Anda di halaman 1dari 2

ESEI LP P1

TADBIR URUS BAIK

SMK KANOWIT

1. Teknologi Maklumat dan Komunikasi menjadi suatu keperluan dalam tadbir urus negara
bagi memastikan perkhidmatan awam berkualiti dan berdaya saing. Jelaskan.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) di seluruh dunia telah mempengaruhi
pelbagai aspek terutama dalam tadbir urus negara (Isu Semasa). Bagi memastikan perkhidmatan awam
berkualiti dan berdaya saing adalah penting untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
dalam tadbir urus negara (Fokus soalan).
TMK penting kerana dapat meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam (H.I.U). TMK
dapat melahirkan sumber manusia yang celik dalam menggunakan aplikasi teknologi dalam pekerjaan
(H.1-Mengapa). Semua urusan dengan pelanggan ternyata lebih mudah dan cepat berbanding dahulu
menurut kebanyakkan penjawat awam yang hanya perlu mengakses komputer untuk mencari maklumat
berbanding dahulunya mereka perlu merujuk fail yang tebal (H.2-Mengapa). Pengurusan maklumat dan
data diurus menggunakan aplikasi elektronik yang ternyata lebih tersusun dan sistematik (H.3-Mengapa).
Gerak kerja yang cepat dan pengurusan yang cekap akan menyakinkan orang ramai terhadap sektor awam
(H.4-Mengapa).
TMK juga dapat meningkatkan produktiviti sektor awam (H.I.U). Pengurusan secara online
melonjak prestasi dan meningkatkan produktiviti sektor awam berikutan setiap urusan dapat dilakukan
dengan pantas dan teratur (H.1-Mengapa). Urusan pembayaran cukai dan semua transaksi boleh dibuat
secara online dengan menggunakan perbankan digital seperti Maybank2u dan

RHBNow

(H.2-Mengapa). Orang ramai boleh akses sistem kerajaan (e-gov) untuk pelbagai urusan seperti
mencari pekerjaan dan memohon untuk melanjutkan pelajaran ke universiti (H.3-Mengapa). Setiap
urusan dapat dibuat dengan lebih telus tanpa melalui banyak proses tapisan yang mempunyai karenah
birokrasi (H.4-Mengapa).
Penggunaan TMK mampu mengurangkan kos pengurusan awam (H.I.U). Semua maklumat
berkaitan tadbir urus dapat disimpan dan dikumpul di dalam pengkalan data yang secara tidak langsung
dapat menjimatkan kos kertas dan fail kerana tidak disimpan secara manual (H.1-Mengapa). Semua
jabatan dapat akses maklumat dengan mudah dan cepat tanpa perlu mengupah orang untuk menghantar
maklumat yang diperlukan ke jabatan lain (H.2-Mengapa). Melibatkan semua peringkat kementerian
jabatan dan pejabat seperti Lembaga Hasil, PDRM dan Kastam yang mempunyai akses berkaitan tanpa
perlu berulang kali menyuruh pelanggan mengisi borang (H.3-Mengapa). Semua urusan lebih mudah dan

ESEI LP P1

TADBIR URUS BAIK

SMK KANOWIT

cepat secara tidak langsung dapat mengurangkan kos awam seperti bekalan tenaga elektrik dan pekerja
tambahan (H.4-Mengapa).
TMK juga dapat mengatasi masalah simpanan maklumat dan data (H.I.U). Maklumat dan
data dapat disepadukan melalui sistem online (H.1-Mengapa).Misalnya, semua maklumat untuk
pendidikan diseragamkan di bawah satu laman web SPS1 bagi memudahkan semua guru dan jabatan
pendidikan negeri mengakses maklumat yang diperlukan tanpa perlu memasukan kata laluan yang
berbeza (H.2-Mengapa). TMK juga mempunyai keupayaan menyimpan data dalam tempoh yang lama
(H.3-Mengapa). Maklumat dan data boleh diubahsuai dan ditambah dalam masa yang singkat seperti
laman web E-Operasi dan E-Penyata yang digunakan kakitangan awam dalam bidang pendidikan (H.4Mengapa).
Penggunaan TMK juga dapat membina imej amalan baik dalam sesebuah kerajaan (H.I.U).
Orang ramai mampu berurusan dengan kerajaan dengan lebih mudah dan tepat (H.1-Mengapa).
Misalnya, orang ramai boleh bersoal jawab dengan pihak kerajaan di laman web Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA) mengenai kekosongan dan tanggungjawab sesuatu pekerjaan yang dipohon
(H.2-Mengapa). Negara dapat membina hubungan baik dengan negara lain melalui sistem dan rangkaian
elektronik (H.3-Mengapa). Misalnya, pihak kerajaan boleh menggunakan facebook dan twiter untuk
menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain tanpa terlalu bergantung kepada pehubungan sesama
pejabat kedutaan (H.4-Mengapa).
Sistem penyampaian perkhidmatan awam telah berubah dan lebih berdaya saing apabila
mengaplikasikan teknologi maklumat dalam tadbir urus (Isu semasa). Perubahan ini pasti memberi
manfaat kepada kerajaan untuk memacu pembangunan negara ( Fokus Soalan).