Anda di halaman 1dari 4

BAB 1

PENGENALAN
1.1.

PENDAHULUAN

Latihan industri merupakan salah satu syarat yang telah diwajibkan kepada para
pelajar Politeknik seluruh Malaysia sebagai syarat untuk penganugerahan Diploma yang
diiktiraf oleh Kementerian. Para pelajar akan menjalani latihan industry kursus
Diploma Kejuruteraan Awam perlu menjalani latihan Indutri pada semester akhir di
Politeknik yang terpilih.. Bagi pelajar yang gagal latihan industri mereka wajib
mengulangi latihan industri bagi membolehkan mereka meneruskan semula pengajian.
Tujuan utama latihan indutri ini adalah untuk mendedahkan pelajar dengan setiap kursus
yang diambil di Politeknik dari sudut teknikal.

Dalam menjalani latihan industri ini setiap pelajar diwajibkan menyediakan satu
laporan lengkap dan laporan harian yang akan diserahkan kepada pihak politeknik untuk
dinilai. Tujuan buku laporan ini disediakan adalah untuk melihat lebih sejauh mana
pemahaman pelajar ketika menjalani latihan di firma. Latihan industri bertujuan untuk
mendedahkan para pelajar dengan suasana alam pekerjaan sebenar.

1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

i)

Melatih pelajar untuk lebih berdisiplin

ii)

Mempamerkan keyakinan diri dan melatih pelajar berdikari

iii)

Mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan yang sebenar

iv)

Melatih cara berkomunikasi yang berkesan

v)

Menanam sikap bekerjasama dan kepimpinan

vi)

Membolehkan pelajar mengaitkan teori- teori yang telah dipelajari dengan


aspek- aspek praktikal atau sebaliknya.

vii)

Mengamalkan peraturan firma dan prosedur keselamatan yang baik.

ix)

Menanam sikap amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri.

x)

Menambahkan penguasaan pengetahuan, kemahiran dan teknologi di tempat


latihan.

xi)

Menyediakan laporan rasmi dan lain- lain tugasan seperti yang diarahkan oleh
pihak politeknik.

1.3 KEPENTIGAN LATIHAN INDUSTRI

i.

Latihan Industri adalah penting untuk pelajar mengikuti dengan jayanya kerana
ia memberi pelbagai faedah dan pengalaman berguna bagaimana sesuatu kerja

ii.

dilakukan dalam keadaan kerja yang sebenar.


Pelajar dapat melihat sendiri situasi alam pekerjaan dan melihat perbezaan antara
teori dengan amali sesuatu kerja dilakukan. Terdapat banyak perbezaan dalam
setiap kerja yang dilakukan di mana memerlukan pekerja memikirkan sesuatu
secara kreatif dan inovatif bagi menyiapkan kerja tersebut. Dalam suasana kerja,
kebiasaannya akan mempunyai masalah atau kerumitan yang memerlukan
langkah penyelesaian yang berkesan bagi mengatasinya. Setiap langkah yang
diambil perlulah rasional dan dapat diterima bagi memastikan perjalanan kerja

iii.

lancar.
Pelajar dapat memahami sedikit sebanyak tentang alam pekerjaan sebenar
apabila menjalani Latihan Industri yang ditetapkan dan juga boleh meyiapkan

iv.

diri untuk berhadapan dengan alam pekerjaan yang sebenar kelak.


Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik. Ianya berkait rapat dengan
tahap disiplin seseorang pelajar itu sendiri. Dimana dalam keadaan pekerjaan
pelajar itu sendiri terpaksa akur dengan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi
dimana tempat mereka menjalani latihan industri cara berkomunikasi yang

v.

berkesan.
Menilai pelajar dari aspek teknikal dimana pelajar akan dinilai sejauh mana tahap
pemahaman pelajar dengan apa yang dipelajari. Ini kerana kebanyakan apa yang
dipelajari di tempat pengajian tidak jauh bezanya dengan apa yang dilaksana dari

vi.

sudut teknikal di firma.


Membina personaliti diri. Dimana menguji penguasaan dan sejauh mana tahap
keyakinan diri dalam diri pelajar.

1.4 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Laporan Latihan Industri bertujuan melatih pelajar menguasai kemahiran dalam


menyediakan satu laporan yang lengkap bagi kerja-kerja yang telah dilaksanakan untuk
melihat kekemasan dan penulisan yang baik untuk kerja yang lebih sistematik. Laporan
merupakan pencapaian keseluruhan pelajar sepanjang menjalani Latihan Industri.

Antara objektif laporan ini ditulis ialah :


i.

Laporan yang disediakan memberi peluang untuk pelajar membezakan dan mengiatkan
antara teori serta keadaan kerja yang sebenar

ii.

Pelajar dapat memperoleh banyak fakta dan ianya hendaklah direkodkan dalam laporan
harian. Setiap fakta yang diperoleh akan dianalisa dan dijadikan panduan kepada pelajar
apabila menempuhi alam pekerjaan.

iii.

Laporan juga disediakan untuk membuktikan pelajar telah berjaya menamatkan Latihan
Industri bagi tempoh masa yang diberikan serta telah menyiapkan sebuah laporan
lengkap sebagai memenuhi syarat lulus Latihan Industri yang dijalani bagi semester
yang ditetapkan.

iv.

Pelajar dapat melahirkan idea- idea yang bernas dalam penulisan lapora dari aspek

v.

perancangan, huraian, gaya bahasa dan teknik tulisan yang baik.


`
Penyediaan Laporan Latihan Industri ini dapat memberikan pelajar menambahkan
pengetahuan serta berupaya melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik serta
meningkatkan keyakinan diri.

Anda mungkin juga menyukai