Anda di halaman 1dari 1

KM

Asal usul dan komponen idea-idea Marxisme ( cr .sim)

1.
Ideologi atau fahaman seseorang itu dibentuk oleh keadaan persekitaran
yang membentuk kehidupannya, pergolakan zaman yang dialaminya,
pengalaman hidup yang dilaluinya, dan juga pemikiran pada zaman itu yang
terdedah kepadanya. Begitu jugalah dengan Karl Marx (1818-1883) dan ideaideanya, bukannya sesuatu yang tertimbul secara tiba-tiba tanpa sebab.

2.
Marx bukannya seorang Nabi yang menerima wahyu, ataupun seorang
Buddha yang mendapat pencerahan melalui meditasi di bawah pokok Bodhi.
Maka, pemikirannya dibentuk oleh faktor-faktor yang disebut di atas, iaitu
persekitaran, peredaran zaman, pengalaman hidup dan pemikiran pada masa itu
yang memberi pengaruh kepadanya.

Anda mungkin juga menyukai