Anda di halaman 1dari 3

Soalan: Faktor dan langkah mengatasi masalah gejala sosial dalam kalangan remaja

Dalam keasyikan negara menari rancak bersama bayang-bayang, pembangunan


yang bergerak pantas pada zaman pasca kemerdekaan, masalah sosial tetap menjadi
isu yang hangat diperkatan kerana sudah mencapi tahap yang membimbangkan
Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak
dalam masyarakat kita khasnya dalam kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil
anak luar nikah yang diikuti dengan pembuangan bayi di dalam tong sampah,
penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah,
hinggalah kepada mat rempit. Isu-isu remaja seperti ini semakin banyak dilaporkan di
dada-dada akhbar dan televisyen. Kebanyakannya mereka yang terlibat dalam gejala
yang tidak sihat ini adalah terdiri golongan remaja dan belia, tidak kira lelaki mahupun
perempuan yang mempunyai sebab-sebab tertentu seperti kurang mendapat perhatian
dari keluarga dan terdiri dari orang bersifat agresif, berani dan liar. Namun punca-punca
berlakunya gejala ini masih menjadi pertanyaan bagi sesetengah orang. Sehubungan
itu, masa depan negara akan terjejas kerana generasi pelapis yang ada sekarang
sudah hilang jati diri, identiti dan samangat patriotik untuk membangunkan negara.
Mereka telah tenggelam dalam dunia mereka yang tersendiri iaitu hidup untuk
berseronok semata-mata. Tambahan pula, kehadiran gajet-gajet yang canggih pada
masa kini membuatkan mereka terus hanyut dalam kancah gejala sosial yang semakin
menular. Persoalannya apakah punca-punca yang menyebabkan remaja terlibat dalam
gejala social yang semakin parah sekarang yang menjadi seperti duri dalam daging
kepada negara ini?

Keruntuhan institusi kekeluargaan telah dikenal pasti sebagai faktor prima


meningkatnya statistik gejala keruntuhan moral dalam kalangan remaja pada hari ini.
Ibu bapa pada zaman sekarang boleh dikatakan kebanyakankannya sentiasa sibuk
dengan urusan perkerjaan masing-masing. Hal ini menyebabkan mereka kesuntukan
masa untuk berada di rumah bersama-sama keluarga. Sejak kecil anak-anak mereka
telah dibesarkan oleh pengasuh sehingga menyebabkan mereka kurang mendapat
perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka sendiri. Jika hal ini dibiarkan
berlarutan, remaja akan berasa tersisih oleh keluarga sendiri dan mencari keseronokan
yang bertentangan dengan agama. Anak ini ibarat kain putih, kita sebagai ibu bapa
yang menjaga mereka bertanggungjawab untuk mencorakkannya supaya menjadi insan
yang berguna. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya
daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu,
keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke
atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Oleh itu, kurang
perhatian daripada ibu bapa telah mendesak anak-anak terjebak dengan pelbagai
gejala social yang amat membimbangkan.

Selain isu kekeluargaan, pengaruh media massa juga turut memainkan peranan
mendorong para remaja terlibat dengan gejala sosial. Dasar langit terbuka yang
diamalkan sekarang telah merosakkan minda para remaja. Hal ini demikian kerana,
mereka boleh melayari internet untuk memuat turun cerita-cerita lucah terutama dari
luar negeri. Keadaan ini ditambah pula dengan penayangan filem-filem barat yang
mempamerlkan cara hidup bebas, seks dan dadah sebagai amalan hidup mereka di
kaca televisyen. Dalam alam yang pesat dengan kemajuan teknologi ini remaja
sekarang dengan senangnya boleh mendapatkan keseronokan dan kegembiran melalui
cara mereka tersendiri. Namun yang membimbangkan adalah kesan negatif dari
kemajuan teknologi itu kepada para remaja. Sebagai contoh, hampir semua remaja
pada sekarang terdapat alat permaian video game yang sesetengah permainan
melibatkan remaja atau seseorang itu untuk memainkan watak-watak sebagai
pembunuh dan pengganas. Ini adalah sangat merbahaya kerana remaja boleh saja
melakukan perkara tersebut dalam dunia nyata dan berani mencederakan orang di
suatu hari nanti. Mereka akan mula berpendapat bahawa perkara yang mereka tonton
dan ketahui melalui media massa adalah betul. Jelaslah bahawa, pengaruh media
massa pada masa kini merupakan salah satu punca berlakunya gejala sosial dalam
kalangan remaja.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa, pengaruh rakan sebaya terhadap remaja
mempengaruhi cara hidup remaja. Jika seseorang itu berkawan dengan rakan yang
baik, perangainya juga akan turut terikut dengan rakan di sekeliling dan begitu juga
sebaliknya. Perkara ini sering berlaku di kalangan remaja-remaja sekarang yang hidup
di dalam alam penuh dengan kemajuan. Ini adalah kerana remaja pada masa sekarang
lebih mesra dengan rakan mereka kerana ibubapa sibuk dengan urusan kerja dan lainlain. Ada sesetengah remaja meluangkan masa hampir penuh bersama rakanrakannya. Di sebabkan itu, remaja sekarang lebih mengenali rakan mereka berbanding
dengan ibubapa sendiri dan lebih mempercayai rakan mereka daripada keluarga atau
ibubapa. Natihajnya remaja yang menjadi aset penting pembangunan negara tidak
mampu menyumbang tenaga ke arah memakmurkan negara kerana telah dirosakakan
oleh rakan-rakan yang tidak berakhlak itu. Berdasarkan huraian tadi, pengaruh rakan
sebaya juga merupakan fakto gejala sosial terus meningkat.

Oleh itu, kita seharusnya mengetahui prakarsa-prakarsa yang khusus untuk


membendung masalah sosial dalam kalangan remaja supaya tidak menjadi tokak yang
terus bernanah. Salah satu langkah yang dominan ialah peranan ibu bapa untuk
mengekang anak-anak mereka dari gejala sosial yang membinmbangkan. Sesetengah
ibu bapa harus mengetahui kemahiran dalam mendidik anak-anak. Kemahiran
mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja adalah sedikit. Sebaliknya, ibu
bapa perlu memahirkan diri menjadi rakan kepada anak-anak. Sebagai contoh,
kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Di samping

itu, ibu bapa juga harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan
fizikal dan seksual mereka.. Dengan ini perubahan tersebut mendorong remaja
membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya mereka mampu
membina jati diri sendiri. Sehubungan dengan itu, institusi kelurga penting. Paling
penting perlu dititik beratkan ialah soal agama. Ibu bapa perlulah mendidik dan
mengajar mereka dengan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak sejak
kecil lagi. Hal ini bersesuaian dengan pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Rentetan itu, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam mendidik anakanak.

Langkah yang tidak kurang pentingnya untuk diusulkan ialah peranan media
massa untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk membendung masalah ini.
Saluran media massa seperti televisyen, filem dan majalah perlu mendidik remaja agar
tidak terlibat dengan kemelut kebejatan moral. Sebagai contoh, siaran yang
memaparkan remaja yang berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa sebagi
motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti remaja juga sering diperbanyak
berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif mereka. Sebaliknya dasawarsa
ini, remaja mudah terikut-ikut dengan watak pelakon yang membawa aksi negatif ini,
malah, mereka juga berasa bangga. Hal ini tidak wajar. Sebaliknya, aksi yang baik
perlulah dipamerkan di media massa untuk diikuti oleh mereka. Dalam pada itu, iklan
yang bemesej kepada para remaja dapat menyedarkan mereka akan kepentingan tidak
terlibat dalam gejala sosial. Oleh itu, jadikan media massa sebagai wadah untuk
mengelakkan daripada gejala sosial ini berterusan.

Sebagai penghias bicara akhir, pelbagai punca daripada berlakunya masal sosial
dalam kalangan remaja dapat dibendung dengan adanya langkah yang drastik dan
primitif. Semua pihak kashya ibu bapa, pihak sekolah, pihak kerajaan serta masyarkat
sekeliling harus menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing dan bersatu padu
untukmengurangkan gejala sosial ini agar masa depan generasi baharu ini tidak terus
hanyut dibuai mimpi ngeri. Hal ini demikian kerana remaja bakal memimpin negara ini
pada masa yang akan datang. Jika masalah ini tidak diatasi, nescaya negara kita kan
kehilangan pemimpin yang berwibawa dan masalah sosial akan terus menjadi-jadi
Pelajar-pelajar khususnya remaja mesti dikekang daripada melibatkan diri dala kegiatan
sosial yang negatif. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka merupakan orang yang
bakal mengambil alih bagi menerajui pucuk kepimpinan negara. Hal ini persis
peribahasa peribahasa pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa. Oleh itu,
marilah kita bersama-sama bekerjasama seperti kata perumpamaan ini bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh untuk menangani masalah keruntuhan akhlak ini daripada
terus menular.

Anda mungkin juga menyukai