Anda di halaman 1dari 1

No.

Ruj : SMKSA/GPK/Kk/112(37)
Tarikh : 23 Jun 2016
Pengarah,
Kolej Vokasional Betong,
95700, Betong
Sarawak.
Tuan,
PERMOHONAN MEMINJAM BAS KOLEJ VOKASIONAL
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar Tingkatan Enam Atas SMK St. Augustine, Betong
akan mengadakan kajian untuk memenuhi pembelajaran STPM Penggal 3. Oleh itu, Unit pengurusan
Tingkatan 6 ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk menggunakan bas untuk tujuan lawatan kerja
lapangan kerja kursus mata pelajaran Geografi STPM 2016.
3. Butiran penggunaan bas adalah seperti berikut
Tarikh
Masa
Tempat

: 22 Julai 2014 Hingga 24 Julai 2014


: 07: 00 pagi (22 Julai 2016) hingga 02:00 petang (24 Julai 2014)
: SMK St. Augustine Permai Rainforest Resort, SMK
ST. Augustine.
Jumlah pelajar : 25 orang + 10 orang guru
4. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan
kelulusan dan kami akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemungkinan yang akan berlaku
sepanjang perjalanan tersebut. Sebarang kemusykilan yang timbul, pihak tuan boleh menghubungi Pn
Likey ak Tambi (Penolong Kanan Tingkatan 6) di talian 083-472122 (sekolah)/ 013-8007371 (h/p)
5. Semoga permohonan kami ini akan mendapat pertimbangan dan sokongan yang sewajarnya
daripada pihak tuan. Kerjasama dan perhatian pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan
jutaan terima kasih.
Sekian. Terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menjalankan tugas,

(PAUL AK LANGGANG)
Pengetua,
SMK St. Augustine, Betong
s.k : Fail Sekolah

Anda mungkin juga menyukai