi asas kepada gerakan nasionalisme Melayu pada awal

abad ke 20. Kuasa British dikukuhkan dengan penubuhan dua pusat pentabdiran
(Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu) dimana ia merupakan
kawasan yang strategik dari segi politik dan ekonomi dan pelantikan sultan dan
pembesar perlu mendapat persetujuan British
Implikasi Ekonomi
Golongan pembesar tidak lagi mempunyai kuasa ke atas kawasan pegangan,
khususnya kuasa memungut cukai. Sedangkan kekayaan ekonomi itulah yang menjadi
alat penting untuk menjamin kedudukan politik mereka. Seterusnya, British mengerah
orang Cina secara besar-besaran di Johor dan Seberang Perai dalam pertanian
komersial yang dipanggil Sistem Kangchu bagi mendorong kegiatan politik oleh
setiap etnik yang menjadi asas kepada politik perkauman di TM. Terhapusnya sistem
ekonomi tradisional di TM daripada sara diri kepada ekonomi komersial yang
dikuasai oleh kaum pemodal (kapitalis) yang terdiri daripada syarikat British dan Cina
dan penggunaan sistem mata wang yang lebih meluas
Implikasi Sosial
Dalam bidang agama, kuasa diambil alih oleh kerajaan British menerusi penubuhan
Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri. Dasar imigrasi terlalu longgar dimana
British menggalakkan penghijrahan beramai-ramai orang Cina dan India ke TM dan
mereka diberikan pelbagai kemudahan seperti melantik wakil imigresen dan
menyediakan pengangkutan untuk berhijrah ke TM. British juga mewujudkan jabatan
dan pegawai khas untuk melindungi dan menjaga kebajikan orang Cina dan India di
TM. Walaupun pada awalnya penghijrahan mereka bersifat sementara namun selepas
perang Dunia Kedua, mereka menjadi penduduk tetap di TM.
Ini diperkukuhkan lagi dengan pemberian taraf kerakyatan jus soli melalui
Perlembagaan Malayan Union dimana setiap penduduk TM mempunyai status
kerakyatan yang sama secara automatik. Oleh yang demikian, muncul masyarakat
majmuk di TM. British juga telah menghapuskan sistem perhambaan oleh golongan
istana dan pembesar dengan muslihat untuk melumpuhkan kedudukan ekonomi
masyarakat Melayu. British juga telah mengekalkan status quo orang Melayu
menyebabkan pembangunan tidak seimbang.
Kedudukan Asia Tenggara yang strategik iaitu di antara China dan India
Faktor ekonomi
Sumber bekalan bahan mentah
Pangkalan perdagangan
Faktor politik
Sama penting dengan faktor ekonomi
Bermula dengan kepentingan ekonomi yang berlanjutan menjadi kepentingan politik
Memperlihatkan kemegahan dan kehebatan bangsa serta budaya penjajah
Mengakibatkan masyarakat di Asia mengagungkan masyarakat Barat kerana
menganggap Barat sebagai kuasa pelindung dan penjaga keamanan serta pencetus
tamadun dunia
Faktor budaya

Galakan pihak gereka


White mans burden
Menyelamatkan masyarakat Asia daripada kekejaman pemerintahan klasik dan
tradisional
Didorong oleh kepercayaan budaya Barat lebih superior
Alasan lain adalah kononya untuk menjaga keselamatan penganut Kristian daripada
dibunuh oleh kekejaman raja seperti yang berlaku di Kemboja

Anda mungkin juga menyukai