Anda di halaman 1dari 5

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi


Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda
hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,


Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. AlQuran merupakan mukjizat daripada Allah SWT, al-Quran juga adalah senjata yang paling
mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan
nur hidayah rahmat dan zikir.
Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah SWT
(tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan
yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan
yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang unggul.
Di dalam al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku
sebelum turunnya al-Quran dan pada masa penurunan al-Quran. Dengan itu manusia mendapat
pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar
dalam semua bidang kehidupan.
Terdapat 15 kebaikan-kebaikan al-Quran di dalam hadis-hadis sahih :
Pertama : Al-Quran akan menjadi syafaat dihari akhirat.
Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada
pembacanya. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat.
Daripada Nawwas Bin Saman r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :
Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan
isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah
ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya. (Hadis
Riwayat Muslim)
Ketiga : Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.
Daripada Osman Bin Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di
antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Keempat : Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.
Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : Orang yang membaca alQuran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kelima : Mukmin yang membaca al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.
Daripada Abu Musa Al Asyari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Umpama orang
mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan
rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak
ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al- Quran seperti
Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang
tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keenam : Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al-Quran.

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: Sesungguhnya
Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan
sebab al-Quran.(Hadis Riwayat Muslim)
Ketujuh : Kefahaman yang sahih tentang al-Quran akan menjadi contoh ikutan.
Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan
kefahaman yang sahih tentang al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang
dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kelapan : Membaca al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)
Daripada Barra dan daripada Azib r.a. telah berkata : Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi
dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya
dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi
berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda
bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kesembilan : Sesiapa yang tidak mengingati ayat-ayat al-Quran umpama rumah yang roboh.
Daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Sesungguhnya orang
yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang
roboh. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)
Kesepuluh : Membaca dan memperelokkan bacaan al-Quran akan mendapat kebaikannya.
Daripada Abdullah Bin Umru Bin Al As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikkilah
dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia,
sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan. ( Hadis

Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )
Kesebelas : Membaca beberapa ayat al-Quran lebih baik daripada mendapat unta yang gemuk.
Daripada Uqbah Bin Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di
tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: Siapakah di antara kamu yang suka
keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau Atiq, dan dia mengambil darinya dua
ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan
silaturrahim. Kami menjawab : Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W :
Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari
dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta
demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya. (Hadis Riwayat Muslim)
Kedua belas : Sesiapa yang lebih fasih memebaca al-Quran lebih layak menjadi imam solat
berjemaah.
Daripada Ibnu Masud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak
mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca al-Quran. (Hadis
Riwayat Muslim )
Ketiga belas : Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada alQuran untuk dikebumikan jenazah mereka.
Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua
lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda : Yang mana satukah
antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka apabila aku tunjukkan
kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad.
(Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasaie dan Ibnu Majah)
Keempat belas : Kelebihan berdoa selepas membaca al-Quran.
Daripada Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca al-Quran

kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku
mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah
kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca
al-Quran dan mereka berdoa dengannya.
(Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)
Kelima belas : Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.
Daripada Ibnu Masud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada alQuran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak
bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim
satu huruf.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita menjadikan al-Quran sebagai peduman hidup kita , apabila kita sentiasa
menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup kita tidak akan sesat dan sentiasa mendapat
pimpinan daripada Allah S.W.T. Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk
membersihkan jiwa dan menyinarkannya.
Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang
dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, "
Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.

Anda mungkin juga menyukai