Anda di halaman 1dari 2

WAJ 3121-KOKURIKULUM-OLAHRAGA

Refleksi Amali
(18 / 07 / 2016)
Pada 18 Julai 2016, kelas P5B thelah menjalankan amali bagi acara olahraga di
padang IPGKSAH. Antara acara yang kami telah menjalankan amali adala larian pecut,
lompat jauh, lari berganti-ganti dan lontar peluru.kami telah dibahagikan dalam 4 kumpulan
dan dihantar ke stesen bagi menjalankan amali acara di stesen tersebut.
Sebagai permulaan, kumpulan saya telah menjalankan amali larian pecut. Dalam
amali acara ini, pensyarah telah memberi markah mengikut beberapa aspek iatu fasa
permulaan, penamat, posisi badan semasa lari. Dalam acara ini, saya telah mengaplikasikan
apa yang tuan pensyarah telah mengajar kami semasa kuliah. Saya telah mencuba
bersungguh-sugguh untuk mengaplikasikan apa yang telah diajar oleh tuan pensyarah kami.
Acara kedua yang kami telah menjalankan amali adalah, acara lompat jauh. Lompat
jauh adalah antara acara kegemaraan saya. Pensyarah telah memberi markah megikut
aspek seperti cara melompat, cara mendarat dan posisi badan. Dalam acara ini, saya telah
memperolehi markah yang cemerlang berbanding dengan markah acara-acara lain.
Seterusnya, kami telah menjalani amali dalam acara lari berganti-ganti. Dalam acara
ini pensyarah telah memberi markah kepada kami dengan memerhatikan cara kami memberi
dan menerima baton daripada kawan. Semasa menjalankan amali acara ini, kami
sekumpulan telah membantu antara satu sama lain bagi memberi baton kepada rakan
dengan mengikut kebolehan rakanya. Hal ini telah membantu kami untuk menerima baton
daripada rakan dengan cara yang betul dan mendapat markah yang baik.
Acara terakhir yang kami telah menjalankan amali adalah acara lontar peluru.
Sebelum memulakan amali, pensyarah telah memberi peluang kepada kami untuk membuat
percubaan melontar sebanyak 2 kali untuk membetulkan kesilapan kami. Hal ini telah
membantu kami untuk membetulkan kesilapan sendiri dan rakan semasa melontar peluru.
Dengan bantuan dan kerjasama daripada rakan sekumpulan, saya dapat melakukan amali
lontar peluru dengan baik.
Amali ini telah membantu kami untuk menyedari aspek-aspek yang kami hendak
memperbaiki dalam acara-acara olahraga. Pada masa akan datang, kami juga akan
memainkan peranan sebagai jurulatih untuk melatikan murid-murid sekolah yang
mewakilkan sekolah dalam acara-acara olahraga ataupun sukan. Oleh itu, sebagai guru
kami hendak menguasai ilmu dalam bidang Olahraga bagi melantikan murid-murid yang
berpotensi dalam bidang Olahraga ataupun sukan.
MAGENTHIRAN A/L SALVARAJO

WAJ 3121-KOKURIKULUM-OLAHRAGA
Sebagai kesuluruhan, latihan yang kami jalankan sepanjang 3 jam pada setiap
minggu sangat berguna untuk dibawa ke sekolah. Hal ini kerana setiap sekolah sudah
semestinya akan mengadakan sukan setiap tahun. Dengan adanya pengetahuan yang dapat
daripada Tuan-tuan pensyarah kami , saya diterangkan dengan terperinci cara latihan yang
sesuai serta teknik-teknik yang betul melalui praktikal. Sebelum ini, saya tidak jelas tentang
acara-acara olahraga dijalankan. Setelah menghadiri kursus olahraga dan menjalankan
amali, saya berkeyakinan bahawa saya tidak teragak-agak lagi apabila diarahkan untuk
menjadi jurulatih acara-acara olahraga di sekolah pada masa depan.

MAGENTHIRAN A/L SALVARAJO