Anda di halaman 1dari 3

Solat Dhuha, Doa dan Cara Melaksanakannya

Rezeki yang melimpah-ruah, halal dan berkat adalah dambaan setiap insan.
Namun untuk menjadikannya kenyataan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini
kerana kekayaan yang bertimbun dan kedudukan yang tinggi tidak
menjamin
keberkatan
hidup
yang
hakiki.
Sering kita lihat orang yang rezekinya melimpah-ruah membelanjakan
kekayaan mereka ke jalan sesat dan mengingkari perintah Allah sedangkan
kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya makan rezeki
yang
baik
dan
jangan
sesekali
mengikut
jejak
syaitan.

Rezeki yang halal dan berkat bukan sahaja dapat


membawa manusia menuju ketenteraman hati, malah dapat membawa
kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan
mengerjakan
solat
Dhuha.
Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada
dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang
tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus
baginya
memasuki
syurga.
Ruang Waktu dan Waktu Afdal
Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya
bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitabkitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu
al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula
berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas
waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.
Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan
sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah
s.a.w. menjelaskan:

Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas
sinarnya.
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya
seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah
hari (Kitab al-Majmu karangan Imam Nawawi).
Cara Perlaksanaan
Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha
ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda
s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin
Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat
kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang
subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat
tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan
dengan
betul,
syarat-syaratnya
dipenuhi
dan
rukun-rukunnya
disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat
tersebut.
Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara
menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat
yang
lain
iaitu
dua
rakaat
satu
salam.
Niat Solat Dhuha adalah seperti di bawah:

Kemudian, setelah selesai solat Dhuha maka bacalah doa ini:

Maksud doa:
Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu
ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu".
"Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di
dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah.
Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan,
kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah
engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh
Nota
Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah
al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua, boleh
dibaca apa-apa surah. Yang penting niat kita adalah ikhlas untuk Allah SWT.
Berkenaan doa pula, boleh baca mana-mana doa yang berkaitan tetapi lebih
afdal baca doa solat Dhuha yang khusus. Doa itu sememangnya cukup baik
dan
sempurna
untuk
memohon
keberkatan
rezeki
dari
Ilahi.
Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :
Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah
baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan. (Riwayat
Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Read more: http://ibuberbicara.blogspot.com/2012/12/solat-dhuha-doa-dan-caramelaksanakannya.html#ixzz3MxIujqgG

Anda mungkin juga menyukai